Alhamdulillah..
Puteri bersyukur, sejak akhir-akhir ini puteri mensyukuri nikmatNYA..
Dalam mengharungi dunia yang penuh dugaan,
Puteri seperti dihadirkan seorang bidadari,
teman yang memberi cahaya jalan melalui sebuah kehidupan.
Dalam kepayahan itu cahaya itu turut diserikan oleh seorang putera yang menjadi sahabat terbaik!
Sahabat sejati dunia akhirat..
Walau siapapun kamu, walau siapa pun putera itu,
Puteri tetap menghormati dan mengkaguminya..
Dalam kepayahan putera menghulurkan tangan memberikan bantuan,
Dalam keadaan puteri terjatuh dan kesakitan putera memberikan penawar
Penawar hati agar puteri menghargai segala yang hadir dalam kehidupan
Samaada kebahagiaan mahupun ujian..
Kerana sesungguhnya dalam kehidupan ini pastinya anugerah yang mempunyai motif
Hadirnya hanya sekadar pinjaman..
No comments:
Post a Comment