BAHAGIAN LIMA
TERAJU PUNCAK PERNIAGAAN
Seketika Nurul masih mengingati
betapa sepinya dia ketika kehilangan Fahmi namun setia menanti dan terus
menanti insan yang bertahta di hatinya ketika itu. Selepas tamat pengajian,
Nurul dan Fahmi membawa haluan masing-masing. Fahmi tidak pernah meluahkan rasa
hatinya. Apatah lagi berjanji untuk sehidup semati. Seolah-olah mereka
membiarkan rasa di hati juga terus mati. Yang pasti kemesraan dan persahabatan
yang erat menyakinkan Nurul bahawa seandainya dia ditakdirkan buatnya, pasti
suatu hari nanti Fahmi akan mencarinya. Untuk menjadi perigi yang mencari timba
tidak mungkin bagi Nurul. Dari usianya 22 sehinggalah usianya mencecah 30 tahun
Nurul setia menunggu kehadiran Fahmi sekiranya ada jodoh, walaupun mereka tidak
pernah berjanji.
Ada
riak tenang di wajahnya. Ada juga sinar ketabahan di sebalik wajah gadis yang
kelihatan muda dari usia sebenarnya. Mungkin Nurul cukup tabah dan tawakal
diatas takdir ketentuan Ilahi. Setiap yang datang membawa hikmah, dan pasti ada
tarbiyah dalam setiap kejadian dalam hidupnya. Sifat cekal dan positif itulah
yang membuatkan Nurul kekal Berjaya sehingga dapat mentadbir “Golden Value
Consultant Sdn. Bhd.” Syarikatnya sendiri dan beberapa tahun kebelakangan di
bawah sokongan dari salah seorang pensyarahnya ketika di Universiti dahulu.
Nurul
cukup tegas dan optimis dengan kerjayanya. Begitu juga dengan kehidupan dan
cintanya, sehinggakan dia masih belum menemui Cinta Sejati yang diimpikan.
Nurul bekerja keras membangunkan syarikatnya sendiri tanpa memikirkan dunia
cintanya sejak dia tamat belajar sekitar 5 tahun yang lalu. Padanya, jika ada
jodoh insyaAllah, segalanya dipermudahkanNYA. Jodoh akan tiba bila tiba
waktunya. Walaupun usianya sering menimbulkan ketakutan buatnya dan keluarga, namun
Nurul masih setia menanti takdir Ilahi.
Selepas
tamat sahaja pengajian Master 5 tahun yang lalu Nurul tertekad untuk berdiri di
atas kaki sendiri, dan berdikari. Mungkin semangat ibunya yang susah payah
membesarkannya dengan berniaga, ayahnya yang bekerja di hutan telah banyak
menjadi suntikan semangat dan motivasi kepadanya untuk maju dan berdikari
sendiri. Pernah sekali kesusahan mereka sekeluarga memaksa Nurul untuk bekerja
sambilan di kiosk dan kedai buku di Kompleks PKNS untuk meneruskan kelangsungan
hidup di kampus sebagai seorang pelajar. Pinjaman PTPTN yang diperolehinya
disimpan sedikit demi sedikit demi hasrat besarnya untuk memiliki perniagaan
sendiri.
Kerap
sekali, Nurul mengikat perut dengan hanya mengalas kelaparan dengan mee segera.
Semua itu menjadi kebiasaan dalam kehidupan kampusnya sebagai seorang pelajar
yang tabah. Atas sebab itulah Nurul mempunyai tubuh yang kecil molek ketika
zaman pengajiannya. Namun, itu semua bukan menjadi penghalangnya untuk mengejar
cita-cita malahan semangatnya semakin bertambah dan kehidupannya mempunyai visi
yang jelas. Tiada masa untuk berhibur dan bersuka ria, yang ada hanyalah masa
untuk mengulangkaji pelajaran dan menghadiri kuliah. Jika ada pun Nurul pasti
akan berdiskusi dengan Fahmi tentang pelajarannya.
Seketika
fikirannya melayang dan terkenang saat pertama kali sesi suai kenal Pengajian
Sarjana di Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak
Perdana. Saat perkenalan dengan Adam Fahmi sewaktu di alam pengajiannya.
“Assalammualaikum..
Nama saya Nurul Raudhatul Aifa Hafizah binti Mohamad. Boleh panggil saya Nurul.
Saya berasal dari Kedah Darul Aman, saya bercita-cita ingin menjadi seorang
ahli perniagaan dan ingin memiliki syarikat sendiri di samping menjadi penulis
yang Berjaya. InsyaALLAH.. Hobi saya menulis, membaca, melukis dan berjoging.”
“Tahniah!..
Semoga anda Berjaya Nurul. Saya akan bantu dan sokong awak!” Prof Madya. Dr.
Rashidah binti Ahmad yang merupakan pensyarah subjek “Knowledge in Business
Management” memberikan semangat kepadaku.
Semangatku
berkobar-kobar dengan sebuah senyum simpul yang penuh bermakna dan manis
sekali. Sementara meneliti jadual waktu pelajaran semester ini, Nurul mendengar
beberapa rakan yang turut memperkenalkan diri. Seorang demi seorang diperhatikan.
“Nampaknya
mereka bukan calang-calang semuanya,” bisik hati Nurul. Tatkala sebok mendengar
sesi perkenalan yang hampir habis, mata tertumpu pada salah seorang pelajar
lelaki yang cukup sederhana, tetapi menarik perhatian Nurul untuk mendengar segala
penerangan peribadi yang bakal diucapkan oleh pelajar lelaki yang jaraknya
tidak berapa jauh dari tempat duduknya.
“Assalammualaikum
wbt, nama saya Adam Fahmi bin Mohd Khairi, boleh panggil saya Fahmi, berasal
dari Kedah Darul Aman. Bercita-cita ingin menjadi pendidik dan dalam masa yang
sama saya ingin menjadi seperti Cik Nurul, berimpian untuk mentadbir perniagaan
sendiri, insyaALLAH. Saya gemar membaca dan melancong.
Mata
Nurul terpukau tatkala pelajar lelaki tersebut menyebut namanya. Namun, Nurul
segera bertindak dengan menundukkan pandangannya, kerana dia sedar tidak manis
seorang gadis memandang tepat pada seorang lelaki yang bukan muhrimnya.
“Bagus
Fahmi!.. Saya juga akan sokong awak, insyaALLAH.. cuba berusaha sekeras yang
boleh untuk mencapai cita-cita awak tu ye? InsyaALLAH, Nurul dan Fahmi tidak
ada yang mustahil dalam kehidupan kita asalkan kita tekad dan kuat berusaha.
Semoga kejayaan akan milik bersama, insyaALLAH.. amin.” Prof. memberikan
sedikit ulasan dan nasihat kepada Fahmi dan aku. Alhamdulillah…
“Terima
Kasih Prof. InsyaALLAH, amin..” jawab kami hampir serentak.
Dari
satu sudut aku melihat Fahmi seperti seorang yang bersemangat waja namun seakan
lemah dan tidak bermaya.
Kelas
bermula setelah selesai sesi suai kenal. Kini bermulalah sesi memperkenalkan
diri pensyarah pula. Itu yang membuatkan aku gembira nak kenal Prof yang sangat
bermotivasi ini. Mesti bukan calang-calang orang ni!.. Tengok gaya umurnya
tentu sekitar 40an rupanya dah mencecah 50 tahun depan!.. Fuh! Mantap! Cun dan
memang bergaya ala-ala mak datin lagi, bisik hati Nurul. Hehehehe..
Justeru
latar belakang Prof menurut sesi pengenalan.
Nama : Prof Madya. Dr. Rashidah binti Ahmad
Subject : Knowledge in Business Management
Asal : Ipoh, Perak
Perkhidmatan : Uitm selama 29 Tahun.
Kelayakan : PHD Universiti Oxford, London in
Library Science.
Penglibatan : Representative of Lecturer in London
Represetative
in Conference of International Library
Science in Oxford, London
Banyak
lagi penglibatan yang Prof nie sertai tapi, aku tak sempat nak salin. Cukuplah
aku mengenali Prof. ni dengan seorang pensyarah yang terlibat aktif dalam
aktiviti pendidikan, mesyuarat dan Conference dalam dan luar Malaysia. Fuh!
Hebat betul lah.. Hari ini Nurul tak habis-habis memuji kecantikan dan
kehebatan pensyarah kesayangannya itu. Baru kelas pertama, namanya sudah
berkali-kali namanya disebut-sebut oleh Prof. Rasidah. Dan Nurul apa lagi,
kembang semangkuk tetapi tertunduk malu.
Yang
pasti aku cukup kagum dan bangga menjadi pelajarnya!.. InsyaALLAH akan aku
buktikan aku akan merasmikan sebuah syarikat sendiri yang dinamakan “Golden
Value Consultant”.. amin, bisik hatinya, sambil menulis nama syarikat yang
bakal ditadbir di atas sticker dan ditampalkan di belakang Buku Nota agar tidak
kelihatan beriya namun ada impian yang tersembunyi. Heheheheehe..
Begitulah
sikap Nurul yang sentiasa bersemangat tetapi jarang untuk menampakkannya.
Sesekali matanya mencuri pandangan ke arah pelajar lelaki. Dia cuba menjeling
sedikit Adam Fahmi atau nama samarannya Fahmi.
Kelas
bersurai setelah sesi pengenalan chapter terawal subjek, syarat-syarat subjek
dan bagaimana pemarkahan Subject Knowledge In Business Management, dan
bagaimana subjek ini difahami secara asasnya selain perkongsian Tacit Knowledge
Prof sebagai seorang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang yang berkaitan.
Semua
pelajar keluar dari dewan kuliah. Nurul keluar dari dewan kuliah seorang diri.
Yang pasti hatinya ceria dan kembang semangkuk dipuji pensyarah hari ni.
Lebih-lebih lagi Prof pulak tu… lalalalaaa… hatinya berbunga ria.
Kaki
menuju ke cafeteria yang berdekatan, kerana perut agak berkeroncong minta diisi
sedikit sebagai alas kerana sedari tadi dia belum menjamah apa-apa melainkan
segelas susu suam dan sebiji kurma. Nurul memang masih belum berkenalan dan
menyesuaikan diri dengan teman-teman wanita sekelas yang lain.
Kelas
selepas 2 jam ini pastinya akan lebih bertenaga bila aku mengisi dengan sedikit
makanan, omel hatinya sendirian. Nurul melangkah masuk ke cafeteria dan mengambil
secawan milo ais dan sepinggan mee hoon goreng. Setelah makanan dibayar, Nurul
menuju ke satu meja di hujung tingkap. Bukan ape, untuk melihat keindahan luar
yang mempersona sambil melihat pelajar lain dengan pelbagai kerenah.
Dari
cafeteria fakulti yang terletak di tingkat 2 itu memang kelihatan indah melihat
panorama sekitar fakulti. Pandai betul arkitek yang mereka bangunan Uitm ini.
Memang hilang stress apabila duduk seorang menghadap ke keluar tingkap
memandang kehijauan tanaman dan landskap semulajadi ciptaan Allah s.w.t, dan
beberapa tanaman hiasan rekaan tukang kebun dan juga pancuran air pancut yang
mendamaikan. Subhanallah.. hati Nurul berzikir memuji kebesaranNYA..
Tiba-tiba..
Nurul dikejutkan oleh seorang lelaki yang rasanya baru dikenalinya..
“Assalammualaikum..
Boleh saya duduk cik Nurul?” sapa lelaki tersebut sambil tersenyum manis. Yang
pasti dia bukanlah pensyarah, pelajar juga kalau Nurul tak silap.
“Waalaikumsalam
wbt, silakan.” Jawab Nurul sambil membalas senyuman lelaki tersebut.
“Kita
pernah jumpa ke? Rasa.. erm..” sambil cuba untuk menyampaikan kepada memori dan
mengenalpasti siapakah lelaki dihadapannya.
Fahmi
tersenyum manis sambil membiarkan sahaja Nurul meneka.
“Fahmi!..
ya, Fahmi kan?!.. maaflah dari tadi saya asyik melihat keindahan pemandangan di
luar ini sampaikan Fahmi pun saya dah tak kenal.” Balasku.
“Eh,
tak apa. Saya perhatikan Nurul sedari tadi seorang je, sebab tu saya datang dan
kebetulan meja kat Café nie dah penuh. Menggangu ke nie? Ye la, nak menikmati
keindahan ciptaan Ilahi kat luar sana tu,” sambil tersenyum penuh keikhlasan.
“Eh,
tak adalah. Boleh jer. Saje je nak meringankan minda nie tadi, anyway, syabas
la tadi!.. Fahmi memang minat untuk menjadi ahli perniagaan ya?” Nurul
bersungguh benar bertanya memandangkan Khairul juga mempunyai cita-cita yang
sama sepertinya.
“Ya,
saya memang minat berniaga. Sekarang ni pun saya dah terlibat dengan perniagaan
sampingan. Untuk masa depan, insyaALLAH saya akan rancang syarikat sendiri.”
Jawab Fahmi tenang tetapi bersemangat.
“Bagus
lah Fahmi. Sekarang nie buat bisness ape?” Nurul bertanya lanjut.
Air
teh tarik diteguk.
Begitu
juga Nurul, milo air di gelas kaca yang sederhana tinggi dikacau dengan
menggunakan straw lantas diminum untuk menghilangkan dahaga.
“Ok,
sekarang saya buat bisness kecil-kecilan dengan keluarga dan kawan-kawan. Kami
mengambil tender construction untuk membina Interior Design, Banner dan juga
Laman Web.
“Wah…
baguslah!.. Tahniah. Ni bukan kecil-kecilan lagi dah. Teruskan tau. By the way,
tu syarikat perniagaan dah ade tinggal maintain jer. So, awak nie consider ahli
perniagaan dah ni!” Nurul memuji penuh bersemangat. Seperti ada sidang diskusi
ahli perniagaan wakil dari Fakulti Pengurusan Maklumat.
“Tak
adalah… Saya hanya bantu dan syarikat itu sepenuhnya milik parents. Saya baru
je belajar selok belok perniagaan tu. InsyaALLAH, awak pun akan bergelar ahli
perniagaan nanti.” Fahmi menjelaskan keadaan yang sebenar seperti seorang
motivator dan senior dalam dunia perniagaan ini.
“InsyaALLAH..
doakanlah!.. Saya pun baru jer berjinak-jinak tanpa lessen ni. Hahaha..” gelak
menceriakan mereka. Fahmi juga turut ketawa sama.
“Maksud
Nurul, perniagaan tetapi tak didaftarkan lagi?” Fahmi meminta kepastian.
“Ye…
saya sebenarnya dah setahun berkecimpung dalam perniagaan. Mostly online lah
dan bermusim pula tu. Perniagaan ada produk pun pernah dan perniagaan tanpa
produk pun pernah dan masih aktif. InsyaALLAH di masa depan, saya akan terus
berusaha untuk memiliki syarikat sendiri yang sah juga. Amin..” Nurul menjelaskan
keadaan yang sebenar.
“Oh,
ye ke? Kenapa bermusim jer? Teruskanlah.. Sekurang-kurangnya ia bermula dan
bertapak selepas tu maintainkan je. Tapi tak apelah, sekurang-kurangnya U
mencuba dan dah dapat hasilnya kan?” setelah menghirup air milo yang hampir
habis.
“Alhamdulillah..
Dah dapat, nie saya gunakan untuk survival sebagai pelajar juga selain duit
pinjaman yang ada. Tak cukup rasanya kan? Sebab tu saya mulakan perniagaan
bermusim secara online.. Lagi besar market berbanding pasaran dari mulut ke
mulut ataupun kawan-kawan.” Nurul menjawab seperti seorang rakan kongsi
terbaik.
Air
milo diminum lagi dan mee hoon goreng dimakan perlahan-lahan. Cukup sopan Nurul
menguyah, dan suasana diam seketika. Masing-masing menjamu menu masing-masing.
Sesekali kedengaran beberapa suara perbualan pelajar lain di dalam cafeteria.
Fahmi menjamah nasi goreng yang dibelinya tadi. Sedar tak sedar hampir separuh
pinggan.
Fahmi berkongsi idea lagi. Perbualan
diteruskan, dan mereka kelihatan serasi. Walaupun usia masing-masing masih muda
belia namun kematangan jelas terpancar dari wajah masing-masing. Usia 22
merupakan usia yang cukup muda untuk memikirkan soal perniagaan tapi, bukan
mereka yang masing-masing bermula dengan kesusahan.
“Bagus
tu awak berfikiran begitu. Sekurang-kurangnya kita ada pengalaman mengendalikan
perniagaan yang amat berguna di masa depan walaupun tak didatarkan. Ala, orang
kata belajar berniaga. InsyaALLAH, kalau dah stabil nanti bolehlah daftarkan.
Anyway, awak minat business orientation macam mana?” Fahmi memandang sambil
menghabiskan nasi gorengnya.
“Okay,
sebenarnya kalau ikut minat saya minat consultancy company. Selain itu, bidang
yang I minat nie Perniagaan dan belajar di bidang Pengurusan Maklumat. So, I
prefer Information and Business Management Consultancy lah. I plan nak
mengumpulkan consultant yang boleh memerikan khidmat rundingan pengurusan
rekod, business, maklumat, sapa yang nak buat library dan sebagainya. Selain
itu I minat Fotografi dan Hantaran, jadi I plan nak buat 2 type, satu ilmiah
satu lagi art and photography. Awak pula?”. Jelas Nurul sambil tersenyum.
“Menarik
tu.. I pula berminat nak meneruskan perniagaan ayah I lah, Construction dan
Design. Tetapi, I juga berminat nak buka perniagaan yang menawarkan
perkhidmatan rundingan Laman Web, mungkin kelas yang menawarkan pakej mengajar
penghasilan Laman Web, Multimedia, Computer dan sebagainya” Jawab Fahmi ringkas
tetapi padat.
“Wah..
dah almost sejam kita kat café nie.. Macam-macam cerita dah kita bualkan.
Rasanya i nak minta diri dulu sebab nak solat kan. Lepas nie kelas pukul 2 kan?
Nanti kita cerita panjang lagi. Nice to meet you Fahmi. Seronok bersembang
dengan U.” Nurul meminta diri dengan penuh hormat.
“Ya
lah.. I tak perasan tadi. Nice to meet you too. Awak pun apa kurangnya, sangat
hebat dan bekarisma. Bukan calang-calang orang ni. Dalam business kita perlu
berintegriti. Eh, saya pun nak ke surau juga lepas nie. Mari kita pergi
sama-sama. Surau lelaki bersebelahan surau perempuan kan?” pinta Fahmi.
“Betul.
Jom”, balas Nurul.
Mereka menghabiskan makanan yang
terhidang di hadapan masing-masing, lantas meninggalkan kafetaria yang dipenuhi
para pelajar dan staff Uitm seketika itu.
No comments:
Post a Comment