BAHAGIAN PERTAMA
ANUGERAH TERINDAH
Dalam hidup aku mencari,
Sinar cahaya yang menerangi,
Dari lubuk hati yang dalam,
Dalam sebuah destinasi cahaya
cinta,
Ya Allah…
Berilah aku cahaya hidup yang
menerangi,
Jalanku yang sepi..
Aku tahu bukan mudah,
Untuk aku mengisi,
Jalanku yang satu,
Namun berkat anugerahMU,
Akan ku bertemu dengan cahaya
cintaku..
Yang suci dan abadi..
Amin.”
Dipetik
dari surah Ar-rum ayat 21, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tandaNYA,
bahawa DIA menciptalam jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu) supaya kamu
bersenang-senang padanya dan DIA mengadakan sesama kamu kasih sayang dan
rahmat. Sesungguhnya tentang demikian
itu, menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.”
Menurut
sejarah kejadian manusia sejak azali lagi, manusia telah dijadikan
berpasang-pasangan. Ini dibuktikan melalui kisah nabi Adam a.s. Setelah Allah
menjadikan Nabi Adam a.s, maka diberi olehNYA ilmu pengetahuan. Nabi Adam a.s
serta isterinya tinggal di dalam syurga dan kedua-duanya diberi Allah swt kesempatan
untuk makan buah-buahan di dalamnya dengan bersuka ria, kecuali sepohon kayu.
Maka Allah swt melarang kedua-dua mendekati pohon kayu itu. Kemudian syaitan
memperdayakan Nabi Adam a.s serta isterinya supaya keduanya memakan buah pohon
kayu yang dilarang itu sambil ia menerangkan dengan kata-kata yang lembut
bahawa ia semata-mata memberikan nasihat.
Katanya
: Jika engkau makan buah pohon kayu itu, nescaya engkau akan tetap tinggal
dalam syurga ini dan menjadi raja.
Akhirnya,
kedua-dua nya terpedaya dan memakan buah pohon itu. Setelah dimakan,
tertanggallah pakaian yang menutupi tubuh mereka sepenuhnya. Lantas mereka
menggunakan daun pohon kayu untuk menutup aurat mereka.
Lalu
Allah berfirman : Mengapa kamu makan buah pohon itu padahal KAMI melarangnya?
Kedua-duanya
berkata : Ya Allah, kami telah zalim kepada diri sendiri, sebab itu ampunilah
dosa kami. Jika Engkau tidak ampuni, nescaya kami menjadi orang-orang yang
rugi.
Allah
swt berfirman : Keluarlah kamu dari dalam syurga ini, sedang kamu dengan yang
lain bermusuhan. Tinggallah kamu di muka bumi dengan bersuka-ria sehingga tiba
ajalmu.
Kemudian,
keluarlah mereka dari syurga, berpindah mengharungi gelombang hidup hingga
sekarang yang mana kita selaku umatnya merupakan pewaris cucu cicit.
Begitulah
asal kejadian manusia yang menjadi permulaan sejarah kejadian menurut sumber
Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sejarah pembentukan sebuah masyarakat.
Cinta itu anugerah yang suci, dan merupakan fitrah seorang makluk Allah s.w.t
yang sejati. Tanpa cinta tidak sempurnalah iman seseorang. Namun, cinta juga
kadangkala memerlukan sebuah pengorbanan kerana Allah s.wt.
Cinta
pada Nurul mengajar dia mensyukuri dan menghargai kebesaran Allah s.w.t. Dia
tahu, Allah telah mengatur kehidupan dan ketentuan jodoh buat hambaNYA. Cinta
itu juga yang banyak mentarbiyahkan dia tentang kasih sayang, persahabatan dan
kesyukuran pada takdir dan Qada Qadar Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment