Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, syukur atas nikmatNYA yang tak terhingga dan
sujud syukur atas segala kurniaanNYA. 28 February 2013. Pejam celik pejam
celik, dah berada di hujung February, nak masuk bulan March. Masa terlalu cepat
berlalu. MasyaAllah… Moga kami tergolong
dalam kalangan hambaNYA yang tidak rugi dan mensia-siakan masa yang ada.
InsyaAllah.. Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali insan yang
beramal soleh dan berbuat kebaikan. Allahurabbi… Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
sentiasa perlu dikemaskini. Allahurabbi… Kadang kala terlepas pandang juga…. Ya
ALLAH tetapkanlah hatiku dengan kebaikan. Moga istiqamah… insyaAllah…
Ingat 5 Perkara
sebelum 5 perkara.
1.
Sihat sebelum sakit
2. Muda
sebelum tua
3. Kaya
sebelum miskin
4. Lapang
sebelum sempit
5. Hidup
sebelum mati
TINDAKAN.
So; mulai hari ini
perlu ambil tindakan sewajarnya. Terlalu banyak perkara yang terlepas pandang.
MasyaAllah… Ok, pertama sekali matlamat perlu sentiasa jelas dan fokus.
Seterusnya, perlu lihat 5 perkara tersebut…
1.
Amalkan pemakanan yang sihat,
seimbang dan berkhasiat. Tak perlu ambil junkfood atau fast food. Perbanyakkan
sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai ganti. Breakfast kalau boleh ambil
bijirin penuh. Tekad di hati nak amalkan oat setiap pagi dan supper. Paling
penting, susu omega plus…
2. Muda
sebelum tua, beringat sewaktu nikmat usia yang Allah berikan. Tidak perlu
tunggu nanti untuk bertaubat. Syukuri nikmat usia muda pemberian Allah S.W.T.
Optimumkan amal kebaikan sementara masih bertenaga dan muda.
3. Jika
sekarang diberi kebebasan kewangan, dan mencukupi keperluan, perlu ingat untuk
buat sedikit simpanan untuk hari esok. Jangan terlupa bahawa ada hari esok yang
tidak pasti lagi. Jika sekarang kita membuat tabungan, insyaAllah, ringan lah
sedikit bebanan di hari kemudian, apa yang diperlukan sudah disediakan. Rezeki
yang ada jangan dibazirkan pada yang tidak memberikan apa-apa manfaat dan tak
perlu pun. Kelak, menyesal badan.
4. Jika sekarang kita masih dikurniakan waktu
lapang bersama keluarga, manfaatkanlah. Jika diberikan waktu lapang untuk
beribadat, perlu lakukan sebaiknya. Sebaliknya, jangan mengeluh kebosanan.
Bimbang jika Allah kurniakan kesebokan kelak, barulah sedar betapa berharganya
nikmat masa lapang itu.
5. Syukurilah
nikmat usia yang Allah berikan. Sementara umur masih panjang, penuhkanlah ilmu
di dada, persiapkan bekalan ke sana, perbanyakkan amal kebaikan, kurangkan
kemungkaran, dan cuba jadi yang terbaik berbanding semalam. Jika kita inginkan
kehidupan yang baik dan mati dalam khusnul khotimah, usahakan yang terbaik.
Perbanyakkan doa moga Allah permudahkan dan dekati insan-insan soleh agar dipermudahkan
menuju jalan kebaikan. InsyaAllah.
Ya
ALLAH, moga dilancarkan segala usaha baik kita. InsyaAllah..
La
haula wala qu wata illa billa hil aliyy il adzim…
Assalamualaikum .. mohon share .syukran :)
ReplyDelete