"Cinta tak boleh dipaksa auntie.. Nurul minta maaf banyak-banyak. Nurul tak boleh terima." Tegas Nurul seraya memulangkan semula sekotak hadiah tanda lamaran jejaka misteri.
Khabarnya lelaki itu anak saudara auntie Salmah.
"Tapi Nurul.. auntie nak Nurul kenal dan berkawan dulu. Dengan cara begitu mungkin Nurul dapat terima Azhar." pujuk wanita yang hampir sebaya dengan ibunya...
Nurul terdiam.
Sebak..
Kelopak matanya bergenang..
Nurul menahan pelbagai rasa..
Kekuatan dikumpulkan.
Cuba untuk mencari alasan.
"Baiklah auntie, Nurul berterus terang... Sebenarnya, Nurul dah ada pilihan hati."
Nurul terpaksa berbohong.
Hakikatnya, hatinya sebak menahan sedih.
Perasaannya bercampur baur.
Antara berbohong, menjaga hati orang, mempertahankan haknya.
"Ya Allah, ampuni dosaku.." Nurul berbisik di dalam hati...
#kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. Nak tahu kisah sambungannya?.... keep on reading ya! ;) syukran... Update via hphone.. lama tak menaip!
No comments:
Post a Comment