Sunday, December 12, 2010

EPISOD 10 : REDHA DAN PASRAH.. TETAP BERDOA.





Pena ditarikan secermat yang boleh.. Ayu menarik nafas dengan penuh tenang mencari udara yang segar..

"Merenung ke hadapan
Merenung ke cermin agar dapat memantulkan wajah yang sebenar..
Apa yang kau cari wahai diri?
Aku cari keserasian, aku cari keimanan,
Aku cari kasih sayang, aku cari kebahagiaan..
Namun, mengapa ALLAH masih mengabaikanku..
Atau aku yang tak dapat menilai pilihan yang datang
Ya, dia sangat berani..
Tapi, siapa dia? Bagaimana keadaan dia?
Bagaimana sikap dia? Bagaimana hidupku andai bersama dia?
Ya ALLAH, hanya padaMU aku memohon petunjuk…

Sejak kehadiran tetamu yang tidak ayu kenali ketika ayu sekeluarga tiada di rumah beberapa bulan yang lepas, benar-benar membuatkan ayu terasa hiba, simpati, sayu dan takut. Beraninya keluarga itu.. Bukan niat untuk menolak.. Sesungguhnya ayu tak pernah berkata “YA” ataupun “TIDAK”.. Sebaliknya ayu diam dan tersenyum sahaja.. Bimbang dianggap sombong. Sedangkan ayu memang tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang berhajatkan mahu datang menyunting hati ini. Takkan adam. Mustahil.. Siapalah Ayu untuk Adam sunting sebagai isteri. Adam pastinya mempunyai ramai pilihan yang serba serbi lengkap berbanding dirinya..
Ayu sering merenung mengenangkan usia yang semakin meningkat.. Tapi, ayu semakin tabah dan positive mengharungi arus kehidupan.. Kebahagiaan adik yang telah dua bulan melayari bahtera perkahwinan membuatkan ayu turut gembira. Asalkan adik dilepaskan dahulu sudah cukup membahagiakan buat ayu.. InsyaALLAH, ayu dengar khabar gembira sehari dua ini mengenai adik. Dengar cerita adik sudah seminggu berisi. Wah!.. bakal mendapat pangkat baru la ayu!.. iaitu auntie.

Seketika ayu terhenti dari kisah hari ini oleh lamunan semalam..

Dan, betul kata Prof Sharifah, kaunselor di fakulti Kaunseling UM, selaku kaunselor ayu. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Prof Sharifah Awak perlu yakin dengan qada’ dan qadar Allah s.w.t. Awak perlu positif, kuat dan cekal menghadapi hidup walaupun ia agak pahit.Sesuatu yang ditakdirkanNYA menjanjikan implikasi dan rahmat yang tersimpan. Seperti yang ayu maklumkan pada saya sebelum nie, ayu memang seorang yang focus pada kerjaya, pelajaran tanpa ada masa walau sedikit untuk mengenali ataupun saling mengenali kaum adam untuk melengkapkan diri ayu yang ingin dicintai. Dan, atas sikap ayu yang merendah diri dan terlalu pemalu lagi menutup jalan untuk lelaki mendekati ayu. Ayu, awak perlu berani dan yakin untuk mencari pasangan hidup memandangkan usia ayu yang memerlukan seorang lelaki di sisi. Sehebat manapun seorang wanita itu tetap memerlukan pemimpin seorang lelaki sebagai pasangan hidup yang sentiasa ada di sisinya demi melengkapi sebuah kehidupan. Dan, dari penceritaan Ayu, majoriti mereka yang datang terus untuk menyunting ayu sering dihalangi oleh aral yang melintang seperti, ayu sekeluarga tiada di rumah dan rumah kosong ataupun, ayu sendiri gagal menyakinkan hati. Apapun, mengikut pandangan Prof, keluarga yang datangitu bukanlah orang yang sebarang memandangkan ia melalui saluran yang betul dan orang tengah yang dikenali. Tapi, ketakutan ayu itu menghalang dan menjadi benteng yang kuat untuk merealisasikan hasrat mereka dalam menyatukan ayu dengan insan terpilih. “

Tapi..
Ayu tarik nafas sedalam nya.. Mencari sebuah ketenangan..
Mungkin ia cara terbaik untuk menenangkan hati.
Seketika ada benarnya kata ayah dahulu..

“Angah, awak tu tak pernah jauh dari mama dengan ayah, tak pernah berpisah dengan kami.. Ayu kawin je la ye..”kata ayah.

Sewaktu saudara sebelah ayah datang ke rumah berhajatkan untuk menyunting ayu. Waktu itu, ayu baru jer bercuti sekolah di Tingkatan 6 bawah. Apa lah yang ayu faham. Ayu memang agak lambat matang dalam menghayati erti sebuah perkahwinan. Hanya menangis dan berkata tidak sahaja yang menjadi jawapan ayu. Ayu terasa hidupnya masih panjang, jauh dan memerlukan pengorbanan. Bagaimana sekiranya ayu berkahwin awal? Tidak.. Itu bukanlah kali pertama mama menolak suntingan dan risikan dari pihak yang berkenaan. Difahamkan saudara sebelah ayah yang juga tidak ayu kenali.

Ya ALLAH, apakah ujianMU ini untuk menambahkan imanku? Untuk mengenali setelah aku melayari hidup bersama insan yang aku sendiri tidak pasti dan kenali. Ya ALLAH sesungguhnya PadaMU sahaja aku memohon petunjuk ke jalan yang benar..

Ayu menarik nafas lega..

Buku La Tahzan banyak memberikan kekuatan buat dirinya yang dia sedari serba kekurangan di usia sepertinya. Walaupun begitu, hatinya tidak putus-putus berdoa dan memohon kepadaNYA agar dirahmati dan dikurniakan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menyayanginya sepenuh hati untuk menjaganya sehingga ke akhir usia walau apapun yang terjadi. Ayu hanya mampu memohon petunjuk dan memanjatkan doa agar diberi cahaya yang hakiki. Yang paling penting bagi melengkapi kekurangannya dan membimbingnya menuju keberkatan ILAHI. Ayu juga sering meratap hiba atas nasib diri di samping bersyukur kerana ALLAH sentiasa member rahmat buatnya. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang tersurat buat dirinya dalam kehidupan.

Mulai petang itu, ayu nekad dan tawakal pasti ada sinar menanti di hadapan..
Ayu bukan terlalu mengejar cinta duniawi, namun cukuplah cinta yang membawa bahagia sehingga ke akhirat kelak..

Dan, persiapan untuk balik ke Kuala Lumpur petang nanti diatur sebaik mungkin. Kemalangan yang menimpa Zulaikha iaitu sahabat baik ayu membuatkan ayu trauma untuk memandu lagi. Nasib baik ada adik dan suaminya yang turut mahu pulang ke Kuala Lumpur seraya pulang bersama-sama. Kekuatan yang ada pada ayu kini hanya disandarkan pada paksi yang kuat iaitu ILAHI.. Inikah suratan Ayu diduga dan dicuba dengan ujian ini.. Ya ALLAH, Beri aku kekuatan.. demi mencari rahmatMU.. Berilah aku ketulusan hati.. Berilah aku ketabahan.. Aku sanggup berkorban demi rahmatMU YA ALLAH.. Amin Ya Rabbal Alamin.
Nantikan sambunggannya…

Saturday, November 27, 2010

Dikurniakan nikmat ALLAH untuk menulis.. Nukilan Hati Puteri bertajuk "Mencari Redha Ilahi - Sebening Cinta Hatiku Buatmu"


Assalammualaikum.. w.b.t.

Buat semua pembaca novel bersiri puteri yang setia membaca entri demi entri, diharapkan teruskan keep in touch dan nantikan sambungannnya. Sejak kebelakangan ini, kekangan masa dan kesuntukan waktu senggang membuatkan puteri membataskan penulisan demi mengasah potensi sekiranya ada.

Tidak kira samaada silent readers mahupun blogger, teruskan menanti sambungan Novel "Mencari Redha Ilahi - Sebening Cinta Hatiku Buatmu"
Sementara puteri diberi kelapangan, diberi kelebihan, diberi kesempatan.. Puteri akan teruskan sehingga end of the novel.

Untuk refresh novel yang puteri cuba garapkan, dan memenuhi beberapa permintaan, di bawah disambungkan ke episod coretan puteri dari episod 1 sehingga yang terkini.

EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

EPISOD 4

EPISOD 5

EPISOD 6

EPISOD 7

EPISOD 8

EPISOD 9

EPISOD 10

EPISOD 11.

EPISOD 12

EPISOD 13

EPISOD 14.

Wassalam..

Sunday, November 21, 2010

Renungan buat semua..





Epilog Silam.



Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...


Assalammualaikum semua,

Cuba anda semua fahamkan lirik lagu nasyid di atas..
erti sebuah keinsafan..

Okay, kenapa tiba-tiba puteri tulis entri tentang keinsafan? dan kenapa puteri bangkitkan tentang renungan ini. Okay, puteri ada baca satu tajuk yang benar-benar memberi makna dan pengajaran buat puteri dan InsyaALLAH buat anda semua jika puteri kongsikan di sini..

Tajuk : Yang Lalu, Biarlah Berlalu.
Buku La Tahzan : Jangan Bersedih.

"Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersbut berulang kali? Adakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembali masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu, hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah s.w.t telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka buat:

"Itulah umat yang telah lalu... (Al-Baqarah: 134)

Semuanya yang telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang sepatutnya direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya."

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai "Mengapakah engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlaku?" Keldai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka kebohongan."

Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita mengiya-iyakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu,nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air mengalir ke depan; setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan."

Wallahualaam..

Sekian..


Saturday, November 13, 2010

Hidup Sihat Cara Nabi


“Manusia bukan sekadar tubuh, tetapi juga memiliki unsure-unsur mental dan spiritual. Ada penyakit-penyakit manusia yang tidak boleh disembuhkan oleh doctor. Oleh itu, terdapat penyakit-penyakit tertentu yang boleh disembuhkan dengan bersedekah, solat, taubat, puasa, berbuat baik kepada manusia dan sebagainya. Kita sudah berulang kali mengamalkan cara-cara seperti ini dan terbukti membawa manfaat yang tidak diperolehi daripada ilmu pengubatan ilmiah.” Ibnul Qayyim.


Contoh yang cukup terkenal yang boleh diberikan dalam pengubatan Nabi S.A.W adalah kemampuan baginda menyembuhkan orang buta hanya dengan wuduk, solat dan doa.



Diriwayatkan oleh Utsman bin Hanif, ada seorang buta datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata



“wahai Rasullullah, doakan saya kepada Allah agar disembuhkan penglihatanku.”
Baginda kemudian bersabda, “Pergilah berwuduk”. Dirikanlah solat dua rakaat dan ucapkanlah, “Ya ALLAH, aku memohon rahmat kepadaMu, dan menghadap kepadaMu bersama NabiMu, Muhammad. Wahai Muhammad, aku menghadap kepada Tuhanmu bersamamu agar ia membuka penglihatanku. Ya ALLAH, berikanlah syafaat baginda untukku.” Tidak lama setelah orang-orang beranjak dari tempatnya, orang buta tersebut telah dapat melihat. (HR. An-Nasai, Tirmidzi, Hakim dan Al-Baihaqi).


Itulah sebabnya, kesihatan bersifat menyeluruh mengandungi keempat-empat aspek. Antaranya ialah;
1. Kesihitan Fizikal wujud apabila seseorang tidak merasa dan mengeluh atau tidak adanya keluhan dan memang secara objektifnya tidak nampak sakit. Semua organ tubuh berfungsi normal atau tidak mengalami gangguan.


2. Kesihatan mental mencakupi 3 komponen iaitu fikiran, emosi dan spiritual.
a. Fikiran sihat boleh dicerminkan daripada cara berfikir atau buah fikiran seseorang.
b. Emosi sihat boleh dicerminkan daripada kemampuan untuk mengepresikan emosinya, misalnya takut, gembira, bimbang, sedih dan sebagainya.
c. Spiritual sihat pula boleh dilihat daripada cara seseorang dalam mengekspresikan rasa syukur, pujian, kepercayaan dan sebagainya terhadap sesuatu di luar ala mini, iaitu Tuhan Yang Maha Kuasa. Misalnya, sihat spiritual boleh dilihat daripada amalan agama seseorang itu. Dengan kata lain, sihat spiritual wujud apabila seseorang itu mampu berhubungan dengan orang lain atau kaum lain secara baik, tanpa membezakan bangsa, suku, agama atau kepercayaan, status sosial, ekonomi, politik, saling bertolak ansur, menghargai dan sebagainya.

Apabila kecerdasan emosi dan spiritual “berjalan” pada landasan yang sepatutnya, seseorang itu akan mampu:
1. Memahami dan menginsafi tujuan asal mereka dijadikan di muka bumi ini. Apabila mereka menjadi anak, mereka akan menjadi anak yang baik. Apabila mereka menjadi pasangan, mereka akan menjadi pasangan yang baik, dan apabila mereka menjadi pekerja, mereka akan menjadi pekerja yang baik.
2. Melahirkan potensi diri pada tahap yang tinggi.
3. Memahami orang lain dan skala perhubungan akan menjadi lebih mudah.
4. Menerima apa sahaja ketentuan yang telah ditakdirkan ke atas diri mereka. Tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak pernah lupa untuk berusaha.

♥7 Ayat Cinta ♥♥♥♥♥♥♥





Gamba sekadar hiasan.

♥7 Ayat Cinta menurut sabda Rasulullah s.a.w♥♥

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini dan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.”


1. ♥♥Bismillahhirrahmanirrahim♥♥
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. ♥♥Alhamdulillah♥♥
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


3. ♥♥Astaghfirullah♥♥
Jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk.
4. ♥♥InsyaALLAH♥♥
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. ♥♥Lahaulawalaquataillahbillah♥♥
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. ♥♥Innalillah♥♥
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. ♥♥LailahaillALLAH♥♥
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t.

p/s: ♥Amalkanlah dan semoga jiwa anda lebih damai♥♥


Friday, October 29, 2010

Gadis Melayu 3 - Rina Salleh.







Congrates buat Rina Salleh yang menjuarai Gadis Melayu musim ke 3 ! Rina nie juga seorang blogger dan menjual shawl , inner dan pakaian secara online kalau u all nak tahu..

SHAH ALAM: Selepas tiga bulan Gadis Melayu musim ketiga bersiaran, malam kemuncaknya yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, Jumaat menjadi milik Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, selepas diumumkan sebagai juara.

Dengan kemenangan tersebut, gadis berasal dari Subang Jaya, Selangor itu berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM160,000 berupa wang tunai RM30,000, set mutiara Rafflesia RM120,000, barangan jenama Singer RM10,000, trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal dan jambangan bunga dari Creative Creative Gift.

Wah, Best kan?.. Tahniah Rina..

Monday, October 11, 2010

Ujian Hidup..



Assalmmaualaikum..

Ujian..
Beratnya ujian ini.. Tapi, mungkin ia satu cubaan untuk memperbaiki pahala amalanku. Terimalah dengan hati yang tabah..

Semalam, saya lalui satu presentation lagi. Sehingga larut malam jam 11.00pm lebih memandangkan combine dgn pelajar fulltime electif. InsyaAllah, jumaat nie tamatlah segala presentation untuk sem ni.. Tapi, sebelum tu, perlu bersusah payah menyiapkan segala amanah yang diberikan. Bukan mudah untuk menjadi pelajar PLK yang berjaya. Kadang-kadang perlu menolak ke tepi perasaan sendiri, kadang-kadang perlu menolak perasaan segan yang menebal dalam diri, kadang-kadang perlu menolak keutamaan demi mencapai kejayaan. Bak kata orang, “kalau malu atau segan, rugilah!...” Jadi, perlu yakin dan berani lah!

Tak penat ke?
Ramai bertanya, tak penat ke 2 tahun setengah dah lepas. Ada lagi setahun setengah..
Jawab saya.. “Tentulah, penat!.. Sabar ajelah. Kalau ia satu pilihan yang telah dibuat, kenalah sabar melalui jalan nie.. Bukan senang nak dapat peluang, dan bila dah dapat peluang pula,kita kena ingat bukan senang nak capai lagi sesuatu dalam peluang itu.. Hasil dalam peluang yang menanti di depan mata tu..

Semester nie menanti 4 kertas peperiksaan akhir (final exam) yang akan bermula beberapa minggu sahaja lagi.. 2 minggu jer lagi (14 hari) , jadi ia bukanlah sesuatu yang mudah.. Tetapi, bukanlah juga yang mustahil.. Perlu dan perlu kekuatan fizikal dan mental untuk berusaha sekuat mungkin..

Persediaan? InsyaAllah.. fizikal dan mental. Sebaiknya untuk menjadi insan yang dirahmati dan dilindungi..amin.

Buat rakan-rakan yang sentiasa membantu demi mengejar sebuah nilai dan harga kejayaan ini, jutaan terima kasih diucapkan.. InsyaAllah, budi anda akan dikenang selagi nyawa di kandung badan.. Hanya Allah yang mampu membalasnya..

Salam Peperiksaan buat semua..



Sunday, October 10, 2010

Menghayati Erti Hidup..





Assalammualaikum..

Buat tatapan semua pembaca Blog KataHatiPuteri,

Terlebih dahulu, izinkan puteri mendoakan anda semua berada dalam lindunganNYA dengan penuh keberkatan dan dilimpahi hidayahNYA.. Bukan mahu menulis cerpen yang tiada berkesudahan. Namun, ia sekadar coretan di kala hati menerima magnet tekanan..

Tekanan, masalah.. Siapa tidak ditimpa tekanan,masalah kan? Jadi nak tak nak kena kuat hadapi masalah dan tekanan yg datang walau kadang kala kita goyah kan? Dan, siapa yang ada di sisi ketika diri dilimpahi masalah? Hanya diri sendiri yang mampu membetulkan segalanya. Bukan mahu mengadu dan mengeluh.. Jauh sekali menolak takdir dan ujianNYA.. Entahlah, hidup perlukan kematangan dalam membuat keputusan dan percaturan. Antara ke hadapan, ke kanan, ke kiri mahupun sedikit ke belakang..

Tapi, apapun.. kecekalan dan kekuatan diri InyaALLAH akan ditangani dengan tenang. Semoga pasti ada cahaya menyinari hati yang sabar di satu sudut di penghujung jalan ini..

..........................................................................................................................

Sedikit renungan mungkin dan tauladan buat semua,
Mari kita renungkan dalam-dalam,
Mari kita faham dan renungkan sama-sama..
Agar kita sama-sama menjadi insan yang diredhai,
Diberi hidayah dan keberkatan hidup yang sementara ini..
Walau diri bukanlah yang terbaik..
Tapi, cuba sedaya upaya untuk menjadi antara yang menuju kebaikan
Dan keredhaanNYA..

Bukankah kita sudah tahu,
Dunia ini adalah sekadar perantara dan persinggahan antara dua destinasi,
Destinasi pertama adalah ketika kita semua masih dalam kandungan ibu,
Dan, akhirnya destinasi yang kekal di akhirat yang abadi..
Di sana kita dinilai, dipertimbangkan segala amalan,

Sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan salah dan silap,
Mungkin dulu kita pernah melakukan salah dan silap
Yang mungkin tidak dapat dimaafi..
Walau apa pun salah kita... walau apa jua silap kita,
Samaada besar, kecil, sederhana..
Kerana kita manusia..Sering alpa, leka, lalai..
Kadangkala kita sering menyalahkan takdir..
Menyalahkan siapa sahaja yang ada di hadapan..
Sedang kita tahu ia adalah silap kita..

Allah telah menciptakan syaitan yang berperanan memang menyesatkan manusia,
Menggoda, menaburkan keindahan duniawi semata,
Menjanjikan kenikmatan dan kelazatan dunia..

Dan, jika hari ini kita tersedar dari silap dan salah yang pernah kita lakukan..
Kita seharusnya bersyukur diberi hidayahNYA..
Bukan ketika nyawa sudah berada di penghujung..
Buat sesiapa yang mengenali, ampuni salah dan silap
Samaada sengaja mahupun tidak..
Kerana sesungguhnya diri ini insan yang biasa..
Tidak lepas melakukan salah dan dosa..
InsyaAllah.. jika hati tekad membawa perubahan diri
Dari sudut hati yang bertukar menjadi bersih,
Persis mutiara di lautan..
InsyaAllah, hidayah itu milik kita...
Semoga kita semua diberi petunjukNYA ke jalan yang lurus..
amin..

Saturday, October 9, 2010

Tak Berani pada Cinta Ciber.





Salam..

Hmm, ade dua comment dari entri terakhir di blog katahatiputeri ni..

Pertama dari honeysour's blog dan satu lagi dari cintaoteho (cik wieyah - hantwo)
Semuanya komen utk jgn percaya sgt pd cinta ciber nie..

Betul.. Bukanlah maksudnya sombong dan terus hilang traffic puteri sebab benda-benda macam ni.. Tetapi, mungkin puteri terlalu baru dalam berbloging, jadi.. tak berani la nak menghadapi realiti bila ada someone yg agresif dan mendesak mcm dalam entri sebelum ni.

kan better be honest and show ur identity by many ways.. dun be secret admirer. I'm scared. Rasa nak masuk balik perut mak.. miss my mum and her so yummy food and can't wait to cook for her then.

So, apepun.. puteri happy sebab, Alhamdulillah.. penantian sudah berakhir. Jap lagi adik kesayanganku akan hantar sekeping kertas yang bernilai.. name die adelah.. hehe. u all teka la. dari mr. nuffyyyyy. bernilai kecik jer tapi, amat berharga dan berguna buat puteri. what do all think? yay!.. kalau sebelum ni puteri kecoh2x bising2x but then, skg i wanna wish thanks a lot nuffnang. Buat my sis, tq jadi account department kakak. tak saba juga utk adik dpt sekeping kertas itu soon.. work hard adikku!!.. and pagi nie jer dapat makan free lagi.. macih kakak uma a.k.a ketua uma yg garang!:D

Friday, October 1, 2010

Mood Blogging Hilang..


Assalammualaikum..

Salam syawal kawan-kawan.. Saya kira masih syawal lagi dan di kesempatan itu weekend nie memang masih terus beraya versi Uitm.

Malam nie puteri rasa hilang mood nak berblog lagi.. Mungkin itu adalah caranya utk puteri mendiamkan diri, atau puteri dapat menghindari fitnah.. dan lain-lain lagi.. Ye lah, dalam diam ada peminat misteri *peminat ker:D Nanti u all judge ye conversation tu.. atau stalker yang terlalu mendesak. Maksud mendesak nie : iye2 nak b'kawan rapat.. niat baik sgt, puteri hargai sgt.. memaang at first so sweet.. tapi, bila puteri nak pastikan blog dier, dia tak nak pula beri. Ye la, puteri ada hak nak tahu, kenal, selidik sape yang berniat murni nak kenal puteri tu.. Tapi, dia salah anggap macam-macam, sindir, dgn ayat yang agak kasar, betul-betul menyentuh hati dan kesabaran puteri. Memang nak nangis la.. Salah ker puteri xberi no fon? Mestilah kita nak pastikan pada siapa no fon tu diberi kan?? Kalau u all nak baca, bole.. nanti puteri upload later..







Tapi, bila fikirkan semula, puteri rasa perlu teruskan BERBLOGGING asalkan atas niat yang betul.. Buat apa hanya kerana satu sebab, puteri nak stop hobi, dan rutin harian puteri ni.



: assalamualaikum
: maaf menganggu tidur mu
cahayamataku_ain: salam..
cahayamataku_ain: taklah.. saye study
cahayamataku_ain: bole saye tau siapa nie?
: name (hidden)
: maaf menganggu anda
cahayamataku_ain: name hidden
cahayamataku_ain: (hidden) mane nie?
: (hidden)
cahayamataku_ain: xadalah..
cahayamataku_ain: (hidden)?
: awak cute, cantik, manis
cahayamataku_ain: thanks..
: tak tahu (hidden) tak pe...
cahayamataku_ain: dpt ym dari mane?

: sorry
: blog awak
cahayamataku_ain: bukan xtahu.. pelik.
cahayamataku_ain: oh, blog..
: saya merayau ternampak awak yg manis
cahayamataku_ain: amboi..
: single n available ke?
cahayamataku_ain: hehehehe..
cahayamataku_ain: kenapa tanye?
: kalau tak available dsaya tak nak ganggu
cahayamataku_ain: bole tolg beri url?
: ygs aya tanya tak jawab lagi
cahayamataku_ain: url awak? saye xperasan la mane satu.. tapi, memang familiar name ni..
: he heeee
cahayamataku_ain: xpyh la nak jawab..hehe
: kalau tak jawab, tak yah teruskan laaa
cahayamataku_ain: xper la at least saye bole selalu up traffic (hidden)
: saya suka berterus trang
cahayamataku_ain: tak kisah.. ape niat (hidden) sebenarnye?
cahayamataku_ain: huhuhu..
: nak kenala waklah
: nak kenala wak
cahayamataku_ain: kenal jer la..
cahayamataku_ain: ok jer..
: kalau boleh nak lebih dari kawan
cahayamataku_ain: tapi, nak check blog awak dulu bole tak?
: sebab tus aya tanya available or not
: blog saya utk yg still available jer
: kalau awak tak jawab tak mengapa
: saya boleh keluar
cahayamataku_ain: kena classifiedkan single jer bole view blog awak?
: minta maaf banyak banyak sebab menganggu
cahayamataku_ain: xder la..
cahayamataku_ain: xnak la nanti blogger kata saya sombong pulak
: are u still available or not?
: answer me plz
cahayamataku_ain: selagi kita masih belum married is still single right..
cahayamataku_ain: ok, now url?
: but not aVAILABLE?
: ARE U AVAILABLE?
cahayamataku_ain: yes available.. tapi, bukannye i blogging for find somebody
cahayamataku_ain: nie nak kenakan org ke (hidden)?
cahayamataku_ain: :-/
cahayamataku_ain: ape2x nti awak tinggalkan mesej di chat box.. i'll reply ye...tq
: alahai
: apa lak cakap cam tu
: saya yg nak cari awak
: kalaus alah tak pe lah
: fikir buruk lak. ingats aya jahat sangat ke nak kenakan org?
: tak sudi tak mengapa
: u take care
cahayamataku_ain: hmm, mb
: i undur diri
cahayamataku_ain: tq
cahayamataku_ain: k
: cam sombong je
: end
cahayamataku_ain: xsombong.. nak ckp ape eh? bye safwan..
cahayamataku_ain: eh, now i remember
cahayamataku_ain: btw, just forget it!
: i tahulah u acntik, jadi rtebutan ramai siswa (*dlm hati : mane ade cantik.. rebutan???? Oh, xder pun. Ramai lg yg lebih cantik dari puteri tau)
: ok
: i pun tak minta sedekah kat u laaa
: end
cahayamataku_ain: xder la.. xpernah bagi harapan kat org pun..
cahayamataku_ain: dan semua saye layan baik..
cahayamataku_ain: xder.. saye xanggap macam tu pun okay..
: saya bukan minta sesuatu dari awak
: saya nak kenal dan nak rapat dgn awak
: mudah je
: nak atau tak nak
: tak yah nak buruk sangka
cahayamataku_ain: ye.. ok, fine.. kalau tu yg buatkan awak xanggap saya sombong
: tak nak pun saya tak marah
cahayamataku_ain: ok..
cahayamataku_ain: kenal bole..
: saya sedar saya sapa
: tak setaraf awak (* dlm hati… taraf ape pulak eh)
cahayamataku_ain: rapat tu.. hehe.. takut la..
: dahlah
cahayamataku_ain: hehe..
cahayamataku_ain: sape awak nie..
cahayamataku_ain: merendah diri jer
: saya niat nak kenal bukan nak gaduh
: tak nak tak per
: saya keluar selama lamanya
: tak ganggua wak lagi
cahayamataku_ain: nak mintak tolg cooperation.. bole beri url blog?
: alahai
: dah awak tak suka saya, buat apa nak url?
: dulu pun dah beri, awak tak layan
cahayamataku_ain: la..(hidden) yg dulu tu ke?
cahayamataku_ain: Ya Allah..
cahayamataku_ain: lame xsinggah blog saye?
: yg mana satu?
cahayamataku_ain: sebab awak kate dah beri dulu..
: saya tak ingat url
cahayamataku_ain: are u okay?
: saya main terjah je tadi
: awak pk saya tak ok?
: awak pks aya sakit atau gila ker?
: apa pun ain, Abang tetaP SUKA AIN
: abang tak malu nak kata, I LOVE YOU DEAR!
cahayamataku_ain: tq
: ain nak marah pun marahlah
: tapi abang suka ain, nak sayang ain
: bagi no tepon mak, abang nak cakap dgn mak ain
cahayamataku_ain: erm, saye dah nak offline nie.. salam.. chat next time ye.
cahayamataku_ain: zzzzzz..
: bagi no phoen ain plz
: plz...
: tolong jgn hampakan abang sayang...
cahayamataku_ain: saye dah xlarat nak terima call in.. esok ye.. salam
: abang call esok laaa
: plz
: bukan skang
:
: assalamualaikum ain putriku sayang
: hope u are fine 2day
: wish u all the best n good luick
cahayamataku_ain: waalaikumsalam..
cahayamataku_ain: alhamdulillah fine, tq
: syukur
: sayang tak kuliah ke?
: aik pesal out lak sayang
: sampai ati ya
cahayamataku_ain: saya xconform dgn lelaki yang easy nak panggil org yg baru dikenali dgn sayang semua ni
cahayamataku_ain: cormfort typo error
: up to u nak percaya atau tak
: sebab abang seriuslah, abang mulakan menyayangi ain
cahayamataku_ain: maybe.. sejak bila?
: i am not playing u know...
cahayamataku_ain: mustahil..
: sejak terpesona pertama kali melihat pic ain
: tak pelah kalau ain kata mustahil
cahayamataku_ain: there are so much bad story about ciber world
cahayamataku_ain: kerana sekeping gamba?
: taks emua boleh disamakan
: mengapa saya nak buat kecelakaan?
: dan bukan tk ada mereka yg berkahwin yg mengenali pasangan melalui sekeping gambar atau seutus bicara mellaui cyber?
: sal diam sayang
: letakkan no phoen ain di sini. bila abang dapat, abang akan call ain, plz. tq
: tke care. i love u dear!
cahayamataku_ain: email : cahayamataku_ain@yahoo.com
cahayamataku_ain: no phone : private..
: abang nak cakap dgn ain. kalau emel, sama je macam ym nie
: plZ sayang. malam tadi kata u tired jawab call kan? ain kata nak bagi pagi nie....
cahayamataku_ain: erm, tggu la saya terbuka hati nak bagi no fon. bole? lagipun, saya xakan bg no fon sesuka hati kat org lain.. lagi2x lelaki.. baru kenal..
: uip to u. tapi lebih lambat lah kjita boleh mengenali
: abang katakan, abang sayang ain
cahayamataku_ain: sayang?.. memang mudah nak type kan.
: dan hakikatnya memang tak susah pun utk abang menyayangi ain
: kalau ain tak percaya, tak mengapa tapi jangan ain memandnag rendfah kasih sayang yg abang nak beri pada ain
cahayamataku_ain: ok, saya hargai.. tapi, 1 jer saya takkan beri no fon skg
: abang akan tunggu
cahayamataku_ain: lg 1, kasih sayang tu bukan utk diberi pd org yg baru kita kenali.. melalui blog pula tu
: cuma bmana dapat abang mengenai ain?
: kalaua in tak percaya tak per
: tak ada benda yg mustahil
: bukan seorang dua yg kawin berkenaland alam cyber
cahayamataku_ain: sampaikan hati saya terbuka.. tapi, saya nak buat 1 permintaan bole?
: tak kenal b,ana nak terbuka sayang?
cahayamataku_ain: bole ker?
: kena mintalah dulu, baru abng pertimbangkan
cahayamataku_ain: url blog awak..
cahayamataku_ain: mudah jer..
: bila ain beri no telefon, pada mas aygs ama abang beri apa saja yg ain nak.. termasuklah blog dll
: so, adl dan saksama
cahayamataku_ain: erm, xapelah..
cahayamataku_ain: kalau mcm tu..
: jgn lak merajuk, kecewa
: bukankah, ada ubi ada batas
: manusia sering menuntut kesaksamaan dan keasdilan kan?
: jgn lah diam sayang
: plz saya someting
: i am lonely tau
: abang ada ain sebaGAI KAWAN CIBER JE
cahayamataku_ain: maaf la ye..saya tgh bus minggu ni, minggu dpn da byk presentation & mid term exam
: abangd oakan kejayaan
: lepaS EXAM abang belanja sayang dinner, ok?
: bye sayang
: love u
cahayamataku_ain: tq.. insyaAllah, tak janji.
cahayamataku_ain: papai..
: sayang
cahayamataku_ain: aini dlm chinese language : sayang.. betul la nama saya sayang pun..
: so, ain masih nak memperkecilkan abang?
cahayamataku_ain: bukan maksud tu..
: cubalah ain bwri abang peluang dlu. lepas kita kenal, kalau ain rasa abang ni tak setaraf ain, fine, abang boleh blah
cahayamataku_ain: cuma, ade la sikit ragu2x..
cahayamataku_ain: setaraf?.. xder taraf ape pun.. biasa jer.. manusia biasa
: sikit sikit ragu tu biasalah
: manalah tahu..
cahayamataku_ain: ciptaan Tuhan..
: abang tak kenal lagis apa ain.. tah tah anak orang berpengaruh atau berkedudukan
cahayamataku_ain: kalau sebab tu la nak berkenalan dgn saye.. tak pe la better awak lupakan.. saya xada apa pun nak dibanggakan..
: alooo, saya sayanga wka bukan sebab nak harta awak laaa
cahayamataku_ain: anak org biasa2x jer.. asal pun memang kampung.. sebab tu kena baca blog dulu baru bole kenal..
cahayamataku_ain: ok x..
: ain fikior abang kawan dgn ain nak kikis duit ain ?
cahayamataku_ain: takde la..
: u tink, abang ni bangsat sangat ker? (*dlm hati : mesti orgnye panas baran.. tatut)
: kalau begitulah pemikiran ain....
: abang rasa menyesal tau
: berlakunya perhubungan ini (*dlm hati : bile mase ade hubungan)
cahayamataku_ain: astagfirullah.. nape ade ayat2x yg xbest tu?
: kenapalah ramai gadis yg suka menghina lelaki, memperkecilkan lelaki (*dlm hati : kesiannyer..xbermaksud pun..)
cahayamataku_ain: xbaaik nak menyesal..sebab kalau awak rasa menyesal, apa lah daya saya.. maaf saya x biasa membahasakan nama awak ke "abang" sebab kekok
cahayamataku_ain: saya xpernah menghina mahupun nak memperkecilkan.. saya hargai.. maaf kalau saya xsopan..
: tyak pelah
: apa leh buat
: saya sedar diri saya sapa. walaupuns aya tak kaya, miskilah tu, saya tak pernah berniat kenal awka nak tumpang kemewahan awak (*dlm hati: mewah.. ape la yg mewahnye kalau... xnak sambung)
: dah awak hina saya begitu, saya terima jelah
cahayamataku_ain: kaya? sapa kata saya kaya?
: tak pelah
cahayamataku_ain: saya xhina pun..
: awka kaya ke mewah ke, itu kelebihan awak
: saya dah kecik hati dnegan cara, kata-kata awak
cahayamataku_ain: Ya Allah.. saya cuma kaya iman dan hati. mungkin..
: niats aya yg suci tu awak nodai dengan sikap prasangka awak
cahayamataku_ain: ye ke.. maafkan saya ye.. nak saya panggil abang juga ke?
: disebabkans aya sayanga wak hanya kerana blog/cuber
cahayamataku_ain: Ya Allah.. jangan la sampai mcm tu
: tak payah lah awka panggil jika terpaksa. saya pun tak suruh
: nak buat apa awak buat perkara yga wka sendri tak suka
: itu hipokrit namanya
cahayamataku_ain: 1. saya bukan xsuka, tapi saya tak kenal.
cahayamataku_ain: 2. saya bukan xhormati awak, saya bertegas sebab saya wanita yg lemah kena kuat
: awak pks aya nak merosakkan awak?
cahayamataku_ain: 3. Saya tak hipokrit, tapi saya berterus terang
: kenapa mesti banyak betul sangka buruk awak pada saya sednagkan kawan kawna lelakia wka tu ada yg lebih tersduk daris saya tapia wka layan lebih mulia
cahayamataku_ain: takde.. kena kuat tu abstrak.. maksudnye, kena la bertegas.. kalau awak dah kenal saya maybe awak tak akan kata camni
cahayamataku_ain: ye ke..
: tak pelah
cahayamataku_ain: maaf kan saya tau
: saya ikhlas nak mengenalia wak, nak sayanga wak
cahayamataku_ain: ok,
: saya bagi bunga
: jika awka tak terima tak per
: tapi usahlah dibalas dnegan tuba
: kalau pun kita tak berbudi bahasa, org tua tua kata jgn pula kita berkasar bicara
cahayamataku_ain: Ya Allah..ok saya ok.. fina. bole lagi berbual dgn awak walaupun saye takut2x..
cahayamataku_ain: ye la.. saye xfikir negative pun..
: tak pelah kalau awak ketakutan kerana saya, tak da maknanya
: saya berkawan dgn awak
cahayamataku_ain: tak, saye memang takut ngan semua kwn yg baru kenal..
: tak payahlah saya umpama melukut di tepi gantang, orag dah lah tak nak,s aya lak yag tak senang
: dalam berkawna ni, ada give n take
: jika awak tak mahu memberi mahupun menerima, fine
: awak tak rugi apa-apa
: malah membuang msa awak je
: awka naks aya keluar, saya boleh keluar dan jika itu akan menjadi awak tidak takut, saya lakukan utk awak
: semoga awak berpuas hati, gembiar dan berjaya selalu
: biarkans aya terus mencari jika jika ada insan yang boleh memahami saya
: ampund an maafs aya seadanya jika silap kata tutur bicara
: mengapa awak diam? dah ebnci sangat ke?
: dah benxci saya sangats angat ker?
cahayamataku_ain: maaf la ye..
: oklah
cahayamataku_ain: siapa la awak nie ye.. erm, camne nak ckp ye..
: hina bila memohon kasih sayang org
cahayamataku_ain: ok, tadi saya baca surah yassin buat aruah kembar saya,
: lagi baik minta sedekah di tepi jalan
cahayamataku_ain: maaf la saya sebok
: ok, tak perlu cakap apa apa lagi
: end



Ok, now you all, puteri x print screen tadi. So copy paste jer..Yang pasti, nama dah dirahsiakan.. So, u all judge, sape yg kejam??.. Puteri ker? Kasar sgt ker bahasa puteri? rase nak nangis jer tau.. first sebab kesian. Kedua sebab die cam marah n maki puteri.. Nak kawan kena cakap kasar mcm tu ker? ke org tu panas baran???... Tiddddaaakakkk..puteri xsuke org panas baran ok.. Jadi, puteri pun nak say papai la kat u all.. Puteri buat entri nie dgn harapan "dia" baca dan ketahuilah.. puteri hargai sgt2x.. thank you so much!!.. jangan pernah membenci/ jangan pernah ada benci.. kalau ade masa visit blog puteri dan tegur2x lah di blog.. nak tido awal. esok mahu gerak seawal 9.15am utk beraya versi uitm friends.. papai sume..

polis!!.. tolg jage saye:D

Thursday, September 30, 2010

Cinta Ciber..






Assalammualaikum buat tatapan semua pembaca blog KataHatiPuteri,

Sebenarnya puteri terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan semua, pemahaman semua agar semua blogger yang fanatik faham dan tidak menyalahanggapkan tindakbalas puteri.

Okay, secara lebih jelas dan umum apa yang puteri katakan nie berkisar pada tajuk "Cinta Ciber" sesama blogger.. Dan puteri bukanlah seorang yang mudah terjebak pada Cinta Ciber. Sebenarnya, niat utama puteri menceburi dunia Blogging nie bukanlah untuk "mencari cinta" atau pun memburu seseorang. Jauh sekali mencari perhatian..

Dalam 2 tahun membesar dan matang melalui dunia penulisan blog yang bagi sesetengah orang amat membazirkan masa ni, puteri mulai +ve dalam berkomunikasi, dan menolak pendapat yang mengatakan blog membuang masa. Berbalik pada "Cinta Ciber", bagi puteri memang tak dinafikan ada baik dan buruknya menjalinkan rasa hati melalui dunia ciber sebagai platform titik perkenalan dan pertemuan. Puteri tidak menyangka sama sekali, penulisan puteri mendapat perhatian seseorang.. Secara umumnya, sedari dari awal mungkin seseorang akan mengkaji, menilai insan yang diminati seterusnya meluahkan rasa dan perasaan di hati apabila cinta mulai berputik dan mungkin membuak-buak untuk disampaikan kepada insan yang diminati. Amat beranilah seseorang yang meluahkan rasa cinta dan hatinya dengan berkata jujur dan memperkenalkan dirinya yang sebenar. Namun, ada sesetengahnya yang hipokrit dan tidak jujur mengakui identiti dan personaliti diri..

Justeru, bila ditanyakan soal percaya atau tidak, mungkin pada puteri jauh tidak mempercayai dan mengakui kebenaran niat seseorang itu.. Maksudnya, puteri amatlah sukar nak mempercayai "perkenalan ciber" yang bukan perkenalan biasa. Tetapi, menjadi luar biasa apabila insan itu terlalu fanatik dan hipokrit. Ada sesetengah berkata, u tak tahu.. Mungkin dia ikhlas dan benar jujur dengan perasaannya. Kemungkinan dia tidak bersedia dan berani berterus terang pada pertama kalinya.. Cuba kenali dia sejujurnya dan nilailah apabila tiba waktu yang sesuai..

Nak menilai lagi? Sudah terang lagikan bersuluh, dia datang memang membawa niat yang baik. Ukhuwah, tapi.. niat yang suci tu terpadam oleh keinginan yang drastik! Hanaya kerana sekeping gamba, terpesona pada kecantikan anugerah Allah.. Dalam satu masa, keraguan menidakkan keikhalasan kunonnya.. Mana satu yang harus dipercayai?

Untuk mengelakkan penipuan, dan hak sebagai pengguna ciber, puteri tidak akan mudah mempercayai pada sebarang unsur yang meragukan waima dia berterus terang sekalipun. Bukan puteri sombong, tapi.. kita masih perlu pergi ke dunia realiti, bukan masih dipermainkan di alam fantasi.. Sekian buat coretan kali ini.. khas buat sesiapa yang terasa. Okay..



Puteri bukan menolak kata Cinta Ciber nie xbaik semuanya.. Cuma, kena sentiasa berwaspada pada realiti dunia ciber yang sering menjeratkan manusia.. InsyaAllah, selagi puteri akan mempertahankan hak sebagai pengguna ciber dengan menggunkan internet di atas niat dan platform yang betul!.. May Allah Bless me.. Wassalamm..

Monday, September 27, 2010

Lagi 1 Ikon Bloggers..






Assalammualaikumm...

Syukur hari nie puteri berkesempatan update blog lagi.. Buat tatapan anda bloggers, followers, silent readers mahupun visitors semua..

Malam nie puteri terbaca lagi 1 kisah bloggers yg dah pun membuktikan blog salah satu platform untuk mengeluarkan pandangan, memberikan ketenangan dan kegembiraan.. sebab bila anda menulis anda akan merasa enjoy selain dapat mengenali ramai bloggers yang mempunyai minat yang sama..

"Menulis blog kini bagaikan terapi buat diri saya dalam menangani tekanan sebagai pelajar, selain ia juga cara untuk saya merehatkan minda.

"Malah, minat saya ini juga cara yang paling berkesan untuk memperbaiki cara penulisan saya dari semasa ke semasa," kata pelajar tahun satu jurusan Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu."

Bukanlah popular yang dicari, tapi kepuasan yang diperoleh melalui penulisan dalam memberikan pandangan dan cadangan beserta kretiviti masing-masing.
Okay, utk view blog kedua2x adik beradik nie..
sila click to view : Irene. and Aizul.

Sumber : Laguna Merbok's Blog

Saturday, September 18, 2010

EPISOD 9: Andai Impianku setinggi gunung..

"Assalammualaikum..

Biarlah aku mencoretkan rasa yang tersimpan, Di ruang hatiku yang terpendam.. Sekian lama aku fikirkan..

Dalam diari ini aku lakarkan kisah semalam. Semoga menjadi penawar pengubat duka.. Hilang segala kepedihan, mengukir kelegaan.. Wahai masa, nantikan aku meniti usia ini. Wahai jiwa, kuatkanlah imanmu seiring kematangan usia.. Wahai hati, sabarkanlah dirimu. Wahai lidah, bariskanlah tuturmu dengan kata yang bijaksana tanpa adanya tercacat pada pengaruh emosi.. Yang hanya mengeluarkan kata dengan budi bicara yang terpuji..

Sekian, Tabahlah wahai hati.."

Diari biru Ayu simpan kemas di laci berkunci. Takut-takut ada yang masuk menjengah ke bilik lantas membaca segala rahsia hatinya. Pintu bilik ditutup rapat... tanpa dikunci, kerana segala barang berharga dan duit telah disimpan baik ke dalam laci berkunci. Hari kenduri begini sewajarnya ayu menyimpan kemas segala barang bernilai, ye lah mana tahu ada tangan yang panjang. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..

Ayu bergegas turun ke dapur untuk membantu apa yang patut. Sebelum perlu menyiapkan door gift buat para tetamu, membantu mengemas bilik dan lain-lain lagi ayu ke dapur untuk membantu emak dan mak cik-mak cik yang telah datang awal. Semoga tabah selalu, bisik hati kecilnya.

"Ayu, tolong mak long ambilkan kentang tu. Nak kupas sekarang lah, senang petang nanti dah boleh goreng. Orang datang rewang senang tak lah nak mengopek lagi.. " pinta Mak Long.

"Semua ke Mak Long?" soalku.

"A'ah kakak.. Meh, bak sini". Balas Mak Long.

"Kakak, adik tengah apa ya? Mintak dia buat list menu makanan beradab ye nanti.." Pesan maksu.

"Okay mak su.. Adik tengah mandi tadi. " balasku ringkas.

"Kakak, mak ngah tak sampai lagi ker?" emak bertanya.

"Belum la mak. Tadi mak ngah ada mesej ada kat Federal Highway lagi. Kejap lagi sampai la tu.." aku meredakan hati mak yang risau menantikan adik-adiknya yang masih belum sampai lagi.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.. eh, mak ngah. Mak, mak ngah dah sampai ni. " jeritku dalam perlahan.
"Panjang umur.. Sihat Kak Sam? Jom masuk. Minum dulu lah. " emak menyambut kedatangan kakaknye..

"Mak, kakak naik lah, nak siapkan door gift kawan-kawan adik esok. Bilik pun tak siap lagi tu.. Mak Ngah, nanti dah free sikit datang atas eh.. Ayu nak mintak tolong mak ngah siapkan bilik adik jugak.. Ayu nak siapkan doorgift ngan hantaran sikit lagi." pintaku.

"Baiklah sayang.. Tapi kakak, mak ngah nak makan dulu boleh?" gurau mak ngah.

"Boleh lah mak ngah.. Kan ayu kate kalau free. hehehe" sambil tersenyum ayu naik ke tingkat atas rumah.

Kring..kring..kring..

Kedengaran telefon bimbit ayu berbunyi..

"Hello intan. Assalammualaikum.."
"Waalaikumsalam.. ayu. u tengah buat ape?"
"Erm, i tolong adik prepare ape yang patut lah.. hehehehe.. u jangan lupe datang esok tau intan. " pesan Ayu.
"Mestilah.. i kena datang ayu.. adik best friend i kena la datang. By the way beb, u tak jadi nak jemput boy friend contract ker? hehehe.. " sindir intan.

"Hehehehe.. tu la intan. Tak jadilah.. U cakap kat khairul, i cancelled ye beb. Sian die nak menjadi pelakon jer. I pun segan lah.. Nanti orang ingat i betul-betul dah ada boy friend dan mengharap pada khairul tu mati la i.. But then, i kena kejar dengan girl friend khairul nanti. hehehe.." senyum puteri berbunga ria.

"Tapi, die asyik tanye jer.. U tahu tak yang sebenarnya khairul memang ada hati ngan u ayu? One more thing, khairul ngan shiya tak ada apa-apa lah."

"Gosip apakah yang intan melodikan nie... bisik hatiku."

"Cin Intan sayang, tak berminat lah!.. hehehe. eh, anyway, mintak maaf pada khairul ye. Jangan la dia salah faham ye. I dah insaf, i redha dengan ketentuan.. Whatever la orang nak cakap ape pun and i am okay.. Doa yang baik-baik sahaja okay intan. I akan kuat dan cekal. I am what i am.. Tak perlu lah nak contract boyfriend. I just berharap dan berdoa semoga one day i dapat find someone twin. I mean i nak find lelaki yang ada twin so that mereka lebih memahami i more.. Boleh tak?" ayu bertanya sambil tersenyum.

"Takpe lah.. bagus lah u dah sedar.. k, i'll send your message to him. Tentang twin tu so sweet.. But, tingginya impian u. Ingat senang.. Apepun, i'm always pray for u.. amin.. Ok lah,stop dulu ya.. Kita chat later and see you tomorrow ayu.

"Okay intan..Assalammualaikum. bye"
"Waaalaikumsalam. bye.."

Lantas ayu menyambung cas elektrik pada bateri henfon yang semakin berbunyi untuk diisi.

"Adik, nanti sediakan list menu makan beradab ye.. Mak Su nak tengok.."

.................Bersambung...............

Friday, September 17, 2010

Tak Caye?.. Bacalah..

Salam semua,

Mungkin ia topic yang dah lama bagi anda, rata2x bloggers dah buat entri ni last time(last weeks or days). But then, once i dpt connection dgn stremiyx ni barulah i dapat baca.. Jom share about nuffnang.. U all ragu-ragu, xpercaya tentang nuffnang? Okay, then puteri share satu article newpaper online nie.. Let's read.. C.L.I.C.K

Friday, September 3, 2010

Hidup Seorang Blogger. Maklumat atau pengetahuan bloging baru.


Assalammualaikum..

Apa yang seronok sgt dalam kehidupan seorang bloggers?.. erm, biasa jer.. tak ada beza dengan orang lain.. Sama jer puteri yang dulu tak ada relationship dengan internet dan puteri yang memang lappy addicted.. :D, sebenarnya apa yang seronok sgt dalam konteks entri ini adalah ; Sgt gembira blog puteri dibaca oleh seorang readers dari USM, sedang dia follow blog pu3, make puteri pun add la facebook adik ni.. Apa yang menariknya puteri dapat satu informasi baru yang meyakinkan lagi niat utk google adsense sebelum nie...

Again..new information that i wanna ask everybody.. Anybody wanna explain to me?.. Tapi, rasanya puteri dah cukup faham tentang new info nie.. Cuma, masa yang membataskan untuk puteri memulakannya.. Google adsense, memang dah lame nak try.. Cuma belum lagi berkesempatan dan tak cukup keyakinan sebelum ni nak mencuba.. Tapi, insyaALLAH, kali nie dah yakin sangat memang puteri nak cuba dan sangatlah berbesar hati nak sertainya.. insyaAllah, cuti sem kot.. Semoga diberkati..amen..







English.. erm, bile sebut tentang bahasa yang digunakan dalam google adsense weblog "hanya English".. ramai yang takut.. Puteri pun bukanlah bagus sangat dalam English.. Kalau tak dah banyak article puteri leh create earning.. But, belum lagi.. But, tak bermakna puteri tak boleh dan tak mahu mencuba.. InsyaALLAH, i'll try improve my english.. Kalau english bagus memang that's advantages for us to build our own $$$$$ in this developed and cyber days.. Yang pasti semoga weblog baru nanti bakal melatih puteri untuk menulis dalam Bahasa English dengan lebih baik.. Ye la, bak kata mat saleh, Practise makes perfect tau.. ^_^




Ok, chat dan conversation di atas banyak membantu meyakinkan puteri tentang adsense.. Nantilah... ada masa puteri create.. Dan yang pasti puteri harap nuffnang dapat collect some more by end of this year..InsyaAllah.. kali nie mahu tiga angka!.. Jadilah, dari xdapat apa2x.. nak 4 angka impossible by end of this year :D

Semoga semakin ramai knowledge bloggers yang akan memberikan sokongan pd blog puteri ye.. Tq semua... I'm sure i'm not weasting my time and i'm lucky sebab dapat followers yang informative and memang tak kedekut info nak share.. Thanks! ;) Sehingga bersua di lain ketika!.. Ada info yang dpt create earnings dan etc, puteri will share to all.. Keep in touch! ;) Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin... =)
Dan, tadddda... saya lah.. sebaik selesai test tadi.. balik uma sihat.. then rasa xsihat lagi.. weak again.. please demam... go away..

Wednesday, September 1, 2010

KataHatiPuteri Diabaikan?..

Assalammualaikum semua,

Selamat pagi ya.. erm, jam skg dah menunjukkan tepat pukul 3.30pagi.. hmm, mata puteri masih tak mengantuk lagi, mungkin sebab puteri dah tidur terlalu lama semalam.. Dua tiga hari yang lepas puteri demam, tidur je la.. penat sikit, lesu, letih dan terasa sedikit tak selesa atau sakit mesti akan tidur,.. jadi, hari nie puteri langsung tak terasa mengantuk. Tu yang dapat bertahan sampai ke pagi ni... Alhamdulillah..

Di kesempatan yang puteri rasa sangat baik nie, amatlah bagus kalau puteri manfaatkan untuk mencoretkan sesuatu dalam blog katahatiputeri ini.. Ialah, sedangkan blog puteri yang lain berganti2x entri, blog yang satu ini seolah-olah diabaikan.. Eh, betul ke? Tak sebenarnya.. Puteri bukan mengabaikan, bukan juga ketandusan idea, dan bukan menganaktirikan, cuma kekangan masa mengatasi semangat utk berblog ni.. huhuhu..

Erm, skemanya ayat.. U all ada fikir maca tu ker? Bagi puteri, terpulanglah bagi sesiapa pun nak menilai..Yang pastinya, pu3 selesa dengan identiti tersendiri.. Tapi, xder la skema sangat kot..

Sebenarnya, sebelum puteri terlupa, disini juga puteri ingin maklumkan kepada semua pembaca blog puteri, pengikut setia ataupun pengkritik2x (tak banyak pun).. insyaALLAH, puteri akan senyap dulu buat seketika waktu dalam berblog memandangkan pu3 akan bercuti raya mulai sabtu ni.. So, almost 2 weeks tanpa talian network dan internet yang akan mengurangkan traffic dan UV agaknya.. Hoho.. Tak dilupakan, buat semua bloggers maaf dipohon, kata diatur atas salah dan silap, khilaf dan kekurangan yang tak disengajakan.. Manalah tahu dalam berbicara ada mengaibkan sesiapa, dalam menulis ada menguriskan hati sesiapa, dalam berkretif ada mengecilkan hati sesiapa.. Apa pun maaf dipinta.. Bile sebut tentang raye nie.. pu3 dah pau abang long wit raye.. hohoho.. ye la gomen dapat 500 kan, so, minta lah sikit.. hehehe.. tapi, puteri mintak sebab nak gune tau..buat ape tu xbole lah beritahu.. too personal. tapi, keperluan la bukan kehendak.. dan abang dgn bermurah hatinye beri la sikit amount yg puteri perlukan.. after pu3 pujuk.. shukkeee.. semoga murah rezeki abang.. amen..

Apapun, sebagai kata akhir buat blogger yang rajin tu, sila2x datang dan ziarahi blog pu3 eh.. Puteri akan kembali aktif mengupdate rasa hati, pandangan, pendapat, info dan penulisan kretif - novel mulai seminggu raya, insyaALLAH... So, stay tune okay..


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin k..


with luv,
pu3

Thursday, August 26, 2010

Sampaikan walaupun satu ayat..

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA

'Sebarkanlah walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama
untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,
sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah
hu Akbar'......maha suci Allah. ->>>Baca Selanjutnya....::
S.I.N.I::

Monday, August 23, 2010

❤❤ Ya Allah.. Ku damba KasihMU..❤❤

❤❤ Ya ALLAH, Berilah kpdku petunjukMU.. Berilah aku kurniaanMU, Berilah aku kasihMU, bukan niat menolak anugerahMU, Namun sesungguhnya hati keliru dan pasrah, Jangan biarkan aku sendiri..Ku yakin, selepas ini aku redha dengan takdirMU..Amin ya Rabbal Alamin.❤❤

Saturday, August 21, 2010

EPISOD 8 : Usah mencari suatu kesempurnaan.. Kelak cinta itu pergi buat selamanya.

Ayu menatap buku motivasi kegemarannya hasil tulisan Dr.HM Tuah Iskandar al-haj, sesekali dia termenung..

"Erm.. Jinak-jinakka diri anda dengan sungai sebelum membeli joran. Biar tidak mendapat ikan kerana tiada joran daripada ada joran tetapi disengat ikan.. Kelakar juga kata-kata hikmah ni.. " kata hati ayu sambil tersenyum.. Betul juga kata Dr.HM Tuah ni, hati ayu berbisik lagi.

Seketika fikirannya melayang, mengenangkan tragedi semalam..

Mungkin, aku yang terlalu mencari kesempurnaan.. Tapi, bukankah kita seharusnya menilai dari pelbagai sudut dan segi agar kelak tidak merana... Namun, jika dibiarkan kelak cinta itu akan pergi buat selamanya.. Tapi, bukankah semua tu soal jodoh.. Kalau memang dah takdir ketentuanNYA, semuanya pasti kemas teratur oleh Allah s.w.t. M
onolog dalaman ayu akhirnya dikejutkan oleh setiausahanya, anne.

"Assalammualaikum cik ayu.. Mengelamun ker?" anne menyapaku dalam senyum.
"Anne nie, ada2x jer!.. hehehe.. tak. saya cuma rasa geli hati bace words Dr.HM Tuah ni.. cuba awak baca sekejap".

Lantas buku novel motivasi ayu yang menjadi koleksi bahan bacaannya di kala kebosanan, lemah dan bersemangat bertukar tangan.

Anne dipandangnya turut tersenyum.
"Ia lah cik ayu.. Kelakar!..Tapi memang betul.." anne mengiyakan.
"Cik Ayu jangan risau.. Cinta akan datang bila tiba tanpa disangka-sangka. Cinta juga anugerah ALLAH kalau sampai serunya. Jangan cik ayu takut, sebab cik ayu muda lagi!.." kata-kata semangat dari anne yang lincah betul-betul menambahkan lagi semangatku!.

"By the way, Thank You Anne. Awak antara orang yang menyokong saya. Kalau orang lain dah siap nak match matching lagi.. adoi, macam lah saya nie desperate pulak"
"Erm, diaorang tu memang dengki!..hehehehe.. Taklah cik ayu, diaorang sayangkan cik ayu tu.. "Balas ayu.

"Kalau sayang sabar lah kan.. " ayu membalas ringkas seraya tersenyum.
"Tak apa, nanti saya explain kat diaorang ye cik ayu. Saye kan jurucakap cik ayu.. hehehe..Oklah cik Ayu, anne nak siapkan Report dan minute meeting yang cik Ayu minta semalam. Petang ni pukul 3.30 kan meeting tu?"Ayu meminta diri.
"A'ah..dun forget remind all tru email ya Anne." pesanku sebelum Anne beredar dari pintu.

"Baik Bos!" anne mengakhiri perbualan sambil tertawa meninggalkan bilikku.

Anne.. itulah setiausahaku, dialah temanku dan motivatorku. Tak sangka kali pertama aku berjumpa dengannya ketika interview lah.. Anne orangnya lincah dan memang suka lompat kerja.. Katanya mahukan pengalaman dan persekitaran baru.. Aku yang mula-mula tidak yakin dengan Anne diyakinkan oleh Dato Zakaria.. Katanya, biarlah kita mencuba. Aku takut sangat dia kerja tak lama.. Aku takut dia nak cari pengalaman baru pulak setelah kerja dengan aku selama setahun ke, paling parah sebulan atau seminggu.. Rupanya jangkaan aku salah sama sekali. Anne memang seorang yang rajin, cekap dan bijak. Dia memang cukup komited dengan kerja dan tugasan.. Tak sangka juga aku boleh menjadi kawan baik dengan setiausahaku sendiri..

Kring3x..kring3x..

"Hello, g.morning..ayu speaking."
Lamunan Ayu terhenti oleh panggilan telefon dari syarikat Cemara Construction.

......Bersambung................

Thursday, August 19, 2010

Blogger nie kategori Penulis yang Baik?






Asslammualaikum semua pembaca blog katahatiputeri,

Selamat Pagi semua..

Pagi nie puteri ade terbaca entri dari salah seorang blogger bernama ejam, yang mana beliau mengupas and share with all tentang perihal blogger yg dikaitkan dengan seorang penulis yang baik.. Bagi puteri, erm, memang tak dinafikan peri pentingnya entri yang menarik, kretif, matang dan berinformatif utk tatapan pengunjung blog dan pembaca blog. Namun, tak semua blogger telah mencapai tahap penulisan yang baik. Puteri pun tak lari dari masalah tu.. Bukan baguih sgt pun tulisan puteri nih.. ngee~ Tetapi puteri buat yang terbaik untuk berkongsi pengalaman, informasi, dan lebih penting menulis berdasarkan misi sebagai penulis blog iaitu apa? Thehehehe.. of course citer about nuffy.. huhu~ One more thing, nak menulis skema sgt xder orang nak bace plak entri tu.. :p

U all nak tahu apa yang ejam nie share dgn pembaca semua tentang topic ni? Okay, u all click
::S.I.N.I::.. Okay, dapat? InsyaALLAH, kita semua cuba yang terbaik untuk menjadi penulis yang baik, bukan blogger sampah, tetapi informatif dan kretif.. Best tau write something yang spontan everyday. Why? Because seorang yg pendiam pun lama kelamaan mesti pandai lah bercakap, berbual, berkomunikasi dan tak segan later on.. Then, yang xder idea pun become more creative.. and for sure rewarded!.. ;)

Therefore, nak concludekan blogger ni penulis yang baik tu tak adalah.. Cuma, ia satu latihan yang akan memantapkan penulisan tu kemungkinan boleh kerana as i mention at the previous paragraph, later on kite pandai berkomunikasi dan menulis juga lah!,. Then, ia juga satu kemahiran yang tak dapat diperoleh samada dari IPT, dalam bidang kerjaya mahupun dari rumah.. Okay, what i say this sebab.. U all kat uma der dpt method camne nak write blog ker? Tak kan.. Then, kat office, ade tak training how to write a blog and how to become a good blogger? or good entri? Dan kat college or universities ade tak u all belajar utk menulis blog yang baik? Tak kan?.. So, sementara technology IT berkembang pesat memperkenalkan blogging world yang ade something utk grab, so jangan lepaskan peluang sertai utk CUBA MENJADI PENULIS BLOG YANG BAIK!.. ;) Jangan dipengaruhi oleh technology pd sesuatu yang tak mendatangkan manfaat, but use IT efficient and effectively!..

Wednesday, August 18, 2010

Alangkah bertuahnya diri..







Assalammualaikum..

Selamat Pagi kawan2x, teman2x, bloggers2x, followers2x..

Pagi nie puteri bangun sahur kol4.30am utk bangun masak simple. Goreng telur kicap souce jer.. and sambal superb.. Pagi-pagi nie malas nak makan sayur, or lain2x.. Dgn menu simple tu jer yg boleh membuke selera.. Kalau x mmg xder mood nak mam.. So, kol5am puteri dan housemate pun membuka sahur la.. Erm, siap makan ade lah 5minute lagi habis waktu imsak.. Puteri terus online facebook..Bukan utk chatting pun, just online jer.. and update blog. Ye la since ade kelapangan, puteri grab mase utk sesuatu yg berfaedah.. At least ade la income sampingan even every week average rendah jer xsampai rm10 pun.. Bile lah nak tingkatkan income rm10 semingguu.. oh, bile mahu kaye. bile mahu dpt first earning nie? Uhukk..jgn mengeluh okay.

Pagi nie sepoi2x bahasa, sejuk jer.. Tapi memang tau ramadhan tahun nie memang sejuk jer.. setiap malam mesti hujan. Kalau siang plak redup jer.. Alhamdulillah, so takde lah terasa sgt puasa tu kan..

Ok, berbalik kpd tajuk. Alangkah bertuahnya diri.. Bertuah dalam konteks masa.. Puteri bertuah kerana banyak masa senggang dan free utk prepare all those assignment, study, blogwalking, bace buku, wat research for the secondary resources through internet (especially when my internet couverage mcm kilat..memang laju!..thehehe,..alhaldulillah). Compare to my classmate yg memang bekerja 8jam seharian, tanpa coverage internet, tanpa dapat nak cilok mase utk study, utk wat assignment.. Sian mereka kan..

Lagi satu, kesenggangan puteri memang lah ketara. Ye lah, class puteri on the evening jer just for certain day sebab most of my class dah replace on previous time sebelum ramadhan dan ade some subject yg di cover weekend. Ye la, u all are working people mode of study. But, i'm not.. I'm working from home.. wiiii~So, dpt u all imagine how free i was sampaikan sometimes rase cam busan dok dlm uma jer.. But that's my office.. ngee~ Now, i try to manupulate my time and free time with an appropriate and efficiency way..InsyaALLAH... This is only for one and half years more... InsyaALLAH..

........................Past time................................

Key i wanna share to all of u when i was at a previous time. Last time puteri working as a clerk biase jer u all.. Kerani cabuk jer bak kate orang(merendah diri :p) .. Ye la terime document, failing, then key in data into system, buke purchase order, prepare purchase order, wat report dll lah puteri lah tu.. nak listkan banyak.. Pagi2x jer dah kena gi keje.. Almost 6.45am dah kena tggu mr.bus dan sampai jer office dah kol7 lebih. Then, keje cam biasa till 6pm kena tggu bas lagi.. wah.. penat tapi, rasa berbaloi when at the end of the months.. Bile mendapat salary slip. Walaupun gaji baru seciput jer.. gumbire bagai..

Puteri keje sebagai kerani cabuk nie lame jugak.. since 2004 kot sampai 2008 tapi, lompat2x lah..Bukan 4 tahun di tempat yg same.. Bukan ape, utk pengalaman baru di samping dapat new environment and skills.. Nie pun sebab in the private environment so dpt belajar a lot when peluang dtg just grab.. Kalau lah puteri work dlm public @ gov sector, memang puteri setia and dah tak lompat2x dah.. bile tu?

Key la, now it's time for puteri grab a lot of knowledge and learning experiences dlm proses completing degree ni.. Puteri pun tak sangka kuat semangat nie utk 4 tahun quit semate2x nak study tanpe ade dpt salary slip every months.. Kalau u all camne? Terase tu memang lah! Mahu x terase.. thehehehe.. but, kena la berkorban.. Dana selain epf and saving waktu keje dulu, bantuan PAMA (Papa/Ayah-Mama/Emak), adik, abang sume menghulur.. Tu yang puteri grab la peluang blogging. Bukan susah manepun.. janji rajin! Business online plak alhamdulillah mendapat sambutan cume for this time slow sebab cik red gurlz (business partner memang busy giler - almaklumlah die accountant)... So, will be active soon..InsyaALLAH.. this weekend kowt.

Oh, almost 7.40am so, i need to stop now, mahu wat sesuatu dulu bfore start on redraw organization chart wat group project assignment puteri utk salah satu subject utk sem ni.. Ok u all that's my sharing for today.. Alangkah bertuahnya diri diberi masa yang melimpah ruah.. Alhamdulillah.. Kan best kalau dikurniakan rezeki yang tak disangka2x..thehehe ;) Dan, tak dinafikan memang can't wait for the future success..insyaALLAH..

Wassalam...

Monday, August 16, 2010

Resource : Yahoo Email.





Jutawan dalam masa 30 hari sahaja, serius!


Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM.Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi jutawan mudah dengan teknik duplikasi jer.Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang,tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang sekali dalam sebulan.

Mari kita rebutkan peluang jadi jutawan di Bulan Ramadhan.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu
diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu
diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan
diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!! Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala. Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya? Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai. Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!Mengapa? Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt. Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!! *sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu’alam.

Selamat berpuasa

Apa yang puteri nak capai dalam 2 tahun akan datang?





Apa agaknya matlamat puteri 2 tahun akan datang? Ini penting untuk puteri tidak tersasar dari landasan hidup. Sekali keputusan telah puteri pilih, puteri perlu buktikan.. Doakan bersama eh teman2x semua:

1. Completing my Degree.
2. Kerjaya -> Stabil dan Setimpal dengan kelayakan. InsyaALLAH..
4. Perniagaan -> Semoga berkembang.
5. K.a.w.e.n. -> Berserah pada jodoh selepas 2 tahun.
6. Bawa emak dan ayah umrah. InsyaALLAH.. (Mungkin selepas 5 tahun. InsyaALLAH, bergantung kepada rezeki..)
7. Membina keluarga selewat2nya 5 tahun dari sekarang.


Ya ALLAH, Boleh ker puteri capai ni?.. erm,,.. semoga Allah makbulkan matlamat puteri ni.. amen..

Hidup adalah satu perjuangan..Tanpa seorang lelaki?





Seringkali soalan yang hadir dalam diary kehidupan puteri adalah seorang lelaki... Bila, dan bila dan bila..

Jawapan puteri mudah. Sebuah senyuman bisa menjawab segalanya..

Puteri gembira dengan kehidupan ini.. Puteri pasrah dengan takdir ini.. Yang pasti puteri yakin, jalan yang ALLAH telah tentukan buat puteri terselindung dengan segala hikmah dan kurniaanNYA.. Puteri bahagia menjadi diri sendiri.. InsyaALLAH, ALLAH sentiasa bersama-sama orang yang sabar.. InsyaALLAH..

"Jika memang telah ALLAH tentukan seorang lelaki itu buat puteri, walau puteri lari kemana sekalipun, pasti puteri dipertemukan.. Dan sebaliknya walau macam mana pun usaha seseorang untuk mendekati puteri kalau memang itu bukan jodoh puteri, terbanglah ia bersama angin lalu.."

"Biar lambat asal selamat.."

Rasa Bersalah..

"Salam..

Buat awak,

Saya tak tahulah awak baca atau tidak entri ini.. Apapun, mungkin tidak kerana sedangkan saya memberitahu tentang blog saya pun awak tidak tahu.. Apapun, biarlah luahan hati ni mengurangkan rasa bersalah yang ada dalam diri saya ni walaupun awak tidak membacanya..

Kehadiran awak memang tepat pada waktunya. Ketika saya kosong, bosan awaklah peneman yang menghiburkan.. Walaupun hanya melalui dunia virtual. Tapi, awak cukup mengisi kekosongan.. Ikhlas memang saya rasa bersyukur dapat mengenali awak.. Tapi..

I'm sorry so much!.. Saya terpaksa remove awak dari friend list, terpakse blocked awak dari friend list.. Semuanya hanya kerana masa...Saye hargai niat awak yang ikhlas tu.. really appreciated our friendship. Sangat hargai doa dan sokongan kuat awak. Tapi, saye memang rase xbersedia utk berkawan dengan keadaan yang memang sebok.. Satu jer saya takut, tak sempat nak melayan awak. Segala pertanyaan dan soalan awak saye ikhlas menjawabnye dengan jujur tapi dlm keadaan yang terlalu terkejar2x dengan masa.

Saya rasa inilah masanya saya menumpukan perhatian pada masa depan saya. Inilah jalan yang telah saya pilih dalam kehidupan. Inilah masanya untuk saya menentukan coraknya, hala tujunya saya di kemudian hari.. Bermakna saya kena harunginya walau dengan cara apa sekalipun. Walau dengan keperitan apa jua pun demi sebuah kejayaan. InsyaALLAH.. Yang pasti hati saya kena kuat bertindak untuk melarikan diri dari awak demi satu tujuan. InsyaALLAH, seperti yang saya janjikan.. semua ini bergantung kepada nasib, kerana saya percaya setiap jodoh pertemuan dan ajal maut di tangan Tuhan.. Kalau ALLAH kata fun fayakun. Kalau tak, redha je lah..

Saya berharap sangat tiada rasa dendam, marah mahupun benci kerana dalam hati saya ikhlas tiada apa-apa niat lari dari awak. Saya tetap hargai awak.. Bukan saya menyalahkan bahawa kehadiran awak mengganggu kehidupan saya, cuma buat sementara waktu saya benar2x belum bersedia untuk serius berkawan. Semua ni demi masa depan saya.. InsyaALLAH, kalau ada peluang, jodoh dan kesempatan.. mungkin kita akan berjumpa di lain ketika. Jika tidak, maaf kan saya dan janganlah awak mengharap. Biarlah ia terbang bersama kebahagiaan masing2x.."

Diari hati puteri.

Maka tinggalkan kisah semalam tersimpan dalam diary hati puteri.. Menjadi kenangan yang abadi tanpa sekelumit rasa dendam dan benci. Sebaliknya menghormati dan menghargai.. Terima Kasih awak..