"Assalammualaikum..
Biarlah aku mencoretkan rasa yang tersimpan, Di ruang hatiku yang terpendam.. Sekian lama aku fikirkan..
Dalam diari ini aku lakarkan kisah semalam. Semoga menjadi penawar pengubat duka.. Hilang segala kepedihan, mengukir kelegaan.. Wahai masa, nantikan aku meniti usia ini. Wahai jiwa, kuatkanlah imanmu seiring kematangan usia.. Wahai hati, sabarkanlah dirimu. Wahai lidah, bariskanlah tuturmu dengan kata yang bijaksana tanpa adanya tercacat pada pengaruh emosi.. Yang hanya mengeluarkan kata dengan budi bicara yang terpuji..
Sekian, Tabahlah wahai hati.."
Diari biru Ayu simpan kemas di laci berkunci. Takut-takut ada yang masuk menjengah ke bilik lantas membaca segala rahsia hatinya. Pintu bilik ditutup rapat... tanpa dikunci, kerana segala barang berharga dan duit telah disimpan baik ke dalam laci berkunci. Hari kenduri begini sewajarnya ayu menyimpan kemas segala barang bernilai, ye lah mana tahu ada tangan yang panjang. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..
Ayu bergegas turun ke dapur untuk membantu apa yang patut. Sebelum perlu menyiapkan door gift buat para tetamu, membantu mengemas bilik dan lain-lain lagi ayu ke dapur untuk membantu emak dan mak cik-mak cik yang telah datang awal. Semoga tabah selalu, bisik hati kecilnya.
"Ayu, tolong mak long ambilkan kentang tu. Nak kupas sekarang lah, senang petang nanti dah boleh goreng. Orang datang rewang senang tak lah nak mengopek lagi.. " pinta Mak Long.
"Semua ke Mak Long?" soalku.
"A'ah kakak.. Meh, bak sini". Balas Mak Long.
"Kakak, adik tengah apa ya? Mintak dia buat list menu makanan beradab ye nanti.." Pesan maksu.
"Okay mak su.. Adik tengah mandi tadi. " balasku ringkas.
"Kakak, mak ngah tak sampai lagi ker?" emak bertanya.
"Belum la mak. Tadi mak ngah ada mesej ada kat Federal Highway lagi. Kejap lagi sampai la tu.." aku meredakan hati mak yang risau menantikan adik-adiknya yang masih belum sampai lagi.
"Assalammualaikum.."
"Waalaikumsalam.. eh, mak ngah. Mak, mak ngah dah sampai ni. " jeritku dalam perlahan.
"Panjang umur.. Sihat Kak Sam? Jom masuk. Minum dulu lah. " emak menyambut kedatangan kakaknye..
"Mak, kakak naik lah, nak siapkan door gift kawan-kawan adik esok. Bilik pun tak siap lagi tu.. Mak Ngah, nanti dah free sikit datang atas eh.. Ayu nak mintak tolong mak ngah siapkan bilik adik jugak.. Ayu nak siapkan doorgift ngan hantaran sikit lagi." pintaku.
"Baiklah sayang.. Tapi kakak, mak ngah nak makan dulu boleh?" gurau mak ngah.
"Boleh lah mak ngah.. Kan ayu kate kalau free. hehehe" sambil tersenyum ayu naik ke tingkat atas rumah.
Kring..kring..kring..
Kedengaran telefon bimbit ayu berbunyi..
"Hello intan. Assalammualaikum.."
"Waalaikumsalam.. ayu. u tengah buat ape?"
"Erm, i tolong adik prepare ape yang patut lah.. hehehehe.. u jangan lupe datang esok tau intan. " pesan Ayu.
"Mestilah.. i kena datang ayu.. adik best friend i kena la datang. By the way beb, u tak jadi nak jemput boy friend contract ker? hehehe.. " sindir intan.
"Hehehehe.. tu la intan. Tak jadilah.. U cakap kat khairul, i cancelled ye beb. Sian die nak menjadi pelakon jer. I pun segan lah.. Nanti orang ingat i betul-betul dah ada boy friend dan mengharap pada khairul tu mati la i.. But then, i kena kejar dengan girl friend khairul nanti. hehehe.." senyum puteri berbunga ria.
"Tapi, die asyik tanye jer.. U tahu tak yang sebenarnya khairul memang ada hati ngan u ayu? One more thing, khairul ngan shiya tak ada apa-apa lah."
"Gosip apakah yang intan melodikan nie... bisik hatiku."
"Cin Intan sayang, tak berminat lah!.. hehehe. eh, anyway, mintak maaf pada khairul ye. Jangan la dia salah faham ye. I dah insaf, i redha dengan ketentuan.. Whatever la orang nak cakap ape pun and i am okay.. Doa yang baik-baik sahaja okay intan. I akan kuat dan cekal. I am what i am.. Tak perlu lah nak contract boyfriend. I just berharap dan berdoa semoga one day i dapat find someone twin. I mean i nak find lelaki yang ada twin so that mereka lebih memahami i more.. Boleh tak?" ayu bertanya sambil tersenyum.
"Takpe lah.. bagus lah u dah sedar.. k, i'll send your message to him. Tentang twin tu so sweet.. But, tingginya impian u. Ingat senang.. Apepun, i'm always pray for u.. amin.. Ok lah,stop dulu ya.. Kita chat later and see you tomorrow ayu.
"Okay intan..Assalammualaikum. bye"
"Waaalaikumsalam. bye.."
Lantas ayu menyambung cas elektrik pada bateri henfon yang semakin berbunyi untuk diisi.
"Adik, nanti sediakan list menu makan beradab ye.. Mak Su nak tengok.."
.................Bersambung...............
sambung lagi... penat tunggu...tak pe tak pe
ReplyDeletesabo... nice n3... salam raya
insyaAllah, nti kalau ada ilham saye sambung cerita nie ye.. tq sbb follow citer ni. ;)
ReplyDelete