Hidayah itu milik Allah..
Hidayah itu menjadi
penjamin kehidupan insani
Menjamin bahagianya hati..
Hidayah itu datang tika
hati diancam goyah
Antara yang tulus dan
syubhah..
Tika hati berperang antara
ingin kekal dilautan dilema kekufuran;
Mahupun ingin ke jalan
yang tulus dan lurus..
Ilmu jualah yang memimpin
sebulat hati..
Tika itu;
Hati nekad memilih ilmu
sebagai hakim akal..
Memilih cahaya dalam
kehidupan.
Memilih jalan yang lurus
dan barakah..
Jelas kebenaran dan nampak
selekoh tajam penuh kekufuran..
Itu yang akan dielakkan..
Hidayah juga datang tika
diminta..
Rayuan dan doa sepenuh
hati dari hambaNYA yang benar-benar ikhlas,
Yang hanya mendambakan
kebahagiaan dunia dan akhirat sana.
Dan…menjauhi perkara yang
penuh syubhah.
Hidayah itu anugerah
ALLAH..
Hidayah itu tidak
berbentuk zahir..
Ia bukan sukar dicari buat
pencinta ilmu dan hati yang tidak pernah jemu;
Memujuk, merayu dan berdoa
dengan penuh yakin untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat sana..
Jika bersih hatinya..
Jika suci ‘raja’ nya..
Jika penuh ilmu di dada,
Jika jujur menafi
kekufuran dan jujur melakukan kebaikan..
InsyaALLAH.. ALLAH
Sayangkan HambaNYA..
Hidayah itu datang
menyerikan jiwa,
Hidayah datang meluruskan
jalan ke destinasi kekal sana..
Kerana Hidayah itu
anugerahNYA..
Tidak sukar dicari buat
hambaNYA yang benar-benar bertaqwa.
Hidayah.. tanda CintaNYA…
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment