BAHAGIAN
LAPAN
BLOGGER
SEJATI
“Assalammualaikum
kak. Ingat tak saya?” sapa gadis ini.
“Siapa
ya?” jawab Nurul sopan. Sambil cuba mengingati.
“Saya
la Intan, pembaca dan pengomen setia Kak Nurul di Blog. Saya pun study kat Uitm
fakulti yang sama dengan akak. Cuma, saya baru je ambil Diploma.” Ujar Intan.
Oh,
aku kah yang tidak perasan sebelum ni.. hu huhuhu… Patut la aku rasa macam
pernah nampak dan kenal jer. Rupanya Blogger jugak! Huhuhu…
“Oh,
ye ke.. Wah, seronoknya akak dapat jumpe awak Intan. Nanti ada masa kita jumpa
and hang out sama ye.. Akak pun nak kenal awak di dunia reality. Mana tahu
dunia ciber kite menipu”. Hehehe.. Hatinya tersenyum geli hati.
“Boleh!
Sure!..” laju je Intan menjawab.
Intan
ni merupakan Blogger baru yang rajin sangat berbalas komen di Blog Nurul.
Walaupun Intan baru dalam Blogging, tapi dia sangat kretif dan pandai mengemaskini
Blognya. Setiap hari ada sahaja entri yang menarik pembaca browse Blognya di
samping meninggalkan komen membina.
Pada
Nurul, quantity komen tidak semestinya menunjukkan quality bagus bagi satu-satu
blog ini. Tapi, sekurang-kurangnya ramai pembaca yang memberikan tindakbalas
tanda mereka membaca dan entri blog itu interaktif. Dalam erti kata lain,
penulisan yang tidak syok sendiri!.. hehehehe.. Seringkali, entri yang bersifat
terlalu peribadi dan sukar difahami akan melahirkan kebosanan dan memberikan kesan
ke atas jumlah pembaca yang membaca entri tersebut.
Nurul
masih teringat betapa pada awalnya Nurul memang bukan peka IT. Nak buat Blog
apatah lagi! Satu benda pun tak faham, sampaikan dia mulai berjinak-jinak
dengan Blog di Friendster. Segala isi hatinya dicatatkan di dalam Friendster
sebagai Diary Elektronik. Namun, tiada apa yang menarik kerana ia bersifat
sehala dan tidak interaktif, jika dibandingkan dengan Blogspot kini.
“Ok
la sayang, akak dah sampai nie.. Jumpe lagi. Assalammualaikum.” Nurul mengakhiri
perbualan.
“Thanks
kak!.. Waalaikumsalam.” Sambil menghulurkan salam Intan melambaikan tangannya.
Nurul
mengatur jalan perlahan di sepanjang jalan menuju ke rumahnya.
Dia
perlu melintasi jalan yang agak sebok. Apartment Perdana memang terletak di
tengah-tengah bandar dan tempat tumpuan kenderaan.
Terkadang
dia menjadi trauma melintasi jalan seorang diri.
Nasib
baiklah ada lampu isyarat di hadapan apartment yang Nurul tinggal.
Jika
tidak memang tak melintas lah sampai seharian atau semalaman menunggu kenderaan
tiada yang lalu lalang.
Nurul
memang cukup trauma apabila melihat sendiri di depan matanya bagaimana
kemalangan berlaku, bagaimana abangnya yang pernah ditimpa kemalangan dan
pernah ditempatkan di wad emergency selama berminggu kerana koma, bagaimana
abangnya patah kaki, tangan, cedera di kepala sehinggakan menjejaskan sedikit
kesihatan mentalnya walaupun dia sihat walafiat namun ada sedikit kesan akibat
kecederaan sebelum ini kesan beberapa kemalangan yang pernah menimpanya.
Abang
Nurul masih sihat namun, ada sedikit kesan akibat gegaran yang kuat di kepala.
Semua
yang berlaku di sekitar kehidupannya membuatkan Nurul trauma. Apatah lagi
memandu, memang Nurul cukup fobia.
Kemalangan
maut yang meragut nyawa teman baiknya melemahkan lagi semangat Nurul untuk
memandu. Oleh kerana itu, Nurul sanggup menaiki bas dan kenderaan awam lain
lagi untuk bergerak.
Lamunannya
terhenti apabila mendengar ada suara memberi salam.
“Assalammualaikum
Nurul”.
Nurul
menoleh sekilas. Nurul terpinga-pinga di samping wajahnya merona merah menahan
malu. Eh, kenapa pula ada lelaki ni tiba-tiba? Eh! Nurul terkezut.. Nurul
menghentikan langkahnya.
“Fahmi..”
Terkeluar nama Fahmi dari seulas bibir comel Nurul. Lembut dan terkejut.
“Mengelamun
ke?” Fahmi ingin menguji.
“Eh,
tak lah..” tersipu-sipu Nurul lantas tertunduk malu.
“Kenapa tak lintas?” Fahmi pelik
melihat Nurul kalut dan terus berdiri walaupun lampu pejalan kaki bewarna
hijau.
Baru
Fahmi terserempak, dah kalut! Belum lagi dia cakap suka! Nurul, please fokus
okay!.. Dalam hati tetap mengomel. Macam mana Fahmi boleh lalu jalan ni. Bukan
ke sepatutnya jalan lain! Erkkk, apa masalah dia. Tak mungkin dia follow bus
tadi, bisik hati Nurul. Dah la Nurul! Jangan tercegat dengan terkulat-kulat jer
ni! Hahahaha… Sila jalan Nurul!
“Assalammualaikum Fahmi!” Nurul
melambaikan tangan kepada Fahmi.
Fahmi tersenyum lantas menjawab
salam, mengangguk dan membalas lambaian Nurul.
Fahmi
lega dapat menjejaki di mana Nurul tinggal. Lepas ni boleh Fahmi tolong hantar
Nurul. Kesian dia, bisik hati Nurul. Menunggu bas satu hal, kepenatan mengusung
buku dan beg yang berat lagi satu lah. Kepenatan lagi!.. Kesiannya Nurul.
Itulah mahalnya harga sebuah pengorbanan seorang pelajar, omel hatinya! Tapi,
kuat sungguh semangat dia, aku yang drive ni pun kadang-kadang stress, tapi dia
aku tengok rilex je! Monolog dalaman Fahmi berkata. Tak apalah, aku doakan dia
success! Amin.
Nurul
melangkah memasuki perkarangan apartment. Persekitaran apartment tempat Nurul
tinggal dipenuhi pelajar Kolej Swasta berdekatan, Kolej PTPL dan MSU. Kelihatan
remaja lelaki dan tak kurang juga wanita berjalan keluar dan ada yang masuk
perkarangan apartment. Kelihatan beberapa sekumpulan pelajar yang melepak di
Café berdekatan. Ada yang membuat kumpulan perbincangan.
Langkah
Nurul terhenti apabila dia terlihat seseorang yang dikenalinya.
“Eh,
mai! Buat apa dia kat sini?” bisik hati Nurul. Nurul memerhatikan Mai dari
kejauhan.
Takkanlah
dia tinggal kat sini.. Habislah kalau dia nampak aku berbual dengan Fahmi
tadi!.. Lepas ni bahaya lah kalau kami nak berjumpa. Satu kelas rasanya perasan
yang Mai nie giler sangat dengan Fahmi ni.
Nurul
melangkah laju menuju ke Blok 3, rumahnya. Setiba di hadapan rumah Nurul segera
membuka kunci. Pintu dikuak. Lega!..
No comments:
Post a Comment