About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Friday, April 27, 2012

Dengan izin ALLAH ~IsyaAllah~



~SubhanakALLAH humma wa bihamdika ashadualla ilaha ila anta, astagfiruka waatu bu’ilaik~
“Maha Suci Engkau YA ALLAH, Segala puji bagiMU, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH.
Aku pohon ampun dan bertaubat kepadaMU”
-Tasbih Kafarah-



Mari kita amalkan tasbih kafarah setiap pagi dan petang. Iaitu seusai solat subuh dan solat asar. InsyaALLAH..

In the of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful,


Alam ini..
Kurasakan penuh dengan manusia kejam,
Disisiku manusia tidak berperi kemanusiaan,
Di depanku manusia hilang identiti diri,
Di belakangku manusia tanpa harga keimanan..
Mana manusia penuh tatasusila?
Mana insan berhati luhur penuh keimanan.
Mana khalifah ALLAH di bumiNYA yang penuh nikmat?
Mana ummah Rasullullah s.a.w yang dicintaiNYA?
Ya ALLAH..


Ya! Memang benar!..
Kini..
Bayi dibuang kejam,
Isteri dibunuh tanpa rasa kasih sayang,
Budaya moden lesbian, homoseksual, penkid dan sebagainya menjadi kebiasaan..
Kasih sayang tanpa mengenal ikatan akad yang sah menjadi pilihan,
Kebebasan bergaul menjadi pegangan,

Semua itu menjadi satu kebiasaan..
Hilang sudah harga sebuah keimanan dalam diri..

Realitinya,
Ahli syurga kecil..
Si cilik yang masih suci fitrahnya,
Yang masih  bersih hatinya..
Tidak tahu apa-apa,
Malahan tidak pernah melakukan dosa..
Tetapi..
Mengapa mereka yang menjadi mangsa?
Bila nafsu sudah membutakan mata hati..
YA ALLAH..

Ya ALLAH..
Dunia ini penuh muslihat..
Tunjukilah kami jalan yang lurus..
Penuhkanlah dada kami dengan ilmu dan keimanan..
Kurniakanlah kami dari golongan insan bertaqwa penuh keimanan..
Agar dapat sama-sama kami bermujahadah atas jalan kehidupan,
Untuk sama-sama mencegah kemaksiatan..
Untuk sama-sama menjauhi laranganMU..
Untuk sama-sama menyampaikan pesan..
Agar terus saling menasihati..
Bagi kami tetap dalam kebaikan untuk menyeru keberkatan..




InsyaAllah,
Dengan Izin ALLAH..
Semua pasti akan berada pada landasan yang benar..
Atas Hidayah dan PetunjukMU,
Dunia pasti akan tenang..
Alam pasti riang..
Manusia pasti cemerlang,
Untuk kebaikan dunia dan akhirat..
IsyaALLAH..

“Rabbana Atina fiddunia wa akhirat wa fil akhirati hasanah wa qina aza bannar”…amin~





Tuesday, April 17, 2012

Dengan Nama ALLAH.. Ku bersujud

Bismillahirrahmanirrahim... Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


In the Name of ALLAH the Most  Gracious and Most Merciful.. Thanks to ALLAH... Thanks to ALLAH.. for HIS Blessing. InsyaAllah..


The test is only for make me strength.. Life obstacles is only a good learning process and "tarbiyah" from Allah.. Suppose us appreciate and thanks to Allah for give us an incident that can make us realize that we're not always right.. 


Sometime, we have to agree that, we have to face a challenge so that it can make us strong!.. insyaAllah..


Saya, cuba melakar keceriaan.. Cuba melukis ketenangan dalam masalah. InsyaAllah.. sebab;




..::Orang yang tenang pasti akan menang::.. kata Prof. Dr. Muhaya.


Saya cuba pegang kata-kata ini..


Sebaliknya saya nyahkan kata-kata negatif @ refleksi -ve kesan dari permasalahan itu.. kerana, setiap sesuatu datang dari aturanNYA.. Sesungguhnya, perancanganNYA tidak pernah salah. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui Qada dan QadarNYA.. 


Selain usaha dan doa, kita mesti bertawakal atas apa jua keputusan jalan takdirNYA.. 




Kisah hati,
Memang sukar untuk dimengerti..

Hati manusia sungguh unik..
Ia dicipta untuk menjadi raja dalam diri..
Jika hati bersih,
Maka bersihlah seluruh anggotanya,
Andai hati kotor..
Rosaklah seluruh perbuatannya..

Nawaitu bermula dari qalbu..
Hati merajai tindakan..

Jika hati berkiblatkan nafsu,
Maka rosaklah hidup..
Namun..
Jika hati seiring dengan akal,
InsyaAllah.. hidup lebih terurus,
Terancang dengan barakah..

Jika hati masih tidak istiqamah,
Perbanyakkan amalan untuk tetap dengan kebaikan,
Bukan mudah menurut hawa nafsu dan syaitan..
Walau berat ujian tertanggung,
InsyaAllah.. hati tetap dalam keimanan..
Tidak goyah walau ditiup badai..

Kerana DIA sentiasa ada buat kita..
Insan yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat..
InsyaAllah..

Kadang kala ujian hidup membuatkan kita patah hati.
Ah! Abaikan sahaja..
Itu hanya resam dunia..
Pasti ada ubat mujarab buat hati..
Iaitu, zikir terapi terindah buat diri..
Ingat segala pesan nabi..

Marilah kita..



Lukis ketenangan dalam masalah..

Sehingga bertemu di JANNAHNYA.. InsyaAllah..


original created by;
Mujahidah Cahaya Iman.


Saturday, April 14, 2012

Teruskan langkah.. Jangan pernah menangisi masa silam

Bismillahirrahmanirrahim...

15.4.2012, Mid of the month.. Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar dah pertengahan bulan. Kalau hari pula, rasa baru je Monday, then dah almost weekend semula.. Itulah, putaran waktu memang tak pernah menunggu kita. Siapa cepat, dia dapat! Itulah hakikatnya.. Bila dah tertinggal tu, nak kejar semula masyaAllah... bukan main lagi... tu yang akan terjadilah timbunan kerja dan sebagainya..

Sebut tentang masa, tertarik saya untuk kongsikan kepada semua.. 



Kita ada masa sekarang yang sedang dilalui..
Kita juga ada masa depan yang belum pasti lagi..
Walau segala perancangan telah dibuat..
Namun, andai kita optimis, bersemangat dan positif,
InsyaAllah masa depan menanti dengan kebaikan..

Sahabat,

Kita juga ada masa silam..
Masa lepas yang telah berlalu..
Semestinya tidak perlu dikenang andai ia pahit~
Namun, tak salah sekadar merenung buat iktibar!
Andai ia terus dilupakan..
Takut, kita akan mengulangi kepahitan yang sama...

Apapun, masa silam yang tidak menarik biarlah dijadikan sempadan..
Iktibar agar kita lepas, bebas dan jauh dari simpang lama..
Biar kita lalui jalan yang baru..
Tanpa perlu bertembung semula..
Tanpa perlu menangisi kisah itu..
Kerana setiap insan pasti memiliki kisah hati masing-masing..
Jadi, ia normal!

Jadikan kita berkuasa menentukan masa depan,
Tanpa menangisi masa silam..
Siapa pun kita, di mana pun kita,
Apa jua level kita..
Allah tetap Maha Pengampun..
DIA tetap sayangkan kita..

Apa buktinya?

Sudah banyak nikmat yang selalu diperkatakan..

Justeru..

Firman ALLAH:
"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" 
-Surah Ar-Rahman, berulangkali Allah mengingatkan~




Friday, April 13, 2012

Allah sayangkan kita..

Allah sayangkan hambaNYA, 
Allah kasihkan khalifahNYA, 
Allah sayangkan kita..

 Sebab itu kita diberi ujian,
Kerana itu kita diberikan dugaan..
 Oleh sebab itu juga kita dibebani masalah.

Tapi, pernahkah kita terfikir?
Kasih SayangNYA?
Tentang NikmatNYA?
Hakikat RahmatNYA?
RezekiNYA?

Tidak terkira banyaknya..
DIA beri kita UJIAN,
Kita menangis..
DIA beri kita DUGAAN,
Kita mengeluh..
DIA beri kita MASALAH,
Kita marah..



Pernahkah kita merungut bila lelah?
Pernahkah kita merengek tika sakit?
Pernahkah kita marah tika masalah menimpa?

Tapi kan...
Pernahkah kita syukur bila ALLAH beri kecukupan?
Pernahkah kita sujud dengan sepenuh hati untuk solat? 
Qiammulail pasti jauh sekali..
Pernahkah kita lakukan rukun Islam sepenuhnya dengan bersungguh?
Sudahkah kita penuhi rukun Iman untuk menjadi hambaNYA yang soleh?

Cukupkah kita hanya bernama Muslim?
Jika tidak menyempurnakan kedua-dua rukun itu?
Sempurnakah kita andai ciri-ciri sebenar Muslim itu tidak ada dalam diri?
Adakah kita nilai semula betapa banyak nikmatNYA yang telah kita kecapi,
Tanpa.. "SYUKUR?"...



Namun...
Kita tetap "TAMAK" untuk mendapatkan yang lain dan..
Dakwa ALLAH Tidak Sayangkan kita..
dan Tidak beri apa yang diminta..

Apakah kita terfikir?...

Ya ALLAH,
Ampuni kami...
 Atas khilaf kami...
 Sedang kami insan yang lemah..

Kini.. kami sedar,
"ALLAH SAYANGKAN KITA"..

Mulai saat ini, jadilah muslim yang baik!.. insyaAllah..

Konvensyen Jutawan Muslim 2012




Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Masih diberi nikmatNYA yang tidak tertanding.. Sujud syukur atas segala anugerahNYA dan segala urusan yang telah dipermudahkan.. Alhamdulillah..

Fistly; syukur kerana iLuvIslam menerima dan publish artikel saya dalam bentuk puisi kretif ni..  Untuk membaca di Portal iLuvIslam, boleh klik -> sini

Dulu; buat pertama kali puisi kretif saya ini di'publish'kan di sini, dan cerpen saya turut publish di sini, gembira bukan kepalang.. Sementara entri ini dan ini diterbitkan, Tapi, sekarang dah biasa.. Sebab, ia sama seperti saya menulis di Blog juga.. Diterima dan  diterbitkan di iLuvIslam bukan bermakna saya perlu kata, "saya penulis hebat.." Tidak sama sekali. Sebab; mereka di luar sana ramai yang lebih bagus penulisannya. Saya, masih belajar dan melangkah perlahan dalam membuat latihan untuk menjadi penulis yang sebenar-benarnya.. insyaAllah.. Saya hanya seorang penulis Blog.. Penulis Maya.. insyaAllah, masih menyemai impian untuk menjadi penulis realiti di Dunia Penulisan Buku..

Selain itu, rasa hati satisfied tetap ada.. Sekian lama artikel berpuluh-puluh dihantar, tetap ada beberapa yang melepasi piawaian artikel iLuvIslam. ",) Semoga ia menjadi satu latihan penulisan buat saya!.. InsyaAllah..

Excited.. Miles to go.. -> here and latest entri ini di sini, dan sini.

Koleksi Penulisan Maya sekitar 2012 di iLuvIslam:

1. Artikel Pertama
2. Artikel Kedua
3. Artikel Ketiga
4. Artikel Keempat
5. Artikel Kelima
6. Artikel Keenam & Ketujuh (puisi yg sama)

Ya ALLAH, kurniakanlah diriku ilhamMU..amin. 

Tapi, anda nak baca ke? ",) :p





Terpanggil untuk menyebarkan maklumat ini buat sesiapa yang berminat. I thought mesti Best! Tapi, terlalu "jauh dari panggang" untuk menghadiri Konvensyen sebegini..  ",) -> Tapi, just imagine... "andainya suatu hari nanti anda menjadi seorang jutawan... ermmmm.... zzzzz... eh3x... dan, event sebegini sesuai untuk anda!"..

Jadi buat Usahawan Muslim, dan sesiapa sahaja bakal jutawan tu, silalah turut serta. iLuvIslam buat Konvensyen pasti menarik! Betul...

Sekian, iklan dari iLuvIslam.. 

Sebar-sebarkan ya!

Tuesday, April 10, 2012

KunFayakun



"KunFayakun.. 
Jika ALLAH menghendaki sesuat hanya berfirman: 'Jadilah'..; maka jadilah ia.." 
(Surah Yassin; hujung ayat 82)

Hati tertanya-tanya,
Mulut membisu tanpa kata,
Diam mengisi diri..

Ilham pergi..
Mulut terkunci..
Jiwa mati..
Hati hilang..
Kosong..

 Dalam syahdu rahmatNYA datang,
Penuh sempurna kasihNYA menyapa..
Tika hati kosong salamNYA menyembuh..
ZikirNYA terapi hati..
SujudNYA penenang jiwa,
Dalam kelam beroleh cahaya..
Moga keimanan temui kejayaan..
Moga hati istiqamah dalam iman.. 

Walau diri sering mengabaikan kasihNYA,
Walau hati tidak tulus dan setiap dalam waktu sujud kepada Pencipta..
Ditemani gangguan nafsu..
Dikelirukan dengan perkara lagha..
Namun, sinarNYA tetap menyembuhkan hati..
KasihNYA tetap menyuburkan jiwa,
RedhaNYA tetap menyuluh jalan keimanan..
Moga hati terus bersyukur..

Ya Allah, ampuni dosaku..
Ampunkan silap dan kelalaianku..
Kurniakanlah aku maghfirahMU..
Kurniakanlah aku keimanan teguh agar dapat menjadi khalifah berjasa di bumiMU..
Jadikanlah aku insan yang bermanfaat,
Dan menyeru amal makruf nahi mungkar..
amin..

-Mujahidah Cahaya Iman-






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails