About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Saturday, October 24, 2015

10 tahun tempoh yang mampu membuka lembaran yang positif. InshaAllah..

Sekian lama mendiamkan diri, akhirnya sebuah nota tertulis indah di dalam diary lama yang tersimpan kemas di dalam almari. Kira-kira 10 tahun diari berkulit pink itu tak berpenghuni.. Masa berlalu begitu pantas. Cepatnya jam berdetik. Sedar tak sedar usia bertambah lagi 10 tahun. Namun diari itu masih tersimpan elok biarpun lusuh. 

10 tahun yang lepas diari itu diberikan oleh seorang teman yang sangat istimewa. Padanya walaupun kenangan itu sukar dipadam dan mengikut sesetengah orang segala barang ataupun kenangan yang mengingatkan pada seseorang itu seharusnya dibuang namun tidak pada hati seorang gadis berjiwa kental yang menginjak usia dewasa itu. Past is past katanya. Pemberian itu tanda ukhwah. Pemberian itu tidak bersalah. Pembaziran itu sesuatu yang bertentangan dengan prinsip hidupnya. Biarpun pernah rasa teraniaya atau kecewa namun... semua dilupakan. Bertepuk sebelah tangan meskipun sakit rasanya namun pengalaman yang memalukan itu lantas mengajar dia tentang banyak erti tersirat dan pengalaman. 10 tahun mengajar untuk dia bersabar. Kental dengan ujian. Semalam yang mengajar erti ketabahan dan berlapang dada. Jika sekarang, seseorang itu berdiri di hadapannya pun inshaAllah dia mampu bertenang dan mendoakan yang baik-baik.

Minda positif! Itulah katanya yang mampu membuatkan dia bertahan.. senyum dan sabar.

"Mawar, akak nak tanya sikit boleh", hatiku melonjak-lonjak ingin bertanya.
"Boleh kak.", jawabnya ceria. 
"Are you happy with your life? Tak teringin ke bahagia macam kawan-kawan sebaya yang lain." Aku berkira-kira setiap bait kata-kata risau mengguris hatinya.
hmmm... Mawar terdiam. Lama juga. 5 minit. Tapi aku tak paksa dia menjawab. Biarlah bila mawar bersedia pasti dia kongsikan juga apa yang selama ini terbuku di hatinya. 

"Hmm... okay. Alhamdulillah. This is my choise. Allah dah bagi pilihan dan I happy going through this way. I've already ask Allah. Istikharah dan rasanya jalan inilah yang layak untuk saya. Syukur dan redha for whatever happened kak. Yes! I'm happy because this is the destiny written for me by Allah kak." mawar senyum sepanjang penjelasan seolah tiada apa yang berlaku.

"Are you sure? U deserved to get happiness and love dear", aku simpati pada gadis ini. Sambil mengusap lembut, gadis ini tetap senyum tanpa menunjukkan riak yang berduka.

"InshaAllah..one day perhaps kakak. Not too worried about me. I'm happy with this destiny. Kalau inilah pelajaran yang perlu saya lalui pada perjalanan hidup di dunia untuk menempah syurga, saya redha. Apapun.. Only ALLAH knows everything kak", suara mawar semakin perlahan.

"Tabahnya hatimu dik. Nanti izinkan kak mawar share pada kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh supaya mereka juga positif seperti mawar." Aku mengakhiri perbualan sambil memeluknya erat.

"Terima kasih kak. Doakan ye. Itu je permintaan saya. InshaAllah."

Pertemuan singkat yang meninggalkan kesan di hati. Ketabahan seorang gadis demi redha Ilahi. Semua bertunjangkan Rabbul Izzati. Biar apapun dugaan dan ujiannya tetap positif. 10 tahun mampu membentuk betapa kuat dan kentalnya hati..

Diari itu rahsia peribadi. Rahsia itu anugerah Ilahi. Hanya satu hatinya.. berserah pada Pemilik alam yang Kekal Abadi. 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails