About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Thursday, January 26, 2012

Pelangi selepas hujan! Itulah manisnya hikmah kehidupan...






Aku memandang langit yang mulai mendung, awan berarak laju seolah-olah saling berpegangan tangan sepakat menanti masa ingin menurunkan titisan-titisan hujan. Diiringi angin sepoi-sepoi bahasa membawa tarian angin penuh rasa nyaman... Tetapi, bunyi guruh sesekali cukup menakutkan!... Ya! Mengejutkan bayi yang nyenyak dibuai mimpi di petang hari... Lantas ibunya menenangkan si kecil kesayangannya itu...

Sedang langkahku semakin laju! Bimbang, bimbang kalau terkena hujan... Payung di tangan telah tersedia. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".. Harisha memang senantiasa menjadikan payung comelnya itu sebagai teman baiknya ketika berjalan keluar rumah. Takut panas katanya! dan melindungi dari hujan...

Tatkala langkahnya semakin laju yang menghampiri perkarangan apartment rumah kediamannya, tiba-tiba dia teringatkan lagu yang menjadi modal untuk memujuk murid di sekolahnya untuk mendengar arahan dan bergembira dengan nyanyian dan tenang selepas berehat.

"Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
Nanti pokok jawab angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Langit nanti kata tanyalah awan,
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair..

Lihat dalam sungai ada bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang..."

"Ha.... mungkin lagu yang dinyanyikan tadi lah punca hujan turun di petang yang tenang ni..." bisik hatinya sambil tergelak kecil.

Akhirnya, Harisha sampai ke apartment tempat tinggalnya! Dia harus menaiki tangga setinggi 5 tingkat... Dia tersenyum! Harisha suka kerana azamnya mahu kurus!

Setibanya Harisha di hadapan pintu rumahnya, sebaik sahaja mangga dibuka dan pintu ditutup, hujan selebat-lebatnya turun membasahi bumi. Membawa jutaan rahmat beserta guruh saling berdentum... Lantas tanggannya menadah tangan membaca doa hujan turun disertakan hajat dan permintaan dengan berdoa ke atas dirinya:
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا Allahumma Shoyyiban Na’fian "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari)
"Berdoalah ketika hujan krn waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi )."
Alhamdulillah, selesai berdoa matanya semakin mengantuk. Jam di dinding dikerling... Jarum panjang berada di nombor 2, manakala jarum pendek berada di nombor 3. Baru 3.10petang... Waktu sebegitu sememangnya mengundang rasa mengantuk setelah penat bekerja seawal pagi tadi...

Pap!!... Pintu bilik ditutup, lantas Harisha lena dibuai mimpi di siang hari sebelum jam lonceng sebagai amaran masa yang telah ditetapkan untuk berehat. Hanya 30minit sahaja masa yang disetkan untuk berehat!... Mindanya telah bermimpikan untuk melihat pelangi selepas hujan... sebelum tidur tadi...


.........................Tepat jam 3.40petang.....................................

Tetttt...tettttt....tetttttt.... Jam lonceng berbunyi!

Harisha pantas bangun seraya berdoa bangun dari tidur dan menggosok-gosokkan matanya.. Pelangi! Ya, itulah impiannya untuk melihat pelangi selepas hujan! Dia terlalu rindu untuk menatap kecantikan pelangi...

Harisha kerap berpegang kepada prinsip:

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."

Baginya setiap ketentuan Allah pasti tersembunyi hikmah yang tersirat, samaada dengan kita sedari mahupun tidak kita sedari.. Percayalah, ia dibuktikan melalui ayat dari Surah al-Mukminun, ayat 62.

Firman ALLAH“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.”

........................................................................................

Dari balik cermin biliknya, Harisha melontarkan pandangan di kejauhan semata-mata untuk melihat keindahan pelangi petang selepas hujan! Jika baik nasibnya, dia pasti dapat melihat pelangi yang pelbagai warna itu..

"Alhamdulillah! Cantik!... Wah! Cantiknya!!! Memang benar! ALLAH Maha Penyayang. Hanya dari lukisan alam ciptaanNYA yang teramatlah cantik telah memberikan banyak pengajaran buat manusia untuk mengnalisa! SubhanALLAH!..." Omel Harisha sendirian.

Hatinya merasa sungguh girang sambil diiringi alunan zikrullah memuji keajaiban alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa... Syukur dipanjatkan.

Sesekali teringat segala pesan orang tua dulu-dulu. Jangan tunjuk pelangi nanti jari kudung katanya! Tapi, entah benar entah tidak tiada kepastian. Cuma, jika terlihat pelangi, Harisha pasti merakamkan gambar!!... Cantik benar!!..

Tiba-tiba lintasan mindanya meneropong episod kehidupan seketika tadi... Babak yang cukup memberikan penuh tanda soal...

"Apa sebab awak berubah?"cikgu Raihan bertanya.
"Cikgu, perubahan saya ini ikhlas kerana Allah s.w.t. Tak perlulah saya kongsikan sebab kenapa saya berubah. Yang pasti Hidayah ALLAH telah membuka hati saya sekian lama saya melakukan dosa tanpa disengajakan... Saya bertudung tetapi, sekadar menutup kepala, dan saya berbaju tetapi masih menampakkan apa yang sepatutnya haram ditunjukkan sebagai tatapan umum. Astagfirullah al azim..." air mata Harisha tidak dapat disekat lagi.. Perlahan-lahan membasahi seraut wajah yang lembut.

Cikgu Raihan menarik lembut tangan Harisha lantas satu dakapan erat seolah-olah memberikan semangat dan sokongan buat Hariesya.

"Saya tahu... awak seorang yang baik. InsyaAllah, hidayah Allah pasti akan menyinari hidup awak. Lepas ni insyaAllah, pasti berkat... Mudah-mudahan. Sememangnya, pakaian mukmin adalah keimanan, hati mukmin seharusnya dipenuhi bunga-bunga cintaNYA, tanpa ada rasa sangsi... Cinta Allah pasti ada dalam setiap sanubari kita... Nadi kita sepatutnya dipasrahkan pada Qada dan QadarNYA dengan senantiasa beramal baik dan bersedia dengan saat maut menyambut... Alhamdulillah, akak sebenarnya gembira dengan perubahan awak. Dan, ada seseorang yang sedang memerhatikan setiap penghijrahan awak ni..." kata-kata Cikgu Raihan seperti bermaksudkan sesuatu.

"Maksud Cikgu?"

Perlahan-lahan pelukan dileraikan.. Cikgu Raihan tersenyum.

"Dah, awak kesat air mata tu dulu, saya ada kelas sekejap lagi... Tadi awak kata nak pergi solat dulu kan... Mohonlah ketenanganNYA. InsyaAllah, ada masa akak cerita ya Harisha!"

Akhirnya Cikgu Raihan melangkah keluar dari pejabat guru meninggalkan Harisha penuh dengan tanda tanya.. Tanpa membuang masa, Harisha mengemas mejanya. Dia membawa telekung dan peralatan solek asas seperti bedak, facial cleanser, dan minyak wangi tanpa Alkohol jenama "Pradise" kegemarannya.

Sebaik sahaja Harisha bangun dari tempat duduknya, kelibat seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya...

"Assalammualaikum, izinkan saya bertanya, awak cikgu Harisha Damia Abd. Halim?" tanya lelaki yang berdiri tersipu-sipu di hadapan Harisha.

Lelaki ini tidak pernah dilihatnya.

"Mungkin guru dari sekolah lain barangkali", bisik hatinya.

"Erm, saya hanya nak sampaikan pesan dari cikgu Raihan. Dia hanya kirimkan saya satu surat ni. Saya minta diri dulu, saya perlu selesaikan urusan lain secepatnya. Maaf ya, ada apa-apa awak tanya sahaja cikgu Raihan, mungkin hal penting." lelaki yang tidak mengenalkan nama itu terus berlalu.

Harisha hanya diam berdiri penuh tanda soal di minda. Namun, tanggungjawabnya terhadap Allah yang Maha Esa menandingi segalanya.

"Surat itu biarlah nanti sahaja aku buka..." bisik hati Harisha.

Rindu hati Harisha pada penciptaNYA memang tidak terkata. 5 waktu sehari semalam tidak cukup baginya untuk meluahkan rasa cintanya pada setiap rakaat dan tidak dapat menghapuskan segala khilaf dan silapnya selama ini... Sujudnya yang ikhlas setiap waktu yang dilaksanakan masih belum menghambakan dirinya sepenuh jiwa dan raga, hatinya masih berlagha dengan urusan dunia... Tanggungjawab yang digalas belum tentu 100% dilaksanakan seikhlas dan sebaiknya. Dia cuba membunuh sifat mazmumah dalam diri, insyaAllah cuba ditanam sedalam-dalamnya ke dalam akar hati yang kental dan kukuh walau ditiup badai bala dunia... Nauzubillah!

Seusai solat, Harisha kembali ke dalam pejabat untuk menyelesaikan tugasan pengurusan dan pentadbiran memandangkan hari ini dia hanya ditugaskan mengajar anak-anak didiknya pada sebelah pagi sahaja. Di sebelah petang dia memang lapang dan itulah masanya untuk dia menguruskan tugasan lain yang telah diberikan kepercayaan oleh pihak Lembaga Sekolah dan PPD.

Setiba di tempat duduk, hati Harisha dipukul-pukul untuk membuka dan membaca satu surat yang telah diamanahkannya melalui lelaki misteri yang tidak pernah dikenalinya. Sampul surat dicapai.. Hatinya tiba-tiba bagai dilanda badai laut... Berdebar debar... Harisha beristighfar dan berselawat sambil membuka perlahan-lahan sampul surat tanpa beralamat yang diserahkan antara orang tengah. Geli hati menyelubungi Harisha. Dia tergelak kecil!

Surat dibuka...

"Cikgu Harisha, cikgu tadi tu suka awak. Serius. Nama dia Cikgu Fakhrul Khairi dari sekolah sebelah kita ni... Saja nak bagi dia tengok tadi... Maafkan akak ye... heheh"

Harisha tersenyum sendiri.. Akak ni saje je buat surprise. Ingat tadi apa lah... Alahai...

Harisha menyiapkan kerja-kerjanya dengan tenang tanpa memikirkan tentang lelaki misteri cikgu misteri tadi.. Yang penting padanya, tugasan perlu disiapkan... Sehinggalah dia dikejutkan dengan salam Cikgu Raihan.

"Assalammualaikum...hensem tak Cikgu Fakhrul tadi?" usik cikgu Raihan.

"Akak ni kan...saje je, terkejut saya, Ingatkan apa... erm.... entah saya tak pandang muka dia...Saya pandang sampul surat tu je tadi...hehe" jawab Harisha selamba..

"Kak, saya nak balik dah ni... Akak balik pukul berapa nanti?" Harisha mencari alasan untuk tidak terjerat oleh profesor Cinta seperti cikgu Raihan.

"Kejap lagi akak balik... Tapi, sebelum tu, serius akak berkenan kalau Fakhrul tu jadi bakal leader dalam hidup awak Harisha. Betul, dia tu memang cukup serba serbi, insyaAllah...Dia berhajat dengan awak. Tapi, dia minta akak untuk menjadi perantara" pujuk cikgu Raihan.

Alamak! cikgu Raihan dah mula dah... Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku... bisik hati kecil Harisha..

"Akak, saya tak melihat pakej apa yang dimiliki oleh seorang lelaki. Hanya ukuran keimanan yang mampu menjamin kebahagiaan kita dunia akhirat. Cuma, siapalah saya yang masih belum sempurna dalam mujahadah mencari redha Allah... Lagipun, apalah ertinya jika jodoh belum memihak kepada saya untuk memikirkan semua ni... Anyway, saya nak cepat la kak... Kita sembang lain kali ye.." Harisha mengelak lagi.

Tapi kali ni, tangan Harisha dipegang oleh cikgu Raihan yang membuatkan dia tidak mampu berjalan dan meninggalkan terus, bimbang dikata kurang adab sopan yang menjadi pegangan masyarakat timur.

"Okay... untuk apa dikenang dengan kisah lama. Buang yang keruh ambil yang jernih... Kalau jodoh awak bukan dengan masa silam awak, cuba maafkan masa sekarang untuk awak menerima masa sekarang dan lupakan masa semalam yang telah mensia-siakan harapan awak. Akak tahu, hati awak masih terluka dengan kisah lama kan..." cikgu Raihan cuba memujuk.


Rasulullah s.a.w pun ada bersabda:

Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya,dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk(H.R.Al-Baihaki)

Cuba awak hayati petikan buku Ustaz Pahrol ni...



....Syurga Rumah Tangga......

Renungilah

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta di isi
Kerana si dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing membawa harapan
Agar terbinalah rumah tangga penjana
Kebahagiaan..
Matlamat yang sana satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang siurlah jalan ke sana
Pelbagai jalan menimbulkan dilemma
Mencari yang jitu mengundang keliru
Binalah rumahtangga di telapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerna dan untuk…Allah jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan..
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah
Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah :
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
Yang soleh dan solehah……

(Ustaz Pahrol Mohd Juoi...petikan: buku “Tentang Cinta”)

"Baiklah cikgu Raihan, saya serahkan pada takdir Allah... insyaAllah, kalau ada jodoh nanti, insyaAllah hati saya akan terbuka.. Tapi, boleh tak izinkan saya minta diri untuk balik rumah dulu?..."Harisha merayu.

"InsyaAllah, akak doakan..."

Sebaik ayat terakhir dari kak Raihan, Harisha pantas mengejar masa. Langit dilihatnya mendung. Awan mula berarak laju dan ia memanjangkan lagi langkahnya. Perjalanan yang hanya memakan masa 15 minit dari sekolah ke rumahnya sememangnya dapat memastikan kesihatannya semakin baik untuk senaman terbaik.

Tiba-tiba dia terkenangkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 216.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

"Ermmmm.... Kak Raihan ni bersungguh benar..." bisiknya dalam hati!

"Alamak!!!...Dah hah azan asar! Baik aku segerakan solat dan urusan jodoh biarlah Allah yang tentukan..." bisik hati Harisha.

Sepantas kilat Harisha meletakkan kameranya dan mencapai tuala untuk ke bilik mandi untuk mengambil wuduq. Seusai solat asar, Harisha menghayati qalamullah dari Al-Mathurat yang menjadi penguat cintanya terhadap Allah Azza Wajalla yang Maha Penyayang.



Wednesday, January 25, 2012

Alhamdulillah, cerpen pertama di i Luv Islam.com

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T akhirnya cerpen bertajuk "Cinta Dari Kaabah" telah diterbitkan melalui Portal iLuvIslam.com... buat julung kalinya karya di Blog katahatiputeri. Ia bukan cerita dari filem "Cinta dari Kaabah" tapi, ia sekadar karya penulisan semata-mata...







Artikel lain yang pernah diterbitkan melalui portal iLuvIslam.com adalah di Blog pertama saya : ainblogger.blogspot.com, iaitu;

1. Artikel pertama

2.Artikel kedua

Alhamdulillah... Selamat membaca & teruskan menyokong penulisan saya! :) Semoga sama-sama mendapat keberkatanNYA dalam menyeru kebaikan... amin...

Wednesday, January 18, 2012

Biar Qalam bisu menanti tiba bayu semangat menyambut Ilham dalam sebuah Karya Cinta Ilahi..





Tatkala diri dihujani pelbagai rasa,
Tatkala hati berbunga cinta suci,
Pabila hati memuji kebesaranNYA..
Tika itu bagai sembilu menusuk menikam ketenangan hati..
Hati menjadi lara..
Jiwa luluh dalam dakapan air mata

Haruskah? Haruskah lemah kerana ujian hati?
Perlukah patah semangat di perjalanan yang belum pasti??..
Jiwa ini meronta ingin meneruskan penaklukan hati,
Hati ini ingin meneruskan niat yang bersemi sekian lama..

Patah akhirnya dek kerana hancurnya hati...
Dalam mencari sebuah erti cinta sejati...

Aku tidak pernah mencari cinta..
Cinta itu yang tiba-tiba datang,
Biarlah cinta itu yang menyapaku..
Ia hadir sendiri memberikan inspirasi hidup..

Agar terus bersemangat dalam berkarya..


Wednesday, January 11, 2012

CINTA DARI KAABAH..






“Sayang, mama teringin nak tengok anak mama ni berdua. Asyik sorang je kak long.” Puan Sarah berat untuk mengeluarkan kata-katanya.
“Maksud mama ni apa, lain je bunyinya..” Seri membalas dengan lembut.
Sememangnya Seri tidak pernah meninggikan suara kepada mamanya.
“Ye la, mama dah semakin bertambah usia ni.. Nak tengok anak mama ni bahagia dulu, dan mama boleh timang cucu.” Puan Sarah berterus terang.
“Mama…” Seri memegang tangan mamanya lembut.
“Jodoh dan seru masih belum sampai mama. Kalau dah tiba masa nanti, insyaAllah mama mesti dapat juga menimang cucu. InsyaAllah…” Seri menjawab penuh yakin.
“Ok, kalau Seri tak ada, ada orang tanya mama ni. Dia nak berhajat baik untuk Seri. Seri sedia terima ke lamaran kali ni. Mama dah banyak kali tanya seri asyik menolak je.. Tapi, kali ni insyaAllah, mama tengok orangnya beriman. Boleh membimbing Seri. Waraq dan berpendidikan tinggi orangnya.” Jelas Puan Sarah panjang.




Diharapkan Seri berubah hati dan lembut untuk menerima hajat yang dibawa oleh sebelah pihak.
Seri diam. Dia menundukkan sedikit kepalanya beberapa minit.
Seri memandang tepat ke wajah mamanya yang semakin kusam ditelan usia. Wajah penuh kasih dan keibuannya turut menyentuh hatinya tatkala itu.
Akhirnya, Seri akur dengan takdir..




“Mama, apa yang terbaik buat mama adalah yang terbaik buat Seri. Siapa jua pilihan mama, itulah pilihan Seri. Seri redha, tapi izinkan Seri lakukan solat istikharah dulu bole mama? Seri juga harus bertanyakan pada pemilik cinta dan diri Seri. Jika Cinta itu Allah anugerahkan untuk Seri, Seri akan terima, InsyaAllah…” Seri menjawab tenang.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di hujung ruang tamu.

Suatu pagi..

“Mama, Seri bermimpi sama seperti yang Seri pernah mimpi masa di Mekah. Lelaki yang Seri jumpa di Kaabah tu,…. Ya! Lelaki yang sama. Tapi,… err.. entahlah mama. Seri musykil. Oh ya, mama Seri dah lakukan solat istikharah, dan InsyaAllah, Seri dah sedia.” Seri yakin dan tampak tenang sekali.

Hari yang dinantikan telah tiba…

“Assalammualaikum…

Adam dan Hawa bersatu oleh ketentuanNYA,
Bersatu di bawah satu cinta yang suci,
Kami datang membawa hajat menyunting bunga,
Yang mekar di taman suci penuh berseri..

“Waalaikumsalam…

Alhamdulillah, kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah yang Esa
Membawa rahmat menjunjung sunnah menyambung warisan
Wahai saudara saudari yang dikasihi semua
InsyaAllah, kami menerima dengan syukur dipanjatkan..

Selesai sesi berpantun, kini tiba acara menyarung cincin tanda 2 hati bakal disatukan.

Pintu dikuak..
Bilik yang berwarna merah jambu berseri tersusun indah dengan penuh kelopak mawar putih berbau harum..


Seri pasrah dengan ketentuannya. Moga dengan redha Ilahi, dan juga kedua ibu bapanya akan merestui segala yang akan termenterai oleh sebuah ikatan yang sah. Permintaan dari pihak lelaki untuk mempercepatkan pernikahan Seri terima tanpa banyak soal. Baginya, apa yang baik buat ibu dan ayahnya tentunya baik untuknya.


Seketika seraut wajah yang persis pernah dilihatnya berdiri di hadapannya.
Ya, lelaki yang pernah dijumpainya di Mekah, di hadapan Kaabah dulu. Seri hampir tidak cam kerana hanya sekali memandang dan masing-masing tertunduk..


SubhanALLAH, hanya nama Allah sahaja bermain di hati Seri. Seri tunduk dan diam. Dia redha dengan takdirnya, dan lelaki yang sama yang dialamatkan dalam mimpinya. Tak salah, bisik hatinya.


Sebentuk cincin disarungkan di jari manis sebelah kanan, seketika kemudian, sebentuk cincin lagi disarungkan ke jari manis sebelah kiri tanda dirinya kini telah dimiliki. Seri hanya mampu tunduk, beristigfar, memuji dan menyebut nama Allah.. Hatinya benar-benar pasrah atas ketentuan Yang Esa.

Selesai majlis jam 4.00 petang. Seri mengemas sekitar dalam rumah. Dia terpandang pada hantaran dari pihak lelaki, Senaskah Al-Quran dan ditepinya terselit satu envelope diserikan dengan riben berwarna pink.
Hati Seri terdetik untuk membuka sampul surat yang nampak kelainannya.




“Assalammualaikum buat bakal zaujahku,
Ana hanyalah insan biasa yang jua sama seperti kaum Adam yang lain ingin mencari bunga untuk suntingan hati, Bukan sekadar pendamping diri tetapi untuk menjadi pelengkap diri untuk saling melengkapi kekurangan yang ada. Dan ana termui semuanya melalui petunjuk ilahi yang mendekatkan ana dengan anti…Yang memberanikan ana menyatakan hasrat hati tanpa selindung.
Semoga kita dapat saling mengasihi atas nama Allah, insyaAllah… Ana bukanlah seperti anti yang mempunyai kepetahan berhujah, menutur bicara indah di bumi Malaysia serta cemerlang dalam kehidupan. Ana hanyalah bakal zaujmu yang hanya berkembang dan menghabiskan masa remaja menuntut di Mesir tanpa mengikut perkembangan dunia di sini. Kekurangan yang kita ada semoga akan saling melengkapi dengan kasih sayang kurniaanNYA…

Setulus hati,
Azhari Muzaffar



Bagai bergetar hati dan naluri Seri. Walau belum pernah mengenali namun hatinya seakan bergetar seusai membaca sehelai kertas yang dilipat rapi di dalam sampul berwarna merah jambu.

Ya ALLAH, Seandainya telah KAU tetapkan dia untukku, satukanlah kami..
Permudahkan lah perhubungan kami,
Sesungguhnya KAU Maha Mengetahu dan Berkuasa tiap sesuatu..

Seri bingkas bangun selesai solat magrib dan berdoa memanjat kesyukuran kepadaNYA..

Telekung dilipat rapid an digantung di dalam almari. Langkahnya di atur ke meja tulis berhampiran katil yang menempatkan sebuah diari yang menyimpan segala rasa hatinya.. Kali ini dia terlalu rindu untuk melakarkan baris kata sebagai meluahkan segala yang terbuku di hati. Diari yang berusia hampir 2 tahun itulah peneman setianya…

“Ya ALLAH, Sesungguhnya JanjiMU Benar.. KAU terlalu BAIK YA ALLAH… Sesungguhnya KAU Maha Pengampun… Memberikan keampunan atas setiap dosa hambaNYA yang bertaubat nasuha atas setiap kesilapan dan kesalahan dosa yang telah dilakukan..

Cinta… Bagiku, aku telah putus harap pada Cinta…. Aku telah yakin bahawa pasti ada CintaMU di akhirat sana walau tiada cinta yang akan menemaniku di dunia ini… Namun, ternyata aku salah! Aku berdosa Ya ALLAH!!.. Aku insaf..


Dulu beberapa kali KAU hadirkan insan yang cukup sempurna buatku, namun aku biarkan… Biarkan dia kecewa dan pergi membawa hati yang lara.. Dan aku terlalu berbangga dengan segala kebahagiaan yang mungkin hadir di kemudian hari… Masih lagi ku ingati betapa lelaki itu merayu dan memohon cintaku, namun aku hanya mampu melihat dan berlalu meninggalkannya.


Betapa kejamnya aku… Kini, apabila semuanya telah dibalas oleh perbuatan ego dan sombongku, aku menangis dan merayu padaMU… Aku insaf dan taubat atas setiap sikap sombongku, egoku… Inilah hambaMU yang terlalu mementingkan diri sendiri…
Sekian lama aku menangisi takdir hidupku… namun aku sedar tiada siapa yang mampu menolak takdir..


Sehingga KAU hadirkan cahaya dalam jalan kelamku… Seorang imam yang akan menjadi pembimbing hidupku, Seorang ketua yang akan membantuku, seorang pendidik yang akan mendidik keluargaku…. Semua itu KAU hadirkan tanpa diduga… Benarlah KAU Maha Penyayang YA ALLAH…


Aku redha atas ketentuanMU dari Kaabah… Semoga itu Cinta yang akan mendekatkanku dengan JANNAHMU…Amin…”

Sunday, January 8, 2012

Menanti mentari esok... Biar qalam berhenti memandang dunia sementara, berbicara nanti..





Tiada kata menarik untuk dicoretkan... Biar tenang menyambut rasa, biar jernih hati memuji Allah...tanpa lupa mensyukuri nikmatNYA... sampai waktu, pena mengabadikan bicara mata hati memandang dunia dan skrip sementara...

Penulis dalam mode : Exam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails