Entahlah...Ayu termenung seketika menjawab persoalan syida, teman serumahnya.
"Syida kesian dengan ayu.. kalau jawapannya entahlah biar ayu lupakan dan buang perasaan ayu pada dia" Syida cuba memujuk.
Sejak semalam ayu sering terkenang kata-kata yg lahir dr hati seorang lelaki yg dikenalinya sejak 3 tahun yg lalu. Kata-kata yg benar-benar membuatkan ayu berkifir beberapa kali betapa hatinya sukar menaruh kepercayaan dan harapan.
"Ayu, adam sebenarnya, sebenarnya... dah mula jatuh hati pada..... pada..."
"Pada siapa adam?" balasku.
" Pada ieza.. she's my dreams.. But, how can i do to attracted her's attention ya? I nak berkawan dulu dgn ieza and hopefully we've the chemistry together."
Ayu beristighfar dan mengembalikan ketenangan
Kembali ke dua realiti bukan fantasi.. Ayu rungsing lagi..
Sesekali memandang syiling.. berfikir dan merenung semula.
"Apa yang patut aku lakukan skrg?" hatinya berbisik seorang diri.
Kedengaran irama handphonenye berlagu riang menyanyikan sebuah lagu cinta.. Lagu kegemarannya Munajat Cinta.
"Opps.. adam lagi... oh no." pantas handphone disimpan ke dalam drower tanpa menjawabnya. Ayu kenal benar dengan seorang lelaki yang bernama Adam. Sekadar mahu menyakiti hatinya. Sekadar mahu menjadikannya sebagai tempat bersandar. Bukanlah ayu tidak ikhlas bersahabat dgn adam. Namun, ia bukanlah masanya untuk ayu bersahabat dengan lelaki yang memang dicintainya, dengan berpura-pura tiada langsung hati dan perasaan padanya.
"Adam ni buta hati ke ayu?" kata-kata syida teman serumahku sering menyinggah di kala aku teringatkan insan yang bernama adam ini.
"Entahla syida.. ayu yang bodoh agaknya. Tak sepatutnya ayu simpan hati kat dia. Biarkanlah.. Ayu dah malas nak layan dia lagi.."
Adam..
Ayu rungsing, ayu buntu dan Ayu benar-benar tak tahu ape yang sepatutnya ayu lakukan. Semakin ayu bersahabat baik dgn adam, hati ayu semakin sakit..
Sedangkan semalam mak ayah di kampung memberitahu satu berita yang amat mengusarkan hati ayu pada adam. Anak Pak Long belah saudara emak, saudara jauh yang memang aku tak pernah jumpa memang ada tanya-tanya dan merisik aku. Ya Allah, ape yang sepatutnya aku lakukan ni?
Ting, ting, ting.. mesej diterima dari Adam.
"Ayu, esok teman adam gi shooping boleh. Would like to buy something for Ieza."
Mesej yang diterima dari adam benar-benar menghiris hati ayu..
Pap! Hanphone dicampak sebelum dimatikan.
Ayu benar-benar buntu dan rungsing.. lantas air mata bercucuran.. seperti mana hujan gerimis di tika itu.. seolah-olah mengerti bahawa hati ayu sedang berduka dan menangis.. Lantas ayu mengambil wuduq dan mencapai Al-Quran untuk mencari sebuah ketenangan... semoga ketenangan datang bersama cinta yang satu..insyaAllah..
...bersambung...
About Me
- Cikgu Aini
- seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..
Followers
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]
Sunday, April 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cinta Adam dan Ayu Episod 1. Keratan Novel yg ditulis oleh puteri sendiri. Mahu berjinak2 dgn penulisan novel ya.. ",)
ReplyDelete