Ya ALLAH, dosaku menggunung tinggi
Sudikah kau ampuni..
Sesungguhnya taubat nasuha seorang hamba memulakan helaian baru dalam diary kehidupan yang penuh duri..
Termenung sejenak;
.....:::::::......
::::......::::
Tika
ini…
Sesuci
embun membersihkan sekeping hati,
Sejernih
air hujan membasuh dosa silam
Air
mata sudah kering memandikan duka
Munajat
membaluti taubat nasuha..
Istiqamah
menjadi benteng hati
Agar
tetap teguh hingga mati
Biar
jutaan manusia mengeji
Biar
seluruh dunia mengasingi..
Lontarkan
semua hasutan syaitan
Buang
semua kepedihan
Campakkan
segala kedukaan
Nyahkan
bisikan nafsu
Melihat
dengan mata nafsu melulu!
Menyaksikan
kegembiraan syaitan laknatullah
Yang
sentiasa menyesatkan ummah
Yang
akan memesongkan hati yang lurus
Tulus
namun gelisah tak berpendirian..
Masih
panjangkah usiamu?
Sedarkah
kamu wahai manusia?
Andai
mata hati ditutupi nafsu durjana
Andai
akal telah dimusuhi kebenaran
Seandainya
mata ditutupi tipu muslihat
Dikaburi
wang dan pelbagai nikmat sementara
Hancurlah
iman
Berderailah
pendirian..
Andai
maksiat sudah membaluti sekeping hati
Hilanglah
keredhaan, namun mengundang kemurkaan!
Allahuakbar!!
Masih
segar diingatan
Bila
nafsu merajai sekeping hati yang masih bergolak
Mengenali
dunia remaja
Berbolak
balik antara keimanan dan kejahilan
Akhirnya
nafsu menguasai… menyesatkan sekeping hati ke lembah hina
Walaupun
baru tersasar dari landasan keimanan
Biarpun
dunia masih belum hitam
Walau
harga diri masih menjadi pegangan
Walau
mahkota dipertahankan..
Namun….
Kerosakan iman memusnahkan segenap kehidupan
Astagfirullah
al adzim
Insaflah
wahai insan
Buang
yang keruh, ambil yang jernih
Sesungguhnya
ALLAH Maha Pengampun
Maha
Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambaNYA
Mungkin
semalam kita jahil
Barangkali
semalam kita kurang muhasabah
Mungkin
kelmarin kita terlena oleh dodoian syaitan!
Yang
membutakan mata hati
Syukur!
Kita masih terselamat
Biar
apa jua kata manusia..
Walau
apa pun pandangan dunia
Tetapkan
hati! Bulatkan qalbumu!
Jangan
biarkan syaitan menguasai!
Jangan
biarkan kita dibutakan oleh nafsu!
Kita
Nyahkan!
Kita
Hapuskan!
Kita
lihat dengan mata hati!
Bukan
mata kasar yang menipu!
Siapa
sedar? Mata kasar telah menipu ramai lelaki di luar sana?
Mata
kasar telah menipu jutaan manusia.
Mata
akal tidak semestinya tepat,
Logik
bukan bererti benar!
Ada
kalanya mata akal sekadar melindungi sesuatu yang salah!
Bangunlah
sahabat!
Sedarlah
saudaraku!
Kita
masih belum terlambat!
Insaflah..
Kembalilah
kita kepada fitrah; bersih dan suci
Kembalilah
ke pangkal jalan.
Moga
sama-sama kita mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat…
InsyaAllah,
amin
Salam renungan dari;
insan kerdil mencari magfirah dan hidayah ALLAH..
Sekadar sebuah tulisan dari penulis seusai seminar.... renungan buat adik-adik. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang terlah meninggal dunia... Ia rekaan semata-mata.... Moga melihat dengan mata hati....