Friday, May 11, 2012

Suatu masa dulu, saya menaip.. Idea masih belum matang, namun di situlah saya belajar melalui langkah pertama..


BAHAGIAN LIMA
TERAJU PUNCAK PERNIAGAAN
            Seketika Nurul masih mengingati betapa sepinya dia ketika kehilangan Fahmi namun setia menanti dan terus menanti insan yang bertahta di hatinya ketika itu. Selepas tamat pengajian, Nurul dan Fahmi membawa haluan masing-masing. Fahmi tidak pernah meluahkan rasa hatinya. Apatah lagi berjanji untuk sehidup semati. Seolah-olah mereka membiarkan rasa di hati juga terus mati. Yang pasti kemesraan dan persahabatan yang erat menyakinkan Nurul bahawa seandainya dia ditakdirkan buatnya, pasti suatu hari nanti Fahmi akan mencarinya. Untuk menjadi perigi yang mencari timba tidak mungkin bagi Nurul. Dari usianya 22 sehinggalah usianya mencecah 30 tahun Nurul setia menunggu kehadiran Fahmi sekiranya ada jodoh, walaupun mereka tidak pernah berjanji.
Ada riak tenang di wajahnya. Ada juga sinar ketabahan di sebalik wajah gadis yang kelihatan muda dari usia sebenarnya. Mungkin Nurul cukup tabah dan tawakal diatas takdir ketentuan Ilahi. Setiap yang datang membawa hikmah, dan pasti ada tarbiyah dalam setiap kejadian dalam hidupnya. Sifat cekal dan positif itulah yang membuatkan Nurul kekal Berjaya sehingga dapat mentadbir “Golden Value Consultant Sdn. Bhd.” Syarikatnya sendiri dan beberapa tahun kebelakangan di bawah sokongan dari salah seorang pensyarahnya ketika di Universiti dahulu.
Nurul cukup tegas dan optimis dengan kerjayanya. Begitu juga dengan kehidupan dan cintanya, sehinggakan dia masih belum menemui Cinta Sejati yang diimpikan. Nurul bekerja keras membangunkan syarikatnya sendiri tanpa memikirkan dunia cintanya sejak dia tamat belajar sekitar 5 tahun yang lalu. Padanya, jika ada jodoh insyaAllah, segalanya dipermudahkanNYA. Jodoh akan tiba bila tiba waktunya. Walaupun usianya sering menimbulkan ketakutan buatnya dan keluarga, namun Nurul masih setia menanti takdir Ilahi.
Selepas tamat sahaja pengajian Master 5 tahun yang lalu Nurul tertekad untuk berdiri di atas kaki sendiri, dan berdikari. Mungkin semangat ibunya yang susah payah membesarkannya dengan berniaga, ayahnya yang bekerja di hutan telah banyak menjadi suntikan semangat dan motivasi kepadanya untuk maju dan berdikari sendiri. Pernah sekali kesusahan mereka sekeluarga memaksa Nurul untuk bekerja sambilan di kiosk dan kedai buku di Kompleks PKNS untuk meneruskan kelangsungan hidup di kampus sebagai seorang pelajar. Pinjaman PTPTN yang diperolehinya disimpan sedikit demi sedikit demi hasrat besarnya untuk memiliki perniagaan sendiri.
Kerap sekali, Nurul mengikat perut dengan hanya mengalas kelaparan dengan mee segera. Semua itu menjadi kebiasaan dalam kehidupan kampusnya sebagai seorang pelajar yang tabah. Atas sebab itulah Nurul mempunyai tubuh yang kecil molek ketika zaman pengajiannya. Namun, itu semua bukan menjadi penghalangnya untuk mengejar cita-cita malahan semangatnya semakin bertambah dan kehidupannya mempunyai visi yang jelas. Tiada masa untuk berhibur dan bersuka ria, yang ada hanyalah masa untuk mengulangkaji pelajaran dan menghadiri kuliah. Jika ada pun Nurul pasti akan berdiskusi dengan Fahmi tentang pelajarannya.
Seketika fikirannya melayang dan terkenang saat pertama kali sesi suai kenal Pengajian Sarjana di Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Perdana. Saat perkenalan dengan Adam Fahmi sewaktu di alam pengajiannya.
“Assalammualaikum.. Nama saya Nurul Raudhatul Aifa Hafizah binti Mohamad. Boleh panggil saya Nurul. Saya berasal dari Kedah Darul Aman, saya bercita-cita ingin menjadi seorang ahli perniagaan dan ingin memiliki syarikat sendiri di samping menjadi penulis yang Berjaya. InsyaALLAH.. Hobi saya menulis, membaca, melukis dan berjoging.”
“Tahniah!.. Semoga anda Berjaya Nurul. Saya akan bantu dan sokong awak!” Prof Madya. Dr. Rashidah binti Ahmad yang merupakan pensyarah subjek “Knowledge in Business Management” memberikan semangat kepadaku.
Semangatku berkobar-kobar dengan sebuah senyum simpul yang penuh bermakna dan manis sekali. Sementara meneliti jadual waktu pelajaran semester ini, Nurul mendengar beberapa rakan yang turut memperkenalkan diri. Seorang demi seorang diperhatikan.
“Nampaknya mereka bukan calang-calang semuanya,” bisik hati Nurul. Tatkala sebok mendengar sesi perkenalan yang hampir habis, mata tertumpu pada salah seorang pelajar lelaki yang cukup sederhana, tetapi menarik perhatian Nurul untuk mendengar segala penerangan peribadi yang bakal diucapkan oleh pelajar lelaki yang jaraknya tidak berapa jauh dari tempat duduknya.
“Assalammualaikum wbt, nama saya Adam Fahmi bin Mohd Khairi, boleh panggil saya Fahmi, berasal dari Kedah Darul Aman. Bercita-cita ingin menjadi pendidik dan dalam masa yang sama saya ingin menjadi seperti Cik Nurul, berimpian untuk mentadbir perniagaan sendiri, insyaALLAH. Saya gemar membaca dan melancong.
Mata Nurul terpukau tatkala pelajar lelaki tersebut menyebut namanya. Namun, Nurul segera bertindak dengan menundukkan pandangannya, kerana dia sedar tidak manis seorang gadis memandang tepat pada seorang lelaki yang bukan muhrimnya.
“Bagus Fahmi!.. Saya juga akan sokong awak, insyaALLAH.. cuba berusaha sekeras yang boleh untuk mencapai cita-cita awak tu ye? InsyaALLAH, Nurul dan Fahmi tidak ada yang mustahil dalam kehidupan kita asalkan kita tekad dan kuat berusaha. Semoga kejayaan akan milik bersama, insyaALLAH.. amin.” Prof. memberikan sedikit ulasan dan nasihat kepada Fahmi dan aku. Alhamdulillah…
“Terima Kasih Prof. InsyaALLAH, amin..” jawab kami hampir serentak.
Dari satu sudut aku melihat Fahmi seperti seorang yang bersemangat waja namun seakan lemah dan tidak bermaya.
Kelas bermula setelah selesai sesi suai kenal. Kini bermulalah sesi memperkenalkan diri pensyarah pula. Itu yang membuatkan aku gembira nak kenal Prof yang sangat bermotivasi ini. Mesti bukan calang-calang orang ni!.. Tengok gaya umurnya tentu sekitar 40an rupanya dah mencecah 50 tahun depan!.. Fuh! Mantap! Cun dan memang bergaya ala-ala mak datin lagi, bisik hati Nurul. Hehehehe..


Justeru latar belakang Prof menurut sesi pengenalan.
Nama              :           Prof Madya. Dr. Rashidah binti Ahmad
Subject                        :           Knowledge in Business Management
Asal                 :           Ipoh, Perak
Perkhidmatan  :           Uitm selama 29 Tahun.
Kelayakan       :           PHD Universiti Oxford, London in Library Science.
Penglibatan      :           Representative of Lecturer in London
                                                            Represetative in Conference of International Library
Science in Oxford, London
Banyak lagi penglibatan yang Prof nie sertai tapi, aku tak sempat nak salin. Cukuplah aku mengenali Prof. ni dengan seorang pensyarah yang terlibat aktif dalam aktiviti pendidikan, mesyuarat dan Conference dalam dan luar Malaysia. Fuh! Hebat betul lah.. Hari ini Nurul tak habis-habis memuji kecantikan dan kehebatan pensyarah kesayangannya itu. Baru kelas pertama, namanya sudah berkali-kali namanya disebut-sebut oleh Prof. Rasidah. Dan Nurul apa lagi, kembang semangkuk tetapi tertunduk malu.
Yang pasti aku cukup kagum dan bangga menjadi pelajarnya!.. InsyaALLAH akan aku buktikan aku akan merasmikan sebuah syarikat sendiri yang dinamakan “Golden Value Consultant”.. amin, bisik hatinya, sambil menulis nama syarikat yang bakal ditadbir di atas sticker dan ditampalkan di belakang Buku Nota agar tidak kelihatan beriya namun ada impian yang tersembunyi. Heheheheehe.. 
Begitulah sikap Nurul yang sentiasa bersemangat tetapi jarang untuk menampakkannya. Sesekali matanya mencuri pandangan ke arah pelajar lelaki. Dia cuba menjeling sedikit Adam Fahmi atau nama samarannya Fahmi.
Kelas bersurai setelah sesi pengenalan chapter terawal subjek, syarat-syarat subjek dan bagaimana pemarkahan Subject Knowledge In Business Management, dan bagaimana subjek ini difahami secara asasnya selain perkongsian Tacit Knowledge Prof sebagai seorang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang yang berkaitan.
Semua pelajar keluar dari dewan kuliah. Nurul keluar dari dewan kuliah seorang diri. Yang pasti hatinya ceria dan kembang semangkuk dipuji pensyarah hari ni. Lebih-lebih lagi Prof pulak tu… lalalalaaa… hatinya berbunga ria.
Kaki menuju ke cafeteria yang berdekatan, kerana perut agak berkeroncong minta diisi sedikit sebagai alas kerana sedari tadi dia belum menjamah apa-apa melainkan segelas susu suam dan sebiji kurma. Nurul memang masih belum berkenalan dan menyesuaikan diri dengan teman-teman wanita sekelas yang lain.
Kelas selepas 2 jam ini pastinya akan lebih bertenaga bila aku mengisi dengan sedikit makanan, omel hatinya sendirian. Nurul melangkah masuk ke cafeteria dan mengambil secawan milo ais dan sepinggan mee hoon goreng. Setelah makanan dibayar, Nurul menuju ke satu meja di hujung tingkap. Bukan ape, untuk melihat keindahan luar yang mempersona sambil melihat pelajar lain dengan pelbagai kerenah.
Dari cafeteria fakulti yang terletak di tingkat 2 itu memang kelihatan indah melihat panorama sekitar fakulti. Pandai betul arkitek yang mereka bangunan Uitm ini. Memang hilang stress apabila duduk seorang menghadap ke keluar tingkap memandang kehijauan tanaman dan landskap semulajadi ciptaan Allah s.w.t, dan beberapa tanaman hiasan rekaan tukang kebun dan juga pancuran air pancut yang mendamaikan. Subhanallah.. hati Nurul berzikir memuji kebesaranNYA..
Tiba-tiba.. Nurul dikejutkan oleh seorang lelaki yang rasanya baru dikenalinya..
“Assalammualaikum.. Boleh saya duduk cik Nurul?” sapa lelaki tersebut sambil tersenyum manis. Yang pasti dia bukanlah pensyarah, pelajar juga kalau Nurul tak silap.
“Waalaikumsalam wbt, silakan.” Jawab Nurul sambil membalas senyuman lelaki tersebut.
“Kita pernah jumpa ke? Rasa.. erm..” sambil cuba untuk menyampaikan kepada memori dan mengenalpasti siapakah lelaki dihadapannya.
Fahmi tersenyum manis sambil membiarkan sahaja Nurul meneka.
“Fahmi!.. ya, Fahmi kan?!.. maaflah dari tadi saya asyik melihat keindahan pemandangan di luar ini sampaikan Fahmi pun saya dah tak kenal.” Balasku.
“Eh, tak apa. Saya perhatikan Nurul sedari tadi seorang je, sebab tu saya datang dan kebetulan meja kat Café nie dah penuh. Menggangu ke nie? Ye la, nak menikmati keindahan ciptaan Ilahi kat luar sana tu,” sambil tersenyum penuh keikhlasan.
“Eh, tak adalah. Boleh jer. Saje je nak meringankan minda nie tadi, anyway, syabas la tadi!.. Fahmi memang minat untuk menjadi ahli perniagaan ya?” Nurul bersungguh benar bertanya memandangkan Khairul juga mempunyai cita-cita yang sama sepertinya.
“Ya, saya memang minat berniaga. Sekarang ni pun saya dah terlibat dengan perniagaan sampingan. Untuk masa depan, insyaALLAH saya akan rancang syarikat sendiri.” Jawab Fahmi tenang tetapi bersemangat.
“Bagus lah Fahmi. Sekarang nie buat bisness ape?” Nurul bertanya lanjut.
Air teh tarik diteguk.
Begitu juga Nurul, milo air di gelas kaca yang sederhana tinggi dikacau dengan menggunakan straw lantas diminum untuk menghilangkan dahaga.
“Ok, sekarang saya buat bisness kecil-kecilan dengan keluarga dan kawan-kawan. Kami mengambil tender construction untuk membina Interior Design, Banner dan juga Laman Web.
“Wah… baguslah!.. Tahniah. Ni bukan kecil-kecilan lagi dah. Teruskan tau. By the way, tu syarikat perniagaan dah ade tinggal maintain jer. So, awak nie consider ahli perniagaan dah ni!” Nurul memuji penuh bersemangat. Seperti ada sidang diskusi ahli perniagaan wakil dari Fakulti Pengurusan Maklumat.
“Tak adalah… Saya hanya bantu dan syarikat itu sepenuhnya milik parents. Saya baru je belajar selok belok perniagaan tu. InsyaALLAH, awak pun akan bergelar ahli perniagaan nanti.” Fahmi menjelaskan keadaan yang sebenar seperti seorang motivator dan senior dalam dunia perniagaan ini.
“InsyaALLAH.. doakanlah!.. Saya pun baru jer berjinak-jinak tanpa lessen ni. Hahaha..” gelak menceriakan mereka. Fahmi juga turut ketawa sama.
“Maksud Nurul, perniagaan tetapi tak didaftarkan lagi?” Fahmi meminta kepastian.
“Ye… saya sebenarnya dah setahun berkecimpung dalam perniagaan. Mostly online lah dan bermusim pula tu. Perniagaan ada produk pun pernah dan perniagaan tanpa produk pun pernah dan masih aktif. InsyaALLAH di masa depan, saya akan terus berusaha untuk memiliki syarikat sendiri yang sah juga. Amin..” Nurul menjelaskan keadaan yang sebenar.
“Oh, ye ke? Kenapa bermusim jer? Teruskanlah.. Sekurang-kurangnya ia bermula dan bertapak selepas tu maintainkan je. Tapi tak apelah, sekurang-kurangnya U mencuba dan dah dapat hasilnya kan?” setelah menghirup air milo yang hampir habis.
“Alhamdulillah.. Dah dapat, nie saya gunakan untuk survival sebagai pelajar juga selain duit pinjaman yang ada. Tak cukup rasanya kan? Sebab tu saya mulakan perniagaan bermusim secara online.. Lagi besar market berbanding pasaran dari mulut ke mulut ataupun kawan-kawan.” Nurul menjawab seperti seorang rakan kongsi terbaik.
Air milo diminum lagi dan mee hoon goreng dimakan perlahan-lahan. Cukup sopan Nurul menguyah, dan suasana diam seketika. Masing-masing menjamu menu masing-masing. Sesekali kedengaran beberapa suara perbualan pelajar lain di dalam cafeteria. Fahmi menjamah nasi goreng yang dibelinya tadi. Sedar tak sedar hampir separuh pinggan.
Fahmi berkongsi idea lagi. Perbualan diteruskan, dan mereka kelihatan serasi. Walaupun usia masing-masing masih muda belia namun kematangan jelas terpancar dari wajah masing-masing. Usia 22 merupakan usia yang cukup muda untuk memikirkan soal perniagaan tapi, bukan mereka yang masing-masing bermula dengan kesusahan.
“Bagus tu awak berfikiran begitu. Sekurang-kurangnya kita ada pengalaman mengendalikan perniagaan yang amat berguna di masa depan walaupun tak didatarkan. Ala, orang kata belajar berniaga. InsyaALLAH, kalau dah stabil nanti bolehlah daftarkan. Anyway, awak minat business orientation macam mana?” Fahmi memandang sambil menghabiskan nasi gorengnya.
“Okay, sebenarnya kalau ikut minat saya minat consultancy company. Selain itu, bidang yang I minat nie Perniagaan dan belajar di bidang Pengurusan Maklumat. So, I prefer Information and Business Management Consultancy lah. I plan nak mengumpulkan consultant yang boleh memerikan khidmat rundingan pengurusan rekod, business, maklumat, sapa yang nak buat library dan sebagainya. Selain itu I minat Fotografi dan Hantaran, jadi I plan nak buat 2 type, satu ilmiah satu lagi art and photography. Awak pula?”. Jelas Nurul sambil tersenyum.
“Menarik tu.. I pula berminat nak meneruskan perniagaan ayah I lah, Construction dan Design. Tetapi, I juga berminat nak buka perniagaan yang menawarkan perkhidmatan rundingan Laman Web, mungkin kelas yang menawarkan pakej mengajar penghasilan Laman Web, Multimedia, Computer dan sebagainya” Jawab Fahmi ringkas tetapi padat.
“Wah.. dah almost sejam kita kat café nie.. Macam-macam cerita dah kita bualkan. Rasanya i nak minta diri dulu sebab nak solat kan. Lepas nie kelas pukul 2 kan? Nanti kita cerita panjang lagi. Nice to meet you Fahmi. Seronok bersembang dengan U.” Nurul meminta diri dengan penuh hormat.
“Ya lah.. I tak perasan tadi. Nice to meet you too. Awak pun apa kurangnya, sangat hebat dan bekarisma. Bukan calang-calang orang ni. Dalam business kita perlu berintegriti. Eh, saya pun nak ke surau juga lepas nie. Mari kita pergi sama-sama. Surau lelaki bersebelahan surau perempuan kan?” pinta Fahmi.
“Betul. Jom”, balas Nurul.
            Mereka menghabiskan makanan yang terhidang di hadapan masing-masing, lantas meninggalkan kafetaria yang dipenuhi para pelajar dan staff Uitm seketika itu.

No comments:

Post a Comment