Bismillahirrahmanirrahim...
15.4.2012, Mid of the month.. Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar dah pertengahan bulan. Kalau hari pula, rasa baru je Monday, then dah almost weekend semula.. Itulah, putaran waktu memang tak pernah menunggu kita. Siapa cepat, dia dapat! Itulah hakikatnya.. Bila dah tertinggal tu, nak kejar semula masyaAllah... bukan main lagi... tu yang akan terjadilah timbunan kerja dan sebagainya..
Sebut tentang masa, tertarik saya untuk kongsikan kepada semua..
Kita ada masa sekarang yang sedang dilalui..
Kita juga ada masa depan yang belum pasti lagi..
Walau segala perancangan telah dibuat..
Namun, andai kita optimis, bersemangat dan positif,
InsyaAllah masa depan menanti dengan kebaikan..
Sahabat,
Kita juga ada masa silam..
Masa lepas yang telah berlalu..
Semestinya tidak perlu dikenang andai ia pahit~
Namun, tak salah sekadar merenung buat iktibar!
Andai ia terus dilupakan..
Takut, kita akan mengulangi kepahitan yang sama...
Apapun, masa silam yang tidak menarik biarlah dijadikan sempadan..
Iktibar agar kita lepas, bebas dan jauh dari simpang lama..
Biar kita lalui jalan yang baru..
Tanpa perlu bertembung semula..
Tanpa perlu menangisi kisah itu..
Kerana setiap insan pasti memiliki kisah hati masing-masing..
Jadi, ia normal!
Jadikan kita berkuasa menentukan masa depan,
Tanpa menangisi masa silam..
Siapa pun kita, di mana pun kita,
Apa jua level kita..
Allah tetap Maha Pengampun..
DIA tetap sayangkan kita..
Apa buktinya?
Sudah banyak nikmat yang selalu diperkatakan..
Justeru..
Firman ALLAH:
"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
-Surah Ar-Rahman, berulangkali Allah mengingatkan~
terima kasih. teruskan beri peringatan pad diri ini yg slalu alpa.
ReplyDeletekita, mereka, awak dan saya juga!.. Semoga kita saling mengingatkan kepada perkara yang baik-baik.. insyaAllah..
DeleteAssalam..nak share bole x?....
ReplyDeletem'ingatkn diri sy...
@Yana : SILAKAN.. bole je.. copy je.. ok.
ReplyDelete