Monday, August 16, 2010

Rasa Bersalah..

"Salam..

Buat awak,

Saya tak tahulah awak baca atau tidak entri ini.. Apapun, mungkin tidak kerana sedangkan saya memberitahu tentang blog saya pun awak tidak tahu.. Apapun, biarlah luahan hati ni mengurangkan rasa bersalah yang ada dalam diri saya ni walaupun awak tidak membacanya..

Kehadiran awak memang tepat pada waktunya. Ketika saya kosong, bosan awaklah peneman yang menghiburkan.. Walaupun hanya melalui dunia virtual. Tapi, awak cukup mengisi kekosongan.. Ikhlas memang saya rasa bersyukur dapat mengenali awak.. Tapi..

I'm sorry so much!.. Saya terpaksa remove awak dari friend list, terpakse blocked awak dari friend list.. Semuanya hanya kerana masa...Saye hargai niat awak yang ikhlas tu.. really appreciated our friendship. Sangat hargai doa dan sokongan kuat awak. Tapi, saye memang rase xbersedia utk berkawan dengan keadaan yang memang sebok.. Satu jer saya takut, tak sempat nak melayan awak. Segala pertanyaan dan soalan awak saye ikhlas menjawabnye dengan jujur tapi dlm keadaan yang terlalu terkejar2x dengan masa.

Saya rasa inilah masanya saya menumpukan perhatian pada masa depan saya. Inilah jalan yang telah saya pilih dalam kehidupan. Inilah masanya untuk saya menentukan coraknya, hala tujunya saya di kemudian hari.. Bermakna saya kena harunginya walau dengan cara apa sekalipun. Walau dengan keperitan apa jua pun demi sebuah kejayaan. InsyaALLAH.. Yang pasti hati saya kena kuat bertindak untuk melarikan diri dari awak demi satu tujuan. InsyaALLAH, seperti yang saya janjikan.. semua ini bergantung kepada nasib, kerana saya percaya setiap jodoh pertemuan dan ajal maut di tangan Tuhan.. Kalau ALLAH kata fun fayakun. Kalau tak, redha je lah..

Saya berharap sangat tiada rasa dendam, marah mahupun benci kerana dalam hati saya ikhlas tiada apa-apa niat lari dari awak. Saya tetap hargai awak.. Bukan saya menyalahkan bahawa kehadiran awak mengganggu kehidupan saya, cuma buat sementara waktu saya benar2x belum bersedia untuk serius berkawan. Semua ni demi masa depan saya.. InsyaALLAH, kalau ada peluang, jodoh dan kesempatan.. mungkin kita akan berjumpa di lain ketika. Jika tidak, maaf kan saya dan janganlah awak mengharap. Biarlah ia terbang bersama kebahagiaan masing2x.."

Diari hati puteri.

Maka tinggalkan kisah semalam tersimpan dalam diary hati puteri.. Menjadi kenangan yang abadi tanpa sekelumit rasa dendam dan benci. Sebaliknya menghormati dan menghargai.. Terima Kasih awak..




No comments:

Post a Comment