About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Tuesday, January 29, 2013

Sehelai selendang putih..

Titipan kata buat insan tersayang,
Buat bonda yang dicintai..
Besar pengorbanan yang telah ibunda berikan..
Tak terbalas oleh anakmu..

Ibu,
Walau usia semakin menghampiri ke akhir garisan,
Walau penamat itu sesuatu yang pasti...
Namun, sedaya upaya ku untuk memberikan yang terbaik selaku anak yang telah berjaya dilahirkan kedunia..
Mengenal segala asam garam kehidupan,
Mata bersama linangan air mata,
Dewasa bersama kegigihan dan kepayahanmu.,..

Tatkala mata kuyu dibasahi hujan tangis,
Di kala jiwa berdepan kekecewaan.
Di waktu kesakitan menguji hampir seluruh nyawamu...
Ibu tetap berdiri teguh,
Dan berharap agar kesakitan itu tidak diketahui..
Untuk tidak menyusahkan anakmu..

Namun, naluri ini kuat ibu.,..
Ibu...
Jangan biarkan air mata itu mengalir seorang diri..
Jangan galas beban deritamu itu sendirian..
InsyaAllah...
Anakmu ada disini..
Setia menemani...
Membantu semampunya,
Sedaya upaya moga hidupmu lebih ceria...

Sampai masa pergi dengan tenang dalam khusnul khotimah..
Namun, sementara usia itu anugerah dari Ilahi..
Manfaat sebaiknya, moga Allah ampuni semua dosa-dosamu..
Semoga Allah permudahkan hidupmu..
Moga Rahmat Tuhan sentiasa mengiringi jalan hidupmu..
Moga Nur Keimanan itu sentiasa menerangi lorong kehidupan...

Sehelai selendang putih hadiahmu itu akan kusimpan,
Semoga ia menjadi saksi kasih dan sayang yang abadi...
Bertemu di syurga nanti..

Salam sayang buat ibuku...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails