Indahnya pantai ciptaanMU... Gunung, bukit ciptaanMU.. lautan luas. Seindah pantai yang memberi ketenangan.. Tempat mencari sumber inspirasi selain masjid, rumah Allah. Allah... Tenangnya.
Di kala ujian silih berganti. Tika muhasabah hati sendiri. Tatkala kekecewaan menyelubungi segumpal hati, di saat senyum seraut wajah cuba menyembunyikan sekeping hati yang hancur, hanya ketenangan dan sumber kekuatan yang berpaksikan iman dan taqwa sebagai ubat yang paling istimewa.
Kembalikan hati ini kepada pemilik hakiki. Serahkan segalanya pada DIA Yang Maha Mengetahui.. Allah tahu betapa hancurnya. Allah tahu di sebalik senyum itu ada jiwa terluka. Allah tahu ada hati yang sedang berduka..
Nurul bingkas bangun dan mengambil wuduq. Wajahnya ditekup lama. Titis demi titis air mata jatuh. Wajahnya ditekup air wuduq lagi sehingga air mata reda. Biar lega. Wuduq disempurnakan. Selesai wuduq Nurul menadah tangan.
Selesai doa selepas mengambil wuduq, dia berbisik di dalam hati.
Ya Allah, hati ini hanya milikMU. Allah pemilik Yang Maha Agung.. Hatiku di dalam jagaan Allah. Tetapkanlah hatiku dalam agamaMu.. Jangan biarkan hatiku diserahkan pada diriku sendiri. Sesungguhnya padaMu ku berserah. PadaMU ku bertawakal. Ampunilah dosaku. Andai jalan ini yang terbaik untukku, aku redha.
Seusai solat Nurul bersujud lama. Doanya hanya Allah Yang Tahu. Hanya bertawakal padaNya.
Telefon berbunyi.
Tertera nama Asyura, lantas diangkat.
"Assalammualaikum Nurul. Tadi kat kelas Syura ada orang tanya. Nak kepastian. Eh, awak cuti lama-lama kat kampung ni betul ke awak nak kawin?"
Nurul terkejut.
"Waalaikumussalam.. siapa yang cakap ni?.. Ya Allah, Syura lepas saya kawan dengan dia haritu saya tak pernah kawan dengan mana-mana lelaki Syura. So, saya nak kawin dengan siapa? Biarlah mulut manusia kita tak boleh sekat." Nurul sedikit kecewa.
"Sorry lah Nurul kalau awak terasa. Tapi biarlah. Saya nak jelaskan dekat diaorang, lagipun saya nak dengar sendiri dari awak terus."
"Syura, sekarang ni Nurul nak focus pada karier, cita-cita nak dikejar, cinta nanti dulu lah. Memang difikirkan usia ni memang kritikal. Orang lain ada complete life tapi saya masih terumbang ambing masih membawa hati yang kecewa tanpa ada teman setia pelengkap hidup yang menemani hari-hari. Tapi hanya Allah yang tahu kenapa. Hanya DIA yang izinkan.. DIA lebih tahu siapa yang tepat untuk kita dan bila masa yang paling tepat."
"Sabarlah Nurul. Nanti akan ada seseorang yang betul-betul menjadi penawar dan layan awak bak puteri inshaAllah."
"InshaAllah. Tapi saya tak nak fikir lagi, just focus on myself & the rest serah segalanya dengan taqdir Tuhan. Dia lebih tahu jalan mana terbaik untuk saya"
"So, bila awak nak balik kampus? We all rindu nak berusrah sekali."
"InshaAllah... sehari dua lagi. Saya tengah siapkan group assignment kita. InshaAllah dah nak siap."
"Ok. All the best. InshaAllah, jumpa nanti. May ALLAH Bless u.amin"
"Tq dik. InshaAllah"
Tenanglah hati. Sabarlah hati. Hidup ini mudah, jangan disulitkan. Waiting LOVE without reason from ALLAH. Bukan sekadar cinta manusia fitrah insani, tetapi rahmat dan barakahnya hidup anugerah Tuhan.. biarpun terpaksa bermujahadah, moga tidak dimurkai Allah. InshaAllah..
Sejak hari itu..
Prinsipnya mudah. Life is only dedicated for ALLAH. Apa juga yang dilakukan prinsipnya redha Allah.
Senyum dan bahagia itu milik semua. Teruskan tersenyum biar apa pun yang tersembunyi di hati. Suatu saat nanti kita pasti meninggalkan segalanya. Hargai seluruh hidup yang Allah anugerahkan. Hargai dan sebarkan bahagia.. Sentiasa positif dan yakin ada Allah melindungi.
No comments:
Post a Comment