Saturday, November 13, 2010

Hidup Sihat Cara Nabi


“Manusia bukan sekadar tubuh, tetapi juga memiliki unsure-unsur mental dan spiritual. Ada penyakit-penyakit manusia yang tidak boleh disembuhkan oleh doctor. Oleh itu, terdapat penyakit-penyakit tertentu yang boleh disembuhkan dengan bersedekah, solat, taubat, puasa, berbuat baik kepada manusia dan sebagainya. Kita sudah berulang kali mengamalkan cara-cara seperti ini dan terbukti membawa manfaat yang tidak diperolehi daripada ilmu pengubatan ilmiah.” Ibnul Qayyim.


Contoh yang cukup terkenal yang boleh diberikan dalam pengubatan Nabi S.A.W adalah kemampuan baginda menyembuhkan orang buta hanya dengan wuduk, solat dan doa.



Diriwayatkan oleh Utsman bin Hanif, ada seorang buta datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata



“wahai Rasullullah, doakan saya kepada Allah agar disembuhkan penglihatanku.”
Baginda kemudian bersabda, “Pergilah berwuduk”. Dirikanlah solat dua rakaat dan ucapkanlah, “Ya ALLAH, aku memohon rahmat kepadaMu, dan menghadap kepadaMu bersama NabiMu, Muhammad. Wahai Muhammad, aku menghadap kepada Tuhanmu bersamamu agar ia membuka penglihatanku. Ya ALLAH, berikanlah syafaat baginda untukku.” Tidak lama setelah orang-orang beranjak dari tempatnya, orang buta tersebut telah dapat melihat. (HR. An-Nasai, Tirmidzi, Hakim dan Al-Baihaqi).


Itulah sebabnya, kesihatan bersifat menyeluruh mengandungi keempat-empat aspek. Antaranya ialah;
1. Kesihitan Fizikal wujud apabila seseorang tidak merasa dan mengeluh atau tidak adanya keluhan dan memang secara objektifnya tidak nampak sakit. Semua organ tubuh berfungsi normal atau tidak mengalami gangguan.


2. Kesihatan mental mencakupi 3 komponen iaitu fikiran, emosi dan spiritual.
a. Fikiran sihat boleh dicerminkan daripada cara berfikir atau buah fikiran seseorang.
b. Emosi sihat boleh dicerminkan daripada kemampuan untuk mengepresikan emosinya, misalnya takut, gembira, bimbang, sedih dan sebagainya.
c. Spiritual sihat pula boleh dilihat daripada cara seseorang dalam mengekspresikan rasa syukur, pujian, kepercayaan dan sebagainya terhadap sesuatu di luar ala mini, iaitu Tuhan Yang Maha Kuasa. Misalnya, sihat spiritual boleh dilihat daripada amalan agama seseorang itu. Dengan kata lain, sihat spiritual wujud apabila seseorang itu mampu berhubungan dengan orang lain atau kaum lain secara baik, tanpa membezakan bangsa, suku, agama atau kepercayaan, status sosial, ekonomi, politik, saling bertolak ansur, menghargai dan sebagainya.

Apabila kecerdasan emosi dan spiritual “berjalan” pada landasan yang sepatutnya, seseorang itu akan mampu:
1. Memahami dan menginsafi tujuan asal mereka dijadikan di muka bumi ini. Apabila mereka menjadi anak, mereka akan menjadi anak yang baik. Apabila mereka menjadi pasangan, mereka akan menjadi pasangan yang baik, dan apabila mereka menjadi pekerja, mereka akan menjadi pekerja yang baik.
2. Melahirkan potensi diri pada tahap yang tinggi.
3. Memahami orang lain dan skala perhubungan akan menjadi lebih mudah.
4. Menerima apa sahaja ketentuan yang telah ditakdirkan ke atas diri mereka. Tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak pernah lupa untuk berusaha.

5 comments: