About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Friday, May 11, 2012

2 Bab serentak.. Lepas ni perlu karang cerita baru.. Tapi, perlu habiskan assignment, exam dan study.. That's mean September baru boleh menulis..


BAHAGIAN SEMBILAN
PUNCAK KERJAYA

Seawal 6.10pagi, tatkala kabus pagi menebal, embun menitis di pagi hari yang barakah, subuh membuka lebaran hari Nurul.. Sesudah solat, Nurul menadah tangan bermunajat pada Allah Rabbul Izzati..
"Seandainya telah tercipta dia untukku, baik buatku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Seandainya bukan,
Damaikanlah hatiku dengan takdirMU,
Sesungguhnya KAU maha mendengar dan mengetahui Ya ALLAH..
Amin ya Rabbal Alamin."
Seusai solat Nurul bersiap mengenakan 1 sut kemeja berwarna biru muda. Disertakan selendang arab berwarna kebiruan, atau light blue. Lantas dia mengalas perut dengan sekeping roti wholemeal, dengan segelas susu segar.
Selesai bersarapan, Nurul keluar melangkah dengan penuh tenang. Pak Hassan yang setia bekerja sebagai Driver selama 5 tahun dengannya tersenyum mesra.
“Assalammualaikum Cik Nurul, wah.. nampak manis hari ni” tegur Pak Hassan.
“Waalaikumsalam Pak Hassan. Terima kasih. Hari ni ada appointment dan meeting, so kena smart sikit.” Balas Nurul seraya tersenyum mesra.
Pak Hassan juga telah dianggapnya sebagai ayah bagi Nurul.
“Dah sarapan Pak Hassan?” Nurul memang sentiasa mengambil berat tentang pekerjanya. Baginya kebajikan pekerjanya cukup diutamakan.
“Oh, dah tadi mak cik siapkan awal pagi. Alhamdulillah. Cik Nurul banyak appointment nak keluar ke hari ni?” Pak Hassan cukup berdisiplin dalam menjalankan tugas.
“Hari ni.. erm, rasanya tak. Semua urusan dalam pejabat. Mereka yang datang tapi, apa-apa pun nanti saya inform kemudian ye Pak Hassan.” Nurul membelek-belek diarynya hari ini. Check list yang telah disiapkan tadi untuk jadual dan aktivitinya sepanjang hari itu.
Setiba di perkarangan bangunan pejabat, Nurul menaiki lif dan seterusnya menuju ke tingkat 8. Sejak pejabatnya berpindah ke bangunan baru di tingkat 8 itu, Nurul rasa peningkatan disiplin pekerjanya semakin meningkat. Jika tidak dahulu mereka bertempat di bangunan lama, tingkat 14. Menjadi kebiasaan staff akan tiba lewat sedikit kerana kesesakan di dalam lif mahupun kesesakan lalulintas.
Nurul memasuki pintu masuk pejabatnya. Senyuman manis penuh karisma dihulurkan buat semua staffnya. Nurul cukup peka dengan setiap masalah pekerjanya. Baginya, mereka adalah sahabatnya kerana setiap operasi syarikat bergantung pada komitment dan kerja keras mereka. Jadi motivasi mereka perlu sentiasa dipupuk melalui hubungan yang baik antara mereka, selain memberikan training, one to one, dan sebagainya. Jika ada keuntungan lebih, Nurul pasti membuat mesyuarat untuk merangka lawatan dan hari keluarga. Mostly, semua demi menjaga kebajikan pekerjanya.
“Assalammualaikum, morning everyone!” manis Nurul melangkah sambil tersenyum buat semua.
Ummie, kelihatan manis berbaju kurung warna biru berbunga keemasan. Cantik sungguh! Tersenyum ayu sambil member penghormatan kepada majikannya.
“Waalaikum salam Cik Nurul! Wah.. cantik hari ni!” suara keriangan Ummie menambahkan serinya di pagi hari. Memang bagus untuk membuka rezeki di pagi hari. Nurul memang menekankan kepada kakitangannya untuk senantiasa mempunyai sifat yang baik, tersenyum di pagi hari dan elakkan memasamkan muka! Greeting juga penting bagi mempereratkan hubungan masing-masing.
            “You pun apa kurangnya. Ayu berbaju kurung! Anyway, warna dia memang cantik!” puji Nurul kepada setiausaha yang rajin itu.
Tersenyum simpul Ummie menahan malu. Ya lah dah kena puji dengan bos! Hehehe..
“Cik Nurul, how are U?” Encik Khairul mencelah di sebalik perbualan dua gadis berdua itu.
“Alhamdulillah, fine.. Bertambah sihat bila tahu U all kerja bagus! Oh ya, semalam kita dapat pujian dari Syarikat Bumi Cemerlang tau! Good deal U did! Congratulation and Keep it up Encik Khairul!” Nurul tersenyum lagi.
Nurul bangga dan tak sia-sia mengambil pekerja seperti mereka. Sanggup bekerja lebih masa, tak kenal erti penat, dan sentiasa berusaha untuk memajukan syarikat. Bukan apa, Nurul pun tak kedekut nak memberikan bonus jika ada rezeki dan keuntungan lebih dari syarikatnya itu. Apalagi, masing-masing menunjukkan prestasi kerja dan potensi masing-masing.
Mereka cukup bertuah, Nurul juga tidak lokek memberikan peluang kursus peningkatan kerja dan motivasi mereka. Kesannya, mereka tidak bosan dan kerja berjalan baik sekali!
“Oh.. tu semua sebab Cik Nurul juga cool. Tak terlalu kedekut!.. hehehe.. Diaorang dapat discount terus on jer buat kontrak setahun dengan kita! Hahaha.. “ tawa Encik Khairul memenuhi ruang, menghidupkan keceriaan.
“Hehehe.. ye la, kadang-kadang kita kena ada give and take. InsyaAllah, tak rugi. Harap-harap dia akan sambung dan sambung kontrak! Amin.. “ Nurul menadah tangan dan kadangkala sikap Nurul yang masih muda itu melucukan.
Walaupun dia masih muda, namun kematangannya jelas terpancar. Nurul cukup bersyukur dikurniakan kakitangan yang menceriakan.
“InsyaAllah, boleh punye Cik Nurul.” Jawab Encik Khairul.
“Work hard toward it! Ok la, I nak masuk bilik. Happy Working ya!” Nurul melangkah lembut memasuki biliknya.
“Oh ya, Ummie, nanti U masuk bilik I ya! Please present for me today’s appointment and check list. Thanks” Nurul memandang Ummie yang sebok menaip minit meeting.
“Ok Cik Nurul. Sure, can!” Ummie menoleh ke arah Cik Nurul lantas mengangguk sambil tersenyum manis.
Pintu biliknya dibuka perlahan-lahan.
Air cond dipasang pada suhu yang sederhana. Meja dikemas dan disusun teratur. Nurul memasang suiz computer riba dan desktop computernya. Bulu ayam diambil lantas digunakan untuk membersihkan peralatan dan perhiasan yang tersusun di atas meja.
Bunga yang terletak di atas meja disusun rapi. Sesekali ingatannya terbang jauh pada seraut wajah Adam Fahmi. Setiap kali Nurul memandang kuntuman rose merah, setiap kali itulah dia terkenangkan seorang lelaki yang pernah menjadi igauannya.
“Nurul, Happy Birthday! Moge murah rezeki, panjang umur!” 3 kuntum mawar merah beserta 5 cawan cup cake menjadi hadiah buat tahun pertama mengenali Fahmi. Sekian lama Nurul membesar di atas bumi ini selama 22 tahun, inilah kali pertama lelaki yang tiada hubungan persaudaraan celebrate birthday. Hehehehe.. malunya Tuhan sahaja yang tahu.
Debaran di dada memang tak dapat nak dihentikan. Jantung seolah-olah laju mengepam oksigen tika itu. Wajah Nurul merona merah! Petang itu kebetulan kelas bermula lewat, jam 4petang. Sebelum kelas, mereka memang merancang untuk study group. Tak sangka pulak mereka melencong celebrate birthday! Hahaha.. Padan muka! Terkena! Malu!
Lelaki ini… takpalah, dia tak cakap apa-apa pun. So, assume dia tak de perasaan kat aku lah! Jangan perasan Nurul! Sila terima dengan hati yang terbuka.
“InsyaAllah…. Eh, susah-susahkan Fahmi degan Kak Azie jer!.. Thank You so much!!!” Nurul tersenyum riang. Hatinya cukup gembira, namun kelopak matanya mulai bergenang dengan air mata. Heeee.. terharunye!!..
“Tak ada apa Nurul. Kami bersyukur dikurniakan sahabat macam Nurul. Komited dalam pelajaran. Tak sia-sia kami group dengan Nurul. Nurul rajin, tak berkira. Pendek kata, kami sangat hargai Nurul!” Fahmi ikhlas berkata sambil terjerit gembira.
K.Azie juga turut mengangguk. Tersenyum manis. Dia turut memberikan sedikit ucapan.
“A’ah Nurul. Tak ada apa kalau dibandingkan dengan kerja-kerja Nurul. Semua Nurul yang monitor, Nurul boleh handle semua. Kami rasa bertuah sangat! Akak sayang Nurul!.. hehehe..” satu kucupan mesra singgah ke pipi gebu Nurul. 
Maka satu kemesraan telah bersatu. Mereka bertiga kini sehati sejiwa. Di sebalik kuntuman mawar Nurul terlihat kepingan-kepingan cinta dari sinaran mata Fahmi. Namun, ada sesuatu yang tersimpan di sebalik rahsia kelopak mata. Nurul melihat mata Fahmi cuba berselindung di sebalik sinar matanya yang pucat dan kelesuan.
“Cik Nurul. Are U okay?” suara Ummie kedengaran sayup dari bahagian pintu.
Eh, aku mengelamun pagi-pagi ni! Haih!.. malunya! Hahahaha.. Fahmi oh Fahmi! Angau ke aku ni?! Haih!!..
“Ya Ummie, ni ha.. I tengah baca buku ni.” Nurul mencari alasan untuk menyelamatkan diri. Hehehe..
“Oh… bagus tu buku motivasi…. Oppps… motivasi Cinta! Hehehe.. good. I pun suka baca buku motivasi cinta ni” Ummie terseyum.
Alamak jangan tanye aku lebih-lebih sudah. Baca pun belum buku ni.. haha.. 
“Anyway, schedule hari ni, Cik Nurul ada meeting dengan Lembaga Pengarah untuk monthly meeting, Meeting untuk Kontrak “Syarikat Bumi Cemerlang”, Meeting untuk promotion New Year, dan petang tu Cik Nurul free.” Terang Nurul satu persatu.
“Ok, good. Nanti kalau ada orang nak jumpa ake sebelah petang tanya I dulu ok..” Nurul mengarahkan Ummie penuh rasa hormat.
“Baik Cik Nurul.” Kelihatan Ummie mencacatkan sesuatu ke atas buku nota yang dibawanya.
“Oh ya, Ummie, nanti email I minute meeting pagi nie, I nak check draft then, dah confirm approved nanti baru U boleh print copy untuk meeting ya? ASAP before 10am ya.. Hari ni kita full dengan meeting jer. So, get ready Ummie.” Nurul memastikan mmie bersedia.
            “Baik. Saya cuba yang terbaik. Cik Nurul ready check inbox. I email sekejap lagi okay. So, kalau tak ada apa-apa lagi I keluar.” Ummie tersenyum hormat.
            Nurul tersenyum dan mengangguk tanda setuju.
            Pintu ditutup perlahan. Nurul kembali di alam nyata setelah mengelamun sebentar tadi. Haih! Mengapa perlu hadir lagi… Aku perlu bercuti ni! Roh tak masuk dalam badan.. huhuhu..


BAHAGIAN SEPULUH
MOTIVASI CINTA KEHIDUPANKU

        Nurul menarik nafas dan dilepaskan perlahan-lahan. Sementara menanti email Ummie dan menanti saat meeting, dia menatap buku motivasi kegemarannya hasil tulisan Dr.HM Tuah Iskandar al-haj, sesekali dia termenung..
        "Erm.. Jinak-jinakka diri anda dengan sungai sebelum membeli joran. Biar tidak mendapat ikan kerana tiada joran daripada ada joran tetapi disengat ikan.. Kelakar juga kata-kata hikmah ni.. " kata hati Nurul sambil tersenyum.. Betul juga kata Dr.HM Tuah ni, hati Nurul berbisik lagi.
        Nurul gemar membaca sambil berfikir kerana ia merupakan senaman minda yang terbaik. Ia juga merupakan terapi terbaik untuk memuhasabah diri. Seketika fikirannya melayang, mengenangkan tragedi semalam lagi..
        Mungkin, aku yang terlalu mencari kesempurnaan.. Tapi, bukankah kita seharusnya menilai dari pelbagai sudut dan segi agar kelak tidak merana... Namun, jika dibiarkan kelak cinta itu akan pergi buat selamanya.. Tapi, bukankah semua tu soal jodoh.. Kalau memang dah takdir ketentuanNYA, semuanya pasti kemas teratur oleh Allah s.w.t. Monolog dalaman Nurul akhirnya dikejutkan oleh setiausahanya, Ummie.
        "Assalammualaikum cik Nurul.. Mengelamun lagi ker?" Ummie menyapaku dalam senyum.
        "Ummie nie, ada2x jer!.. hehehe.. Actually yes..I need vacation this weekend. I dah melayang-layangkan kisah semalam. I tak tahu kenapa.” Nurul berterus terang.
        “Cik Nurul, U have to.. Pergi ke pantai or tasik. InsyaAllah, mesti tenang! Ajak Encik Zul.” Kata-kata Ummie mengundang tawa.
        “Heheheehe.. Entahlah, dia busy lah Ummie. Anyway, cuba U baca words Dr.HM Tuah ni… geli hati pun ada."
        Lantas buku novel motivasi Nurul yang menjadi koleksi bahan bacaannya di kala kebosanan, lemah dan bersemangat bertukar tangan. Ummie cuba menghayati maksud yang cuba disampaikan melalui ayat yang disusun. Dr. HM Tuah memang merupakan motivator ataupun doktor cinta yang dapat merawat kegusaran hati pembacanya mengenai cinta. Kadang-kadang kita rasa seolah-olah kisah kita ada di dalam penceritaannya. Maksudnya, dia sememangnya mengungkap kisah masyarakat dan menyelami sebenar masalah masyarakat.
        Ummie dipandangnya turut tersenyum.
        "Ia lah cik Nurul.. Kelakar!..Tapi memang betul.." Ummie mengiyakan.
        “Betul kan?” Balas Nurul.
        “Tapi kan Cik Nurul dah bertunang? So why worried sangat?” Ummie musykil dan agak terpinga-pinga.
        “Betul, tapi Cinta ini indah bagi insan yang merasainya. Saya tak bercinta pun dengan tunang saya ni. Semuanya secara kebetulan. Dia pun busy jer memanjang. Saya terima atas takdir Tuhan. Semuanya saya serahkan padaNYA.” Nurul cuba meluahkan apa yang terbuku di hatinya ketika itu.
        "Cik Nurul jangan risau.. Cinta akan datang bila tiba tanpa disangka-sangka. Cinta juga anugerah ALLAH kalau sampai serunya. Jangan cik Nurul takut, sebab cik Nurul muda lagi untuk mengenali Cinta itu nanti!..Cik Nurul baik hati! Mesti Cik Nurul akan mendapat pasangan yang baik juga!…" kata-kata semangat dari Ummie yang lincah betul-betul menambahkan lagi semangatku!.
        "By the way, Thank You Ummie. Awak antara orang yang menyokong saya. Kalau orang lain dah siap nak match matching lagi.. adoi, macam lah saya nie desperate pulak"
        "Erm, diaorang tu memang dengki!..hehehehe.. Taklah cik Nurul, diaorang sayangkan cik Nurul tu.. "Balas Ummie.
        "Kalau sayang sabar lah kan.. " Nurul membalas ringkas seraya tersenyum.
        "Tak apa, nanti saya explain kat diaorang ye cik Nurul. Saye kan jurucakap cik Nurul.. hehehe..Oklah cik Nurul, saya nak siapkan Report dan minute meeting yang cik Nurul minta semalam. Petang ni pukul 3.30 kan meeting tu?"Ummie meminta diri.
        "A'ah..dun forget remind all tru email ya Ummie." pesanku sebelum Ummie beredar dari pintu.
        "Baik Bos!" Ummie mengakhiri perbualan sambil tertawa meninggalkan bilikku.
        Ummie.. itulah setiausahaku, dialah temanku dan motivatorku.
         Tak sangka kali pertama aku berjumpa dengannya ketika interview lah.. Ummie orangnya lincah dan memang suka lompat kerja.. Katanya mahukan pengalaman dan persekitaran baru.. Aku yang mula-mula tidak yakin dengan Ummie diyakinkan oleh Dato Zakaria.. Katanya, biarlah kita mencuba. Aku takut sangat dia kerja tak lama.. Aku takut dia nak cari pengalaman baru pulak setelah kerja dengan aku selama setahun ke, paling parah sebulan atau seminggu.. Rupanya jangkaan aku salah sama sekali. Ummie memang seorang yang rajin, cekap dan bijak. Dia memang cukup komited dengan kerja dan tugasan..Tak sangka juga aku boleh menjadi kawan baik dengan setiausahaku sendiri.. Dia memang cukup sporting! Pendek kata memang sekepala lah!..

             Tuk, tuk, tuk…Lamunan Ayu terhenti oleh ketukan semula pintu oleh pembantu peribadinya, Cik Ummie.
“Assalammualaikum Cik Nurul” suara merdu Ummie memenuhi ruang biliknya.
“Waalaikumsalam. Masuk Umie.” Jawab Nurul penuh berhemah.
“Cik Nurul, tadi ada panggilan dari Encik Fahmi dari KH Construction and Multimedia Berhad call untuk appointment petang nie atas urusan kerjasama katanya. Boleh ke Cik Nurul terima appointment ni memandangkan petang ni tak ada apa-apa urgent meeting atau appointment. Schedule besok memang Cik Nurul pack.
“Oh, Encik Fahmi tu uni mate saya. Boleh, appointment pukul 3pm ni ya.. Sebelum asar, sebab saya plan selepas asar nak datang ke office semula untuk siapkan semua plan dan budget bulan depan. Oh ya, Umie jangan lupa siapkan revised minute meeting yang dah dibentangkan semalam dan kalau sempat minute meeting next week siapkan by this Friday ya. Ada apa-apa call saja saya ya.“
Pesanku kepada PA yang banyak membantu dalam pembangunan syarikatnya itu.
Umie merupakan seorang pekerja yang rajin dan cekap.
Sebab itulah dia pernah dianugerahkan sebagai pekerja cemerlang “Golden Value Consultant” pada tahun lepas sempena Dinner Company. Nurul juga tidak teragak-agak memberikan ganjaran seperti membelikan souvenirs apabila pulang dari melancong, menyambut hari kelahiran Umie secara mengejut, membelanja Lunch dan sebagainya. Pernah sekali Nurul membelikan Umie sepasang Kurung untuk Aidilfitri yang lepas. Semuanya hanya kerana tugas yang cekap dan amanah. Pada Nurul, tidak salah menghargai seorang pekerja yang benar-benar cemerlang seperti Umie.
“Baik Cik Nurul. Kalau macam tu saya keluar dulu.” Umie meninggalkan bilik Nurul dengan penuh sopan.
Kring.. kring… Kring..
Nurul yang sedang menyemak akaun syarikat tiga bulan yang lepas dan membuat comparation dengan akaun bulan ini menjawab telefon yang berbunyi sedari tadi.
“Ya Umie, ada apa?” jawab Nurul professional.
“Cik Nurul, Panggilan dari IBM.”
“Baiklah, sila sambungkan, tq Umie”
Begitulah setiap kali segala permintaannya ditunaikan oleh Umie, Nurul pasti tidak lokek berterima kasih.
Mungkin itulah antara sebab mengapa pembantu peribadinya itu cukup menghormati dan mengkagumi setiap keputusan dan arahan darinya.
“Assalammualaikum Cik Nurul, saya Azman call dari IBM.”
Suara dari telefon yang cukup cekap dalam membuat kerja.
Mungkin kerana kami merupakan pelanggannya justeru perkhidmatan yang diberikan memang tip top.
“Waalikumsalam Azman. Ya, ada apa ya? Good or Bad News?” Jawab Nurul mesra.
“Of Course Good News!.. hahaha..
Begini Cik Nurul, berkenaan order Software Microsoft Projector yang Cik Nurul order tu, insyaALLAH akan kami hantar selewat-lewatnya dalam minggu hadapan ya. Desktop tu pula ada 5 buah yang kami sedang packing dan dihantar bersama lah. Memandangkan Cik Nurul merupakan pelanggan tetap kami sejak 3 tahun ni, jadi saya nak revised lah Quotation yang minggu lepas saya fax tu.” Terang Azman, eksekutif Jualan di IBM.
“Oh, ye ke? Baguslah!.. Thank You so much for the efficient and good job that you have done!.. Allahuakbar, Thanks GOD. So, berapa discount yang U beri nie Azman?”
Ada riak riang di wajah Nurul mendengarkan penerangan Azman.
“Ok, now kite beri 5% discount menjadikan amount about RM500 decrease. Tapi, software tu still in the same price ya.” Ujar Azman.
“No problem Azman, as long as you give me that discount, it’s enough!.. Nanti I nak buka new branch, so hopefully those Desktop is very well operated ya!“.
“Okay, sure good Nurul!. That’s all ya!. Tq Assalammualaikum.”
Azman mengakhiri perbualan.
“Alright, Good. Waalaikumsalam.” Perbualan berakhir.
Telefon didail ke nombor Umie.
“Hello Umie, masuk bilik I kejap.”
Nurul memberikan arahan kepada Umie untuk mengemaskini segala revision yang disampaikan oleh Azman IBM sebentar tadi. 
“Baik Cik Nurul.”
Lantas gadis molek itu mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik Nurul.
“Umie, tolong beri kat Procurement untuk mereka update dan revise P.O number ni semula dan tunggu IBM fax revised Quotation, kalau lambat call follow up dengan diaorang dan semua Azman dan Inform I tadi. Before failing dan distribute please dapatkan my signature ya. Tq.” Nurul memberikan arahan sebaiknya.
“Baik Cik Nurul.” Jawab Umie sambil meneliti memo yang diberikan.
“Oh ya Nurul, lagi satu I nak keluar jumpe Fahmie dari KH Construction & Multimedia Berhad nie. Ada apa-apa call urgent dari luar tolong tinggalkan mesej and report to me when I come back from meeting nie. And then, kalau ada orang call minta diaorang call back esok, kalau ade appointment confirmkan dengan I dulu. Lastly, kalau ade orang nak datang interview or fax resume please noted and inform or submit to me k. Report and Update ya!. Tq Ummie. Nak ape-ape tak? I belikan? “banyak pesan yang diamanahkan kepada Ummie.
“No thanks la Cik Nurul. I’m on diet. Lunch tadi I dah makan banyak!.. hehe.. Anyway, Ok, I’ll done those task and job. Take care Cik Nurul.” Ummie cukup mengkagumi Cik Nurul yang sangat tabah.
“Ala, U boleh makan dessert je ke. Sandwidch? Boleh?” pujuk Nurul.
“Ok lah. Ape-ape pun tak kisah Cik Nurul.” Balas Nurul.
Nurul keluar melalui pintu hadapan dan menuju ke lif. Lif ditekan ke Level 1. Nurul menanti penuh sabar. Lif terbuka. Dengan hanya membawa hand bag dan kasut Rorine, Nurul kemas mengatur langkah masuk ke dalam lif.
Setiba di Level 1, Nurul menanti di entrance Bangunan Kompleks Pejabat Kerajaaan dan Swasta itu. Fahmi yang dinanti sudah tiba. Dari jauh dia memerhatikan seraut wajah yang dirindunya. Setelah 2 minit dibiarkan Fahmi menghidupkan enjin dan memberhentikan keretanya di hadapan bangunan, betul-betul di hadapan Nurul.
Di hadapan kelihatan seorang lelaki yang segak bergaya dan kembali sihat setelah melalui zaman penyembuhan. Seperti pernah aku kenali seraut wajah manis dan comel itu! Tapi, kenapa lain benar dia sekarang. Fahmi!.. Ya Mohd Adam Fahmi bin Mohd Khairi. Bisik hati kecil Nurul.
Seulas senyuman dihulur oleh Fahmi. Hatinya berbunga ria. Nurul cuba mengenalpasti dan membalas senyum ke arah Fahmi. Nurul melangkah lembut mendekati Fahmi.
“Assalammualaikum, hai Fahmi!” seraut wajah yang dirindui dapat ditemui juga. Nurul senyum riang.
“Waalaikumsalam. Nurul, U look so different! No words can describe how I am happy!” lantas Fahmi keluar dari perut kereta.
Hanya senyum dan mereka terdiam kaku. Seminit mereka menatapi wajah masing-masing. Kerinduan barangkali! Ya, mungkin ada sedikit perasaan yang membawa mereka untuk bersua lagi sekian lama membawa haluan masing-masing.
“Really? Hehehehe.. Fahmi!!.. Lama tak jumpe. Mana U menghilang ni?” Nurul bijak menyembunyikan kerinduan, sebaliknya kelihatan girang dan bercahaya. Nurul menjadi seperti keanak-anakan dan riang sebaik melihat Fahmi di depan matanya. Fahmi dah jauh berbeza, jika dahulu dia memang pucat, kurus tetapi kini dia semakin sihat dan kelihatan bermaya. Bukan rupa yang menjadi ukuran Nurul, tetapi gembira kerana Fahmi semakin ceria dan bertenaga!
“I bertapa nak dapatkan kekuatan untuk jumpa U lah Nurul” balas Fahmi.
“Hai, ke menghilang sebab dia dah kawin kot. Berapa anak U? sindir Nurul.
“Nurul…” hanya nama Nurul yang keluar dari bibir milik Adam Fahmi.
                                                            


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails