Monday, June 30, 2014

Menulis, meluah dan bawa rinduku jauh-jauh..

"Kakak, lama ye tak balik kampung. Merajuk ke?"
SMS adik tertera di skrin handphone.

"Takde lah."
Nurul 'reply' seringkasnya.

"Jom minggu ni balik."
Adik memujuk.

"Kakak kerja ahad ni. Ada report card day."
Nurul bukan beralasan.
Kebetulan.. 

"Kakak, adik rasa kakak dah lain sangat-sangat. Kenapa? Tak pernah lebih 2 bulan tak balik. Ni dah nak masuk bulan ke empat kakak tak jumpa family. Kakak ok ke? Kakak tak rindu mama dengan ayah ke?. Kakak banyak menyendiri. Kenapa? Semua orang rindu kakak."

"Rindu dik. Allah lebih tahu." hanya beberapa patah ayat yang berbalas.

"Nanti kita balik sama-sama ye boleh jumpa & masak sama-sama."

"Kakak ni tak habis lagi sifat keanak-anakannya tu & manja sentiasa. Walaupun usia semakin meningkat tapi kakak tetap baby di hati adik!" bisik hati kecil Nureen.

"Kakak, tak sabar nak jumpa kakak. Nak dengar cerita kakak & bergembira."

Mesej terakhir Nureen.

"In Shaa Allah". Nurul reply.



Doa hati.

Bukan niat menjauhkan diri.
Tatkala ini hatiku hanya perlukanMu ya Ilahi..
Sesungguhnya jika hatiku lebih tenang tika memyendiri,
Andai ini lebih mendamaikan,
Izinkan aku beroleh ketenanganMu.
Sekiranya menyendiri ini lebih menginsafkan,
Teruskan untukku mencari cahaya keinsafan,
Moga Allah sentiasa beri petunjukMu..
Jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri,
Sesungguhnya Allah sebaik-baik penolong, bawa rinduku jauh-jauh.
Amin.


#jadilah wanita yang baik

Saturday, June 28, 2014

Tarbiyah Ramadan 2014.

Diary Ramadan cikgu.

Ramadan 1: Mencari erti mahmudah. Sifat yg terpuji.. bukan mudah. Namun, cuba bermujahadah dan cekal untuk memupuk sifat-sifat mahmudah dalam diri.. yg berterusan. Istiqomah. Moga segalanya dipermudahkan Allah. In shaa Allah. Diam lebih baik. Didik hati untuk perindahkan akhlak.

Ramadan 2: Mendidik hati untuk sabar. Tak perlu mengeluh dah ye wahai hati. Semua ujian dan setiap ketentuan dengan izinNya. Sabar dan sabar. Bersyukur, in shaa Allah pasti lebih indah! Sabar itu akhlak yang indah.. #berkata baik @ diam dlm sabar. Itu lebih indah.

#alkisah hari ini; demam, selesema, sakit tekak. :'(

Ramadan 3: Cikgu dah x demam. Alhamdulillah... semalam je maybe kurang air. Lepas mkn sebiji vitamin c, minum air suam dgn byk waktu berbuka plus mkn buah epal untuk seimbangkan suhu & kepanasan ok pula mlm tu.. So hari ni cikgu belajar erti syukur. Syukur masih diberi peluang bernafas dengan kesihatan yang baik. Moga nikmat sihat yang Allah beri dapat memudahkan kita beramal & meningkatkan taqwa dalam diri. In shaa Allah...

Ramadan 4: Tarbiyah masa. Jangan buang masa. Masa yang berlalu xmungkin akan berulang kembali. Can't be repeat again. Hargai sebaiknya. Hargai... dan ingat lapang sebelum sempit.

Ramadan 5: Sabar, sabar dan sabar tika tercalar perasaan dan rasa kehilangan. La tahzan.. innAllaha maana. Serahkan segalanya pada Allah.

Ramadan 6: Ujian itu tarbiyah dari Allah. Cikgu demam, suhu badan agak tinggi, selesema dan rasa tak selesa. Cukuplah sabar sebagai ubat terbaik. Moga sedikit kesakitan dan kepayahan ini sebagai penawar dosaku..

Ramadan 7: Cikgu belajar erti tenang. Berbahagilah wahai jiwa yang tenang. In shaa Allah.

Ramadan 8: Perginya seorang pakcik ke rahmatullah mengingatkan bahawa dalan kehidupan tiada yang abadi. Segalanya bakal ditinggalkan. Semuanya bakal berakhir. Dunia sekadar sebuah persinggahan. Mari kita lakarkan kehidupan yang terindah berlandaskan syariat islam. Mari beramal sebanyaknya kerana Allah.. usia yang muda bukan jaminan, kita bakal dijemput bila-bila masa. Bersediakah? Lihatlah mereka yang menemui Allah. Apa bekal yang dibawa? Allah..

Indahnya Ramadan 8 juga dapat berjumpa & beriftar bersama keluarga tercinta! Syukur Ya Allah.


Ramadan 9: Bersemangat mencari erti kehidupan. Bukan untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup semata, mempersiapkan bekal ke sana demi meraih redhaNya. Moga istiqomah.. amin

Ramadan 10: Muhasabah dan muhasabah... Sentiasa check kekurangan diri. Sentiasa menilai kesilapan diri. Buang ego untuk memohon maaf. Sebaik-baik manusia adalah yang memulakan maaf dan memberi maaf.

Ramadan 11: Cuba mendidik diri untuk istiqomah.

Ramadan 12: Sedetik melihat perjuangan di Gaza, Ya Allah jadikan aku antara para syahidah di akhir usia nanti. Bukan kerana berjuang di medan perang, tetapi syuhadah agamaMu Ya Ilahi.

Ramadan 13: Ya Allah, hanya mampu mendoakan mujahid di Gaza. Moga mereka dilindungi Allah.

Ramadan 14: Belajar untuk menghargai apa jua rezqi Allah. Syukuri dan kongsi bersama. Infak sebahagian. Moga rezqi diberkati. Amin

Ramadan 15: Sekelip mata dah sampai di pertengahan Ramadan. Syukur.. Sayu.. Ssdih. Semua ada.. Teruskan berusaha untuk mohon keampunan Ilahi. Moga kita bukan dari golongan yang tercela. Moga hidup kita diberkati, dikurniakan kekayaan, kebahagiaan, keimanan, ketaqwaan, kejayaan, ketenangan dan keredhaan Tuhan sepertimana hamba-hambaNya yang soleh. In shaa Allah, amin

Friday, June 27, 2014

Ramadan...

Ramadan,
Bulan keampunan...
Bulan kerahmatan...
Merindui Ramadan,
Kini tiba bulan yang dinanti,
Moga kita bertemu lailatulqadar nanti..
In shaa Allah, amin.

Wednesday, June 25, 2014

Pendam... diam.

Sehari demi sehari,
Saya belajar erti diam...
Pendam... dan simpan.
Biar jadi rahsia.
Hanya Tuhan yang tahu segalanya.
Pendam, simpan segalanya.


Tuesday, June 24, 2014

Jawapan buat kalian yang bertanya

A : Awak nak nikah x ?
B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah
A : Dah ada calon?
B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH
A : Siapa dia?
B : Insyaallah dia adalah lelaki pilihan ALLAH
A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH
A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya
je dgn ALLAH
A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik
A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH
A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres.

Monday, June 23, 2014

Renungan buat semua...


Salam semua. Please reflect and share this so that we can benefit from this message.💐
*It is said that when the angel of death is taking the rooh (soul) out of the body whom passes away.... it is a painful experience. They say that when the dead awake on Qayaamat, the effect of the rooh being taken out will still be there. Therefore, ALLAH has told us to recite the Ayatul-Kursi after every Fardh salaat and it is stated that whoever recites this, their rooh will be taken out as you would take out a strand of hair from a pile of flour. How light would that feel, Masha Allah!May Allah save us from any sort of pain and may he let us die with Imaan in our hearts and save us from the adhaab. Aameen.There is no word as beautiful as Allah.No example as beautiful as Rasulallah(SAW) . No lesson as beautiful as Islam. No song as melodious as Adhaan.No charity as meaningful as Zakat. No encyclopedia as perfect as Al-Quran.No prayer as perfect as Salaah (Namaz).No diet as perfect as fasting.No journey as perfect as Hajj.Let's realize that Islam is forever beautiful and perfect, please forward this message to get the thawaab of passing on knowledge. This is most common among us, most of us talk during Adhaan... Read this..The Holy Prophet(SAW) said, Stop doing everything during the Adhaan, even reading the Quran, the person who talks during the Adhaan will not be able to say the Kalimah-e-Shaha dat on his/ her death bed.... Please pass this message to Muslims...READ THIS DU'A FOR a BETTER LIFE Allahumma- inni-ala- dhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ib adatika.

Tazkirah Untuk Anda: Jangan Bercakap.. -
 http://tazkirahperingatan.blogspot.com/2011/08/jangan-bercakap.html?m=1

Saturday, June 21, 2014

Cinta hingga ke syurga..


Sekadar lirik nasyid...




Sudah tertulis pertemuan ini
Fitrah insan kurnia Ar-Rahman
Kembara rusuk bertemu pemilik
Bersatu di atas lafaz yang suci
Kita pernah berjanji
Cinta ini selama-lamanya
Bukan sekadar di dunia
Bahkan hingga akhirat sana
Cinta hinggalah ke syurga
Apakah yang menjadi syaratnya
Kau dan aku saling mentaati
Menjunjung perintah-Nya
Cinta hinggalah ke syurga
Memang ada onak dan duka
Sabar pasti diberi ganjaran
Berpandulah sunnah rasul-Nya
Terimalah kekuranganku
Ku tak pedulikan apa celamu
Bersama mendamba kasih redha-Nya
Menuju kehidupan indah takkan berakhir
Destinasi cinta kita hingga ke syurga yang abadi

Friday, June 20, 2014

Belajar melalui kesilapan.

Salahkah?
Ye..  saya mengaku semua ni salah saya.
Ok mama, kakak janji tak buat lagi.. 
Ada silap kakak.
Pengajaran untuk masa akan datang.
Simpan kemas-kemas dalam hati..
Tanpa dendam,
Bersihkan hati,
Biar apa pun tohmahan,
Senyum...
Bacalah zikrullah,
Biar apa orang kata,
Berbahagialah...
Moga Allah beri hidayah pada mereka,
Amin...

Erti Sederhana..

AKU SEDAR
Aku sedar.. Bahwa terlalu merindukan kehadiranmu adalah suatu kesilapan bagiku
Aku sedar.. Bahwa Terlalu mencintaimu adalah suatu kekhilafan besar bagiku
Aku sedar.. Bahwa Terlalu menginginkanmu adalah Suatu kesalahan yang Fatal bagiku
Dan Kini aku Sadar.. Bahwa Terlalu berharap padamu adalah suatu kesalahan yang trbesar bagiku..

Untuk mu Sekarang...
Jika engkau mencintai seseorang.. 
Maka Cintailah sekedarnya saja
jika engkau merindukan seseorang..
Maka Rindukanlah sekedarnya saja..
Janganlah Terlalu berharap
Janganlah terlalu menginginkan
kerana :
Jika Suatu saat Nanti engkau kehilangannya.. engkau tidak akan terlalu berat untuk melepaskannya..
Cintailah seseorang dengan kesedrhanaan
Rindukanlah seseorang dengan kesederhanaan
Jika suatu saat nanti kehilangan..
Maka LEPASKANLAH DENGAN PENUH KEIKHLASAN 

Thursday, June 19, 2014

Mohon keampunanMu Ya Ilahi..

Ramadan kian hampir,
Mohon keampunan padaMu Ilahi,
Mohon salah silapku selama ini..
Moga Allah pelihara hablum minannasku,
Moga hubungan baik sesama insan,
Bersihkan hatiku..
Semua dengan izinMu Ya Ilahi,
Ampuni silapku,
Ampuni salahku,
Jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri..
Moga Allah berkati amalku,
Moga Allah terima amal kita semua,
Amin

Wednesday, June 18, 2014

Senyum.Sabar.Tenang.Bahagia.

S.y.u.k.u.r menemui bahagia...
S.a.b.a.r membuahkan tenang
Syukur dan sabar,
Itu sifat mahmudah.
Sabar.
Tenang.
Senyum.
Bahagia.
Allah is always by your side. 

Friday, June 13, 2014

Air mata iman itu lebih manis dari kecewa.

Ya Allah,
Kekuatan luar biasa apakah?
Allahurabbi...
Syukur Ya Allah,
Musibah itu ujian,
Ujian itu menyakitkan,
Dugaan itu mematangkan,
Ujian itu tarbiyah,
Sehingga dengannya hambaMu belajar erti tawakal..
Bersabar dan bertabah,
Temui nikmatNya tangis dan keinsafan...
Mungkin jika tidak diuji sebegini hambaMu terus leka dan manja dengan nikmatMu...
Mungkin dengan tarbiyah ini hambaMu memperbaiki segala kekurangan yang menjadi ukuran penyebab terjadinya sesuatu itu...

Ya Allah,
Cukuplah ujian ini mendekatkan aku dengan tafakur..
Tetapkanlah hatiku,
Kuatkan imanku..
Moga hatiku tetap tenang,
Moga jiwaku terus riang,
Mencari redhaMu..
Tanpa ada putus asa.
Tepat pada masanya,
Dan mendapat redhaMu.
Jauhilah diriku dari sifat zalim,
Dan jauhilah dari menzalimi diri sendiri..


Sunday, June 8, 2014

Bawa diri, entah sampai bila...

Mama,
Maafkan kakak ye..
Lama x menatap wajah mama yang dimamah usia,
Sejujurnya kakak rindu!
Tapi hanya panggilan telefon mampu mendekatkan kita..
Andai rindu bertamu,
Kakak doakan untuk mama..
Andai rindu air tanganmu,
Kakak masak seperti mana mama masak..
Mama tanya kakak merajuk ke?
Kakak cuma bawa diri sekejap mama..
Nanti bila diizinkan Allah kakak balik ye!
Kakak tak nak mama sedih atas semua yang berlaku..
Kakak tak sanggup bertemu mama, ayah..
Mungkin kalian berdua kecewa,
Kakak tak mampu membahagiakan kalian berdua seperti mereka yang lain..
Tapi..
Hati kakak juga perlu ketenangan,
Mungkin biar kakak ambil masa..
Kakak nak sebokkan diri,
Kakak cuba pupuk syukur atas ketentuan Ilahi..
Maafkan kakak mama,
Biar kakak bawa diri sehingga kakak temui kesabaran yang paling tinggi..
Ketahuilah,
Kakak lebih memilih keimanan dari sebuah ukwah yang tidak diredhai..
Doakan kakak lebih tenang,
Doakan kakak lebih positif!
Doakan kakak lebih ceria..
Doakan kakak temui rahmatNya..
Tiada yang lebih indah melainkan kasih Ilahi..
Moga Allah kurniakan bahagia, ketenangan, kebahagiaan, ketaqwaan, kekayaan, keberkatan dan kejayaanNya sepertimana DIA mengurniakan kepada hamba-hambaNYA yang bertaqwa...
Amin...

Kakak memilih untuk sendiri & memperbaiki diri, mencari hikmah dari tarbiyah ujianNya... Tunggu kepulangan kakak nanti.. entah bila.



Thursday, June 5, 2014

Andainya semudah delete & empty...


Sejujurnya, saya masih terkesan dgn episod takruf musim yang lalu... sayu rasanya. No reason that allow me to takruf, it's come naturally. Bait-bait katanya. Walau dia sederhana, tapi kata-katanya mampu meninggalkan kenangan dlm kehidupan. Pengajaran yang tersirat mampu memberi motivasi untuk saya melangkah lebih cekal dan tegas. Nasihat dan pedoman yang diperoleh akan dijadikan bekal untuk saya lebih berhati-hati... Moga dia beroleh bahagia yang diimpi dengan caranya sendiri. Moga Allah tetapkan imannya. 

Saya, plan for akhirah.... HasbunAllah wanikmal wakeel.