About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Sunday, March 31, 2013

Sesuci wajah ayah bonda..


Ayah dan bonda,
Apa khabarmu di sana?
Sudah makan ke kalian?
Apa hidangan malam ini?
Saat seleraku menjamah hidangan malam..
Tatkala itu ingatanku terkenang pada kedua ayah dan bonda
Maafkan ku bonda..
Maafkan ku ayah
Tidak memberikan yang terbaik buatmu..
Aku tahu harapanmu padaku menggunung tinggi
Aku tahu impianmu masih belum tercapai
Anakmu tahu doamu masih belum termakbul
Tunggulah ayah… tunggulah bonda…
Apa yang mampu ku doakan moga rezeki kalian bertambah
Dipermurah dan dipermudahkan kalian mencari rezeki
Anakmu… pasti berusaha sebaik mungkin untuk membantumu
Akanku usaha sedaya upaya untuk meringankan bebanmu
Biarlah anakmu yang berpenat lelah untukmu
Kerana sesungguhnya jasa dan pengorbananmu ayah bonda tak terbalas
Segala jerih perihmu tidak mungkin ku balas
Ayah…
Bonda..
Merasai sedikit kepayahanmu tika bernafas dalam sesak
Mengalami sedikit kesakitanmu, tawa tika duka
Menyelami sanubarimu dalam kelam berbunga ria
Mendalami kekuatanmu mendepani ujian dalam harapan
Walau terketar namun kalian tetap tidak gentar
Walau meraba kalian tetap cekal
Dalam kegelapan kalian gigih; walau terlalu kelam
Mencari sinar harapan
Mencari sebuah kehidupan
Demi siapa?
Demi anak-anakmu.. demi agamamu
Demi bangsa..demi harapan anakmu..
Dan, semangat itu menjadi api pembakar semangatku yang tidak pernah padam
Kepayahan itu menjadi sumber inspirasiku
Kegigihanmu tanpa kenal lesu menjadi azamku yang tidak mungkin hilang
Dengan Izin ALLAH
Azam akan ku gengam hingga menjadi kenyataan
Impian ku bawa hingga ke titisan darah terakhir
Nasihat dan pesanmu akan ku pegang hingga ke mercu kejayaan

Kini anakmu telah sedar
Bangkit dari kesilapan yang lalu
Kesenangan bukan untuk dinikmati sendiri
Kekayaan bukannya untuk melalaikan diri..
Yang hanya digunakan tanpa beringat di masa depan..
Kini anakmu telah tersedar..
Tersedar dari lena yang panjang
Menyedari hakikat sebuah penciptaan yang berbekal kesabaran
Meredhai setiap ketentuan bersertakan ujian
Yang pasti untuk menduga ukuran nisbah keimanan
Demi satu matlamat keredhaan dalam kerendahan
Menemui pencipta yang satu nanti

Apapun natijahnya
Kini… anakmu boleh tersenyum lega
Memahami apa yang tersirat ketentuan Ilahi
Mengerti hakikat penciptaan manusiawi,
Menghayati definisi sebuah keredhaan penuh kesyukuran
Usaha segigih dan semampunya
Demi harga sebuah kejayaan dalam kesukaran!
Untuk kita sama-sama nikmati kebahagiaan dan kesenangan bersama..
Akan ku buktikan ayah dan bonda..
Salam sayang buatmu;
Anakandamu..

Thursday, March 28, 2013

masih teringat semalam; ayahanda berpesan...


Peluh mengalir laju,
Membasahi sehelai baju lusuh yang menjadi pakaian tika mencari rezeki,
Saat itu jua,
Keringat semalam masih belum kering,
Sudah disusuli keringat hari ini..
Ketar tanganmu menandakan ayah menahan penat.
Sedang hasil masih belum mampu bertahan hingga petang
Biar kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Namun... Peluh ketarmu tidak pernah jemu..
Walau kadang kala hatimu hiba dirundung duka
Hasil yang didamba berbuah hampa
Kecewa di kala dusta memutusi perjanjian
Diseleweng dan dimungkiri saat berjanji
Kononnya ayah tidak berpendidikan
Mudah  diseloroh oleh tipu muslihat
Itulah ayah…
Dunia yang menipu
Andai kita mencintai dunia tidak berbentengkan cinta keimanan
Pasti kita kecewa dan berduka
Namun..
Andai kita redha dengan ketentuan dan pasrah dengan apa jua ujian
Pasti rezki lain melimpah sampai..
Itulah hukum alam ketentuan ALLAH
Andai kita redha dan bersabar
Pasti ada pulangan yang setimpal..

Selalu kuingati ayah berpesan;
Ayah tiada apa yang bakal ditinggalkan..
Tidak ada harta mahupun tanah berbidang
Namun, segala nasihat dan pelajaran menjadi ikhtibar
Agar berjaya di hari kemudian
Menjadi bahagia sepanjang zaman
Bahagia dunia dan di akhirat sana


Ayah juga mengingatkan;
Biarlah kita beroleh sesuatu berkat usaha tanpa jemu
Moga yang sedikit menjadi banyak
Yang satu menjadi seribu
Yang tidak cukup menjadi berkat, melimpah buat sekalian alam..
Wallahualam….
Pesanmu ayah menjadi azimat yang paling mustajab
Sehingga ke akhir usiaku..
Moga barakah hidupmu di dunia dan dunia sana nanti…







Hidayah itu datang pabila hati bersih lunak sesuci embun pagi..


Hidayah itu milik Allah..
Hidayah itu menjadi penjamin kehidupan insani
Menjamin bahagianya hati..
Hidayah itu datang tika hati diancam goyah
Antara yang tulus dan syubhah..
Tika hati berperang antara ingin kekal dilautan dilema kekufuran;
Mahupun ingin ke jalan yang tulus dan lurus..
Ilmu jualah yang memimpin sebulat hati..


Tika itu;
Hati nekad memilih ilmu sebagai hakim akal..
Memilih cahaya dalam kehidupan.
Memilih jalan yang lurus dan barakah..
Jelas kebenaran dan nampak selekoh tajam penuh kekufuran..
Itu yang akan dielakkan..
Hidayah juga datang tika diminta..
Rayuan dan doa sepenuh hati dari hambaNYA yang benar-benar ikhlas,
Yang hanya mendambakan kebahagiaan dunia dan akhirat sana.
Dan…menjauhi perkara yang penuh syubhah.
Hidayah itu anugerah ALLAH..
Hidayah itu tidak berbentuk zahir..
Ia bukan sukar dicari buat pencinta ilmu dan hati yang tidak pernah jemu;
Memujuk, merayu dan berdoa dengan penuh yakin untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat sana..
Jika bersih hatinya..
Jika suci ‘raja’ nya..
Jika penuh ilmu di dada,
Jika jujur menafi kekufuran dan jujur melakukan kebaikan..
InsyaALLAH.. ALLAH Sayangkan HambaNYA..
Hidayah itu datang menyerikan jiwa,
Hidayah datang meluruskan jalan ke destinasi kekal sana..
Kerana Hidayah itu anugerahNYA..
Tidak sukar dicari buat hambaNYA yang benar-benar bertaqwa.
Hidayah.. tanda CintaNYA…
Wallahualam…


Sunday, March 17, 2013

Apa kata hati itu naluri paling hebat!..


Kesekian kalinya...
Hati berbisik sepi dalam santun,
Budinya luhur penuh susila..
Ikhlas dan tulus menjaga air mata..

Kesekian itu lagi..
Hati berbisik seakan mengerti apa yang dirasai oleh anggota dan air mata..
Anggota sudah resah dan gelisah seolah menanti sebuah kesakitan..
Mata sudah bergerak dan berdenyut tanda mahu melepaskan sendu di hati..
Hati sudah tentunya... Berat untuk mendefinisi..
Dalam erti kata mudah difahami..
Sebuah terminologi insani dan islami..
Antara dosa dan pahala..

Kesekian itu...
Malaikat pencatat mengerti keikhlasan hati..
Yang benar-benar sujud penuh penyesalan..
Insaf dan nekad tidak mengulagi segala dosa dan titik hitam yang menggelapkan..
Sebahagian hatinya suatu ketika dulu..


Doa itu...
Doa itu... bagai meniup satu semangat
Bagai suntikan doktor keimanan..
Agar hati tetap tabah dan cekal..
Agar jiwa tetap kuat dalam ribut..
Agar diri tetap bersih dalam keruh yang dalam..
Memakan hati sekian lamanya..

Syaitan itu yang merosakkan hati hambaNYA..
Apatah lagi yang lesu dan lemah..
Yang masih tercari-cari identiti remaja
Yang masih muda mendefinisi sebuah kehidupan..
Yang terburu-buru mengikut arus pancaroba,..

Namun, syukurlah kerana..
Allah itu Maha Pengampun.
Allah itu jua Maha Mengasihani..
Maha Pelindung dan Maha Mengetahui...
Syukurlah...
Kita kembali ke pangkal jalan...
iaitu...


JALAN KEIMANAN..
Penuh Barakah..
insyaAllah.....
Allah humma ameen...








Benarlah...apa kata hati itulah naluri sebenar! Kadang-kadang mulut boleh menipu..tapi; bukan kata hati... Tulisan juga boleh menipu...tapi bukan apa terbuku di hati kita.... SEKARANG. ya, sekarang.  

Tuesday, March 12, 2013

Cinta dari ALLAH...


Assalam..

Alhamdulillah, 2013 benar-benar memberikan kisah manis dalam sebuah episod pencarian erti hidup adik beradikku... 

Bermakna kisah percintaan mereka bernokhtah dengan sebuah ikatan suci yang terjalin. Dan membuka sebuah diari hidup yang baru penuh kebahagiaan. Penutup 2012 memberikan kisah manis dan bermakna dalam hidup adindaku. Setelah sekian lama mencari keserasian dan persefahaman, akhirnya Allah menyatukan mereka dengan sebuah ikatan pernikahan. 2013 pula memberikan kebahagiaan buat kekanda saya yang selamat bertunang pada March 2013. Allahurabbi… 




Permudahkanlah ikatannya bersama tunang sehingga diijabkabulkan. Moga kekal jodoh mereka dan diredhai Allah… insyaAllah, amen…  Moga dipercepatkan, dengan penuh keberkatan… amen…

Segalanya atas aturan ALLAH. DIA Maha Berkuasa menentukan segala qada dan qadar itu. Kun Fayakun… Dengan izinNYA (insyaAllah) semuanya pasti bertemu. Garam di laut, Asam di darat, Dalam periuk, Bikin muafakat… 

Bila diutarakan soal jodoh pada saya pula.... saat itulah saya akan terdiam... bukan terguris atau terluka, tapi... berdiam mencari jawapan yang sesuai... Diam mencari damai yang dalam... dari sudut lubuk hati yang satu... 

Jawapannya hanya satu... Yang pasti, tiada yang lain... Hanya Dengan IzinNYA... Andai ALLAH belum mengizinkan, pasti cinta itu disimpan di syurga sana... kerana Cinta Dari Ilahi itu kekal abadi bermatlamat syurga Ilahi... Wallahualam...

Yang pasti ALLAH Maha Mengetahui hambaNYA tidak mampu hidup terus sendiri... 


Foto dari blog muslimah berduri. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails