Sekian lama tanpa mencoret sesuatu yang memberi motivasi. Asyik-asyik duka. Asyik-asyik kecewa. Asyik-asyik air mata... Bosan nak view blog cikgu ye?
Ok.. bermula kalendar islam baru menjelang tiba hujung minggu ini... cikgu pun ada azam baru. No 'saddis mood' anymore or 'no sad story' lagi dan positive entry akan memberi nafas baru. Hidup perlu positif kan? Jika nak berduka pun tak perlu lama... Cukuplah sekadar muhasabah & titik tolak untuk kehidupan yang baru. Buka buku baru!..
Kadang kala, kita tak tahu betapa rapuh nya hati kita hingga saat kita diuji. Ujian dalam pelbagai bentuk. Perasaan, hati, kehidupan dan segala rasa yang berkait rapat dengan iman. Ya cikgu percaya kita semua pernah diuji dengan pelbagai perasaan... Cikgu pernah diuji dengan rasa yang cukup sakit dan rasa dah down sangat. Jatuh terjelupuk. Rasa bertimpa lagi dengan tangga dan rasa memang susah nak bangun. Rasa tak nak bangun dah.. Memang give up. Baru tahu, rapuhnya hati kita.. lemahnya iman. Baru diuji sedikit dah hancur hati.. Siapa pernah rasa? Walau cikgu pernah rasa keperitan tu... tapi back to basic. We have Allah... Istighfar. Ingat Allah semula. Cari kapsul terbaik sebagai ubat. Rasa dungu pun ada.. Sekecil perkara menjadi barah dalam hati...
Ubat hati ada 5 perkara:
1. Baca al-quran dan maknanya.
2. Solat malam dirikanlah.
3. Bertemanlah dengan orang soleh.
4. Perbanyakkan puasa.
5. Perbanyakkan sedekah.
Nak buat 5 ubat hati paling mujarab ni masyaAllah... Perlukan mujahadah yang tinggi.
Ape pun yang kita buat ingat Allah. Jangan pernah berpaling... Tetapkan dalam hati apa jua yang berlaku waima tertusuk duri, Allah sedang menguji. Semua ada sebab dan musabab. Biar jatuh seteruknya tapi ingat, Allah ada. Bangunlah atas nama Iman & kerana Allah.
Allah sentiasa ada. DIA Maha Mendengar, Maha Mengetahui biarpun sekadar bisikan hati kita... Merayulah pada NYA. Memohon pada NYA, mengadu hanya pada DIA. InshaaAllah... segalanya dipermudahkan.
Iman itu naik turun... Allah.. Tetapkanlah hati kami.. Teguhkan hati kami. Tunjuklah kami jalan yang lurus.
Andai perkara itu baik untuk kami , agama kami, dunia akhirat kami permudahkanlah, Seandainya tidak baik untuk kami, agama kami hindarkanlah. Moga kami redha dengan ketetapanMu..
Sesungguhnya DIA sentiasa ada memberi petunjuk, jalan penyelesaian. Allah sentiasa beri petunjukNYA asalkan kita meminta dan yakin.
Andai kita berada di persimpangan antara memilih dua jalan yang mengelirukan.. berbalik pada Allah. Jangan dikaburi nikmat duniawi. Pilih iman dan tetapkan taqwa dalam hati. Doa semoga Allah sentiasa melindungi. Moga dijauhkan dari azab dan kemurkaanNya..
Ya Allah, binakan untukku istana di syurga firdausMU.. Amin. Moga keperitan ini membuka pintu rahmat & redhaMU.. InshaaAllah.
"Hai dik.. tulis blog ke?"
"Ye akak. Erm.."
"So dah recover ke?"
"Alhamdulillah... erm nama pun perempuan kan. Senang sangat touching but I'm getting better now. Moga hilang segala parut dalam hati ni. Asyik nak hilangkan parut luaran secara fizikal, now nak betul-betul bersih dalam hati. Clean and clear. Tengah bermujahadah ni. Nak format hati biar hilang segala virus. Heehe... Biar hilang tanpa jejak."
"Heehe.. cute lah perumpamaan. Akak nak ajak awak usrah ni. Nak join tak? Suami akak pun ada. Nak awak ambil aura taman-taman syurga. Bertafakur di masjid. Awak kan suka?"
"InshaAllah tak de aral nak join kak"
"Ok.. Teruskanlah menulis akak nak balik dah ni. I hope you will enjoy with your life. Senyum, sabar dan syukur ya. Akak doakan yang terbaik."
"InshaAllah, amin. Thanks kak!"
Akak. U're really my best motivator. Sejak kenal kak Mawar tak pernah sekali kata negatif yang keluar dari hatinya. Semua positif.. Syukur. Walaupun tak pernah merasai ada seorang kakak, namun kehadiran kak Mawar seperti ada bidadari yang turun dari langit. Semua positif. Alhamdulillah...
Terima kasih Allah kerana tak pernah biarku tersasar jauh. Walau tersandung pasti seakan ada semangat luar biasa mendamaikan. Moga ada ilham Allah dalam tiap tingkah laku dan fikirku.
ENTRI BERSAMBUNG...
"detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu"
semua berakhir padaMu"
No comments:
Post a Comment