Friday, May 11, 2012

Tulisan ini sudah terlalu lama.. Biar saya publish di sini shj~ Manuskrip yang hanya menjadi koleksi peribadi..


BAHAGIAN LAPAN
BLOGGER SEJATI
“Assalammualaikum kak. Ingat tak saya?” sapa gadis ini.
“Siapa ya?” jawab Nurul sopan. Sambil cuba mengingati.
“Saya la Intan, pembaca dan pengomen setia Kak Nurul di Blog. Saya pun study kat Uitm fakulti yang sama dengan akak. Cuma, saya baru je ambil Diploma.” Ujar Intan.
Oh, aku kah yang tidak perasan sebelum ni.. hu huhuhu… Patut la aku rasa macam pernah nampak dan kenal jer. Rupanya Blogger jugak! Huhuhu…
“Oh, ye ke.. Wah, seronoknya akak dapat jumpe awak Intan. Nanti ada masa kita jumpa and hang out sama ye.. Akak pun nak kenal awak di dunia reality. Mana tahu dunia ciber kite menipu”. Hehehe.. Hatinya tersenyum geli hati.
“Boleh! Sure!..” laju je Intan menjawab.
Intan ni merupakan Blogger baru yang rajin sangat berbalas komen di Blog Nurul. Walaupun Intan baru dalam Blogging, tapi dia sangat kretif dan pandai mengemaskini Blognya. Setiap hari ada sahaja entri yang menarik pembaca browse Blognya di samping meninggalkan komen membina.
Pada Nurul, quantity komen tidak semestinya menunjukkan quality bagus bagi satu-satu blog ini. Tapi, sekurang-kurangnya ramai pembaca yang memberikan tindakbalas tanda mereka membaca dan entri blog itu interaktif. Dalam erti kata lain, penulisan yang tidak syok sendiri!.. hehehehe.. Seringkali, entri yang bersifat terlalu peribadi dan sukar difahami akan melahirkan kebosanan dan memberikan kesan ke atas jumlah pembaca yang membaca entri tersebut.
Nurul masih teringat betapa pada awalnya Nurul memang bukan peka IT. Nak buat Blog apatah lagi! Satu benda pun tak faham, sampaikan dia mulai berjinak-jinak dengan Blog di Friendster. Segala isi hatinya dicatatkan di dalam Friendster sebagai Diary Elektronik. Namun, tiada apa yang menarik kerana ia bersifat sehala dan tidak interaktif, jika dibandingkan dengan Blogspot kini.
“Ok la sayang, akak dah sampai nie.. Jumpe lagi. Assalammualaikum.” Nurul mengakhiri perbualan.
“Thanks kak!.. Waalaikumsalam.” Sambil menghulurkan salam Intan melambaikan tangannya.
Nurul mengatur jalan perlahan di sepanjang jalan menuju ke rumahnya.
Dia perlu melintasi jalan yang agak sebok. Apartment Perdana memang terletak di tengah-tengah bandar dan tempat tumpuan kenderaan.
Terkadang dia menjadi trauma melintasi jalan seorang diri.
Nasib baiklah ada lampu isyarat di hadapan apartment yang Nurul tinggal.
Jika tidak memang tak melintas lah sampai seharian atau semalaman menunggu kenderaan tiada yang lalu lalang.
Nurul memang cukup trauma apabila melihat sendiri di depan matanya bagaimana kemalangan berlaku, bagaimana abangnya yang pernah ditimpa kemalangan dan pernah ditempatkan di wad emergency selama berminggu kerana koma, bagaimana abangnya patah kaki, tangan, cedera di kepala sehinggakan menjejaskan sedikit kesihatan mentalnya walaupun dia sihat walafiat namun ada sedikit kesan akibat kecederaan sebelum ini kesan beberapa kemalangan yang pernah menimpanya.
Abang Nurul masih sihat namun, ada sedikit kesan akibat gegaran yang kuat di kepala.
Semua yang berlaku di sekitar kehidupannya membuatkan Nurul trauma. Apatah lagi memandu, memang Nurul cukup fobia.
Kemalangan maut yang meragut nyawa teman baiknya melemahkan lagi semangat Nurul untuk memandu. Oleh kerana itu, Nurul sanggup menaiki bas dan kenderaan awam lain lagi untuk bergerak.
Lamunannya terhenti apabila mendengar ada suara memberi salam.
“Assalammualaikum Nurul”.
Nurul menoleh sekilas. Nurul terpinga-pinga di samping wajahnya merona merah menahan malu. Eh, kenapa pula ada lelaki ni tiba-tiba? Eh! Nurul terkezut.. Nurul menghentikan langkahnya.
“Fahmi..” Terkeluar nama Fahmi dari seulas bibir comel Nurul. Lembut dan terkejut.
“Mengelamun ke?” Fahmi ingin menguji.
“Eh, tak lah..” tersipu-sipu Nurul lantas tertunduk malu.
            “Kenapa tak lintas?” Fahmi pelik melihat Nurul kalut dan terus berdiri walaupun lampu pejalan kaki bewarna hijau.
Baru Fahmi terserempak, dah kalut! Belum lagi dia cakap suka! Nurul, please fokus okay!.. Dalam hati tetap mengomel. Macam mana Fahmi boleh lalu jalan ni. Bukan ke sepatutnya jalan lain! Erkkk, apa masalah dia. Tak mungkin dia follow bus tadi, bisik hati Nurul. Dah la Nurul! Jangan tercegat dengan terkulat-kulat jer ni! Hahahaha… Sila jalan Nurul!
            “Assalammualaikum Fahmi!” Nurul melambaikan tangan kepada Fahmi.
            Fahmi tersenyum lantas menjawab salam, mengangguk dan membalas lambaian Nurul.
Fahmi lega dapat menjejaki di mana Nurul tinggal. Lepas ni boleh Fahmi tolong hantar Nurul. Kesian dia, bisik hati Nurul. Menunggu bas satu hal, kepenatan mengusung buku dan beg yang berat lagi satu lah. Kepenatan lagi!.. Kesiannya Nurul. Itulah mahalnya harga sebuah pengorbanan seorang pelajar, omel hatinya! Tapi, kuat sungguh semangat dia, aku yang drive ni pun kadang-kadang stress, tapi dia aku tengok rilex je! Monolog dalaman Fahmi berkata. Tak apalah, aku doakan dia success! Amin.
Nurul melangkah memasuki perkarangan apartment. Persekitaran apartment tempat Nurul tinggal dipenuhi pelajar Kolej Swasta berdekatan, Kolej PTPL dan MSU. Kelihatan remaja lelaki dan tak kurang juga wanita berjalan keluar dan ada yang masuk perkarangan apartment. Kelihatan beberapa sekumpulan pelajar yang melepak di Café berdekatan. Ada yang membuat kumpulan perbincangan.
Langkah Nurul terhenti apabila dia terlihat seseorang yang dikenalinya.
“Eh, mai! Buat apa dia kat sini?” bisik hati Nurul. Nurul memerhatikan Mai dari kejauhan.
Takkanlah dia tinggal kat sini.. Habislah kalau dia nampak aku berbual dengan Fahmi tadi!.. Lepas ni bahaya lah kalau kami nak berjumpa. Satu kelas rasanya perasan yang Mai nie giler sangat dengan Fahmi ni.
Nurul melangkah laju menuju ke Blok 3, rumahnya. Setiba di hadapan rumah Nurul segera membuka kunci. Pintu dikuak. Lega!..




No comments:

Post a Comment