SMS adik tertera di skrin handphone.
"Takde lah."
Nurul 'reply' seringkasnya.
"Jom minggu ni balik."
Adik memujuk.
"Kakak kerja ahad ni. Ada report card day."
Nurul bukan beralasan.
Kebetulan..
"Kakak, adik rasa kakak dah lain sangat-sangat. Kenapa? Tak pernah lebih 2 bulan tak balik. Ni dah nak masuk bulan ke empat kakak tak jumpa family. Kakak ok ke? Kakak tak rindu mama dengan ayah ke?. Kakak banyak menyendiri. Kenapa? Semua orang rindu kakak."
"Rindu dik. Allah lebih tahu." hanya beberapa patah ayat yang berbalas.
"Nanti kita balik sama-sama ye boleh jumpa & masak sama-sama."
"Kakak ni tak habis lagi sifat keanak-anakannya tu & manja sentiasa. Walaupun usia semakin meningkat tapi kakak tetap baby di hati adik!" bisik hati kecil Nureen.
"Kakak, tak sabar nak jumpa kakak. Nak dengar cerita kakak & bergembira."
Mesej terakhir Nureen.
"In Shaa Allah". Nurul reply.
Doa hati.
Bukan niat menjauhkan diri.
Tatkala ini hatiku hanya perlukanMu ya Ilahi..
Sesungguhnya jika hatiku lebih tenang tika memyendiri,
Andai ini lebih mendamaikan,
Izinkan aku beroleh ketenanganMu.
Sekiranya menyendiri ini lebih menginsafkan,
Teruskan untukku mencari cahaya keinsafan,
Moga Allah sentiasa beri petunjukMu..
Jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri,
Sesungguhnya Allah sebaik-baik penolong, bawa rinduku jauh-jauh.
Amin.
#jadilah wanita yang baik