Assalam..
Alhamdulillah, 2013 benar-benar
memberikan kisah manis dalam sebuah episod pencarian erti hidup adik
beradikku...
Bermakna kisah percintaan mereka bernokhtah dengan sebuah ikatan
suci yang terjalin. Dan membuka sebuah diari hidup yang baru penuh kebahagiaan.
Penutup 2012 memberikan kisah manis dan bermakna dalam hidup adindaku. Setelah
sekian lama mencari keserasian dan persefahaman, akhirnya Allah menyatukan
mereka dengan sebuah ikatan pernikahan. 2013 pula memberikan kebahagiaan buat
kekanda saya yang selamat bertunang pada March 2013. Allahurabbi…
Permudahkanlah ikatannya bersama tunang sehingga diijabkabulkan. Moga kekal
jodoh mereka dan diredhai Allah… insyaAllah, amen… Moga dipercepatkan, dengan penuh keberkatan…
amen…
Segalanya atas aturan ALLAH. DIA Maha
Berkuasa menentukan segala qada dan qadar itu. Kun Fayakun… Dengan izinNYA
(insyaAllah) semuanya pasti bertemu. Garam di laut, Asam di darat, Dalam
periuk, Bikin muafakat…
Bila diutarakan soal jodoh pada saya pula.... saat itulah saya akan terdiam... bukan terguris atau terluka, tapi... berdiam mencari jawapan yang sesuai... Diam mencari damai yang dalam... dari sudut lubuk hati yang satu...
Jawapannya hanya satu... Yang pasti, tiada yang lain... Hanya Dengan IzinNYA... Andai ALLAH belum mengizinkan, pasti cinta itu disimpan di syurga sana... kerana Cinta Dari Ilahi itu kekal abadi bermatlamat syurga Ilahi... Wallahualam...
Yang pasti ALLAH Maha Mengetahui hambaNYA tidak mampu hidup terus sendiri...
Foto dari blog muslimah berduri.
No comments:
Post a Comment