About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Sunday, September 29, 2013

Doakan yang terbaik... penutup 2013.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Allah s.w.t.. Segala puji atas takdirNya, Segalanya seperti pantas berlalu, Seperti yang dirancang cuti sekolah 2013, Kami menerima seorang lagi ahli keluarga baru.. Abang dan wanita pilihannya bakal bernikah... Syukur perjuangan hidup abang bakal bermula. Moga Allah sentiasa tetapkan di atas jalan Islam yang lurus dan tambahkan Iman setiap masa...amin

Alhamdulillah...
Kami sentiasa doakan yang terbaik.. Biarlah syaitan menangis ketakutan melihat dua hati bersatu mengikut sunnah nabi melalui ikatan pernikahan yang sah...

Moga Allah lindungi mereka, tetapkan hati mereka dalam kebaikan, tambahkan iman di hati, diberkati, dijauhi dari fitnah akhir zaman, dipermudahkan setiap urusan, dimurahkan rezki, bahagia dan jauhilah dari gangguan syaitan. Orang kata bakal pengantin ni darah manis... Moga dilindungi Ya Allah.. #the only brother 


#Mohon doa sahabat-sahabat blogger #moga dipermudahkan





Friday, September 27, 2013

Manusia jangan terus menerus dengan kesombonganmu..... Semua nikmat itu dariNya... Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan?....

Manusia..
Ketika jatuhmu,
Ketika lumpuhmu..
Ketika sakitmu bahkan,
Ketika derita susahmu...
Kamu kata itu silap dia, dia atau dia..
Kamu pertahankan kebenaran di pihakmu
Kamu tetap berpegang bahawa itu salah,
Ini salah, itu silap..
Kalau itu, kalau ini..
Kalau begitu, Kalau begini..

Tapi... kamu sedar kah?
Apa yang kamu perkatakan itu silap..

Janganlah kita jadi manusia yang sombong,
Menunding jari ke sana, sini, situ...
Cuba kamu renungkan apa hikmahnya semua itu?
Bukan terus menerus dengan kesombongan kamu...

Kita hanyalah hamba...
Diulangi,
"Kita hanyalah hamba"
Kita kerdil & hanyalah hamba yang Allah jadikan untuk menyembahNya..
Dilahirkan untuk menjadi hamba yang bertaqwa.. & khalifah di bumi Tuhan...
Bukan perosak yang tidak dapat menerima hakikat ciptaan Allah..

Ingatlah kawan..
Andai kita lupa diri,
Sombong dan terus menerus dengan kesombongan..
Azabnya nanti sangat pedih...

Saya doakan semoga kamu mendapat hidayah & keampunanNya...
Sudahlah...
Kita hambaNya..
Dia lebih tahu perancangan terbaik buat kita..
Dia menguji tanda Dia sayangkan kita..
Tidak kalian dibiarkan melata & terus dengan kesesatan melainkan Allah uji agar kalian dijauhkan dengan kejahatan...
Masih tutup matakah?
Masih tidak nampak?

Insaflah...
Rebut redha Ilahi..
Bergantunglah sepenuh hati padaNya..
Berharaplah padaNya..
Sesungguhnya hidup kita seketika..
Di sanalah alam yang kekal...
Insaflah..
Muhasabah & kembali kepada jalan Islam yang indah..
Islam itu Indah...
Beratkanlah timbang amal baikmu..
Moga kelak ia dapat mengatasi timbangan buruk & kejahatan yang telah kamu lakukan di atas dunia ini...
Moga Allah ampuni dosa kamu, kita dan semua sahabat yang mencari redhaNya..
InsyaAllah...

Sunday, September 22, 2013

Hanya cintaNya.. Dengan lafas Bismillah.

"Cinta tak boleh dipaksa auntie.. Nurul minta maaf banyak-banyak. Nurul tak boleh terima." Tegas Nurul seraya memulangkan semula sekotak hadiah tanda lamaran jejaka misteri.

Khabarnya lelaki itu anak saudara auntie Salmah. 

"Tapi Nurul.. auntie nak Nurul kenal dan berkawan dulu. Dengan cara begitu  mungkin Nurul dapat terima Azhar." pujuk wanita yang hampir sebaya dengan ibunya...

Nurul terdiam.
Sebak..
Kelopak matanya bergenang..
Nurul menahan pelbagai rasa..
Kekuatan dikumpulkan. 
Cuba untuk mencari alasan.

"Baiklah auntie, Nurul berterus terang... Sebenarnya, Nurul dah ada pilihan hati."  
Nurul terpaksa berbohong.

Hakikatnya, hatinya sebak menahan sedih. 
Perasaannya bercampur baur.
Antara berbohong, menjaga hati orang, mempertahankan haknya.

"Ya Allah, ampuni dosaku.." Nurul berbisik di dalam hati...


#kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Nak tahu kisah sambungannya?.... keep on reading ya! ;) syukran... Update via hphone.. lama tak menaip!

Friday, September 20, 2013

Hari yang berkualiti! rindu ayahbonda..

Angin bertiup lembut..
Nyaman dan damai rasanya,
Segar dirasai tatkala usai mengeluarkan peluh..
Itulah nikmatNya sihat!
Segar, nyaman & damai..
Anugerah Pencipta buat hambaNya yang   mahu bersyukur..
Ya Allah, moga nikmat sihat ini kekal,
Amin..

#rindu pada ayahbonda di kampung~

rindu!

Rindu bersarang di hati...
#senyum sendiri
Tatkala manusia dibuai mimpi..
Terjaga oleh lamunan yang mengejutkan,
#oh! Masanya sudah tiba~
Persiapkan diri..
Untuk jogging pagi.. ;)

#maaflah sapa yang terkena oleh puisi ini.. rindu nak jogging rupanya! ;)

Tuesday, September 17, 2013

Di hatiku hanya Dia yang Satu..

Hanya Dia penciptaku....
Allah yang Satu..
Tidak pernah berubah..
JanjiNYA pasti..
KasihNya abadi..
Hingga syurga nanti.

Ya Allah jadikanlah aku wanita solehah,
& kurniakanlah pendamping yg terbaik di sisiMu demi untuk mendapatkan sesuatu yg terbaik dariMU...amin


Sunday, September 15, 2013

Bosan... Takut..


Bosan!

Kadang kala kita merasa bosan...
Kosong...

Mungkin kita takut..
Namun jangan lupa.. Allah ada.
Berdoalah!
Sandarkan pergantungan hanya padaNya..
InsyaAllah,
Yakinlah... Dia ada.

PadaMU ke bersujud...

Dengan Nama ALLAH..
Dengan izinNya kita berdiri di sini,
Dengan rahmatNya kita melalui jalan ini..
Dengan kehendakNya kita diuji..
Atas ketentuanNya kita tabah menghadapi..
Semua dengan izinNya..
Semua yang berlaku atas ketentuanNya..
Berdoalah...
Bermunajatlah...
Hanya padaNya kita berserah..
Bermujahadahlah..
Lupakan semalam!
Bangkitlah dari kedukaan..
Mari mengorak langkah!
Bina semangat baru.. kerana esok masih ada buat kita...
Ya.. kita!.. saya, awak, kamu dan kamu-kamu semua...
Sesungguhnya kita sama..
Cuma jalan kita yang berbeza..

Syukurlah Allah masih beri hidayahNya...

Friday, September 13, 2013

Ketenangan... kedamaian semalam.

Masih terasa damainya hati...
Masih dirindui angin barakah..
Masih segar di ingatan tatkala alunan ayat cinta Ilahi dibuai indah menghiasi malam yang barakah..
Tika kasih ilahi terasa dekat di hati..
Siangnya dipenuhi insan bermujahadah untuk menggapai redha Ilahi..Sungguh luar dari kebiasaan... indah! Cukup indah!...
Malamnya pula berbaris saf mencari kekuatan... Menunaikan ibadat yang dituntut...
Memohon keampunan...
Meminta keredhaan..
Mencari kebahagiaan..
Demi memburu sejambak ketaqwaan..
Hadirmu penyeri melengkapi kehidupan insani
Agar tetap teguh di atas keredhaan Ilahi..
Ramadan kareem..
Kami merindui...
Moga kita dapat bersua lagi nanti...

Dari hati,
Pemilik cinta ilahi.. @tarbiyah ramadan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails