About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Thursday, October 30, 2014

Senyum..

Senyum itu penawar..
Senyum itu ubat paling mujarab,
Senyum itu sedekah.
Senyum kapsul terbaik tika dihimpit jutaan rasa...
Untuk kelegaan berkekalan, senyum biarpun hati menangis!
Senyum meskipun dihiris kepedihan yang teramat..
Senyum biarpun jatuh terjelupuk.
Senyum walau tangga menimpa2..
Kerana senyum itu bisa menghilangkan segala pedih, luka dan keperitan.
Senyum sementara anugerah itu ada..
Entah sampai bila senyum itu bisa menghiasi seraut wajah insan,
Mampu meringankan beban..
Mampu membongkar keayuan sebenar..
Mampu mendekatkan kepada Allah Rabbul Izzati.
Senyum seandainya mampu menceriakan dunia..
Senyumlah andai ia mampu melakar pelagi bahagia di bawah naungan Allah yang Esa..
Sabarlah...
Senyumlah selagi ikhlas.
Pasti ada sinar andai ia ikhlas.
Senyum seindah suria.


Tuesday, October 21, 2014

Tahun baru Islam. Semangat baru!



Sekian lama tanpa mencoret sesuatu yang memberi motivasi. Asyik-asyik duka. Asyik-asyik kecewa. Asyik-asyik air mata... Bosan nak view blog cikgu ye? 
Ok.. bermula kalendar islam baru menjelang tiba hujung minggu ini... cikgu pun ada azam baru. No 'saddis mood' anymore or 'no sad story' lagi dan positive entry akan memberi nafas baru. Hidup perlu positif kan? Jika nak berduka pun tak perlu lama... Cukuplah sekadar muhasabah & titik tolak untuk kehidupan yang baru. Buka buku baru!.. 

Kadang kala, kita tak tahu betapa rapuh nya hati kita hingga saat kita diuji. Ujian dalam pelbagai bentuk. Perasaan, hati, kehidupan dan segala rasa yang berkait rapat dengan iman. Ya cikgu percaya kita semua pernah diuji dengan pelbagai perasaan... Cikgu pernah diuji dengan rasa yang cukup sakit dan rasa dah down sangat. Jatuh terjelupuk. Rasa bertimpa lagi dengan tangga dan rasa memang susah nak bangun. Rasa tak nak bangun dah.. Memang give up. Baru tahu, rapuhnya hati kita.. lemahnya iman. Baru diuji sedikit dah hancur hati.. Siapa pernah rasa? Walau cikgu pernah rasa keperitan tu... tapi back to basic. We have Allah... Istighfar. Ingat Allah semula. Cari kapsul terbaik sebagai ubat. Rasa dungu pun ada.. Sekecil perkara menjadi barah dalam hati... 

Ubat hati ada 5 perkara:

1. Baca al-quran dan maknanya.
2. Solat malam dirikanlah.
3. Bertemanlah dengan orang soleh.
4. Perbanyakkan puasa.
5. Perbanyakkan sedekah.


Nak buat 5 ubat hati paling mujarab ni masyaAllah... Perlukan mujahadah yang tinggi.

Ape pun yang kita buat ingat Allah. Jangan pernah berpaling... Tetapkan dalam hati apa jua yang berlaku waima tertusuk duri, Allah sedang menguji. Semua ada sebab dan musabab. Biar jatuh seteruknya tapi ingat, Allah ada. Bangunlah atas nama Iman & kerana Allah. 



Allah sentiasa ada. DIA Maha Mendengar, Maha Mengetahui biarpun sekadar bisikan hati kita... Merayulah pada NYA. Memohon pada NYA, mengadu hanya pada DIA. InshaaAllah... segalanya dipermudahkan. 

Iman itu naik turun... Allah.. Tetapkanlah hati kami.. Teguhkan hati kami. Tunjuklah kami jalan yang lurus. 

Andai perkara itu baik untuk kami , agama kami, dunia akhirat kami permudahkanlah, Seandainya tidak baik untuk kami, agama kami hindarkanlah.  Moga kami redha dengan ketetapanMu.. 

Sesungguhnya DIA sentiasa ada memberi petunjuk, jalan penyelesaian. Allah sentiasa beri petunjukNYA asalkan kita meminta dan yakin.

Andai kita berada di persimpangan antara memilih dua jalan yang mengelirukan.. berbalik pada Allah. Jangan dikaburi nikmat duniawi. Pilih iman dan tetapkan taqwa dalam hati. Doa semoga Allah sentiasa melindungi. Moga dijauhkan dari azab dan kemurkaanNya.. 

Ya Allah, binakan untukku istana di syurga firdausMU.. Amin. Moga keperitan ini membuka pintu rahmat & redhaMU.. InshaaAllah. 

"Hai dik.. tulis blog ke?"

"Ye akak. Erm.."

"So dah recover ke?"

"Alhamdulillah... erm nama pun perempuan kan. Senang sangat touching but I'm getting better now. Moga hilang segala parut dalam hati ni. Asyik nak hilangkan parut luaran secara fizikal, now nak betul-betul bersih dalam hati. Clean and clear. Tengah bermujahadah ni. Nak format hati biar hilang segala virus. Heehe... Biar hilang tanpa jejak."

"Heehe.. cute lah perumpamaan. Akak nak ajak awak usrah ni. Nak join tak? Suami akak pun ada. Nak awak ambil aura taman-taman syurga. Bertafakur di masjid. Awak kan suka?"

"InshaAllah tak de aral nak join kak"

"Ok.. Teruskanlah menulis akak nak balik dah ni. I hope you will enjoy with your life. Senyum, sabar dan syukur ya. Akak doakan yang terbaik."

"InshaAllah, amin. Thanks kak!"

Akak. U're really my best motivator. Sejak kenal kak Mawar tak pernah sekali kata negatif yang keluar dari hatinya. Semua positif.. Syukur. Walaupun tak pernah merasai ada seorang kakak, namun kehadiran kak Mawar seperti ada bidadari yang turun dari langit. Semua positif. Alhamdulillah... 

Terima kasih Allah kerana tak pernah biarku tersasar jauh. Walau tersandung pasti seakan ada semangat luar biasa mendamaikan. Moga ada ilham Allah dalam tiap tingkah laku dan fikirku. 

ENTRI BERSAMBUNG...

"detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu"

Saturday, October 18, 2014

Sabar. Syukur.

Subuh yang hening,
Saat sayu menyapa hati,
Merenung ke luar jendela..
Kelam dan suram.
BumiMU segar disiram hujan,
Langit menangisi kesyahduan subuh yang hening,
Entah mengapa hati ini turut merasai duka...

Tiba-tiba..

Lantas beristighfar,
Mengakui khilaf,
Menyedari debu-debu dosa masih berbekas..

Ya Allah..
Kuatkan imanku,
Tetapkan hatiku dalam keimanan,
Berikan taqwa setinggi iman ahli syurga,
Berilah kehidupanku penuh barakah..
Ampunilah segala dosaku...
Bersihkan hatiku dari kemungkaran,
Jauhi kemungkaran...
Hindari maksiat,
Pelihara hambaMu ini dari fitnah dunia, fitnah kubur..
Diriku ingin ke syurga yang tertinggi..
Syurga firdausi,
Walau hambaMu ini sedar daku masih belum layak,
Andai hambaMu ini masih berdosa,
Ampuni diriku...
Tunjukkan ku jalan ke syurgaMu..
Moga tidak tersesat..
Moga tidak tersasar dari landasan syurgaMu..
Dengan dugaan ujian nikmat dunia yang sungguh memperdaya,
Siapalah diriku tanpa petunjukMu..
Sinarilah iman,
Sepanjang jalan hidupku..

Benar...
Hati ini ingin kembali kepada fitrah yang suci,
Diriku ingin mengejar nikmat syurgaMu..
Namun, moga hambaMu ini jua menjadi hambaMu yang berbahagia di dunia ini..
Di atas bumi ciptaanMu..
Amin

Senyum. Sabar. Syukur. SyurgaMu. InshaaAllah..

Monday, October 13, 2014

Allah Tahu... , takdirMu cukup indah!

Detik hatinya kencang. Rasa sesak menguji separuh imannya. Rasa seram sejuk, ada tanda-tanda nak demam.

Ubat segera dicapai. Air 100 plus dan jus delima sebagai pencegahan demam & selesema dicapai. Nafas semakin tenang. Degup nadi semakin beransur stability.

"Hai Nurul!.. How are you?"

"I'm fine. Alhamdulillah."

"Nurul, somebody told me.. ada berita ye? Good ke?"

"Alhamdulillah, kak. Finally confirm dia kawin next month. Syukur..."

"Are you ok dear?"
"I'm fine kak. Takde ape pun. I just always pray he will meet the right person for half of himself. Alhamdulillah... hajatnya dah dimakbulkan. Even sometime rasa pelik dgn perasaan sendiri. Comes and go. Now, I'm totally ok!. Buat apa nak terasa sedih, he officially belong to somebody else. Memang itu doa saya."

"Alhamdulillah, i know you're strong enough. Percaya dengan takdir Allah."

"Tapi akak, kenapa saya mesti kenal dia?"

"Ok... Nurul percaya dengan qada dan qadar kan?... itu namanya ketentuan. So memang dah tertulis awak akan kenal somebody to know about man. Sebab-sebab lain hanya Allah yang tahu. I know what you are feeling right now. Tapi jangan salahkan takdir ye dik"

"InshaaAllah tak kak. Saya ok je. Cuma sometime terfikir. Tapi takpe lah at least saya belajar untuk lebih matang."

"Life is so unique. Whatever it is, good job dear! Awak bukan selemah yang akak sangka. Jaga diri jaga iman InshaAllah hati pasti tenang."

"InshaAllah kak. Saya dah recover. I'm back with iman. No more love or friendship with man."

"Alhamdulillah... Banyakkan membaca al-quran dan maknanya ye dik. Solat sunat taubat lazimi. Qiam pun akak tengok sejak dua menjak ni dah kurang. Join usrah dan perbanyakkan sujud."

"Thanks kak. InshaaAllah. TakdirNYA cukup indah! Allah beri pelajaran untuk saya dekat dengan Tuhan. Semua untuk menguji iman. Moga saya dari kalangan hambaNYA yang sabar dan bertaqwa. Amin.."

"Again akak remind.. never give up. Jangan serik ya?"

"Huhuhu.. yang itu saya serahkan pada takdirNYA. As i mention earlier. Taubat rasanya.. ada adalah, takde pun fine. Hanya TUHAN yang tahu. Tapi saya bukanlah anti lelaki cuma, wait and see. Let bygone be bygones..."

"Ok.. jangan merajuk lama-lama. Hidup kena open baru happy kan?"

"Betul... Hidup tak lama. Yang penting  kena jaga syariat, jangan buat Allah murka."

"Yes.. I'm agree with you."

Hari ini terjawab semua tanda tanya. Nurul menarik nafas lega. Senyum dan bahagia! Lepas dari seksaan rasa yang datang dan pergi. Esok, hari baru menanti dengan senyum! Syukur dan sabar menjadi kapsul terbaik. Moga hatinya sentiasa teguh dan jitu bukan untuk perasaan yang salah atau terlalu mudah merasa terbuai oleh perasaan sendiri. Tapi untuk mencari erti kebesaran Tuhan. Bukan untuk kesempurnaan tapi untuk saling melengkapi. Demi Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.


Sungguh, takdirMu cukup indah! Tak sangka, jalannya persis sebuah drama... TakdirMu lebih indah!.. alhamdulillah..

Anytime a Muslim is making a decision, he or she should seek Allah’s guidance and wisdom. Allah alone knows what is best for us, and there may be good in what we perceive as bad, and bad in what we perceive as good.



And Allah knows best, He is the All-Seeing, All-Hearing, the best Planner. May He guide us and ease all our difficulties. Ameen.

Saturday, October 11, 2014

Jadilah orang yang sabar dan redha.


Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata
Ambil yang sarat duri


Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela...

"Hai adik akak ni asyik dengar lagu Arjuna beta ni.. ada apa-apa ke?"

"Ish.. takde lah kak. Saya suka lirik dia... motivated kalau tengah down."

"Down lagi? Cukup-cukuplah rasa sedih tu. Dah lebih 6 bulan pun masih terasa down lagi ke Nurul?"

"Akak... bukan dia totally yang buat saya down. Dia dah ada kehidupan yang lebih bahagia. Datangnya sekejap. Macam mimpi. Sekelip mata semuanya.. gone. Kadang-kadang perkara kecil lain pun boleh buat kita down kan?" balasku.

Nurul menarik nafas.
Senyum. Tapi tawar.

"Jadi?..Apa yang buat adik akak ni sedih dan down ni?"

"erm... entah lah kak. Saya rasa berat hati, pilu, lost something, semua tak kena je rasa. Tak tau nak pergi mana nak hilangkan rasa semua ni. Ke sana sini semua rasa ada bayangan dia. Solat je tak teringat.. heehe. Sebab tu saya nak solat lama-lama. Rasa tenang je. Rasa nak duk masjid lama-lama"..

"Tadi kata takde kaitan dia... huhuhu.. Dulu awak ok je. Akak suka Nurul yang dulu."

"Maksudnya akak suka saya jadi "play girl"? No kak... I'm serious with only one. Saya maybe boleh cuba ubah semula be a happy person, positive, open minded. But bukan untuk berkawan. Bab-bab cinta ni saya cukup berhati-hati. Jaga sangat halal haram, batas pergaulan. Nak pasangan yang baik kena jadi baik dulu kak"

"Ala... akak baru nak kenalkan awak dengan seorang kawan ni. Handsome, engineer, baik pula tu".

"Akak ni... saya dah la kerja biasa-biasa. Siapalah saya, bukan top model nak yang handsome semua tu. Yang paling penting, I'm not ready kak. Malu rasanya dengan mama, ayah & yang dah tau dulu. Saya malu, kalau saya tahu ini akhirnya saya tak nak cerita inform sesiapa. Biarlah saya back to normal. Happy betul-betul happy".

"Kawan-kawan je dulu. Kalau ok, teruskan. Move on. Kalau x, just kawan biasa je"

"Kak... saya bukan Nurul yang dulu kak. Saya tak nak berkawan dengan mana-mana lelaki..."

"Akak ingat nak awak lupakan dia yang awak duk teringat, terbayang.. kesian awak. Untunglah dia sentiasa diingati dan dikenang."



"Akak... kalau saya ingat pun saya hanya doakan dia untuk bahagia dan redha dengan semuanya. Lintasan ingatan je untuk saya jangan mudah membuka hati. Moga Allah permudahkan urusan perkahwinannya. Sekurang-kurangya mengurangkan dosa dia, mengelakkan maksiat. Saya ok je... boleh puasa. Walau kadang-kadang diuji rasa down tapi Allah menguji saya supaya ego saya down. Supaya saya be a nice and good women. Kental jiwa dan lunak hatinya."

"Alhamdulillah, akak menguji awak je. Finally awak dah semakin matang! Alhamdulillah.. syukur. Akak doakan awak terus positif dan happy."

"InshaaAllah kak. Saya cuba!.."

"Hebatnya kuasa Allah. Sekelip mata semuanya dalam aturan & genggamannya. Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya. Beruntung bagi hambaNya yang berfikir Dan mengambil ibrah dalam tiap ketentuan & takdirNya... Jadilah orang yang beruntung itu dik"

"Doakan supaya hati saya kuat ye kak."

"InshaaAllah. Sentiasa. Akak sentiasa doakan. Pasti DIA ada... Jangan risau Allah ada. Doa je minta pada Allah."

"Alhamdulillah... saya lega. Now saya rasa happy sangat! Saya nak bahagiakan semua orang. Mama, ayah, abang, adik, family, dan sesiapa sahaja. Jodoh semua saya serah pada Allah. Ada, adalah.. takda pun takpa. Allah lebih tahu. Nak beribadah, ganti hutang-hutang solat waktu baru-baru baligh, hutang puasa, bayar fidyah, sedekah, kerja keras, positif dan bahagiakan semua orang. Mana tahu saya berjodoh dengan kematian. Sekurang-kurangnya saya tak habiskan usia dengan sesuatu yang mengundang murkaNya & saya nak tersenyum di akhir nafas nanti"

"InshaaAllah, tapi akak pasti awak akan bertemu bahagia di dunia sebelum bahagia di syurga nanti."

"InshaaAllah kak. Saya sentiasa positif. Moga takde dendam dari mana-mana pihak. Saya cukup takut kalau ada orang berdendam. Tapi rasanya selagi saya husnuzon, happy & think positif, pasti semuanya baik-baik."


Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita.
 Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman  dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )



Sunday, October 5, 2014

Allah bersamamu sahabat...


"Akak, he will marry someone else."
"Oh.. ye ke? Mana awak tahu?"

"Saya stalk fb dia"
"Oh.. Sabar ye. Awak yang tak nak kan. So dia pun cari orang lain lah."

"Bukan saya tak nak. Tapi saya rasa after istikharah he is not for me. Jadi rumit, hati rasa resah sangat, tak rasa tenang. So dari first impression saya can't move on. Tapi dia ok actually.  Perfect man that I never meet. Tapi tak guna memperjuangkan cinta yang tak memperjuangkan kita kan. Sekarang ni sedih sangat. Lately banyak kali mimpi dia"




"Sabarlah dik..Allah kan ada. Dia bukan dicipta untuk awak. Awak pun cakap dia dengan awak banyak gap kan? Sabarlah.."

"Tu la kak... saya belajar untuk tenang. Senyum dan bahagia. Walaupun saya rasa sebahagian hati saya menangis, saya tetap doakan dia bahagia. Dia bakal jadi suami orang so memang saya kena lupakan terus semuanya. Be open minded in the searching a right life partner to be or just be prepared as best as I can to be the choosen one.. wife to be."

"Sekarang dia bakal jadi suami orang. So buang jauh-jauh semua rasa tu ye. Berdoalah Allah yang memegang hati-hati manusia."

"InshaAllah kak.."

"Awak pernah berkawan kan? Sebab bagi akak lumrah dan adat berkawan. Andai tiada jodoh, tak kan kita nak menangisi takdir sahaja. Pasti kita berusaha untuk mencari cinta yang lain. Mencari bahagia yang melengkapkan hidup, orang yang lebih menghargai dan mencintai kita apa adanya."

"Betul.. saya setuju."

"Lagi satu.. cinta itu satu komitmen. Yakin dan tetapkan hati barulah hidup dijalani dengan tenang dan bahagia. Cinta dunia untuk meraih redha Allah seterusnya bahagia hingga syurga. Awak dah sandarkan pada DIA. Redhalah..."

"Tengok ni awak, baca ni..Tapi bukan maksudnya awak mempermainkan dia. Akak faham ini takdirNYA. Tapi ini untuk awak sebelum dia. Awak pernah mempermainkan perasaan lelaki kan?"

"Ya... mungkin dulu saya tak matang. Awal 20an saya culture shock. Mungkin ini ujian Allah untuk saya lebih setia. Atau ini balasan kecil atas dosa-dosa saya tidak jujur dalam cinta sebelum-sebelum ini" 

"Ok. Baca ni."

JANGAN MEMPERMAINKAN SESEORANG … ~

Jika memang sayang. Maka sayangilah.
Jika memang suka. Maka sukailah.
Jika memang cinta. Maka cintailah.

Sentuh hatinya. Muliakan dirinya.

Jalani semuanya dengan sebaik-baiknya cara. Yakni cara yang diridhai-Nya.

Ingatlah..
Jangan sekali-kali mempermainkan hatinya.
Karena hal itu bisa menghancurkan perasaannya.

Setuju sahabat fillah...?

"Saya tak berniat untuk mempermainkan. Kalau saya mainkan perasaan orang saya tak akan rasa frust. Tapi.."

"Ok.. akak faham. Awak dah cerita segalanya. Semoga awak tabah. Doakan dia bahagia ye, meskipun dalam diam. Allah pun turut memberkati hidup awak kemudian."

Tunduk..
Air mata pantas mengalir.
Lantas beristighfar..

"Takpe, Allah nak awak belajar untuk sabar. Pasti akan tiba masanya nanti. Bersabarlah duhai sahabat,.. istighfar banyak-banyak. Tiba masa yang tepat nanti Allah kirimkan 'surprise' untuk awak ye. Pastikan jaga elok-elok, hargai dan jangan berubah hati. Setia dan cintai sejujurnya. Berdoalah. Allah ada. Hanya DIA yang Maha Memahami."

"Thanks akak."

Saling berpeluk dan air mata berjujuran.
Saat sahabat-sahabat lain sedang bahagia masih ada seorang teman baiknya berjuang dengan cinta.. mungkin lambat untuknya. Namun yang pasti cinta Ilahi itu indah bila tiba masa yang tepat. InshaaAllah... amin ya rabbal alamin.

"Ya Allah.. kasihilah wanita ini. Kasihanilah dia. Kirimkan cinta terindah buatnya. Jangan kecewakan dia lagi. Buangkan segala duka hatinya. Gantikan dengan tenang, bahagia dan syukur. Dia sudah berubah. Dia sudah bertaubat. Dia belajar dari kesilapan. Dia belajar untuk setia mencintai. Dia setia dengan redhaMu ya Ilahi. Wahai ALLAH Yang Maha Mengetahui.. Moga hidupnya diredhai..amin."bisik hati Mawar.

Thursday, October 2, 2014

Hidup..

Copy pasted.

Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah, 
Lalu hisab (yg hanya menghasilkan dua kemungkinan); pahala atau seksa.
فعش حياتك لله - تكن أسعد خلق ﷲ 
اللهم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك
Maka, Hiduplah utk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya yg paling bahagia.
Ya Rabb utkmu segala puji yg layak utk kemuliaan wajah-Mu dan keagungan kekuasan-Mu!

Wednesday, October 1, 2014

Apa yang dicari?

Hati tersentuh..
Hiba..
Air mata syahdu pilu mulai mengalir..
Oh Tuhan ujianMu cukup memberi kesan.
Terima kasih Allah..
Teruskan langkah..
Jangan menoleh lagi,
Biarkan..
Padam semuanya,
Tawakal.
Serah semuanya pada Ilahi,
Allah Tahu,
Dia sedang menguji imanmu..
Kelak syurga buatmu,
Andai terus sabar..
Redha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails