About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Wednesday, March 14, 2012

Sederhana itu... cantik!





Pagi datang lagi.. Sejuk sampai ke tulang..Walau jam sudah menunjukkan jarum panjangnya ke angka 8; dan jarum pendeknya ke angka 9. Jam 9.45pagi hari Khamis 15.3.12.

Umairah menarik nafas... Sejuk masih dirasai.. Di Malaysia pun sejuk begini; apatah lagi di negara Kanggaru.. Ada hati nak ke sana.. Umairah tertawa geli hati..

Sedang pelajar lain sekuliahnya sebok menarik selimut lagi dalam dakapan sejuk padi yang mendung itu; Umairah menguatkan semangatnya... Hatinya perlu kuat.. Jiwanya perlu kental.. Dia perlu bangun awal yang menjadi rutinnya.. Kemas tempat beradu; cuci segala pakaiannya sendiri; dan mandi.. Sarapan pagi wajib diambil; melainkan puasa.. Puasa pun dia pasti bersahur..

Umairah memandang ke sebelah kanan katilnya. Dilihat Syuhaidah sedang sujud melaksanakan ibadah solat.. Syuhaidah; seorang sahabatnya yang istiqamah dalam melaksanakan solat sunat dhuha selain cukup bersederhana dalam penampilan... Segalanya dijaga.. Dari pakaian; adab sopan dan pergaulan; adab bersahabat dan menuntut ilmu.. Ya Allah; sejuknya perut ibunya..


Walau tanpa mascara yang tebal; bulu mata palsu; solekan yang keterlaluan; malahan lipstik yang merah; namun ia tetap ayu dan bercahaya.. Cuma solekan wuduq yang rata cukup menyerikan wajahnya; titisan air mata yang gugur di tikar sejadah cukup memberikan keindahan pada matanya; Senyuman yang ikhlas dari hati sudah cukup menjadi teori kecantikan yang asli dan hakiki.. Tidak pernah akan pudar.. Walau ditelan zaman; ia tetap tidak akan sirna.. insyaAllah... Tidak perlu ke pusat kecantikan untuk membuat rawatan kerana rawatan zikrullah dan terapi bacaan ayatul Quran menjadi rahsia kecantikannya.. Manakals; kos untuk kecantikan itu pula boleh dijadikan tabungan! MasyaAllah.. Allahurabbi..

Kadangkala; suasana sebegitu mengajar Umairah untuk lebih baik dalam perjalanan hidupnya.. Perjuangan dalamannya perlu kuat... Dia perlu bermuhajadah dalam menentang hawa nafsu yang jahat..

Tiba-tiba Umairah teringat; betapa dulu sejak lepas tamat STPM; dia bekerja sebagai kerani. Dari bidang pengkeranian; dia belajar bidang pemasaran; jualan sehinggalah dia berubah mengikut keadaan semasa. Dia berubah penampilan... Dari berbaju kurung; Umairah mula menggayakan jeans ketat; mencuba t-shirt yang singkat dan ketat.. Dari bertudung sederhana labuh; dia mula mengenakan tudung yang nipis dan jarang; pelbagai fabrik yang kadang-kadang cuma pakai sekali dan hanya disimpan di dalam almari... Dia tertarik pada pakaian yang cantik-cantik tanpa mengambil kira pelaburan yang banyak telah digunakan hanya semata-mata untuk bergaja dan mengikut peredaran masa. Jika boleh; setiap bulan pasti ada sahaja pakaian baru; beg tangan; kasut baru yang dibelinya.. Baginya; ia fitrah wanita.. (tapi memang wanita punyai 9 nafsu dan 1 akal); tanpa memikirkan keperluannya..

Sehinggalah 1 hari...

Ilmu merubah Umairah kepada fitrah asal.. Dia perlu bersederhana. Perlu mengukur baju di badan sendiri.. Fesyen akan terus melangkah laju; tapi hukum tetap di situ; tidak pernah berubah..

Sebatang pensel jatuh. Umairah terkejut.. Nafas dihela panjang... Dia beristighfar..

"Umairah; dah solat dhuha?" tanya Syuhaidah.

"Oh; sekejap lagi... insyaAllah..." jawab Umairah sambil tersenyum.

Umairah melangkahkan kaki ke bilik air untuk mengambil wuduq. Hatinya masih memuji kebesaran Allah dan mengkagumi kesederhanaan Syuhaidah dan berazam untuk menjadi sepertinya juga... Sederhana itu...sangat cantik!.. InsyaAllah; biarpun ia pahit...namun; hati pasti tenang. InsyaAllah; nafsu boleh diurus andai iman menjadi pegangan...


Gambar : Google.com - picture

2 comments:

  1. iya.sederhana itu cantik.suka entri ni...;) salam perkenalan...~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... ^_^ salam perkenalan :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails