Saturday, November 27, 2010
Dikurniakan nikmat ALLAH untuk menulis.. Nukilan Hati Puteri bertajuk "Mencari Redha Ilahi - Sebening Cinta Hatiku Buatmu"
Assalammualaikum.. w.b.t.
Buat semua pembaca novel bersiri puteri yang setia membaca entri demi entri, diharapkan teruskan keep in touch dan nantikan sambungannnya. Sejak kebelakangan ini, kekangan masa dan kesuntukan waktu senggang membuatkan puteri membataskan penulisan demi mengasah potensi sekiranya ada.
Tidak kira samaada silent readers mahupun blogger, teruskan menanti sambungan Novel "Mencari Redha Ilahi - Sebening Cinta Hatiku Buatmu"
Sementara puteri diberi kelapangan, diberi kelebihan, diberi kesempatan.. Puteri akan teruskan sehingga end of the novel.
Untuk refresh novel yang puteri cuba garapkan, dan memenuhi beberapa permintaan, di bawah disambungkan ke episod coretan puteri dari episod 1 sehingga yang terkini.
EPISOD 1
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
EPISOD 10
EPISOD 11.
EPISOD 13
EPISOD 14.
Wassalam..
Sunday, November 21, 2010
Renungan buat semua..
Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku
Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari
Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...
Assalammualaikum semua,
Cuba anda semua fahamkan lirik lagu nasyid di atas..
erti sebuah keinsafan..
Okay, kenapa tiba-tiba puteri tulis entri tentang keinsafan? dan kenapa puteri bangkitkan tentang renungan ini. Okay, puteri ada baca satu tajuk yang benar-benar memberi makna dan pengajaran buat puteri dan InsyaALLAH buat anda semua jika puteri kongsikan di sini..
Tajuk : Yang Lalu, Biarlah Berlalu.
Buku La Tahzan : Jangan Bersedih.
"Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.
Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.
Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersbut berulang kali? Adakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?
Dengan kembali masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.
Membuka kembali lembaran masa lalu, hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah s.w.t telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka buat:
"Itulah umat yang telah lalu... (Al-Baqarah: 134)
Semuanya yang telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.
Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang sepatutnya direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya."
Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai "Mengapakah engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlaku?" Keldai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka kebohongan."
Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita mengiya-iyakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu,nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya mustahil.
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air mengalir ke depan; setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan."
Wallahualaam..
Sekian..
Saturday, November 13, 2010
Hidup Sihat Cara Nabi
“Manusia bukan sekadar tubuh, tetapi juga memiliki unsure-unsur mental dan spiritual. Ada penyakit-penyakit manusia yang tidak boleh disembuhkan oleh doctor. Oleh itu, terdapat penyakit-penyakit tertentu yang boleh disembuhkan dengan bersedekah, solat, taubat, puasa, berbuat baik kepada manusia dan sebagainya. Kita sudah berulang kali mengamalkan cara-cara seperti ini dan terbukti membawa manfaat yang tidak diperolehi daripada ilmu pengubatan ilmiah.” Ibnul Qayyim.
Contoh yang cukup terkenal yang boleh diberikan dalam pengubatan Nabi S.A.W adalah kemampuan baginda menyembuhkan orang buta hanya dengan wuduk, solat dan doa.
Diriwayatkan oleh Utsman bin Hanif, ada seorang buta datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata
Baginda kemudian bersabda, “Pergilah berwuduk”. Dirikanlah solat dua rakaat dan ucapkanlah, “Ya ALLAH, aku memohon rahmat kepadaMu, dan menghadap kepadaMu bersama NabiMu, Muhammad. Wahai Muhammad, aku menghadap kepada Tuhanmu bersamamu agar ia membuka penglihatanku. Ya ALLAH, berikanlah syafaat baginda untukku.” Tidak lama setelah orang-orang beranjak dari tempatnya, orang buta tersebut telah dapat melihat. (HR. An-Nasai, Tirmidzi, Hakim dan Al-Baihaqi).
Itulah sebabnya, kesihatan bersifat menyeluruh mengandungi keempat-empat aspek. Antaranya ialah;
1. Kesihitan Fizikal wujud apabila seseorang tidak merasa dan mengeluh atau tidak adanya keluhan dan memang secara objektifnya tidak nampak sakit. Semua organ tubuh berfungsi normal atau tidak mengalami gangguan.
2. Kesihatan mental mencakupi 3 komponen iaitu fikiran, emosi dan spiritual.
a. Fikiran sihat boleh dicerminkan daripada cara berfikir atau buah fikiran seseorang.
b. Emosi sihat boleh dicerminkan daripada kemampuan untuk mengepresikan emosinya, misalnya takut, gembira, bimbang, sedih dan sebagainya.
c. Spiritual sihat pula boleh dilihat daripada cara seseorang dalam mengekspresikan rasa syukur, pujian, kepercayaan dan sebagainya terhadap sesuatu di luar ala mini, iaitu Tuhan Yang Maha Kuasa. Misalnya, sihat spiritual boleh dilihat daripada amalan agama seseorang itu. Dengan kata lain, sihat spiritual wujud apabila seseorang itu mampu berhubungan dengan orang lain atau kaum lain secara baik, tanpa membezakan bangsa, suku, agama atau kepercayaan, status sosial, ekonomi, politik, saling bertolak ansur, menghargai dan sebagainya.
Apabila kecerdasan emosi dan spiritual “berjalan” pada landasan yang sepatutnya, seseorang itu akan mampu:
1. Memahami dan menginsafi tujuan asal mereka dijadikan di muka bumi ini. Apabila mereka menjadi anak, mereka akan menjadi anak yang baik. Apabila mereka menjadi pasangan, mereka akan menjadi pasangan yang baik, dan apabila mereka menjadi pekerja, mereka akan menjadi pekerja yang baik.
2. Melahirkan potensi diri pada tahap yang tinggi.
3. Memahami orang lain dan skala perhubungan akan menjadi lebih mudah.
4. Menerima apa sahaja ketentuan yang telah ditakdirkan ke atas diri mereka. Tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak pernah lupa untuk berusaha.
♥7 Ayat Cinta ♥♥♥♥♥♥♥
Gamba sekadar hiasan.
♥7 Ayat Cinta menurut sabda Rasulullah s.a.w♥♥
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini dan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.”
1. ♥♥Bismillahhirrahmanirrahim♥♥
Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. ♥♥Alhamdulillah♥♥
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. ♥♥Astaghfirullah♥♥
Jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk.
4. ♥♥InsyaALLAH♥♥
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. ♥♥Lahaulawalaquataillahbillah♥♥
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. ♥♥Innalillah♥♥
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. ♥♥LailahaillALLAH♥♥
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t.
p/s: ♥Amalkanlah dan semoga jiwa anda lebih damai♥♥