Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, Praise to Allah...
In the Name of
ALLAH the Most gracious and the Most Merciful..
31.12.2012; End of the year. Tanggal 31 December setiap tahun remind me about birth and death.. For me and my twin; insyaAllah, will be remembered till JANNAH~ Yang di sana pasti berbahagia dengan nikmatNYA... Tika ini; lantas cuba muhasabah diri.. kerana terasa diri masih jauh dari syurgaNYA...
Allahurabbi… cepatnya masa
berlalu! syukur kehadrat Ilahi kerana pada ketika ini masih dapat bernafas di
atas bumi yang penuh barakah ini.. Pejam celik pejam celik; 2012 melabuhkan
tirainya… buku lama ditutup setelah rumusan dibuat. Hasilnya, samaada
‘Memuaskan’ atau masih ‘Perlu perhatian’ adalah tetap perlu ditutup. Itu kisah
lama… Itu kisah semalam yang memberi pengajaran dan pengalaman yang mahal
harganya. Apa yang paling penting, hargailah ia kerana bukan semua insan akan
mendapat pengalaman yang sama. Tentunya ia berbeza mengikut individu… dan
sememangnya Allah menetapkan ujian itu berdasarkan kemampuan hambaNYA…
Kadang kala kita menangis dengan
ujian yang sedikit… walhal; nikmat ALLAH yang tak bertepi, terlalu banyak itu…
kita tak perasan. Nikmat dan rezki yang Allah beri itu adalah tarbiyah untuk
kita bersyukur atas apa jua musibah yang melanda dan….. nikmat itulah yang
seharusnya kita manfaatkan untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah yang
menciptakan segala nikmat dan ujian.. Sesungguhnya; semua berlaku dengan
IzinNYA… dan jalan yang dilalui adalah sebuah pilihan... Kerana semua pilihan terletak di tangan kita, dan Allah akan mengizinkan berdasarkan qada dan qadarNYA. Kun Fayakun..
31 December 2012.
Di kesempatan ini; saya ingin
kongsikan sedikit coretan sempena hari penutup 2012, dan penutup usia remaja.
Allahurabbi… Pedih untuk dilafazkan, tetapi itulah hakikatnya… penghujung usia
remaja…
…………………………………..
Subuh mengejutkan ku dengan
alunan merdu azan,
Dingin embun pagi menguji antara keimanan
dan kemalasan..
Namun; serta merta digagahkan
juga…
Amanah itu satu kefardhuan..
Amanah itu satu tuntutan andai ia
di atas niat yang satu..
Niat untuk mendapat keredhaan
Ilahi..dan,
Untuk meneruskan kelangsungan
hidup atas landasan yang tulus..
Seusai solat, lantas
tanggungjawab digalas seawal mungkin…
Kerana…. Berpagi-pagilah mencari
rezeki kerana disitulah keberkatan diperoleh.. insyaAllah..
Mentari terbit bersama jutaan
kasih sayang,
Zikrullah menjadi alunan
keindahan pagi..
Mengalun bersama kegigihan
mendidik anak bangsa,
Tanpa kenal jemu..
Tanpa kenal erti kecewa..
Malah; tanpa kenal erti putus
asa..
Walau kita kecil di mata
manusia..
Namun; biarlah usaha ikhlas agar
mulia di sisi ALLAH..
Biarlah menjadi pelita yang
memberi cahaya buat si cilik,
Menjadi arkitek manusia sedari
usia kecil..
Demi membekalkan sedikit asas
ilmu untuk mereka..
Memberi kebebasan untuk
penerokaan dan perkembangan potensi..
Disinilah langkahku bermula untuk
melompat lebih tinggi!..
InsyaAllah…
Tiba-tiba…
Tanpa disedari masa berlalu
terlalu pantas..
Pergi bersama usia remaja..
Oh! Masa remajaku pergi begitu
sahaja!..
Tanpa disedari.. Pergi bersama
tarbiyah yang tak terkira banyaknya..
Ujian; Nikmat; Tarbiyah;
Kematangan…
Silih berganti.. menambah nilai
diri di usia 28..
Usia cukup menakutkan setiap
wanita..
Umpama mimpi ngeri yang cukup
menakutkan setiap wanita..
Namun…
Semua itu atas IzinNYA…
Semua itu atas KetentuanNYA..
Semua itu dengan kehendakNYA..
Kita hanya mampu merancang, namun
semua ketentuan Allah..
Atas izinNYA juga hati adam dan
hawa itu bertemu dan bertaut..
Dan atas izinNYA juga hati itu
terpisah..
Justeru, untuk apa saling
menyalahkan…
Pasti ada pelangi selepas hujan…
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun
dan Pengasihani..
Usah ditanya lagi..
Kerana jawapannya pasti Allah
Yang Maha Tahu..
Kerana Allah mahu beri yang
terbaik.. dan….
Beri peluang untuk kita bertaubat
dan menjadi muslim yang lebih baik..
Andai jodoh itu terhalang kerana
dosa-dosa semalam,
Semoga taubat nasuha itu akan
memudahkan urusan..
Seandainya jodoh itu terhalang
kerana kurangnya amal kebaikan untuk mendapat insan soleh,
Semoga sejujurnya kita menjadi
yang terbaik… ikhlas mendapatkan cinta dan redha ALLAH..
Moga…
Cinta dan Redha ALLAH yang
pertama..
Sebelum cinta insan biasa
ciptaanNYA…
Demi melengkapkan kekurangan yang
ada untuk lebih sempurna..
Selamat tinggal 27!
Dan dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim…. Ahlan Wasahlan…28!