About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Sunday, March 11, 2012

Seawal pagi..




Alhamdulillah... tangan kiri menggeliat.. tangan kanan menutup mulut yang ternganga sebab menguap... Wah; monday blues dan cuti sekolah pulak tu.. Mata memandang laptop yang sudah terbuka sedari pagi.. Tafsir telah ditutup dan diletakkan di tempatnya seusai membacanya selepas solat subuh tadi.. Alhamdulillah; hati menjadi tenang. Setenang air di tasik.. Jam dikerling.. Baru pukul 7.30 pagi.. Awal lagi... teringat 1 lagu; kegemaran si comel. Ya, kegemaran anak-anak didikku... Mulut terkumat kamit turut menyanyi lagu dengan sedikit suara.. Sekadar menjadi halwa telinga. Bukan untuk didengarkan... Jadi perlahan-lahan...

"Pukul 6 pagi mesti kita bangun,
Terus gosok gigi, mandi dan solat subuh,
Cium tangan ibu, cium tangan ayah,
Terus ambil buku pergi sekolah..
Jalan tepi-tepi, jangan lekas-lekas,
Sampai awal pagi cucikan kelas..
Rajin baca buku, rajin mengira,
Ikut cakap cikgu insyaAllah, berjaya!"


Ha... itulah antara bait lagu yang dirindui.. Anak-anak murid di tadika tempat saya bekerja memang suka lagu tu. Kalau tengah bermain boleh berhenti immediately dan terus menyanyi sambil membuat gaya. Yang berbual terus berhenti; yang berlari terus duduk dan menyanyi bersama-sama... Itulah; apabila lagu kegemaran berkumandang. Comel je!

.....................

Buku disusun... Tilam dikemas; toto dilipat.. bantal disusun... Lantai di sapu; Bilik dirapikan.. Ok, siap... Masa untuk menulis... Barulah tenang rasanya dengan udara yang bersih dan segar di kawasan bukit.. Rumah sewa terletak di kawasan bukit yang masih dipenuhi tumbuh-tumbuhan menghijau dan sejuk...

Udara dihirup.. Segar...

Wangian air refresher menyegarkan ke seluruh nadi; dan sampai ke neuron dan minda..

"Ok; today is a school holiday!" omel sendirian.
"So, what to do next?" fikir sendiri..

Bakul jejaring pakaian kotor dikerling di luar bilik air.. Perlu dicuci. Kebetulan ampaian untuk menjemur pakaian telah kosong. Pakaian kawan-kawan serumah sudah kering. Boleh la meneruskan operasi mencuci pakaian. Nak hantar dobi; tak berbaloi... Mahal pun mahal; serbuk pencuci pakaian tu nak buat ape pulak.. Takkan jadi hiasan je kot... Takpun, nampak sangat pemalas... Lagipun; cuti kan... So; boleh lah dibereskan.. Hari ni saya puasa.. insyaAllah; gantikan puasa yang masih ada lompangnya sebab cuti.. Ye; itu normal.. Normal bagi seorang perempuan... Jadi; cuti di rumah dari saya menambahkan berat badan; baik saya melaksanakan tanggungjawab. Bayar hutang puasa..

Bahan bacaan masih banyak yang tertunda. Jadi; hari ni bolehlah mengisi keperluan rohani.. Membaca... InsyaAllah; majalah Q & A masih berbalut plastik, tak disentuh lagi.. Majalah Solusi pun masih belum ditatap habis.. dan nota semester 8 pun masih belum download habis... Jadi; hari ni insyaAllah peluang yang Allah beri.. insyaAllah...

Satu persatu kerja di rumah mahu dibereskan dan tanggungjawab sebagai pelajar; guru; anak dan kakak akan dilaksanakan. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails