About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Tuesday, April 23, 2013

Tentang cinta…


Tentang cinta… Bukan ku menolak fitrah insani…
Telinga kerap mendengar soalan..
Tentang cinta.. Tentang jodoh.. dan tentang masa depan
Tentang hati…dan
Tentang pemiliknya…
Kadang-kadang hati berbisik sayu..
Sudah tentu saya telah dimiliki sejak azali oleh pencipta saya
Saya hanya dipinjamkan
Saya hanya lahir di atas nama cinta untuk melaksanakan amanah sebagai khalifah di atas muka bumi ini..
Hakikatnya saya milik ibu dan ayah yang mengandungkan, membesarkan
Yang tidak pernah jemu mendidik, mengasuh sehingga dewasa
Diberikan pendidikan secukupnya
Dipupuk dengan bekal ilmu agama sebaiknya
Namun, hakikat harus diterima
Manusia memerlukan kasih sayang
Selain dari keluarga, sahabat dan kenalan
Yang berbeza dan istimewa
Hakikatnya jiwa manusia perlukan cinta halal
Sebagai melengkapi fitrah insani
Namun…
Apalah daya andai ia masih belum menghampiri hidup kita
Bukan kita yang menolak takdir
Namun… semua itu suratan yang perit untuk diterima
Namun, manis di akhirnya buat insan yang berhati luhur
Ikhlas mencari dan membina cinta
Biarlah ku tunggu hingga akhir usia…
Namun… tidak sekali ku pertaruhkan maruah dan susila
Biarlah ku pertahankan iman dan sabar..
Moga sampai masa bahagia kan menjemput
Mengiringi seluruh kebahagiaan bidadari syurgawi..
Menikmati hidup penuh kecintaan Ilahi
Penuh tulus dan diberkati
Wallahualam..


Sunday, April 14, 2013

Selamat Ulangtahun Mama!

Tak sabar nak balik kampung..
untuk sambut Birthday Mama..
Yang ke 60..
Alang-alang balik mengundi sekali lah...
Tahun ni 60 kan, so nak sambut 1 family & nak buat doa selamat sikit..
Moga panjang umur mama untuk lihat semua anak-anak bahagia dan berjaya.
Teringin nak bawak mama gi jalan-jalan makan angin..
Berhasrat nak bawak mama pergi melancong, duduk hotel dan pergi umrah..
Tapi bila?
Tunggu ye mama..
Moga ALLAH murahkan rezki kakak dan perkenankan doa kita..
amin....

Monday, April 8, 2013

REVIEW SEMINAR - Bina diri untuk orang lain



Ya ALLAH, pimpinlah langkahku..
Permudahkanlah perjalananku
Tunjukilah aku ke jalan yang lurus
Berlandaskan keimanan,
Tanpa perlu membelok ke lorong kekufuran
Bukan jalan kesesatan..
Untuk mendapatkan sebuah keberkatan
Demi membantu insan yang memerlukan
Untuk membina diri demi orang lain
Yang lebih memerlukan bantuan dan sokongan
Allah ya Rahman
Allah Ya Rahim
Allah Ya Kareem
Perbaikilah hubunganku dengan orang lain
Perbaikilah kasih dan sayangku sesama insan
Satukanlah hatiku dengan ukhuwah yang mendekatkan hatiku dengan cintaMU
Jauhilah diri dari sifat riak yang memakan diri
Jauhilah dajjal yang menipu dan fitnah melata
Supaya tidak rosak, supaya tidak binasa
Masa depan bersama…

Sememangnya cinta itu anugerahMU
Sememangnya kasih sayang itu dariMU
Sejujurnya, hati ini milikMU..
Seikhlasnya, semua yang ada milikMU..
Sampai masa pasti dipulangkan jua..
Moga anugerahMU ini dapat kumanfaatkan sebaiknya
Semoga milikMU ini dipulangkan sebaiknya setelah berbakti dan bersatu dengan agamaMU..
Ya ALLAH yang Maha Penyayang,
Tetapkanlah hambaMU ini dalam jalan redhaMU..
Ampunilah dosaku..
Moga sama-sama bertemu di syurga nanti.
InsyaALLAH…





Sunday, April 7, 2013

Keinsafan; air mata sesalan. Moga sama-sama kita mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat…


 Ya ALLAH, dosaku menggunung tinggi
Sudikah kau ampuni..
Sesungguhnya taubat nasuha seorang hamba memulakan helaian baru dalam diary kehidupan yang penuh duri..

Termenung sejenak;
.....:::::::......
::::......::::

Tika ini…
Sesuci embun membersihkan sekeping hati,
Sejernih air hujan membasuh dosa silam
Air mata sudah kering memandikan duka
Munajat membaluti taubat nasuha..
Istiqamah menjadi benteng hati
Agar tetap teguh hingga mati
Biar jutaan manusia mengeji
Biar seluruh dunia mengasingi..
Lontarkan semua hasutan syaitan
Buang semua kepedihan
Campakkan segala kedukaan
Nyahkan bisikan nafsu
Melihat dengan mata nafsu melulu!
Menyaksikan kegembiraan syaitan laknatullah
Yang sentiasa menyesatkan ummah
Yang akan memesongkan hati yang lurus
Tulus namun gelisah tak berpendirian..

Masih panjangkah usiamu?
Sedarkah kamu wahai manusia?

Andai mata hati ditutupi nafsu durjana
Andai akal telah dimusuhi kebenaran
Seandainya mata ditutupi tipu muslihat
Dikaburi wang dan pelbagai nikmat sementara
Hancurlah iman
Berderailah pendirian..
Andai maksiat sudah membaluti sekeping hati
Hilanglah keredhaan, namun mengundang kemurkaan!
Allahuakbar!!

Masih segar diingatan
Bila nafsu merajai sekeping hati yang masih bergolak
Mengenali dunia remaja
Berbolak balik antara keimanan dan kejahilan
Akhirnya nafsu menguasai… menyesatkan sekeping hati ke lembah hina
Walaupun baru tersasar dari landasan keimanan
Biarpun dunia masih belum hitam
Walau harga diri masih menjadi pegangan
Walau mahkota dipertahankan..
Namun…. Kerosakan iman memusnahkan segenap kehidupan
Astagfirullah al adzim

Insaflah wahai insan
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambaNYA
Mungkin semalam kita jahil
Barangkali semalam kita kurang muhasabah
Mungkin kelmarin kita terlena oleh dodoian syaitan!
Yang membutakan mata hati
Syukur! Kita masih terselamat
Biar apa jua kata manusia..
Walau apa pun pandangan dunia
Tetapkan hati! Bulatkan qalbumu!
Jangan biarkan syaitan menguasai!
Jangan biarkan kita dibutakan oleh nafsu!
Kita Nyahkan!
Kita Hapuskan!
Kita lihat dengan mata hati!
Bukan mata kasar yang menipu!
Siapa sedar? Mata kasar telah menipu ramai lelaki di luar sana?
Mata kasar telah menipu jutaan manusia.
Mata akal tidak semestinya tepat,
Logik bukan bererti benar!
Ada kalanya mata akal sekadar melindungi sesuatu yang salah!
Bangunlah sahabat!
Sedarlah saudaraku!
Kita masih belum terlambat!
Insaflah..
Kembalilah kita kepada fitrah; bersih dan suci
Kembalilah ke pangkal jalan.
Moga sama-sama kita mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat…
InsyaAllah, amin

Salam renungan dari;
insan kerdil mencari magfirah dan hidayah ALLAH..




Sekadar sebuah tulisan dari penulis seusai seminar.... renungan buat adik-adik. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang terlah meninggal dunia... Ia rekaan semata-mata.... Moga melihat dengan mata hati.... 



Monday, April 1, 2013

Sampai masa semuanya akan ditinggalkan....

Saya tiada apa... 
Sampai masa... semua akan ditinggalkan... 
Saya tidak sombong..
Kerana apa ada pada saya..
Moga tiada yang berkecil hati..
Moga kita tetap bersyukur... 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails