About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Sunday, December 30, 2012

Entri for my Birth Day...


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Praise to Allah...
In the Name of ALLAH the Most gracious and the Most Merciful..

31.12.2012; End of the year. Tanggal 31 December setiap tahun remind me about birth and death.. For me and my twin; insyaAllah, will be remembered till JANNAH~ Yang di sana pasti berbahagia dengan nikmatNYA... Tika ini; lantas cuba muhasabah diri.. kerana terasa diri masih jauh dari syurgaNYA... 

Allahurabbi… cepatnya masa berlalu! syukur kehadrat Ilahi kerana pada ketika ini masih dapat bernafas di atas bumi yang penuh barakah ini.. Pejam celik pejam celik; 2012 melabuhkan tirainya… buku lama ditutup setelah rumusan dibuat. Hasilnya, samaada ‘Memuaskan’ atau masih ‘Perlu perhatian’ adalah tetap perlu ditutup. Itu kisah lama… Itu kisah semalam yang memberi pengajaran dan pengalaman yang mahal harganya. Apa yang paling penting, hargailah ia kerana bukan semua insan akan mendapat pengalaman yang sama. Tentunya ia berbeza mengikut individu… dan sememangnya Allah menetapkan ujian itu berdasarkan kemampuan hambaNYA… 

Kadang kala kita menangis dengan ujian yang sedikit… walhal; nikmat ALLAH yang tak bertepi, terlalu banyak itu… kita tak perasan. Nikmat dan rezki yang Allah beri itu adalah tarbiyah untuk kita bersyukur atas apa jua musibah yang melanda dan….. nikmat itulah yang seharusnya kita manfaatkan untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah yang menciptakan segala nikmat dan ujian.. Sesungguhnya; semua berlaku dengan IzinNYA… dan jalan yang dilalui adalah sebuah pilihan... Kerana semua pilihan terletak di tangan kita, dan Allah akan mengizinkan berdasarkan qada dan qadarNYA. Kun Fayakun..


31 December 2012.

Di kesempatan ini; saya ingin kongsikan sedikit coretan sempena hari penutup 2012, dan penutup usia remaja. Allahurabbi… Pedih untuk dilafazkan, tetapi itulah hakikatnya… penghujung usia remaja…
…………………………………..



Subuh mengejutkan ku dengan alunan merdu azan,
Dingin embun pagi menguji antara keimanan dan kemalasan..
Namun; serta merta digagahkan juga…
Amanah itu satu kefardhuan..
Amanah itu satu tuntutan andai ia di atas niat yang satu..
Niat untuk mendapat keredhaan Ilahi..dan,
Untuk meneruskan kelangsungan hidup atas landasan yang tulus..
Seusai solat, lantas tanggungjawab digalas seawal mungkin…
Kerana…. Berpagi-pagilah mencari rezeki kerana disitulah keberkatan diperoleh.. insyaAllah..

Mentari terbit bersama jutaan kasih sayang,
Zikrullah menjadi alunan keindahan pagi..
Mengalun bersama kegigihan mendidik anak bangsa,
Tanpa kenal jemu..
Tanpa kenal erti kecewa..
Malah; tanpa kenal erti putus asa..
Walau kita kecil di mata manusia..
Namun; biarlah usaha ikhlas agar mulia di sisi ALLAH..
Biarlah menjadi pelita yang memberi cahaya buat si cilik,
Menjadi arkitek manusia sedari usia kecil..
Demi membekalkan sedikit asas ilmu untuk mereka..
Memberi kebebasan untuk penerokaan dan perkembangan potensi..
Disinilah langkahku bermula untuk melompat lebih tinggi!..
InsyaAllah…

Tiba-tiba…

Tanpa disedari masa berlalu terlalu pantas..
Pergi bersama usia remaja..
Oh! Masa remajaku pergi begitu sahaja!..
Tanpa disedari.. Pergi bersama tarbiyah yang tak terkira banyaknya..
Ujian; Nikmat; Tarbiyah; Kematangan…
Silih berganti.. menambah nilai diri di usia 28..
Allahurabbi..

Usia cukup menakutkan setiap wanita..
Umpama mimpi ngeri yang cukup menakutkan setiap wanita..
Namun…
Semua itu atas IzinNYA…
Semua itu atas KetentuanNYA..
Semua itu dengan kehendakNYA..
Kita hanya mampu merancang, namun semua ketentuan Allah..
Atas izinNYA juga hati adam dan hawa itu bertemu dan bertaut..
Dan atas izinNYA juga hati itu terpisah..
Justeru, untuk apa saling menyalahkan…
Pasti ada pelangi selepas hujan…
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Pengasihani..

Usah ditanya lagi..
Kerana jawapannya pasti Allah Yang Maha Tahu..
Kerana Allah mahu beri yang terbaik.. dan….
Beri peluang untuk kita bertaubat dan menjadi muslim yang lebih baik..

Andai jodoh itu terhalang kerana dosa-dosa semalam,
Semoga taubat nasuha itu akan memudahkan urusan..
Seandainya jodoh itu terhalang kerana kurangnya amal kebaikan untuk mendapat insan soleh,
Semoga sejujurnya kita menjadi yang terbaik… ikhlas mendapatkan cinta dan redha ALLAH..
Moga…
Cinta dan Redha ALLAH yang pertama..
Sebelum cinta insan biasa ciptaanNYA…
Demi melengkapkan kekurangan yang ada untuk lebih sempurna..

Selamat tinggal 27! 
Dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim…. Ahlan Wasahlan…28!




Saturday, November 3, 2012

Erti sebuah kejayaan...

Hari itu..
Hari penuh bererti buat ku..
Buatmu; kamu dan kamu... juga buat kita semua..
Hari itu dinanti penuh kesyukuran.
Sebagai tanda ucapan terima kasih buat Sang Pencipta;
kerana mengabulkan doa Si Hamba,
Sebagai khalifah di atas muka bumi..
Sebagai tanda kejaan telah dikecapi..
Alhamdulillah, penantian sudah menjadi kenyataan..
Penat lelah, peluh keringat telah berbayar..
Syukur dipanjatkan..

Sekalung penghargaan buat semua yang membantu,
Tenaga pengajar yang berjasa mendidikku sehingga ke hari ini..
Ibu bapa yang tidak pernah mengecewakan tatkala diperlukan..
Ibu bapa yang sentiasa meniup semangat,
Ibu bapa yang setia berdiri di sisi tatkala suka dan duka,
Ibu bapa yang mengagumkan walaupun kalian terpaksa mengorbankan sebahagian tenaga tuamu demi anak yang dikasihi..
Buat sahabat yang sentiasa membantu;
Jutaan terima kasih dirakamkan,
Atas segala bantuan, kerjasama dari pelbagai aspek..
Dan maaf atas semua kesilapan dan keterlanjuran..
Maaf dipohon atas semua kesalahan..
Moga sama-sama berdiri di mercu kejayaan... ameen..

Buat semua teman-teman yang dikasihi;
Jasamu tidak akan terbalas..
Namun; doa dipanjatkan agar kalian mendapat keredhaan Ilahi..
InsyaAllah..

Wahai Tuhan;
Ku pohon atas segala kealpaan.. diampunkan.
Atas segala dosa... dan khilaf;.. dipadamkan..
Atas segala air mata dibalas dengan sebuah kemuliaan..
Atas segala kesukaran dibalas dengan kajayaan di kemudian hari..

Hati berbisik..
Minda berputar laju.. Masanya telah tiba.. Hari ini merupakan sejarah dalm kehidupan.
Namun... Apakah masa depan itu menjanjikan sebuah kegemilangan, kejayaan dan keredhaan?
Moga kejayaan ini kunci kejayaan di dunia dan akhirat..

Baru ku sedari, di sinilah tangga bermulanya sebuah kejayaan yang hakiki... Moga ALLAH makbulkan....ameen..... Ya Rabbal Alameen... 

post entry in advance for my convocation day~

Monday, October 29, 2012

Hari ini; Bukan NOKTAH dalam kehidupan.

"tak sangka;;; semua atas aturan Allah... segalanya seperti yang dirancang, walau hakikatnya datang tanpa diduga... Alhamdulillah... Semoga Allah beri petunjuk di atas jalan yang lurus bersama orang-orang yang soleh... ameen... Rabbi Yassir wala tuassir; Rabbi Tamam bikhayr... ameen~"



Hidup ku adalah aturan Allah.. 
Hanya perjalanan menerusi agenda diri..
Yang masih mengharapkan istiqamah di hati,

Ya Ilahi..
HambaMU insan yang lemah..
Menagih kasihMU, Mendamba redhaMU..
Mengharap petunjukMU atas jalan yang lurus,
Agar tidak sesat di atas jalan yang bercabang oleh arus dunia yang mempersona..

Ya Ilahi..
Permudahkanlah urusanku..
Janganlah Allah biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri..
Berilah hambaMU ini hidayahMU..
Ilhamkanlah hambaMU ini akan petunjuk dan ilmuMU yang terbentang luas..

Ya Allah..
Tetapkanlah hatiku salam istiqamah mencari erti sebuah keimanan,
Walau dilingkari onak duri dugaan,..
Walau dihujani kata nista yang tajam,
Kerana diri tidak sesempurna dan semulia seperti Khadijah Khuwailid,
Namun... tetap cuba untuk mencari sebuah keimanan menuju syurga firdausi;
Tanpa memandang apa jua dan siapa diriku sebelum ini..
Kerana Allah Maha Pemaaf; dan Maha Memberi Petunjuk..
Moga setiap hari adalah mujahadah meyakini kebergantungan kita hanya padaNYA... 
Hanya pada DIA... 
Moga dikurniakan keimanan yang kental di hati... 
Moga istiqamah menjadi benteng tetap membawa pendirian yang satu demi Ilahi.. 

insyaAllah~

Saturday, October 20, 2012

Kenapa manusia tidak bersykur..

Wahai hati..
Kenapa tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki..
Kenapa tidak bersyukur..
Ya, kerana... nafsu itu tidak pernah cukup.
Kenapa perlu memilih? 
kerana sememangnya kita perlu berwaspada menilai..
dan membuat pilihan agar ia terbaik untuk kita dan kehidupan..



Kenapa ibu menangis?

Ibu..

Kenapa ibu menangis? 
Kenapa ibu tidak gembira?
Kenapa air mata menitis pada seraut wajahmu ibu?


Usaplah air matamu ibu..
Kerana hatiku cukup redha dengan takdirku,
Hatiku cukup tabah mendepani segala ketentuan hidup ini..
Cinta dan Kasih saya hanya keranaNYA..
Jika Allah benarkan cinta itu terus menemani saya sehingga ke syurga saya terima dengan redha.

Andai cinta itu memang Allah takdirkan bukan untuk saya..

Saya yakin, 

Allah tidak akan membiarkan saya kecewa dan merana..
Kerana DIA Maha Mengetahui segalanya..

Ibu, kenapa menangis?
Ibu... usaplah air matamu..
Doaku sentiasa mengiringi sisa-sisa usiamu..

Ameen...


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku hormati?”

Rasulullah menjawab, “Ibumu”

Orang itu berkata, “Siapa lagi?”

Rasulullah menjawab, “Ibumu.”

Orang itu pun bertanya lagi, “Lalu siapa lagi?”

Jawab Rasulullah SAW, ” Ibumu.”

Lalu orang itu berkata lagi, ” Siapa berikutnya?”

Rasululllah berkata, “Bapamu.”   (Riwayat Bukhari)

Bertabahlah wahai hati..

Seketika berbicara tentang hati..
Sedetik berkongsi kisah cinta!
Oh, hanya pada Allah doa dipanjatkan..
Agar ditemukan dengan insan beriman, 
Moga kelak nanti mampu mendidik jiwa dan kehidupan,
Di atas landasan barakah ALLAH..
sampai ke Jannatul firdausi..

Semoga Allah kabulkan.
ameen...



Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Friday, June 22, 2012

Maafkan saya..

Maafkan saya... kerana hanya punyai sekeping hati yang telah terluka... oleh hanya sebaris kata-katamu...

Sunday, June 17, 2012

Alhamdulillah... Syukurku padMU Ya ALLAH..


Dalam kesukaran ku titip syukur,
Dalam kesempitan ku titip bahagia,
Dalam kegelapan ku capai cahaya,
Biarpun perit ia tetap manis...
Kerana semua itu cabaran!
Kerana semua itu anugerah!
Semoga ALLAH permudahkan segalanya.. Amin...
Amin Ya Rabbal Alamin..

Tiada hidup tanpa ujian,
Tiada kematangan tanpa melalui ujian,
Oleh itu redhalah atas bagaimana pun ujian datang,
Tatkala tenang..
Anda pasti lulus,
InsyaAllah.....amin...

Hari ni sudah 18.6.12, Jun menghampiri pertengahan bulan, Julai mula menampakkan bayang.... Alhamdulillah, aku merenung diriku seketika...

.... Monolog dalaman ........

"Apa nak jadi dengan ana? Apa nak jadi ni.... Apa yang ana telah capai sepanjang 2012? Banyak lagi impian yang masih belum tercapai... Apa kebaikan yang telah ana buat? Apa amalan yang ana pertingkatkan? Atau sebaliknya... MasyaAllah... Bagaimana imanku? Bagaimana iman ana sekarang? Bagaimana nak berjaya? dan... Berjaya bagaimana?"

Saya pasti ramai yang bermonolog dalaman sebegitu.. Maka, ayuh! bangun... jangan buang masa lagi... Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... Tetapkan azam dan tekad untuk menggapai impian dan matlamat.. insyaAallah.. Ada habuan untuk insan yang cekal, sabar dan berusaha! Ayuh! Marilah... Atur derap langkah, rancang mengikut kemampuan diri... insyaAllah, Allah is always by our side... ameen...



Salam Imtihan buat semua...

Tuesday, June 12, 2012

Saya juga seperti kalian.. Masih mencari istiqamah. Yang penting, bersihkan hati dahulu...


Dikejutkan oleh mimpi yang menginsafkan, dari buaian tidur yang lena.. Astagfirullah al adzim... SubhanALLAH... Adakah? Apakah? Mestikah? Ya Rabbi, ampunilah dosaku... 

Seusai solat subuh, doa dipanjatkan... Alunan zikrullah pengubat hati, Bacaan Al-Quran menjadi antibiotik mujarab, lantas hilang segala duka... ya, semua itu hanya mainan tidur yang masih belum panjang... Syukur Ya ALLAH, masih diberi peluang untuk terus bernafas... Lantas nafas tu tarik dalam-dalam... Kulepas perlahan-lahan... Oksigen pagi sesegar embun membuka tirai subuh yang hening, memasuki ke ruang pernafasan, paru-paru dan terus menyegarkan minda. Lantas minda berfikir positif. Cas-cas positif mulai menyelubungi hari yang penuh matlamat. SubhanALLAH.. 

Tangan mencapai komputer riba... Kata-kata ditaip... Menanamkan semangat dalam diri.. Mencas element-element positif dalam diri di pagi hari... sebagai mukadimah hidupnya.

Bismillahirrahmanirrahim... 

Syukur Ya ALLAH masih menemukan ana dengan hari ini. Suatu hari yang cukup menyedarkan ana. Satu yang amat bermakna dalam hidup ana. Alhamdulillah...

Memang mujahadah untuk mengekalkan sifat-sifat Mahmudah itu bukan mudah. Pahit untuk berdisiplin dan konsisten dalam merencanai jadual kehidupan... Istiqamah itu mudah disebut, namun untuk dikekalkan masyaAllah... sungguh! ia benar-benar sungguh menguji kekuatan hati dan semangat ana... Ana cuba lakukan yang terbaik biarpun sukar. 

Ya ALLAH, temukan ana dengan sahabat-sahabat yang sama-sama atas jalan kebenaran serta dapat meningkatkan lagi keimanan dan amal kebaikan. Limpahilah rahmatMU agar kami dapat istiqamah dengan sebenar-benarnya agar kami kental menentang apa jua cubaan. Semuanya jua dari izinMU... SesungguhNYA ALLAH Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun...ameeen...ameeen...ameeen...  



Seusai menulis coretan hatinya di kala keheningan subuh, langkahnya diatur untuk mempersiapkan diri dengan semangat yang tidak mudah mengalah. Dia bukan lagi seperti dahulu yang mudah mengalah, dan lemah semangat! Namun, dia adalah insan baru yang penuh semangat di hati... Moga Hidayah itu datang memberi sinar baru dalam kehidupannya...

“Sebaik-baik amalan adalah yang berterusan meskipun sedikit.” (hadis direkodkan oleh Al-Bukharidan Muslim).

Monday, June 4, 2012

Digi Samsung Galaxy S3 lah...around, around, around...

Sambil browse Blog tertarik pada Digi Samsung Galaxy S3 around... Kebetulan Digi beri bonus BE di Blog ainblogger.blogspot.com, so... tak salah review di sini so that people don't cry for my previous writing tu... Dun touching readers.. It's only my thoughts.. Real atau tidak is not a problem... Yang penting, ia memberi manfaat buat semua.. Cuma values yang boleh diambil adalah, manfaatkan bulan Ramadhan yang bakal tiba sebaiknya, Never judge people... maybe ia sebuah kebetulan, and people have feelings.. So, jaga hati manusia seperti mana kita menjaga hati kita... Kalau kita terasa dengan perbuatan @ kata-kata orang lain, mereka (orang lain) juga mempunyai perasaan dan rasa yang sama. Respect others...



Ok, sapa nak grab Samsung Galaxy 3 by Digi tu silakan.. Boleh click pada figure di bawah untuk ke Website Digi tu.... atau click saja pada advert yang keluar di Blog ainblogger, katahatiputeri ataupun puterilearningjournal.. Happy Shopping..


Ok, nasihat saya: think before buy. Kalau mampu silakan... Utamakan keperluan.. But handphone is necessary right? So, selamat membeli!.. Saya? Masih di luar kemampuan... :p


Seindah Sakura.. Secebis Kasih, Serumpun Cinta dari Ilahi.. Tatkala air mata itu dikongsi untuk meredakan duka..


Hidup mana tidak ditimpa hujan. Panas yang disangka sampai ke petang dan mampu diisi dengan pelbagai aktiviti, rupanya hujan di siang hari. Tapi, hujan itu rahmat. Ujian itu rezeki. Hujan itu nikmat yang Allah beri, bukan sahaja itu manusia tetapi untuk semua makhluk ciptaanNYA.



“Reen, maafkan kak Ana… akak ada dengar orang bercerita tentang anti. Betul ke ?” Raihana serba salah bertanya. Tersekat-sekat suaranya.

“Maksud Kak Ana? Cerita apa K.Ana? Reen tak faham,” Qasreena buat-buat tidak faham.

“Sebelum Reen dan Azhar berpisah, Reen dan Azhar ada berdua tanpa ditemani mahram pada hari Azhar tiba di Malaysia? Betul?” Raihana terpaksa berterus terang. 

Tersentak hati Qasreena mendengar soalan yang keluar dari salah seorang sepupu yang paling akrab dengannya.

“K.Ana, akak percaya pada semua tu?” sebak suara Qasreena.

Qasreena tidak menyangka sekali pertemuannya dengan Azhar atas urusan pengajiannya pada hari pertama Azhar di Malaysia menjadi buah mulut orang. Paling mengecewakan ia juga menjadi satu fitnah yang memakan hatinya.

Qasreena diam. Raihana senyum lantas memegang bahu adik sepupunya. Kasih sayang terpamer oleh senyuman ikhlas yang sekian lama menyinari kehidupan Qasreena.

“Reen, akak percaya pada anti. Ana pasti ia adalah satu fitnah.” Raihana memeluk erat adik sepupunya itu.

“Kak Ana, orang hanya mampu berkata melalui apa yang mereka lihat atau dengar dari orang lain. Hakikatnya hanya ALLAH Yang Maha Megetahui segalanya.” Sebak suara Qasreena.

“Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?” Raihana penuh tanda tanya.

“Kak Ana, Reen terperangkap oleh kata-kata manusia. Semua tu fitnah. Waktu tu, Reen Cuma menyampaikan surat kemasukan Azhar ke USM. Azhar apply dengan alamat Reen. Secara kebetulan, hanya kami berdua di pejabat ayahnya. Malah, keadaan semakin parah dan menimbulkan bual bicara manusia tika Reen terpaksa menumpang Azhar untuk balik dari ofis ayahnya tu. Reen takde transport. Kak Long Sha dah tinggalkan reen lepas balik ofis. Dia ingat reen drive haritu senarnya reen datang pun tumpang Kak Ngah. Dari reen duk tercegat kat situ tak dapat balik, reen pun tumpanglah Azhar. Itu pun secara kebetulan. Allahurabbi… Kak Ana, reen tak sangka semuanya berpunca dari kebetulan.” Jawab Reen panjang. 

“MasyaAllah… ya ke? Kesian Reen..” sedu Raihana menahan sebak, sambil mengusap lembut kepala adik sepupunya itu. 

“Tak apalah. Mungkin ada hikmah semua tu. Ukhti percaya setiap kebetulan itu adalah pengajaran, tarbiyah dari Allah.. Pasti ada hikmah. Dan, ukhti percaya pada Reen dan Azhar.” Tambah Raihana. 

“Terima kasih Kak Ana” Qasreena memeluk erat kakak sepupu kesayangannya itu yang merupakan sahabat baiknya sejak kecil lagi. 

“Sama-sama Reen.. Dah, pergi mandi kita nak solat Terawih malam ni, insyaAllah.. Malam 27 ni antara malam genap yang kita tidak pasti lah adakah mala mini LailatulQadar, tapi kita perlu bersedia sebaiknya, persiapkan diri dengan amal kebaikan. Doa moga-moga jodoh Reen ada menanti di hadapan Kaabah sana. Boleh pergi umrah!..hehehe” tawa Raihana menyuntik satu suasana riang dan ceria. 

Wajah Qasreena merona merah.

“Ada saja akak ni… usik Reen!” secubit kasih sayang singgah di lengan Raihana. 

“Reen, u are almost 30. So behave ya.. Kena doa banyak-banyak. Tak semestinya depan kaabah. Tapi kalau ada duit lebih dan mampu apa salahnya kan?” Raihana menambah perisa pada jenakanya. 

“Kak Ana ni… yelah, yelah… Reen simpan duit dan berjimat. Takdelah nak pergi Pavillion grab hand bag, pergi Midvalley bought clothes, pergi Alamanda grab camera, phones whatsoever.. Kena berjimat dan utamakan keperluan dan matlamat, bukan penuhi nafsu duniawi kan… hmmmm, wanita dengan nafsu yang pelbagai..” Qasreena menjeling manja pada kakak sepupunya. 

“Ok.. good lah tu. Kalau macam ni adik akak, insyaAllah Allah hilangkan kasih sayang cintaNYA melalui Azhar tetapi Allah nak beri kasih dah cintaNYA yang suci dengan insan yang lebih baik dari Azhar. Percayalah, berbaik sangka dengan Allah! insyaAllah.. janjiNYA buat setiap hambaNYA yang soleh dan soleha. Sekarang pergi mandi, kita berbuka di masjid. Doa seikhlasnya untuk apa juga hajat Reen. Moga Allah kabulkan. Bulan mulia, hari mulia.. bertaubatlah, mohon keampunan dan berdoalah. InsyaAllah, Allah kabulkan. Amin…” Raihana menutup tazkirah sebelum diangguk oleh Qasreena seraya tersenyum simpul menahan malu.

Qasreena melangkah tenang ke ruang hadapan Masjid Putrajaya. Indahnya permandangan senja menanti maghrib. Allahurabbi.. Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH. Segala puji bagi Allah yang mengurniakan alam yang indah dan damai. Permai menyelubungi alam.. 

Baginya, cukup tenang menikmati waktu-waktu menjelang waktu berbuka puasa. Kelihatan beberapa keluarga memenuhi ruang masjid, beberapa sahabat turut mewarnai kejernihan wajah masing-masing yang berpuasa dengan tenang. 

“Pastinya mereka insan yang hebat!” Bisik hati Qasreena.

Tiba-tiba..

“Tenung apa tu ya humaira’?” bisik Raihana tiba-tiba mengejutkan Qasreena.

“Kak Ana ni, terkejut Reen..” senyum turut menyerikan seraut wajah yang lali dengan titisan air mata. Air mata itulah yang dikongsi bersama kakak kesayangannya itu agar hatinya tenang.

“Reen tengok air ni.. Tenang je, permandangan ni.. damai je.. sukalah kak!” suara Qasreena berbunga riang.

“Alhamdulillah, alam ciptaan Allah. Sebab tu, kita perlu berzikir, memuji nama Allah, itu tandanya kita tidak sombong atas pemberianNYA yang tak terkira banyaknya. Tunaikan segala suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA. Itu amanah kita sebagai hamba ke atas penciptaNYA. Jadilah seperti bunga Sakura, biarpun hayatnya tidak lama, cuma seminggu tapi tetap teguh bersemangat. Okay, mari kita masuk Reen. Dah dekat nak azan masuk waktu maghrib.” Raihana berkata sambil menarik tangan adik sepupunya itu.

Hati Qasreena berbunga bahagia. Ada sebab Allah hilangkan Azhar dari pandangan mata kasarnya kerana Allah mahu tarbiyah mata kasarnya, hatinya, jiwanya, dan segala-galanya agar menggunakan mata hatinya agar jiwa lebih kuat menghadapi ujian. Setiap kejadian itu pasti menurut kemampuan sesuatu makhluk. Berbaik sangkalah kita kerana Allah sayang kita!







Friday, May 25, 2012

Tetapkan niat.. Tanamkan azam~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sepulang dari bekerja.. Seperti biasa. Komputer riba dipasang.. Mata dicerahkan oleh membaca melalui paparan skrin komputer riba. Hati dibersih dengan zikrullah.. Allahurabbi... Penat, namun hidup perlukan pengorbanan.. 

Sekilas mata menoleh pada susunan kata-kata pujangga... 

"Hidup ini bukanlah satu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah" HAMKA.

Ya, benar! Cukup setuju.. 

Hidup tidak pernah menjanjikan kemanisan sahaja. Tapi, ia sebuah madrasah kehidupan yang mana kita perlu belajar untuk merasai semua yang kita sendiri lakukan... Pernah tak kita nilai... kenapa semua dugaan terjadi kepada kita? Baiklah.. sekiranya ia dikatakan taqdir.. Ya, itulah pertamanya... kita mesti percaya pada ketentuanNYA. 

Kedua, sekiranya ia datang dari kesilapan kita, dan ada puncanya.. Kita perlu audit semula.. Mungkin, suatu masa dahulu kita pernah melakukan perkara yang sama dengan orang lain... Tetapi, kita gembira dengan apa yang telah kita lakukan.. Kini, bila ia dirasa sendiri oleh kita... barulah terasa zalimnya perbuatan itu. Tetapi.. Allah Maha Penyayang... DIA pasti memberi ujian itu mengikut kemampuan kita... Allahurabbi..

Nobody is perfect. Saya percaya setiap dari kita pernah melakukan silap. Ya, mustahil jika kita tidak pernah melakukan kesalahan... Nobody is perfect. But we try to be as good as we can.. InsyaAllah, mulai saat ini marilah jadi muslimah yang baik!... Percaya pada janji ALLAH.. Jika dahulu, ujian datang pasti hati bimbang, jiwa kecewa.. Tapi kini tidak lagi. Hanya senyuman mampu merawat kekesalan dan hanya zikrullah menjadi ubat duka.. insyaAllah..

Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur. Imam Syafie.



Mari sama-sama renungkan nukilan hati di kesempatan yang ada..


Kita hanya hamba Allah,
Kita diseru untuk mengamalkan kebaikan..
Kita di hidupkan dengan pelbagai amanah 
Setiap dari kita memegang amanah Allah..
Untuk menjadi muslim yang baik,
Kita di lahirkan dengan sempurna iman,
Indah berseri ciptaan Allah..
namun, pernahkah kita fikirkan..
Bagaiman untuk mengekalkan fitrah yang indah,
Fitrah yang suci dan bersih?

Kita merungut di kala duka,
Kita menangis teresak-esak sambil menyalahkan takdir..
Andai aku..
Jika aku..
Jika tidak..
Kalau semalam lah..
Kalau macam ni lah..
Kalau macam tu lah..
Andai aku tak buat lah..
Kata-kata tu menjadi pertuturan hati..

Sedarkah kita?

Atas silap kita? atas kelalaian kita?
Merupakan tarbiyah ALLAH..
Merupakan aturan ALLAH..
Menyimpan maksud dan hikmah tersendiri..
Allah tetapkan bersebab..
Allah cipta kura-kura bertutup keras bersebab,
untuk melindungi diri..
Kura-kura kelihatan lambat berjalan, 
namun ia tetap melindungi diri dengan bersungguh-sungguh,
bersemangat dan tidak pernah putus asa,
seperti yang kita sering dikhayalkan dengan kisah sang arnab dan sang kura-kura berlumba.. Akibat kesombongan arnab, kura-kura yang menang..
Sebab apa, sebab kecekalan hati kura-kura tanpa rasa putus asa dan malas meneruskan perjuangannya.. 
Tatkala ia terluka sekalipun, ia tetap teguh berjalan..
sehinggalah ke garisan penamat..
ia tidak pernah berhenti.. biarpun memakan masa, namun ia tetap dihabiskan sehingga garisan terakhir..
Allahurabbi..


Bagaimana dengan kita? dan saya juga..?

Ujian menimpa cukup menguatkan?
atau.. kita rebah dalam limpahan air mata?
lantas... kecewa dan patah semangat untuk meneruskan perjuangan untuk terus hidup?

Allahuakbar.. 
Mari kita sama-sama nilai diri...
sejauh mana kuatnya motivasi hati
sekental mana jiwa yang hidup diatas redha kasih sayangNYA..
Wallahualam...

jom jadi insan yang lebih baik...
insyaAllah..


Mari kita saling memanfaatkan kebaikan dan menasihati.. Mudah-mudahan kita tetap dalam motivasi yang mantap. insyaAllah..

Wednesday, May 23, 2012

Hablumminallah, Hablumminannas~

Seperti biasa..
Menyulam bahasa tanpa bicara, 
Doa dipanjatkan agar kita dilindungi oleh Allah Yang Maha Esa.

Sesekali hati menangis hiba..
Mengenang hilang semua kisah semalam..
Hanya air mata mampu menghilangkan segala kedukaan..
Ya ALLAH, ampuni dosaku..


Apakah salah diri,
Sahabat membisu penuh erti,
Hilang terus pergi menjauh..
Jauh...
Dia terus pergi jauh.

Biarkanlah.. andai itu terbaik buatnya,
Walau ku sedari hakikat Hablumminannas..

Terkadang air mata bergenang,
Dalam kelopak hiba berpanjangan..
Sahabat yang dulu menyulam rasa,
Sahabat yang pernah menangis bersama..
Sahabat yang pernah ketawa ria,
Segala tawa dan air mata menjadi penyeri ukhuwah..

Tapi.. kini, sudah pergi..
Jauh...

Kerana ku sedari.. 
Ada sesuatu yang tidak disukai oleh Allah..
Kerana antaranya; akhwat dan ikhwan..
Mana mungkin boleh sentiasa berdua.
Kelak membawa murkaNYA..

Dari satu nafas yang dalam,
Doa dipanjatkan agar dia sentiasa dalam bahagia dan lindunganNYA,
Walau diri terasa kerdil dan terasing darinya..
Biarlah ia pergi menjauh... biarkan..
Dari mencabah dosa dan murkaNYA..


biarkan ia pergi..
dan detik itu menyedarkan diri dari terus dibuai belenggu murkaNYA..

Wallahualam...

Kaki, teruskan langkahmu..



Seawal pagi, kaki melangkah perlahan..
Mengira langkah...
Mengejar masa...
Betapa indah langkahan penuh irama..
Beriringan melodi cinta..
Kepada Allah Azza Wajalla,

**Semalam mengimbau hati yang diselaputi duka, dosa dan leka...

Mulut membisu..
Hilang tutur bicara,
Terdiam dalam rintihan duka..
Namun, hati tetap cekal dalam kelemasan air mata..
Walau diam seribu bahasa 
Namun hati tetap menyimpan seribu duka.. 

Masa meninggalkan semua yang lalu..
Sengaja dibuang jauh...

Pergi!..
Pergilah duka!
Pergilah jiwa yang derita..
Pergilah hati yang hitam..
Pergilah hati yang penuh dosa..
Jangan dijejaki langkah ini..
kerana jiwa dambakan damai kasihNYA,
Dalam syahdu istiqamah keimanan..
Dalam sujud penuh syahdu..
Agar hati penuh tenang dan lunak..


**Sekilas kenangan datang memasuki ruang minda yang sesekali masih berbolak balik... 

Senyum..
Hati tersenyum tawar..
Namun wajah cuba sembunyi duka,
Disolek cahaya senyum paksa..
Sekilas tenang menyeri sukma..

Ah, abaikan duka nestapa itu... mari kita bersihkan hati..

**Hari ini.. cuba menerima hakikat kasihNYA tetap pada hamba yang dambakan jalan redhaNYA..

Hari ini..
Bicara tanpa suara ikhlas dari hati yang diselaputi cinta,
Cinta kepada Allah yang Esa,
Melenyapkan semua duka..
Ya, hilang!.. hilang segalanya... 
Kosong... Hati yang kosong berisi bahagia..
Tenang dan damai menyuntik rasa,
Mengubati sanubari jiwa agar sentiasa dalam damai..
Damai atas bahagiaNYA,
Damai melalui ujian dan dukaNYA,..
Dalam menghayati kehidupan tanpa bahagia semata.. 
Tapi, diselangselikan variasi resepi agar bahagia atau duka tetap menjadi damai..
Itulah janji Tuhan..



Selepas kesulitan, pasti ada kemudahan.. 
Ayuh! Teruskan langkah... 
Moga kita optimis sentiasa.. 
insyaAllah..

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails