About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Saturday, August 7, 2010

EPISOD 7 : Hati seolah tertutup rapat..




Pagi tadi, ku terima mesej dari adik, "kak..hari nie free x? Tolong adik demam. Belikan 100plus ye?.. Adik dah tak larat la kak."
perlahan-lahan ku baca semula kata-kata adik..

Hatiku meronta-ronta mahu menghubungi sahabat baikku, asha.
"Assalammualaikum asha. Awak dah datang hostel hantar 100plus pada adik saya?" sapaku membuka perbualan.
"Waalaikumsalam ayu.. Belum lagi lah ayu. Ni on the way lagi.. Kejap lagi saya sampai lah." balas asha mesra.
"Okay, tak apa asha. Take ur time.. Tapi, make sure antar ye asha.. nanti adik ayu xkebah-kebah pulak.. hehe" kataku lagi.
"Dun worry ayu.. will be. bye." asha mengakhiri perbualan.
"Bye.. salam." kataku.
"Salam." balas asha.

Kring3x.. kring3x..

"Hello kakak, adik demam teruk kak.. Esok adik kena wat blood check up di panel clinic. Akak tolong antar ek.. Adik pening-pening la.." adik memulakan bicara.
"Hello, adik ok ker? kak asha on the way tu.. Tak per, adik minum 100plus banyak-banyak and tengok macam mane ye.. Sekarang memang musim demam. Adik pun ade cakap diana, shasha, ct pun baru baik demam. Si akma pun tengah demam kan.. Jaga diri elok-elok dik.. InsyaALLAH, balik keje kakak singgah hostel ek?" balasku dengan penuh rasa sebak.

Sedih aku mengenangkan adik angkatku itu.. Erm, nasib baik ada asha yang boleh membantu waktu aku sebok nie.

Tuk3x.. pintu diketuk 3 kali.

"Ya, masuk" aku menjemput.
"Cik Ayu, Encik Khairul dari Salma Holdings nak berjumpa berurusan tentang tender semalam." tutur anne setiausahaku.
"Ya.. jemput dia masuk." balasku.
"Baik cik Ayu.." akur marina.

Berjalan segak susuk tubuh seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30an, segak dan bergaya mengenakan kemeja putih, seluar hitam dan bertali leher brown.
"Wah, boleh tahan khairul ni rupanya.. " getus hati ayu.
"Assalammualaikum Cik Ayu." khairul memulakan perbualan.
"Waalaikumsalam khairul. Akhirnya dapat juga berjumpa ye." balasku tersenyum manis.
"Mestilah cik ayu. saya janji untuk datang hari nie mestilah datang." khairul tersenyum manis.

Hati ayu mulai nakal. Wah handsomenye khairul nie. sweet jer..

"Eh, silalah.. jemput duduk".. yang mengenakan baju kurung pahang warna pink hari ini tersenyum mesra. Tersedar dai dari lamunan nakal..
"Apa khabar cik ayu?" khairul meneruskan bicara bermanis-manis sebelum berbincang tentang tender semalam.
"Alhamdulillah..sihat walafiat. Tadi dapat cari alamat sini ya." tanyaku.
"Tentulah. Dah pusing berapa kali tersesat.. hehehehe " tawa kami yang agak sopan-sopan itu memulai titik persefahaman dan kemesraan.

Detik itu, hati aku sangat tertarik padanya. Tapi, ish segera ku tepis.

"Khairul, tender ni memerlukan komitmen yang besar dan tinggi dari Salma Holdings. Kami cuba yang terbaik untuk menjalankan pengurusan penyimpanan rekod dan perlaksaan sistem yang terbaik." kataku menutup perbincangan kami.

"InsyaAllah, kami akan buat yang terbaik dalam tender projek ni. Segala pengurusan rekod dan sistem ini kami serahkan pada cik ayu ya. " kata khairul sambil tersenyum mesra.

"Aku jatuh lagi.." hatiku berbisik.

"Kami selaku perunding Salma Holdings akan menjalankan tugas sebaik mungkin." balasku menutup bicara.

Sebaik khairul keluar dari bilik, ayu segera beristighfar..
"Apelah yang aku fikirkan ni.. Hehehehe.. kelakarnye." bisik hatiku.

Teringat kata-kata mak su semalam.

"Ayu, anak sedara mak su sorang nie bile nak kawin. Sian ur mum. Teringin betul nak bercucu." kata-kata mak su yang kuingat sampai ke detik nie.
"Mak su, takde orang nak camne nak kawin..hehe" ku melembutkan suara pd perkataan terakhir.
"Sapa kata xder orang nak. Ramai yang ayu dah reject. Ingat mak su tak tahu ker? Ayu, cinta akan hadir selepas ayu terima seseorang. Kalau ayu masih takut-takut lagi, sampai bila ayu nak berani.. Cinta tak kan datang kalau ayu tak cari." betul-betul melekat dalam hati dan sanubari ku..
"Ye la maksu.." jawab ayu.
"Mak su sama juga ngan mak ayu.. sayang sangat ayu. Nak tengok ayu berkeluarga. Kawan-kawan semua dah ade 3,4 orang anak dah. Nanti fikir-fikirkan ye sayang. Mak su dah lambat nak jemput haikal balik sekolah ni." maksu mengakhiri bicara.
"Ok, bye maksu.."

"Okay, mase untuk memikirkan soal kehidupan.." bisik hati ayu. Tapi, biarlah masa yang menjadi penentunya. Untuk mencari tidaklah buat masa ini. Biarlah cinta itu datang secara naturalnya, tanpa ada paksaan, aturan, dan lain-lain. Biarlah ia jujurnya lahir dari hati yang ikhlas dan tulus. Buat masa setahun dua ini biarlah aku sendiri dan insyaALLAH.. nanti hati aku pasti terbuka buat seseorang. siapa dan bila hanya ALLAH sahaja yang tahu.. kerana aku sendiri pun tidak tahu.. bak kate ekin, bayang pun tak nampak.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails