About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Tuesday, February 28, 2012

Beautiful Life..





Hidup terlalu cantik..
Cantik aturan Allah..
Tak terdaya oleh pemikiran manusia..
Tak tertanding oleh kemampuan manusia..

Kita sangkakan ujian itu benar-benar takdir kekal buat kita..
Rupanya ia bersifat sementara; digantikan oleh sebuah ketentuan yang manis..
Tak terdaya dek akal..
Itulah limpahan kurniaNYA..
Dalam kepahitan pasti ada manisnya..
Dalam air mata pasti bertukar ria dan bahagia..
Di sebalik ujian pasti ada anugerahNYA,
Yang tak ternampak dek mata kasar..
Yang hanya dinilai oleh insan yang bersyukur..



Teman..
Panjatkanlah syukur atas limpahan rahmatNYA,
Taburkanlah kebaikan dan insaflah atas segala dosa..
Semoga kehidupan itu manis dalam pelbagai rasa hati.


Saturday, February 11, 2012

Wahai Khalifah ALLAH, Fitrah yang suci..





Cikgu:

Wahai anak didikku,
Patuhilah peraturan
Kerana dengan itu kalian boleh berdisiplin
Disiplin tentunya bawa kejayaan ke mana-mana..

Wahai fitrah yang suci..
Cikgu mengasihi kalian
Maafkan cikgu andai tingkah laku ini keterlaluan
Cikgu hanya mahu mendidik
Cikgu cuba memberi pengajaran
Agar kalian serik atas pengajaran dalam kasih sayang...

Wahai si cilik yang murni hatimu
Belajarlah pandai-pandai
Kelak kalian menjadi pembela nasib ayah dan ibu
Tentunya mereka gembira kerana kalian
Mereka bangga punyai anak yang pintar
Soleh juga..
Mendengar kata dan berdisiplin

Ibu ayah:
Wahai anugerah Allah
Semoga kau berjaya dunia dan akhirat
Agar menjadi penyambung semangat kami
Agar kami meninggalkan anak yang soleh dan soleha
Walau hayat kami dimakan bumi
Kami tetap mengasihi kalian
Bukan kami tak mahu melayan semua pertanyaan
Tapi kami sebok
Cuba memberikan yang terbaik buat kalian
Material, keperluan dan lain-lain
Kuatkanlah semangatmu anakku...
Semoga kalian menjadi cahaya yang menerangi hidup kami...
amin...



Cikgu... Tolong Fahami Saya..





Sajak ini ditulis untuk memberi kesedaran kepada pendidik dan ibu bapa tentang perasaan anak-anak. Saya teringat tentang perkongsian semasa kursus pendidikan guru pra sekolah swasta yang lepas.. Bagaimana kami disedarkan tentang betapa pentingnya peranan pendidik untuk memberi galakan sebaiknya dan mengilap semua potensi murid yang terpendam. Dan, antara salah 1 babak di mana kami disedarkan dengan beberapa suara hati kanak-kanak..



Usia 6 tahun:
Ayah bonda,
Saya hanya perlukan perhatian kalian..
Saya tak faham kenapa itu begitu…
Kenapa ini begini?
Saya tidak faham..
Tapi, kalau saya tanya lebih sikit
Mama suruh diam
Ayah kata saya banyak cakap
Macam mulut murai..
Akhirnya saya selalu kena marah kalau banyak soal


Cikgu..
Tolong jangan sakiti saya
Saya masih baru nak bermain
Saya suka dengan objek-objek ini
Tak salah kan saya bermain sekejap?
Sebab kat rumah tak ada..
Kat sekolah je dapat main ni..
Tapi, kenapa cikgu asyik tengking saya?
Kalau cikgu marah sangat cikgu pukul saya
Cikgu tau tak cikgu cantik
Tapi bila cikgu marah, kecantikan cikgu hilang..
Dah tak comel…

Cikgu..
Kenapa cikgu kata saya tak pandai?
Saya sedih tau…
Saya nak jugak pandai menulis, membaca..
Tapi, cikgu asyik kata saya “bodoh”…
Cikgu selalu marah saya
Letakkan saya dalam kelas yang terakhir
Saya Cuma nak bermain
Tapi cikgu kata saya bodoh..
Cikgu, tolong la saya
Jangan hukum saya macam ni…
Saya down.. Down sangat!



12 Tahun selepas itu..

Saya sedar diri..
Saya memang pelajar yang sederhana
Cikgu, saya malu dengan gred yang cikgu label dekat saya
Saya malu dengan gred di sijil SPM saya cikgu..
Bukan saya tak nak pandai,
Tapi,… cikgu kata saya malas..

Cikgu,
Saya tak patah semangat,
Saya bangun juga…
Saya sedar saya dah tertinggal jauh..
Tapi, saya cuba kejar ikut kemampuan saya
Saya nak jadi pendidik
Bukan untuk balas dendam cikgu…
Tapi, untuk memperbetulkan keadaan..
Saya tak nak generasi adik-adik saya menerima nasib yang sama
Sama…sama seperti saya cikgu
Maafkan saya cikgu
Terima Kasih Cikgu..

Tepuk dada tanya iman?
Apakah anda telah melakukan didikan sebaiknya sebagai pendidik?
Semuanya bakal ditanya semula di akhirat nanti..
Wallahualam…

Wednesday, February 8, 2012

Ketenangankah yang kita cari?





Hari ini..
Aku buntu.. hilang semua ketenangan,
Seolah hati tidak tenteram,
Walau cuba mencari satu sumber kekuatan,
Namun hati seolah-olah tak dapat menafi!
Betapa hati semakin bergetar,
Walau kuat menentang kegusaran..

Adakah anda juga?
Mari kita sama-sama renungi...
Mungkin khilaf diri,
Atau, hati yang masih belum ikhlas..
Memberi kasih dan cinta kepadaNYA dalam setiap pertemuan
5 kali sehari..
Dalam setiap perbualan melalui qalam cintaNYA..
Al-Quran yang suci...

Ya ALLAH,
Lontarkan rasa hati ini..
Buangkan segala rasa yang negatif,
Gantikan dengan sebuah ketenangan,
Kedamaian dalam pengertian sebenar,
Kekuatan yang hakiki..

Ya ALLAH, andai hati ini masih belum sempurna,
Cukupkanlah Ya ALLAH..
Seandainya hati ini masih belum tetap dalam ketenangan,
Kuatkanlah rasa cinta dan keimananku Ya Allah..

Jadikanlah keikhlasan pakaianku,
Sempurnakan akhlak ku dalam kesederhanaan,
Kurniakanlah diriku dengan solekan takwa yang menebal
Namun penuh ayu dalam cahaya ketenanganMU
Penuh bahagia dalam takwa yang masih dicari
Untuk mendapat jalan redhaMU..


Jalan itu,
Masih panjang untuk dilalui,
Penuh ujian untuk ditempuhi..
Bukan semudah akal untuk melestari segala yang diimpi..

Hidup umpama perjuangan dalam satu ketentuan,
Walau takdir itu telah tertulis,
Namun... aku tetap mencari sebuah erti ketenangan,
Agar perjalanan hidup tidak merasa sukar,
Biarpun duri dan badai berselang seli...

Yang pasti,
Tekad dalam diri.
Aku mesti mencari ketenangan,
Dalam sujud dan qalam cinta penuh pengertian..
Mencari satu cahaya Murabbi,
Agar hati kekal mencintai dan mengerti..
Sebuah istiqamah dalam diri..
Untuk mencari cahaya sejati..
Hingga titik noktah terakhir..
Bertemu Rabbul Izzati..

Hati mesti kuat!!
Hidup harus dilalui dengan penuh keyakinan..
Pasti ada bahagian ketenangan menanti
Sebaik ikhlas menjadi pakaian diri,
Istiqamah menjadi perhiasan terindah
Bersederhana menjadi solekan diri..
InsyaAllah..

Amin Ya Rabbal alamin...


Thursday, February 2, 2012

Fitrah Sesuci Embun..





Si kecil itu
Persis sehelai kain yang putih
Bersih...
Tanpa coretan hitam dan warna

Sucinya hati mereka
Jinaknya mereka

Namun..
Ikhlaskan diri membimbing mereka,
Corakkan lukisan kalam Allah yang terindah
Penuhi qalbunya dengan zikrullah
Hiasi akhlaknya dengan bunga adab terindah
Menurut hukum Allah..


Kasihku buatmu ahli syurga
Semoga sampai ke akhirat sana
Semoga ia menjadi saham yang bakal ku bawa
Semoga mereka menjadi saksi di akhirat sana
Menghadap hari pembalasan
Yang akan menjadi pembela ku..
Dari segala kebaikan yang telah ku curahkan..

Ya Allah
Kurniakanlah hambaMU ini dengan kesabaran yang tinggi
Kurnikan hambaMU ini dengan ilhamMU
Dan tabah mendidik tanpa jemu
Sesungguhnya jika itu dapat membawaku
Ke JANNAH sana..
Berkatilah..
Tetapkanlah aku di jalanMU

Semoga mujahadah ini membawa 1 kemanisan di hujung kehidupan
Memberikan kemanisan dalam iman..
Meniti sisa kehidupan..

Ya ALLAH kurniakanlah hambaMU ini sifat istiqamah
Sifat mahmudah sebagai hiasan peribadi
Menjadi ikon buat si kecil yang dicintai
Biarpun ia sukar namun, kuatkanlah semangatku...

Meniti perjalanan yang panjang
KAU lindungilah hambaMU ini
Peliharalah aku dari sebarang mala bahaya
Jauhkanlah dari maksiat dunia
Sisihkanlah aku dari perkara lagho lagi melekakan..
Tetapkanlah diriku di jalan MujahadahMU...
Amin..

Anak didikku,
Sesungguhnya mendidikmu satu kebahagiaan buatku
Mencintai kalian membawa jutaan kebahagiaan
Melindungi kalian membawa jutaan rahmat sebagai balasan
Mengasihi kalian ibarat mengasihi diriku
Tidak berluak tetapi bertambah kasihku pada Yang Maha Esa
Ya ALLAH, Sucinya si kecil itu
Sungguh, aku bahagia di samping mereka
Kerana mereka ciptaan terindah
Suci dan membahagiakan
Walau terkadang pedih mengenangkan cabaran
Namun, itulah resam kehidupan
Itulah adat mujahadah
Untuk peroleh kemanisan
Pasti ada cabaran dan ujian menanti
Samaada sabar atau tidak
Kerana Allah Maha Menyayangi
Tidak akan membiarkan kita terus lalai
Dengan kemanisan dunia...


Sekian coretan buat anak didik tersayang..

Menghayati erti hidup..





Sayu bertandang lagi..
Menguji kekuatan hati,
Walau berdiri dalam ramai..
Sepi itu datang,
Wahai hati, cuba bersabarlah,

Dalam santun Allah hadirkan penghibur,
Dalam senyap Allah takdirkan pelita,
Dalam sopan Allah kurniakan darjat istimewa,
Yang tidak diduga oleh hati..

Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim..
Kasihku tetap satu pada jalan yang telah KAU tetapkan,
Aku tidak pernah berputus asa pada jalan ini..
Aku bahagia dalam kelam,
Aku cekal dalam kepayahan,
Aku tenang dalam sukar,
Kerana ini yang mengajar aku erti hidup

Biar jutaan manusia berkata,
Biarlah...
Yang pasti ku pohon redhaMU..
RahmatMU agar senantiasa mengiringi jalanku
Kerana tanpaMU aku pasti rebah..
TanpaMU aku pasti lelah
Tanpa cahayaMU aku pasti hilang arah..

Ya Malikul Mulk,
Kuatkanlah semangatku dalam lemah
Berilah kasihmu dalam tiap kesukaran
Agar ianya menjadi mudah
Melayari sebuah kehidupan yang berliku
Sesungguhnya kasih sayangMU tidak bertepi
Kirimkanlah aku kasihMU,
Agar hidup lebih sempurna dan bahagia...
Amin...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails