About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Monday, July 26, 2010

RINDU ITU ADALAH ANUGERAH DARI ALLAH..


KAMI RINDU PADA MU YA RASULULLAH SAW….

Rindu ini entah bagaimana
...Nak diluahkan pada mu Ya Rasul..
Telah bertahun lama kau tinggalkan
Kami umatmu diakhir zaman

Telah menjadi resam perjuangan
Tak dapat dihindarkan perpisahan
Pemergianmu kami tangiskan
Kehadiran rohmu kami nantikan….

Ketabahanmu ya Rasul
Menghadapi rintangan
Meniupkan semangat
Menambahkan kerinduan…
Pasti bersinar fajar
Islam kan kembali gemilang
Dengan janji Ilahi akan jadi kenyataan….

Ya Rasul..ya habbiballah…
Rindunya kami pada mu ya rasul…

Ya Rasul… ya nabiyullah…
Syafaatkan kami…
Umatmu diakhir zaman….

Rindu ini satu kepahitan..
Namun is penuh kemanisan
Hubungkanlah rohmu dengan hati kami
Ubat dihati kami…kerinduannnn..

Wednesday, July 21, 2010

EPISOD 6 : Cinta itu mungkin untukku..

Angin sepoi-sepoi bahasa di kampung membuatkan hati damai, tenang dan bahagia. Walau hati menanggung rasa luka yang amat pedih, walau ia tidak kelihatan.. namun rasanya hanya ALLAH saja yang tahu.

"Kakak, mak nak tanya sayang" tiba-tiba kedengaran suara emak dari jarak yang dekat.
"Oh, emak rupanya.." ayu mengesat air mata yang gugur bersama hatinya yang luluh.
"Kenapa kakak menangis? kenapa ayu?" ibu memujuk menambahkan lagi esakkan aku.
"Tak ada apa emak.." aku membalas lembut dengan senyum yang ikhlas.
"Baguslah kalau tak ada apa. Emak rasa memang tiba masanya mak tanya kakak ikhlas dari hati.." kata-kata emak yang membuatkan hatiku berdegup kencang.
"Emak rasa ayu perlu lah buat keputusan yang bijak demi masa hadapan ayu sendiri. Ayu perlu memikirkan tentang keluarga, anak-anak semua." emak membuka cerita.

Kata-kata emak membuatkan aku terkenangkan detik minggu lepas bersama k.mia.

"Ayu, akak nak tanya awak ni, awak dah ada boyfriend?" terkeluar ayat dari bibir mungil k.mia yang tidak pernah kudengari sebelum ini.
"Erm, kenapa akak?" balasku mesra.
"Akak bukan apa, akak nak recommendkan ayu dengan pegawai di department akak ni. Orang nya handsome, beriman, penyayang, sporty sikit orangnya." terang k.mia.
"Akak, ayu belum bersedia la akak.. Ayu tak berani nak mencuba lagi. Hati ayu dah tawar." kataku lemah.
"Ayu, sampai bila ayu nak tunggu? Ayu kena fikir, ayu dah 25 tahun sekarang. Bila ayu nak bina kebahagiaan lagi? Selama ni ayu dah bersusah payah seorang diri, takkanlah nak menunggu si adam yang buta mata hati tu kot? Biarlah ayu bahagia.." kata-kata kak ayu yang akan aku ingati selamanya.
"Tapi, akak tak akan faham. Jika akak berada di pihak ayu barulah akak akan dapat faham dan selami hati ayu ni. " kataku sambil beberapa titis air mata gugur.
"Maafkan akak ayu, kalau ayu terasa hati. Akak sayangkan ayu, sebab itu akak nak sangat satukan ayu dengan kawan akak ni." pujuk k.mia.

Sambil mengukir senyuman ikhlas seikhlasnya ayu tuturkan kata dengan penuh tenang.

"Akak, ayu ucapkan terima kasih. Terima kasih sangat,.. Akaklah antara beberapa orang terdekat yang sentiasa memerhatikan ayu. Mengambil berat masalah ayu.. Ayu hargai, ayu hormati sangat.. Ayu cukup tenang dan bahagia ada teman-teman baik disisi seperti akak. Tapi, perkahwinan, cinta bukanlah perkara yang perlu kita cuba, cuba dan terus mencuba. Ini melibatkan soal masa hadapan, kehidupan selama-lamanya sehingga ke akhir hayat. Memanglah, tak dinafikan, ayu juga ada rasa yang sama seperti wanita-wanita lain, ada rasa ingin dicintai, dikasihi, dan memiliki keluarga sendiri. Seorang suami sebagai pembimbing keluarga, seorang lelaki yang melindungi, tapi siapalah ayu ni kak.." kata-kata ayu tersekat oleh esakan air mata.

Rasanya lama sungguh ayu tidak meluahkan rasa hatinya tentang masa depannya.

"Cinta itu anugerah kak. Cinta dan perkahwinan itu takdir Allah.. Kalau takdir ayu memang lambat, ayu redha akak.." ayu menutup kata dengan penuh sopan.

"Ayu, mak tanya ni nak.." pujuk emak.
"Oh, ya mak.. ayu mengelamun tadi.." balasku sambil tersenyum.
"Tak apalah. Macam mana tentang mak cik ina? Ayu dah fikirkan tentang lamaran anak pak cik ketua kampung tu sayang?" tanya emak.
"Mak... ayu tak rasa yang ayu boleh memaksa diri. Ayu tak dapat menerima lah mak.. Ayu dah fikirkan semasak-masaknya." balasku.

Tiada kata. Noktah.

Hati mengharap pada hari esok.. semoga ada sinar dan pelangi leluar selepas hujan. Cinta itu mungkin untukku..

Seawal 6.10pagi, tatkala kabus pagi menebal, embun menitis di pagi hari yang barakah, subuh membuka lebaran hari ayu.. Sesudah solat, ayu menadah tangan bermunajat pada Allah Rabbul Izzati..

"Seandainya telah tercipta dia untukku, baik buatku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Seandainya bukan,
Damaikanlah hatiku dengan takdirMU,
Sesungguhnya KAU maha mendengar dan mengetahui Ya ALLAH..
Amin ya Rabbal Alamin."

bersambung......

Tuesday, July 20, 2010

Gembira menurut pandangan Islam..

Dipetik dari Jadikan Allah Sebagai Kecintaan Paling Agung Mengatasi Kecintaan Lain facebook..

Bergembira atau busyra adalah bersifat maknawi dan
rohani. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ertinya
ditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampai
masa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan atau
menghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhibur
atau terasa gembira. Oleh itu rasa gembira bukan boleh dibuatbuat.
Kalau dibuat-buat nampak sumbang, nampak tidak real
dan tidak semula jadi.

Rasa gembira itu walaupun sifat batiniah, ia datang dari
dalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tandanya
nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengan
kata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceria
di muka. Hendak cuba ditutup-tutup, ia lahir juga di muka. Apa
yang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hati
manusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.

Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohani
itu. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ia akan ternyata di
muka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali kecuali
orang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala. Gembira
dan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutup
hingga tidak berkesan di muka. Orang tidak tahu, apakah dia
gembira atau dukacita, kerana dia kelihatan seorang yang tenang
sahaja. Ini adalah manusia yang luar biasa.

Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasa
gembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka.
Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak,
terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalau
dukacita. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung,
muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomelngomel
dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senang
itu sehingga didengar dan diketahui oleh orang keliling-kelalang.

SEBAB-SEBAB GEMBIRA

Kita sudah katakan, gembira adalah tabiat semula jadi. Ia tidak
boleh dibuat-buat. Ia akan datang bilamana sesuatu yang menggembirakan
kita terjadi. Sebab-sebab gembira itu banyak. Di
antaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:

1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidak
duga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dan
sebagainya.
2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti ingin
lulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja,
tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.
3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai seperti
kepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kita
setelah balik dari kampung dan sebagainya.
4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintai
seperti ibu bapa kita, pemimpin yang kita hormati dan
sayangi dan lain-lain.
5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangan
kita mendapat kesusahan dan lain-lain.
6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh perjuangan,
atau musuh tertawan, ataupun lawan jadi kawan.
7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa,
guru, kawan kita dan lain-lain.

8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencana
yang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas daripada
hukuman itu atau daripada bala itu.
9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cintai
atau disayangi oleh pengikut kita atau orang ramai.
10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekiansekian
lama.
11. Orang membayar hutang kita yang sudah lama tidak dibayar.
Bahkan kita sudah melupakannya.
12. Dapat membayar hutang kepada orang yang selama ini sangat
membelenggu diri dan menyusahkan kita. Lebih-lebih
lagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.
13. Orang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahaja
tanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kita
dibuatnya.
14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh dari sakit
yang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.
15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berharga
kepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yang
selama ini sudah lama terputus dan terpisah.
16. Dapat mengerjakan ibadah pada masanya.
17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan seperti
menolong orang yang miskin, membayarkan hutang orang,
mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang bermusuhan.
Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalam
kehidupan. Mungkin kalau kita hendak senaraikan lebih banyak
lagi dari itu.

CARA MELAHIRKAN KEGEMBIRAAN

Kebanyakan orang melahirkan kegembiraan hingga terkeluar
batas syariat atau hingga lupakan Allah yang Maha Kuasa dan
yang memberi nikmat. Contohnya terlonjak-lonjak kesukaan,
menari-nari kegembiraan, bercerita-cerita dan menunjuk-nunjuk
kesukaan itu berlebih-lebihan kepada orang hingga orang terasa
meluat dan benci. Ada yang bertepuk-tepuk tangan melahirkan
kegembiraannya atau lebih parah lagi hingga membuat majlismajlis
maksiat, menjadi sombong kepada orang dengan kegembiraan
itu atau menunjuk-nunjuk hingga menjadi riyak dan
megah yang sangat dilarang oleh Allah Taala kerana ia boleh
mencacatkan hati orang atau persaudaraan.
Islam memberi petunjuk kepada kita bagaimana ingin melahirkan
rasa kegembiraan. Di antara cara-caranya ialah seperti
berikut:

1. Terasa ia adalah nikmat dan pemberian Allah serta berasa
malu kepada-Nya.
2. Sujud syukur.
3. Membuat kenduri menjamu fakir miskin sebagai tanda
bersyukur kepada Allah di atas kegembiraan yang diberi.
4. Berpuasa sunat atau membaca Al Quran dan lain-lain.
5. Bersedekah dan menolong orang yang susah kerana mengenang
jasa Allah yang telah memberi kegembiraan kepada
kita.
6. Menambah lagi amal ibadah dan membuat kebaikan.
7. Bertambah lagi merendah diri kepada Allah dan sesama
manusia.

Tuesday, July 13, 2010

Award dari Rose Danny.


Salam,
Award dari Madam Rose,, hehehe.. ape soalan die ek.. mahaap la ye puan rose, puteri betui2 xsempat nak update sgt blog nih.. jadi, finally just upload award nih.. Soalan pun dah lame,, xpayah jawab la yekk???...muahhhhh... sayang mummy rose. ;)

Monday, July 12, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam di pagi selasa semua,

Bismillahirrahmanirrahimm salam di pagi ini.. Sesudah subuh, doa dipanjatkan semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan for sure tidak mahu menarik selimut lagi agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan rezeki tidak tertutup..

Buat semua kawan2 yang menghadapi temuduga pada hari ini, semoga dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan semoga anda lulus mendapat kerja yg diharapkan/dipohon. amin..

Kelas sudahpun bermula, dan Alhamdulillah, memandangkan sudah masuk tahun ke3 pengajian, jadi diri sudah biasa dengan rutin harian yang agak luarbiasa dari kebiasaan.

Jam8am, waktu dhuda sudah membuka tirainya.. Erm, masa utk melaksanakan solat dhuha.. insyaAllah.. selagi mampu melakukannya, pasti tidak melepaskan peluang. Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah tanpa disangka-sangka.. amin..

InsyaAllah, kesenggangan masa ini akan digunakan sebaiknya utk menelaah pelajaran dan membuat pembacaan awal sebelum kelas bermula petang ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails