About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Saturday, June 28, 2014

Tarbiyah Ramadan 2014.

Diary Ramadan cikgu.

Ramadan 1: Mencari erti mahmudah. Sifat yg terpuji.. bukan mudah. Namun, cuba bermujahadah dan cekal untuk memupuk sifat-sifat mahmudah dalam diri.. yg berterusan. Istiqomah. Moga segalanya dipermudahkan Allah. In shaa Allah. Diam lebih baik. Didik hati untuk perindahkan akhlak.

Ramadan 2: Mendidik hati untuk sabar. Tak perlu mengeluh dah ye wahai hati. Semua ujian dan setiap ketentuan dengan izinNya. Sabar dan sabar. Bersyukur, in shaa Allah pasti lebih indah! Sabar itu akhlak yang indah.. #berkata baik @ diam dlm sabar. Itu lebih indah.

#alkisah hari ini; demam, selesema, sakit tekak. :'(

Ramadan 3: Cikgu dah x demam. Alhamdulillah... semalam je maybe kurang air. Lepas mkn sebiji vitamin c, minum air suam dgn byk waktu berbuka plus mkn buah epal untuk seimbangkan suhu & kepanasan ok pula mlm tu.. So hari ni cikgu belajar erti syukur. Syukur masih diberi peluang bernafas dengan kesihatan yang baik. Moga nikmat sihat yang Allah beri dapat memudahkan kita beramal & meningkatkan taqwa dalam diri. In shaa Allah...

Ramadan 4: Tarbiyah masa. Jangan buang masa. Masa yang berlalu xmungkin akan berulang kembali. Can't be repeat again. Hargai sebaiknya. Hargai... dan ingat lapang sebelum sempit.

Ramadan 5: Sabar, sabar dan sabar tika tercalar perasaan dan rasa kehilangan. La tahzan.. innAllaha maana. Serahkan segalanya pada Allah.

Ramadan 6: Ujian itu tarbiyah dari Allah. Cikgu demam, suhu badan agak tinggi, selesema dan rasa tak selesa. Cukuplah sabar sebagai ubat terbaik. Moga sedikit kesakitan dan kepayahan ini sebagai penawar dosaku..

Ramadan 7: Cikgu belajar erti tenang. Berbahagilah wahai jiwa yang tenang. In shaa Allah.

Ramadan 8: Perginya seorang pakcik ke rahmatullah mengingatkan bahawa dalan kehidupan tiada yang abadi. Segalanya bakal ditinggalkan. Semuanya bakal berakhir. Dunia sekadar sebuah persinggahan. Mari kita lakarkan kehidupan yang terindah berlandaskan syariat islam. Mari beramal sebanyaknya kerana Allah.. usia yang muda bukan jaminan, kita bakal dijemput bila-bila masa. Bersediakah? Lihatlah mereka yang menemui Allah. Apa bekal yang dibawa? Allah..

Indahnya Ramadan 8 juga dapat berjumpa & beriftar bersama keluarga tercinta! Syukur Ya Allah.


Ramadan 9: Bersemangat mencari erti kehidupan. Bukan untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup semata, mempersiapkan bekal ke sana demi meraih redhaNya. Moga istiqomah.. amin

Ramadan 10: Muhasabah dan muhasabah... Sentiasa check kekurangan diri. Sentiasa menilai kesilapan diri. Buang ego untuk memohon maaf. Sebaik-baik manusia adalah yang memulakan maaf dan memberi maaf.

Ramadan 11: Cuba mendidik diri untuk istiqomah.

Ramadan 12: Sedetik melihat perjuangan di Gaza, Ya Allah jadikan aku antara para syahidah di akhir usia nanti. Bukan kerana berjuang di medan perang, tetapi syuhadah agamaMu Ya Ilahi.

Ramadan 13: Ya Allah, hanya mampu mendoakan mujahid di Gaza. Moga mereka dilindungi Allah.

Ramadan 14: Belajar untuk menghargai apa jua rezqi Allah. Syukuri dan kongsi bersama. Infak sebahagian. Moga rezqi diberkati. Amin

Ramadan 15: Sekelip mata dah sampai di pertengahan Ramadan. Syukur.. Sayu.. Ssdih. Semua ada.. Teruskan berusaha untuk mohon keampunan Ilahi. Moga kita bukan dari golongan yang tercela. Moga hidup kita diberkati, dikurniakan kekayaan, kebahagiaan, keimanan, ketaqwaan, kejayaan, ketenangan dan keredhaan Tuhan sepertimana hamba-hambaNya yang soleh. In shaa Allah, amin

2 comments:

  1. Ramadhan bulan mendidik...Doakan semoga kita semua sentiasa istiqamah ye cikgu... Aminn :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails