About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Sunday, December 12, 2010

EPISOD 10 : REDHA DAN PASRAH.. TETAP BERDOA.





Pena ditarikan secermat yang boleh.. Ayu menarik nafas dengan penuh tenang mencari udara yang segar..

"Merenung ke hadapan
Merenung ke cermin agar dapat memantulkan wajah yang sebenar..
Apa yang kau cari wahai diri?
Aku cari keserasian, aku cari keimanan,
Aku cari kasih sayang, aku cari kebahagiaan..
Namun, mengapa ALLAH masih mengabaikanku..
Atau aku yang tak dapat menilai pilihan yang datang
Ya, dia sangat berani..
Tapi, siapa dia? Bagaimana keadaan dia?
Bagaimana sikap dia? Bagaimana hidupku andai bersama dia?
Ya ALLAH, hanya padaMU aku memohon petunjuk…

Sejak kehadiran tetamu yang tidak ayu kenali ketika ayu sekeluarga tiada di rumah beberapa bulan yang lepas, benar-benar membuatkan ayu terasa hiba, simpati, sayu dan takut. Beraninya keluarga itu.. Bukan niat untuk menolak.. Sesungguhnya ayu tak pernah berkata “YA” ataupun “TIDAK”.. Sebaliknya ayu diam dan tersenyum sahaja.. Bimbang dianggap sombong. Sedangkan ayu memang tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang berhajatkan mahu datang menyunting hati ini. Takkan adam. Mustahil.. Siapalah Ayu untuk Adam sunting sebagai isteri. Adam pastinya mempunyai ramai pilihan yang serba serbi lengkap berbanding dirinya..
Ayu sering merenung mengenangkan usia yang semakin meningkat.. Tapi, ayu semakin tabah dan positive mengharungi arus kehidupan.. Kebahagiaan adik yang telah dua bulan melayari bahtera perkahwinan membuatkan ayu turut gembira. Asalkan adik dilepaskan dahulu sudah cukup membahagiakan buat ayu.. InsyaALLAH, ayu dengar khabar gembira sehari dua ini mengenai adik. Dengar cerita adik sudah seminggu berisi. Wah!.. bakal mendapat pangkat baru la ayu!.. iaitu auntie.

Seketika ayu terhenti dari kisah hari ini oleh lamunan semalam..

Dan, betul kata Prof Sharifah, kaunselor di fakulti Kaunseling UM, selaku kaunselor ayu. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Prof Sharifah Awak perlu yakin dengan qada’ dan qadar Allah s.w.t. Awak perlu positif, kuat dan cekal menghadapi hidup walaupun ia agak pahit.Sesuatu yang ditakdirkanNYA menjanjikan implikasi dan rahmat yang tersimpan. Seperti yang ayu maklumkan pada saya sebelum nie, ayu memang seorang yang focus pada kerjaya, pelajaran tanpa ada masa walau sedikit untuk mengenali ataupun saling mengenali kaum adam untuk melengkapkan diri ayu yang ingin dicintai. Dan, atas sikap ayu yang merendah diri dan terlalu pemalu lagi menutup jalan untuk lelaki mendekati ayu. Ayu, awak perlu berani dan yakin untuk mencari pasangan hidup memandangkan usia ayu yang memerlukan seorang lelaki di sisi. Sehebat manapun seorang wanita itu tetap memerlukan pemimpin seorang lelaki sebagai pasangan hidup yang sentiasa ada di sisinya demi melengkapi sebuah kehidupan. Dan, dari penceritaan Ayu, majoriti mereka yang datang terus untuk menyunting ayu sering dihalangi oleh aral yang melintang seperti, ayu sekeluarga tiada di rumah dan rumah kosong ataupun, ayu sendiri gagal menyakinkan hati. Apapun, mengikut pandangan Prof, keluarga yang datangitu bukanlah orang yang sebarang memandangkan ia melalui saluran yang betul dan orang tengah yang dikenali. Tapi, ketakutan ayu itu menghalang dan menjadi benteng yang kuat untuk merealisasikan hasrat mereka dalam menyatukan ayu dengan insan terpilih. “

Tapi..
Ayu tarik nafas sedalam nya.. Mencari sebuah ketenangan..
Mungkin ia cara terbaik untuk menenangkan hati.
Seketika ada benarnya kata ayah dahulu..

“Angah, awak tu tak pernah jauh dari mama dengan ayah, tak pernah berpisah dengan kami.. Ayu kawin je la ye..”kata ayah.

Sewaktu saudara sebelah ayah datang ke rumah berhajatkan untuk menyunting ayu. Waktu itu, ayu baru jer bercuti sekolah di Tingkatan 6 bawah. Apa lah yang ayu faham. Ayu memang agak lambat matang dalam menghayati erti sebuah perkahwinan. Hanya menangis dan berkata tidak sahaja yang menjadi jawapan ayu. Ayu terasa hidupnya masih panjang, jauh dan memerlukan pengorbanan. Bagaimana sekiranya ayu berkahwin awal? Tidak.. Itu bukanlah kali pertama mama menolak suntingan dan risikan dari pihak yang berkenaan. Difahamkan saudara sebelah ayah yang juga tidak ayu kenali.

Ya ALLAH, apakah ujianMU ini untuk menambahkan imanku? Untuk mengenali setelah aku melayari hidup bersama insan yang aku sendiri tidak pasti dan kenali. Ya ALLAH sesungguhnya PadaMU sahaja aku memohon petunjuk ke jalan yang benar..

Ayu menarik nafas lega..

Buku La Tahzan banyak memberikan kekuatan buat dirinya yang dia sedari serba kekurangan di usia sepertinya. Walaupun begitu, hatinya tidak putus-putus berdoa dan memohon kepadaNYA agar dirahmati dan dikurniakan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menyayanginya sepenuh hati untuk menjaganya sehingga ke akhir usia walau apapun yang terjadi. Ayu hanya mampu memohon petunjuk dan memanjatkan doa agar diberi cahaya yang hakiki. Yang paling penting bagi melengkapi kekurangannya dan membimbingnya menuju keberkatan ILAHI. Ayu juga sering meratap hiba atas nasib diri di samping bersyukur kerana ALLAH sentiasa member rahmat buatnya. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang tersurat buat dirinya dalam kehidupan.

Mulai petang itu, ayu nekad dan tawakal pasti ada sinar menanti di hadapan..
Ayu bukan terlalu mengejar cinta duniawi, namun cukuplah cinta yang membawa bahagia sehingga ke akhirat kelak..

Dan, persiapan untuk balik ke Kuala Lumpur petang nanti diatur sebaik mungkin. Kemalangan yang menimpa Zulaikha iaitu sahabat baik ayu membuatkan ayu trauma untuk memandu lagi. Nasib baik ada adik dan suaminya yang turut mahu pulang ke Kuala Lumpur seraya pulang bersama-sama. Kekuatan yang ada pada ayu kini hanya disandarkan pada paksi yang kuat iaitu ILAHI.. Inikah suratan Ayu diduga dan dicuba dengan ujian ini.. Ya ALLAH, Beri aku kekuatan.. demi mencari rahmatMU.. Berilah aku ketulusan hati.. Berilah aku ketabahan.. Aku sanggup berkorban demi rahmatMU YA ALLAH.. Amin Ya Rabbal Alamin.
Nantikan sambunggannya…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails