Bismillahirrahmanirrahim...
Buat hati-hati yang kecewa dengan ujian hidup...
Terkejut membaca status IM Hassan lantas, teringin katakan sesuatu buat adik-adik yang masih mentah di luar sana..
Cintakan bunga, bunga akan layu,
Cintakan manusia, manusia akan mati,
Cintakan Allah, zat Pencipta Maha Kekal, itu yang hakiki...
Bila cinta Allah merahmati, insyaAllah.. cinta manusia itu manis sekali.
Jangan ikutkan darah muda kerana kelak rahmat Allah hilang, Allah murka dan sengsara melanda...
Bayangkan jika rasulullah s.a.w lihat ummahnya begini teruk, pasti rasulullah sedih ya dik..
Ingatlah, semua itu ujian, lumrah kehidupan.
Mari sama-sama renungkan kata-kata akak ni.. -> ALLAH Sayang kita, dari entri lama.
Oleh itu adik-adik, tenangkan diri, banyakkan beristighfar & berzikir.. kerana dengan memperbanyakkan zikrullah insyaAllah, syaitan tak sempat nak mengacau & menghasut hati adik-adik agar leka dengan kekecewaan dan berputus asa dengan rahmat Allah... Nauzubillah.. Bila ALLAH murka, Allahurrabi... akak takut, semua org takut.. kerana balasan Allah amatlah pedih... samada di berikan di dunia ini mahupun di akhirat sana.. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment