Thursday, March 28, 2013

Hidayah itu datang pabila hati bersih lunak sesuci embun pagi..


Hidayah itu milik Allah..
Hidayah itu menjadi penjamin kehidupan insani
Menjamin bahagianya hati..
Hidayah itu datang tika hati diancam goyah
Antara yang tulus dan syubhah..
Tika hati berperang antara ingin kekal dilautan dilema kekufuran;
Mahupun ingin ke jalan yang tulus dan lurus..
Ilmu jualah yang memimpin sebulat hati..


Tika itu;
Hati nekad memilih ilmu sebagai hakim akal..
Memilih cahaya dalam kehidupan.
Memilih jalan yang lurus dan barakah..
Jelas kebenaran dan nampak selekoh tajam penuh kekufuran..
Itu yang akan dielakkan..
Hidayah juga datang tika diminta..
Rayuan dan doa sepenuh hati dari hambaNYA yang benar-benar ikhlas,
Yang hanya mendambakan kebahagiaan dunia dan akhirat sana.
Dan…menjauhi perkara yang penuh syubhah.
Hidayah itu anugerah ALLAH..
Hidayah itu tidak berbentuk zahir..
Ia bukan sukar dicari buat pencinta ilmu dan hati yang tidak pernah jemu;
Memujuk, merayu dan berdoa dengan penuh yakin untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat sana..
Jika bersih hatinya..
Jika suci ‘raja’ nya..
Jika penuh ilmu di dada,
Jika jujur menafi kekufuran dan jujur melakukan kebaikan..
InsyaALLAH.. ALLAH Sayangkan HambaNYA..
Hidayah itu datang menyerikan jiwa,
Hidayah datang meluruskan jalan ke destinasi kekal sana..
Kerana Hidayah itu anugerahNYA..
Tidak sukar dicari buat hambaNYA yang benar-benar bertaqwa.
Hidayah.. tanda CintaNYA…
Wallahualam…


No comments:

Post a Comment