Friday, May 11, 2012

Manuskrip yang tersimpan lama~ lebih baik di'publish'


BAHAGIAN PERTAMA
ANUGERAH TERINDAH

Dalam hidup aku mencari,
Sinar cahaya yang menerangi,
Dari lubuk hati yang dalam,
Dalam sebuah destinasi cahaya cinta,
Ya Allah…
Berilah aku cahaya hidup yang menerangi,
Jalanku yang sepi..
Aku tahu bukan mudah,
Untuk aku mengisi,
Jalanku yang satu,
Namun berkat anugerahMU,
Akan ku bertemu dengan cahaya cintaku..
Yang suci dan abadi..
Amin.”
Dipetik dari surah Ar-rum ayat 21, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tandaNYA, bahawa DIA menciptalam jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang-senang padanya dan DIA mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya tentang demikian  itu, menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.”  
Menurut sejarah kejadian manusia sejak azali lagi, manusia telah dijadikan berpasang-pasangan. Ini dibuktikan melalui kisah nabi Adam a.s. Setelah Allah menjadikan Nabi Adam a.s, maka diberi olehNYA ilmu pengetahuan. Nabi Adam a.s serta isterinya tinggal di dalam syurga dan kedua-duanya diberi Allah swt kesempatan untuk makan buah-buahan di dalamnya dengan bersuka ria, kecuali sepohon kayu. Maka Allah swt melarang kedua-dua mendekati pohon kayu itu. Kemudian syaitan memperdayakan Nabi Adam a.s serta isterinya supaya keduanya memakan buah pohon kayu yang dilarang itu sambil ia menerangkan dengan kata-kata yang lembut bahawa ia semata-mata memberikan nasihat.
Katanya : Jika engkau makan buah pohon kayu itu, nescaya engkau akan tetap tinggal dalam syurga ini dan menjadi raja.
Akhirnya, kedua-dua nya terpedaya dan memakan buah pohon itu. Setelah dimakan, tertanggallah pakaian yang menutupi tubuh mereka sepenuhnya. Lantas mereka menggunakan daun pohon kayu untuk menutup aurat mereka.
Lalu Allah berfirman : Mengapa kamu makan buah pohon itu padahal KAMI melarangnya?
Kedua-duanya berkata : Ya Allah, kami telah zalim kepada diri sendiri, sebab itu ampunilah dosa kami. Jika Engkau tidak ampuni, nescaya kami menjadi orang-orang yang rugi.
Allah swt berfirman : Keluarlah kamu dari dalam syurga ini, sedang kamu dengan yang lain bermusuhan. Tinggallah kamu di muka bumi dengan bersuka-ria sehingga tiba ajalmu.
Kemudian, keluarlah mereka dari syurga, berpindah mengharungi gelombang hidup hingga sekarang yang mana kita selaku umatnya merupakan pewaris cucu cicit.
Begitulah asal kejadian manusia yang menjadi permulaan sejarah kejadian menurut sumber Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sejarah pembentukan sebuah masyarakat. Cinta itu anugerah yang suci, dan merupakan fitrah seorang makluk Allah s.w.t yang sejati. Tanpa cinta tidak sempurnalah iman seseorang. Namun, cinta juga kadangkala memerlukan sebuah pengorbanan kerana Allah s.wt.
Cinta pada Nurul mengajar dia mensyukuri dan menghargai kebesaran Allah s.w.t. Dia tahu, Allah telah mengatur kehidupan dan ketentuan jodoh buat hambaNYA. Cinta itu juga yang banyak mentarbiyahkan dia tentang kasih sayang, persahabatan dan kesyukuran pada takdir dan Qada Qadar Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment