~SubhanakALLAH humma wa bihamdika ashadualla ilaha ila
anta, astagfiruka waatu bu’ilaik~
“Maha Suci Engkau YA ALLAH, Segala puji bagiMU, aku
bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH.
Aku pohon ampun dan bertaubat kepadaMU”
-Tasbih Kafarah-
Mari kita amalkan tasbih kafarah setiap pagi dan
petang. Iaitu seusai solat subuh dan solat asar. InsyaALLAH..
In the of ALLAH the Most Gracious and the Most
Merciful,
Alam ini..
Kurasakan penuh dengan manusia kejam,
Disisiku manusia tidak berperi kemanusiaan,
Di depanku manusia hilang identiti diri,
Di belakangku manusia tanpa harga keimanan..
Mana manusia penuh tatasusila?
Mana insan berhati luhur penuh keimanan.
Mana khalifah ALLAH di bumiNYA yang penuh nikmat?
Mana ummah Rasullullah s.a.w yang dicintaiNYA?
Ya ALLAH..
Ya! Memang benar!..
Kini..
Bayi dibuang kejam,
Isteri dibunuh tanpa rasa kasih sayang,
Budaya moden lesbian, homoseksual, penkid dan
sebagainya menjadi kebiasaan..
Kasih sayang tanpa mengenal ikatan akad yang sah
menjadi pilihan,
Kebebasan bergaul menjadi pegangan,
Semua itu menjadi satu kebiasaan..
Hilang sudah harga sebuah keimanan dalam diri..
Realitinya,
Ahli syurga kecil..
Si cilik yang masih suci fitrahnya,
Yang masih
bersih hatinya..
Tidak tahu apa-apa,
Malahan tidak pernah melakukan dosa..
Tetapi..
Mengapa mereka yang menjadi mangsa?
Bila nafsu sudah membutakan mata hati..
YA ALLAH..
Ya ALLAH..
Dunia ini penuh muslihat..
Tunjukilah kami jalan yang lurus..
Penuhkanlah dada kami dengan ilmu dan keimanan..
Kurniakanlah kami dari golongan insan bertaqwa penuh
keimanan..
Agar dapat sama-sama kami bermujahadah atas jalan
kehidupan,
Untuk sama-sama mencegah kemaksiatan..
Untuk sama-sama menjauhi laranganMU..
Untuk sama-sama menyampaikan pesan..
Agar terus saling menasihati..
Bagi kami tetap dalam kebaikan untuk menyeru
keberkatan..
InsyaAllah,
Dengan Izin ALLAH..
Semua pasti akan berada pada landasan yang benar..
Atas Hidayah dan PetunjukMU,
Dunia pasti akan tenang..
Alam pasti riang..
Manusia pasti cemerlang,
Untuk kebaikan dunia dan akhirat..
IsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment