About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Saturday, October 11, 2014

Jadilah orang yang sabar dan redha.


Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata
Ambil yang sarat duri


Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela...

"Hai adik akak ni asyik dengar lagu Arjuna beta ni.. ada apa-apa ke?"

"Ish.. takde lah kak. Saya suka lirik dia... motivated kalau tengah down."

"Down lagi? Cukup-cukuplah rasa sedih tu. Dah lebih 6 bulan pun masih terasa down lagi ke Nurul?"

"Akak... bukan dia totally yang buat saya down. Dia dah ada kehidupan yang lebih bahagia. Datangnya sekejap. Macam mimpi. Sekelip mata semuanya.. gone. Kadang-kadang perkara kecil lain pun boleh buat kita down kan?" balasku.

Nurul menarik nafas.
Senyum. Tapi tawar.

"Jadi?..Apa yang buat adik akak ni sedih dan down ni?"

"erm... entah lah kak. Saya rasa berat hati, pilu, lost something, semua tak kena je rasa. Tak tau nak pergi mana nak hilangkan rasa semua ni. Ke sana sini semua rasa ada bayangan dia. Solat je tak teringat.. heehe. Sebab tu saya nak solat lama-lama. Rasa tenang je. Rasa nak duk masjid lama-lama"..

"Tadi kata takde kaitan dia... huhuhu.. Dulu awak ok je. Akak suka Nurul yang dulu."

"Maksudnya akak suka saya jadi "play girl"? No kak... I'm serious with only one. Saya maybe boleh cuba ubah semula be a happy person, positive, open minded. But bukan untuk berkawan. Bab-bab cinta ni saya cukup berhati-hati. Jaga sangat halal haram, batas pergaulan. Nak pasangan yang baik kena jadi baik dulu kak"

"Ala... akak baru nak kenalkan awak dengan seorang kawan ni. Handsome, engineer, baik pula tu".

"Akak ni... saya dah la kerja biasa-biasa. Siapalah saya, bukan top model nak yang handsome semua tu. Yang paling penting, I'm not ready kak. Malu rasanya dengan mama, ayah & yang dah tau dulu. Saya malu, kalau saya tahu ini akhirnya saya tak nak cerita inform sesiapa. Biarlah saya back to normal. Happy betul-betul happy".

"Kawan-kawan je dulu. Kalau ok, teruskan. Move on. Kalau x, just kawan biasa je"

"Kak... saya bukan Nurul yang dulu kak. Saya tak nak berkawan dengan mana-mana lelaki..."

"Akak ingat nak awak lupakan dia yang awak duk teringat, terbayang.. kesian awak. Untunglah dia sentiasa diingati dan dikenang."



"Akak... kalau saya ingat pun saya hanya doakan dia untuk bahagia dan redha dengan semuanya. Lintasan ingatan je untuk saya jangan mudah membuka hati. Moga Allah permudahkan urusan perkahwinannya. Sekurang-kurangya mengurangkan dosa dia, mengelakkan maksiat. Saya ok je... boleh puasa. Walau kadang-kadang diuji rasa down tapi Allah menguji saya supaya ego saya down. Supaya saya be a nice and good women. Kental jiwa dan lunak hatinya."

"Alhamdulillah, akak menguji awak je. Finally awak dah semakin matang! Alhamdulillah.. syukur. Akak doakan awak terus positif dan happy."

"InshaaAllah kak. Saya cuba!.."

"Hebatnya kuasa Allah. Sekelip mata semuanya dalam aturan & genggamannya. Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya. Beruntung bagi hambaNya yang berfikir Dan mengambil ibrah dalam tiap ketentuan & takdirNya... Jadilah orang yang beruntung itu dik"

"Doakan supaya hati saya kuat ye kak."

"InshaaAllah. Sentiasa. Akak sentiasa doakan. Pasti DIA ada... Jangan risau Allah ada. Doa je minta pada Allah."

"Alhamdulillah... saya lega. Now saya rasa happy sangat! Saya nak bahagiakan semua orang. Mama, ayah, abang, adik, family, dan sesiapa sahaja. Jodoh semua saya serah pada Allah. Ada, adalah.. takda pun takpa. Allah lebih tahu. Nak beribadah, ganti hutang-hutang solat waktu baru-baru baligh, hutang puasa, bayar fidyah, sedekah, kerja keras, positif dan bahagiakan semua orang. Mana tahu saya berjodoh dengan kematian. Sekurang-kurangnya saya tak habiskan usia dengan sesuatu yang mengundang murkaNya & saya nak tersenyum di akhir nafas nanti"

"InshaaAllah, tapi akak pasti awak akan bertemu bahagia di dunia sebelum bahagia di syurga nanti."

"InshaaAllah kak. Saya sentiasa positif. Moga takde dendam dari mana-mana pihak. Saya cukup takut kalau ada orang berdendam. Tapi rasanya selagi saya husnuzon, happy & think positif, pasti semuanya baik-baik."


Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita.
 Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman  dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )



Sunday, October 5, 2014

Allah bersamamu sahabat...


"Akak, he will marry someone else."
"Oh.. ye ke? Mana awak tahu?"

"Saya stalk fb dia"
"Oh.. Sabar ye. Awak yang tak nak kan. So dia pun cari orang lain lah."

"Bukan saya tak nak. Tapi saya rasa after istikharah he is not for me. Jadi rumit, hati rasa resah sangat, tak rasa tenang. So dari first impression saya can't move on. Tapi dia ok actually.  Perfect man that I never meet. Tapi tak guna memperjuangkan cinta yang tak memperjuangkan kita kan. Sekarang ni sedih sangat. Lately banyak kali mimpi dia"




"Sabarlah dik..Allah kan ada. Dia bukan dicipta untuk awak. Awak pun cakap dia dengan awak banyak gap kan? Sabarlah.."

"Tu la kak... saya belajar untuk tenang. Senyum dan bahagia. Walaupun saya rasa sebahagian hati saya menangis, saya tetap doakan dia bahagia. Dia bakal jadi suami orang so memang saya kena lupakan terus semuanya. Be open minded in the searching a right life partner to be or just be prepared as best as I can to be the choosen one.. wife to be."

"Sekarang dia bakal jadi suami orang. So buang jauh-jauh semua rasa tu ye. Berdoalah Allah yang memegang hati-hati manusia."

"InshaAllah kak.."

"Awak pernah berkawan kan? Sebab bagi akak lumrah dan adat berkawan. Andai tiada jodoh, tak kan kita nak menangisi takdir sahaja. Pasti kita berusaha untuk mencari cinta yang lain. Mencari bahagia yang melengkapkan hidup, orang yang lebih menghargai dan mencintai kita apa adanya."

"Betul.. saya setuju."

"Lagi satu.. cinta itu satu komitmen. Yakin dan tetapkan hati barulah hidup dijalani dengan tenang dan bahagia. Cinta dunia untuk meraih redha Allah seterusnya bahagia hingga syurga. Awak dah sandarkan pada DIA. Redhalah..."

"Tengok ni awak, baca ni..Tapi bukan maksudnya awak mempermainkan dia. Akak faham ini takdirNYA. Tapi ini untuk awak sebelum dia. Awak pernah mempermainkan perasaan lelaki kan?"

"Ya... mungkin dulu saya tak matang. Awal 20an saya culture shock. Mungkin ini ujian Allah untuk saya lebih setia. Atau ini balasan kecil atas dosa-dosa saya tidak jujur dalam cinta sebelum-sebelum ini" 

"Ok. Baca ni."

JANGAN MEMPERMAINKAN SESEORANG … ~

Jika memang sayang. Maka sayangilah.
Jika memang suka. Maka sukailah.
Jika memang cinta. Maka cintailah.

Sentuh hatinya. Muliakan dirinya.

Jalani semuanya dengan sebaik-baiknya cara. Yakni cara yang diridhai-Nya.

Ingatlah..
Jangan sekali-kali mempermainkan hatinya.
Karena hal itu bisa menghancurkan perasaannya.

Setuju sahabat fillah...?

"Saya tak berniat untuk mempermainkan. Kalau saya mainkan perasaan orang saya tak akan rasa frust. Tapi.."

"Ok.. akak faham. Awak dah cerita segalanya. Semoga awak tabah. Doakan dia bahagia ye, meskipun dalam diam. Allah pun turut memberkati hidup awak kemudian."

Tunduk..
Air mata pantas mengalir.
Lantas beristighfar..

"Takpe, Allah nak awak belajar untuk sabar. Pasti akan tiba masanya nanti. Bersabarlah duhai sahabat,.. istighfar banyak-banyak. Tiba masa yang tepat nanti Allah kirimkan 'surprise' untuk awak ye. Pastikan jaga elok-elok, hargai dan jangan berubah hati. Setia dan cintai sejujurnya. Berdoalah. Allah ada. Hanya DIA yang Maha Memahami."

"Thanks akak."

Saling berpeluk dan air mata berjujuran.
Saat sahabat-sahabat lain sedang bahagia masih ada seorang teman baiknya berjuang dengan cinta.. mungkin lambat untuknya. Namun yang pasti cinta Ilahi itu indah bila tiba masa yang tepat. InshaaAllah... amin ya rabbal alamin.

"Ya Allah.. kasihilah wanita ini. Kasihanilah dia. Kirimkan cinta terindah buatnya. Jangan kecewakan dia lagi. Buangkan segala duka hatinya. Gantikan dengan tenang, bahagia dan syukur. Dia sudah berubah. Dia sudah bertaubat. Dia belajar dari kesilapan. Dia belajar untuk setia mencintai. Dia setia dengan redhaMu ya Ilahi. Wahai ALLAH Yang Maha Mengetahui.. Moga hidupnya diredhai..amin."bisik hati Mawar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails