Saturday, August 21, 2010

EPISOD 8 : Usah mencari suatu kesempurnaan.. Kelak cinta itu pergi buat selamanya.

Ayu menatap buku motivasi kegemarannya hasil tulisan Dr.HM Tuah Iskandar al-haj, sesekali dia termenung..

"Erm.. Jinak-jinakka diri anda dengan sungai sebelum membeli joran. Biar tidak mendapat ikan kerana tiada joran daripada ada joran tetapi disengat ikan.. Kelakar juga kata-kata hikmah ni.. " kata hati ayu sambil tersenyum.. Betul juga kata Dr.HM Tuah ni, hati ayu berbisik lagi.

Seketika fikirannya melayang, mengenangkan tragedi semalam..

Mungkin, aku yang terlalu mencari kesempurnaan.. Tapi, bukankah kita seharusnya menilai dari pelbagai sudut dan segi agar kelak tidak merana... Namun, jika dibiarkan kelak cinta itu akan pergi buat selamanya.. Tapi, bukankah semua tu soal jodoh.. Kalau memang dah takdir ketentuanNYA, semuanya pasti kemas teratur oleh Allah s.w.t. M
onolog dalaman ayu akhirnya dikejutkan oleh setiausahanya, anne.

"Assalammualaikum cik ayu.. Mengelamun ker?" anne menyapaku dalam senyum.
"Anne nie, ada2x jer!.. hehehe.. tak. saya cuma rasa geli hati bace words Dr.HM Tuah ni.. cuba awak baca sekejap".

Lantas buku novel motivasi ayu yang menjadi koleksi bahan bacaannya di kala kebosanan, lemah dan bersemangat bertukar tangan.

Anne dipandangnya turut tersenyum.
"Ia lah cik ayu.. Kelakar!..Tapi memang betul.." anne mengiyakan.
"Cik Ayu jangan risau.. Cinta akan datang bila tiba tanpa disangka-sangka. Cinta juga anugerah ALLAH kalau sampai serunya. Jangan cik ayu takut, sebab cik ayu muda lagi!.." kata-kata semangat dari anne yang lincah betul-betul menambahkan lagi semangatku!.

"By the way, Thank You Anne. Awak antara orang yang menyokong saya. Kalau orang lain dah siap nak match matching lagi.. adoi, macam lah saya nie desperate pulak"
"Erm, diaorang tu memang dengki!..hehehehe.. Taklah cik ayu, diaorang sayangkan cik ayu tu.. "Balas ayu.

"Kalau sayang sabar lah kan.. " ayu membalas ringkas seraya tersenyum.
"Tak apa, nanti saya explain kat diaorang ye cik ayu. Saye kan jurucakap cik ayu.. hehehe..Oklah cik Ayu, anne nak siapkan Report dan minute meeting yang cik Ayu minta semalam. Petang ni pukul 3.30 kan meeting tu?"Ayu meminta diri.
"A'ah..dun forget remind all tru email ya Anne." pesanku sebelum Anne beredar dari pintu.

"Baik Bos!" anne mengakhiri perbualan sambil tertawa meninggalkan bilikku.

Anne.. itulah setiausahaku, dialah temanku dan motivatorku. Tak sangka kali pertama aku berjumpa dengannya ketika interview lah.. Anne orangnya lincah dan memang suka lompat kerja.. Katanya mahukan pengalaman dan persekitaran baru.. Aku yang mula-mula tidak yakin dengan Anne diyakinkan oleh Dato Zakaria.. Katanya, biarlah kita mencuba. Aku takut sangat dia kerja tak lama.. Aku takut dia nak cari pengalaman baru pulak setelah kerja dengan aku selama setahun ke, paling parah sebulan atau seminggu.. Rupanya jangkaan aku salah sama sekali. Anne memang seorang yang rajin, cekap dan bijak. Dia memang cukup komited dengan kerja dan tugasan.. Tak sangka juga aku boleh menjadi kawan baik dengan setiausahaku sendiri..

Kring3x..kring3x..

"Hello, g.morning..ayu speaking."
Lamunan Ayu terhenti oleh panggilan telefon dari syarikat Cemara Construction.

......Bersambung................

4 comments:

  1. cinta kita terhadap kekasih jangan melebihi cinta terhadap ibu bapa.
    cinta dan sayang kita terhadap ibu bapa,jangan melebihi cinta kita kepada Allah.

    ReplyDelete
  2. Firdaus : betul tu. cinta terhadap ALLAH mengatasi segalanya..

    ReplyDelete