Assalammualaikum..
Buat tatapan semua pembaca Blog KataHatiPuteri,
Terlebih dahulu, izinkan puteri mendoakan anda semua berada dalam lindunganNYA dengan penuh keberkatan dan dilimpahi hidayahNYA.. Bukan mahu menulis cerpen yang tiada berkesudahan. Namun, ia sekadar coretan di kala hati menerima magnet tekanan..
Tekanan, masalah.. Siapa tidak ditimpa tekanan,masalah kan? Jadi nak tak nak kena kuat hadapi masalah dan tekanan yg datang walau kadang kala kita goyah kan? Dan, siapa yang ada di sisi ketika diri dilimpahi masalah? Hanya diri sendiri yang mampu membetulkan segalanya. Bukan mahu mengadu dan mengeluh.. Jauh sekali menolak takdir dan ujianNYA.. Entahlah, hidup perlukan kematangan dalam membuat keputusan dan percaturan. Antara ke hadapan, ke kanan, ke kiri mahupun sedikit ke belakang..
Tapi, apapun.. kecekalan dan kekuatan diri InyaALLAH akan ditangani dengan tenang. Semoga pasti ada cahaya menyinari hati yang sabar di satu sudut di penghujung jalan ini..
..........................................................................................................................
Sedikit renungan mungkin dan tauladan buat semua,
Mari kita renungkan dalam-dalam,
Mari kita faham dan renungkan sama-sama..
Agar kita sama-sama menjadi insan yang diredhai,
Diberi hidayah dan keberkatan hidup yang sementara ini..
Walau diri bukanlah yang terbaik..
Tapi, cuba sedaya upaya untuk menjadi antara yang menuju kebaikan
Dan keredhaanNYA..
Bukankah kita sudah tahu,
Dunia ini adalah sekadar perantara dan persinggahan antara dua destinasi,
Destinasi pertama adalah ketika kita semua masih dalam kandungan ibu,
Dan, akhirnya destinasi yang kekal di akhirat yang abadi..
Di sana kita dinilai, dipertimbangkan segala amalan,
Sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan salah dan silap,
Mungkin dulu kita pernah melakukan salah dan silap
Yang mungkin tidak dapat dimaafi..
Walau apa pun salah kita... walau apa jua silap kita,
Samaada besar, kecil, sederhana..
Kerana kita manusia..Sering alpa, leka, lalai..
Kadangkala kita sering menyalahkan takdir..
Menyalahkan siapa sahaja yang ada di hadapan..
Sedang kita tahu ia adalah silap kita..
Allah telah menciptakan syaitan yang berperanan memang menyesatkan manusia,
Menggoda, menaburkan keindahan duniawi semata,
Menjanjikan kenikmatan dan kelazatan dunia..
Dan, jika hari ini kita tersedar dari silap dan salah yang pernah kita lakukan..
Kita seharusnya bersyukur diberi hidayahNYA..
Bukan ketika nyawa sudah berada di penghujung..
Buat sesiapa yang mengenali, ampuni salah dan silap
Samaada sengaja mahupun tidak..
Kerana sesungguhnya diri ini insan yang biasa..
Tidak lepas melakukan salah dan dosa..
InsyaAllah.. jika hati tekad membawa perubahan diri
Dari sudut hati yang bertukar menjadi bersih,
Persis mutiara di lautan..
InsyaAllah, hidayah itu milik kita...
Semoga kita semua diberi petunjukNYA ke jalan yang lurus..
amin..
No comments:
Post a Comment