About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Tuesday, November 22, 2011

Kerana Sepasang Kaca Mata


Kerana Sepasang Kaca Mata

Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa Halina, seorang gadis yang memakai jubah berwarna lembut dan berhijab arab. Hijab yang meliliti sebujur wajah yang berkaca mata dan sebahagian tubuhnya menari-nari tanda menjawab salam angin rindu yang membawa Halina dalam sebuah kenangan semalam. Semalam merupakan sesuatu kenangan yang cukup berharga buat Halina.

Halina seorang gadis berkelulusan Sarjana Perubatan dari Jordan, Mesir, baru sahaja berjaya menamatkan pengajiannya minggu lepas.

Dan, kenangan itu datang lagi membawa jutaan semangat dan inspirasi sebagai azimat kembara hidupnya.

“Ina, belajar rajin-rajin ya. Nanti, bila dah berjaya, jangan lupakan umi. Ingat kita bukan dari keluarga yang senang ina.” Kata-kata pesanan umi sebagai azimat yang tidak mungkin dilupakan.

Kenangan bersama umi yang membakar jutaan semangat untuknya meneruskan pengembaraan hidup dalam menggapai impian yang menggunung tinggi. Umi cukup bersusah payah untuknya, dari kecil sehinggalah dia melanjutkan pengajian ke peringkat yang tertinggi. Tempat pergantungannya adalah Umi. Umi jugalah yang menjadi guru dan sahabatnya. Ketika Halina ditimpa masalah dan kesukaran dalam mengendalikan kehidupan, ibulah tempat meluahkan rasa dan kaunselor yang terbaik dan dekat di hatinya.

Halina masih ingat lagi, betapa Umi bersusah payah memberikan pendidikan yang terbaik buatnya. Ketika itu, Halina masih di peringkat menduduki peperiksaan PMR. Sewaktu ujian percubaan PMR, Halina mendapat keputusan yang teruk sehingga menyebabkan umi menitiskan air mata. Namun, kecekalan dan ketegasan umi memberikan perubahan yang positif dalam hidupnya.

Halina yang pada ketika menduduki peperiksaan percubaan PMR sedang demam panas sememangnya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya. Halina hanya dapat bertahan selama setengah jam dengan keadaan terketar-ketar menahan kesakitan dan selebihnya dia hanya terlantar di atas katil bilik rawatan di sekolahnya.

Sebaik selepas tamat peperiksaan percubaan, umi telah merancang jadual yang padat untuk Halina dengan mendaftar tuisyen di pusat tuisyen yang menawarkan pakej yang cemerlang untuk pelajar PMR. Walaupun kos untuk tuisyen amatlah mahal, namun umi sanggup bersusah payah. Umi yang hanya bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah berdekatan sanggup mengambil upah menjahit pakaian di sebelah petangnya demi membiayai pembelajaran Halina.

Pada suatu petang, sebaik selepas mendapat keputusan PMR dengan lulus cemerlang dengan gred 8A, Umi sangat gembira. Sebagai meraikan kegembiraan yang tidak terhingga, Umi mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran. Antara pesanan yang juga membawa Halina sehingga ke puncak jaya sekarang dan tidak mungkin dilupakan adalah untuk mendoakan kesejahteraannya dan aruah ayahnya.

“Umi nak Ina sentiasa doakan kesejahteraan dan kesihatan Umi supaya Umi dapat lihat Ina berjaya nanti. Aruah ayah pun ina jangan lupa doakan ye nak?” sambil menyapu ubun-ubun, Umi tersenyum manis.


“InsyaAllah Umi, janganlah Umi cakap macam tu… Umi dengan aruah ayah tetap di hati Ina. Selama-lamanya. Umie jangan sedih ya, Ina nak struggle untuk SPM dan nak masuk U”

“InsyaAllah… Umie doakan anak umi ni berjaya dunia akhirat. Amin..”

Selepas mendapat tawaran di MRSM Jasin, Melaka Halina meneruskan perjuangannya dalam mengecapi sebuah kejayaan. Sehinggalah dia tamat SPM dengan kecemerlangan 10A1 dalam bidang sains perubatan. Air mata umi yang menjadi sumber kekuatan untuk Halina meneruskan perjalanannya mencari sebuah kejayaan dan keredhaan Allah.

Halina masih teringat lagi satu kenangan yang masih segar dan dapat membakar semangat juangnya sehingga kini. Ketika itu mesin jahit rosak dan umi perlu menjahit menggunakan tangannya demi mengejar tempahan yang menghampiri tarikh permintaan. Jahitan tangan Umi sememangnya cantik dan diminati ramai kawan-kawannya. Kebanyakan pelanggannya adalah rakan sekerja ibu juga.

Paling menyayat hati, jika umi perlu bersekang mata sehingga lewat malam untuk menyiapkan tempahan bajunya. Terkadang mata umi juga kurang jelas, namun umi tidak mahu menempah cermin mata. Katanya mahal, sedangkan jika difikirkan terlalu banyak kos yang umi pertaruhkan untukku. Kos pengajian, kelas tuisyen dan kelas-kelas kemahiran berbahasa lain. Kepayahan dan kegetiran umi lah yang menjadikan Halina kuat dan berazam untuk berjaya dan membalas jasa umi kesayangannya itu.

Umi lah idola hatinya.

Halina memperbetulkan kaca matanya. Matanya mulai rabun sejak dia di sekolah menengah lagi. Ketika peperiksaan percubaan SPM menjelang, Halina kerap menelaah malam dengan menggunakan pelita minak tanah kerana tiada kemudahan elektrik di rumahnya sehingga kekadang terpaksa membaca dalam lampu yang malap di asrama.

Sehingga kini, setiap kaca mata yang ditukar samaada rosak mahupun yang pecah pasti akan disimpan dan menjadi koleksi peribadinya yang akan mengingatkannya kepada pengorbanan uminya. Umi sanggup bersusah payah demi memberikan kesempurnaan buat Halina.

Kini, walaupun Umi sudah tiada, tidak bermakna kenangan itu sudah dilupakan dan pergi bersama tertanamnya jasad aruah uminya. Semangat dan kekuatan itu masih dipengang dan dijadikan sumber kekuatan, insyaAllah. Tanpa disedari air matanya mengalir laju sekian lama menahan sebak. Namun, Halina cuba bertabah dan berfikir positif. Semuanya telah berakhir dan dia perlu kuat membuktikan pada ibunya bahawa kejayaan tetap menjadi hadiah di akhir pengorbanan ibunya walaupun tanpa seraut wajah jernih yang dikasihi dan dirindui.

“Dr. Halina, are you okay?” sapaan Dr. Farid mematikan lamunannya.

“Yes… I’m okay. Cuma, ana rindu pada aruah umi lah Farid!” Farid sahabat lamanya tetap menjadi sahabat yang ada ketika susah dan senang di Jordan.

“Come on friend! Setiap yang hidup pasti akan menemui saat di alam sana, dan pasti akan meninggalkan kita. Tapi, anti kenalah berjuang untuk mencapai cita-cita untuk membuka klinik dan kedai kaca mata tu.” Farid cuba memberi kata-kata semangat.

Memang tidak dinafikan, Farid adalah sahabatnya yang sangat membantu. Sejak dari bangku sekolah lagi Farid merupakan sahabat baik Halina. Sehingga bekerja juga Halina perlu bersemuka dengan Farid, dan memikul tanggungjawab di tempat yang sama.

“InsyaAllah, ana bukan apa Farid. Semangat dan kepayahan yang umi tempuhi untuk mendidik ana sampai ke tahap ini sememangnya menjadi pembakar semangat ana untuk lebih berjaya lagi. Semoga Allah permudahkan, Thanks anyway!”

Sejak dari kehilangan permata hatinya yang selama ini bersusah payah demi membesarkannya, Halina semakin kuat untuk membuka sebuah kedai kaca mata dan klinik matanya. Baginya, biarpun ibunya sudah menemui Allah Azza Wajala, namun cita-citanya tetap tersemat kuat di dalam satu sudut sanubarinya yang dalam.

Hari demi hari dilalui, Halina hanya menetapkan kerjaya sebagai misi dalam perjalanan hidupnya. Farid lah yang menjadi sahabat sejatinya malah dia juga umpama saudara kandungnya juga yang sentiasa ada dalam membimbing dan memberikan sokongan tika susah dan senang.

“Halina, congrates!!!.. Akhirnya anti dapat mencapai cita-cita yang pertama. Kedai kaca mata dah mula masyuk! Klinik bila ni?”Farid sememangnya sahabat yang baik dan setia di sisinya.

“InsyaAllah Farid. Doakan ya?”

“Semoga berjaya Halina! I know u can do it! Jangan putus asa berusaha dan sabar menempuh dugaan yang datang.” Farid mengakhiri perbualan.

Pejam celik pejam celik sudah hampir setahun kedai “Kaca Mata Ummi” beroperasi dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Bermula dari rakan-rakan terdekat, saudara mara dan kenalan sehinggalah ia menjadi buah mulut dan pilihan pelbagai peringkat usia. Halina tersenyum dan bersyukur atas anugerah rezeki dari Allah.

Halina berjubah lembut putih kosong dan bertudung rona putih bercorak lembut. Tangannya sebok menyusun atur kedudukan kaca mata di hadapan kedainya. Sesekali Halina di kedai selepas waktu kerja, dia tidak melepaskan peluang untuk berbakti kepada kedai yang dibangunkan dengan penuh gigih dan susah payah. Beberapa orang pekerjanya yang terlatih turut membantu.

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenalinya menyapa.

“Assalammualaikum…”

“Waalaikumsalam, ya encik boleh saya bantu?”Halina memberikan perkhidmatan komunikasi yang terbaik dalam berurusan dengan pelanggan.

“Ya, saya nak buat speck baru, yang ni almost broken. Can u give me a suggestion, and I will select then.” Lelaki yang berkaca mata hampir lusuh itu sedang sebok meneliti beberapa kaca mata berjenama Levis.

Hampir satu jam akhirnya lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Zulfahmi itu pun beredar dengan sehelai bil yang bernilai RM450.00.

Hari demi hari, dan bulan berganti bulan, seterusnya berganti tahun. Halina semakin sebok dengan urusan pembukaan kliniknya, namun dalam masa yang sama Halina tetap menyertai beberapa program anjuran Masjid, dan menitikberatkan soal keagamaan dalam urusan kehidupannya. Bagi sesebok manapun kita, tanggungjawab dan peranan sebagai muslim adalah mengabdikan diri kepada Allah SWT, pencipta kita.

Seiring dengan pertukaran bulan dan tahun, usia Halina juga semakin meningkat ke angka yang menakutkan bagi sesetengah gadis sepertinya. Namun, bagi Halina dia tetap berdoa semoga dipertemukan dengan seseorang lelaki yang beriman agar dapat menjadi pelengkap hidupnya dan seorang imam dalam kehidupannya. Tiada apa yang sempurna bagi Halina melainkan keimanan. Bukan tiada yang cuba mendekati Halina, namun istihkharah untuk mendapat restu Allah swt tidak menyebelahi jodohnya disamping sketegasannya dalam mencapai cita-citanya telah menolak mereka dengan cara yang cukup sopan dan tidak menyakitkan hati mana-mana pihak.

Kehidupan Halina tetap kosong tanpa seorang insan bernama lelaki. Jika ada pun, rakan sekerja di hospital dan pekerjanya di kedai dan klinik. Halina tetap bersabar sehinggalah pada suatu petang, sekitar jam 3.30 dia didatangi oleh seorang hamba Allah yang telah membuka rahmat Allah melalui istikharahnya.

Halina masih ingat pesan umi, pilih cinta biarlah berdasarkan iman. Kelak, keredhaan Allah akan membuahkan kebahagiaan sehingga ke syurga sana, insyaAllah.

Kehadiran seorang hamba Allah yang bernama Zulfahmi pada suatu hari bersama keluarganya tidak pernah disangka-sangka oleh Halina. Memperkenalkan diri sebagai anak kepada sahabat aruah umi, menyatakan hajatnya untuk memperisterikan Halina. Seperti biasa, Halina akan meminta masa untuk berfikir dengan melakukan istikharah yang akhirnya dia bermimpi bertemu dengan seorang lelaki berjubah putih bersih yang tersenyum sambil menghulurkan sebentuk cincin. Dalam mimpi itu juga Halina menerima cincin tersebut dan mereka sama-sama bersolat dan bersujud memohon restu.

Dan lelaki itu adalah Zulfahmi. Akhirnya, setelah 3 hari Halina mendapat petunjuk yang baik dari Allah, akhirnya Halina bersetuju untuk menerima lamaran tersebut. Mungkin, Zulfahmilah yang telah ditentukan oleh Allah swt untuk menjadi teman hidupnya buat selamanya.

Hari yang ditetapkan telah tiba. Halina yang sedang disolekkan berdebar-debar untuk melalui satu fasa kehidupan yang baru dan menyempurnakan sebahagian imannya. Namun, Halina yang telah mendapat pendidikan agama dan akademik secukupnya bijak menenangkan diri dengan beristighar serta tidak putus berzikir.

Setelah tiba masa diarak, Halina terpandang 1 dulang hantaran yang dihiasi dengan sepasang kaca mata! Ya, kaca mata yang Zulfahmi beli di kedainya! Tidak salah lagi… Namun, segala persoalan di hati hanya dipendamkan sehingga dia mendapat kekuatan untuk bertanya hal sebenar. Rupanya, Zulfahmi juga merupakan seorang doktor mata. Keluarga Halina dan Zulfahmi juga saling mengenali, cuma mereka terpisah kerana keluarga Zulfahmi berpindah. Walaupun begitu, ia tidak memutuskan khabar tentang Halina dan, Zulfahmi juga tahu segala kesusahan keluarganya sejak dahulu lagi.

“Ana tidak pernah melupakan betapa Umi sanggup bersusah payah untuk anti, walaupun dia memerlukan sepasang kaca mata. Dan kerana sepasang kaca mata ini jugalah, ana berazam untuk mejejaki keluarga anti. Malangnya, ketika itu, anti masih menuntut di Jordan dan umi sudah pergi buat selamanya. Kerana sepasang kaca mata itu jugalah, ana berazam membuka sebuah kedai kaca mata dan akhirnya terbinalah “Optik Umi” sehingga sekarang. Ana juga tidak menyangka anti juga berjaya menjadi doktor mata. Tidak sangka kerana kita sama dan mendapat restu Allah.”

“Terima kasih. Anta cukup sempurna. Ana tidak sangka untuk mengakhiri kehidupan selama ini dengan anugerah Allah yang tidak dikenali sama sekali namun, sebenarnya kita dekat dan perjuangan kita sama. Tapi, sebelum itu, ana nak tanya, adakah anta akan sama-sama memperjuangkan kedai kaca mata kita kerana ia adalah lambang kasih sayang dan cinta kita buat aruah umi?” Halina menahan sebak sambil tertunduk hiba menutup kesedihan yang bersarang di ruang matanya.

“Padang mata ana, kita akan majukan kedai kita kerana sepasang kaca mata ini juga!” Zulfahmi menunjukkan ke arah kaca mata yang pernah dibelinya beberapa tahun yang lalu dan kini menjadi hantaran perkahwinannya.

Ya ALLAH, betapa kuasa cinta Allah itu sungguh unik. Kerana sepasang kaca mata, hidup diteruskan dengan semangat, hidupnya sempurna menemui Cinta Anugerah Allah dan Imannya kuat tatkala ditimpa musibah dan ujian sekalipun.

Buat adik-adik yang dihormati,

Nasihat akak yang mungkin boleh diambil sedikit iktibar adalah:

  1. Bersemangat dalam kehidupan, walau pelbagai raujau dan dugaan menimpa
  2. Kuatkan keimanan dalam menempuh hidup yang penuh pancaroba.
  3. Berdoa untuk kedua ibu bapa walaupun mereka sudah tiada lagi.
  4. Jangan menderhakai kedua ibu bapa, insyaAllah hidup akan menemui kejayaan dan keberkatan.
  5. Melakukan istikarah dalam memilih jodoh agar restu Allah ada bersama-sama dalam melayari kebahagiaan rumah tangga
  6. Yakin dengan setiap jodoh Allah dan jangan berputus asa dengan setiap kelemahan kerana mungkin kita tidak sukakan sesuatu seangkan ia memang baik untuk kita, manakala mungkin kita sukakan sesuatu namun, ia tidak baik untuk kita. Sesungguhnya hanya DIA Maha Mengetahui.
  7. Berkerja keras dalam belajar agar berjaya dalam apa jua bidang sekalipun.
  8. Ingat dengan segala susah payah kedua ibu bapa berkorban untuk memberikan pendidikan terbaik untuk kita.
  9. Ingat, “Syurga itu di bawah telapak kaki ibu”.

Sunday, November 13, 2011

Cinta 1 Semester..

Cinta? Sarah memang seorang gadis yang cukup menjaga nilai cinta dalam hatinya. Cinta padanya cukup berharga dan cukup mahal erti buat dirinya, apatah lagi untuk diserahkan pada sekeping hati bernama hamba Allah kaum adam. Sedangkan, Cinta pada Rabbul Izzati mengatasi segalanya. Cinta buat insan bernama adam akan disimpan sehingga dia dikirimkan cintaNYA hakiki yang ditentukan oleh Allah SWT di akhir pejalanan kembara hidupnya sebagai seorang insan yang memiliri naluri fitrah seorang wanita. Namun pertemuan dan perpisah merupakan takdir Allah.. Secara tidak disangka, Sarah bertemu dengan seorang hamba Allah yang cukup sempurna dan memiliki peribadi yang dihormati. Sarah mengenalinya atas dasar sebuah persahabatan dan ukhuwah fillah dalam menimba ilmu. Hamba Allah itu cukup ikhlas dan selalu membantu dalam urusan pelajaran. Sikap setiakawan dan keikhlasan hamba Allah ini telah mencuri sebahagian hatinya tanpa disedari..

“Sarah, awak boleh ke uruskan assignment tu nanti? Saya cuba siapkan part saya, lepas tu kita buat sama-sama ya. Dari segi idea, saya dah dapatkan melalui pensyarah. Dia memang cukup membantu. Alhamdulillah!” tegur Adam suatu hari.

“Oh ye ke.. Alhamdulillah!.. Untuk assignment Psychology tu saya cuba compile. InsyaAllah, next week saya tunjukkan progress. Kalau saya perlukan tenaga awak, saya beritahu.. Awak pun, tolong beritahu kalau nak bantuan saya” Sarah cukup berlapang dada memiliki seorang sahabat yang sentiasa membantunya.

Sememangnya keikhlasan yang dipamerkan kadangkala disalah anggap oleh sebahagian rakan seperjuangan lain. Mereka menyangka Sarah sedang melalui sebahagian budaya remaja di alam kampus university sejak kebelakangan ini. Percintaan itu sememangnya tidak pernah terfikirkan oleh dirinya. Namun, jika sekeping hati yang mengkagumi, memang Sarah tidak nafikan…

Namun, perasaan kagum itu Sarah lindungi dengan sehelai tuala keimanan dan disimpan di dalam sebuah peti rahsia yang bernama hati, dan akan dikunci melalui zikrullah agar segera dia tidak leka dari melayani perasaan dan mengingati bahawa perasaan itu fitrah, cuma bukan masanya untuk melayan segala perasaan itu memandangkan masih terlalu banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan, sebagai seorang anak, kakak dan pelajar. Selagi impian masih belum dicapai, selagi itulah pengorbanan demi pengorbanan perlu dilakukan.
Suatu hari ketika Sarah bersujud, segala kekusutan yang sedikit bersarang di sudut hatinya diluahkan dalam sebuah tangisan keinsafan seorang hamba. Sarah cukup menghargai rasa yang tersimpan di hati, kerana dia tahu bahawa ia adalah sebahagian dari ujian hidupnya, malah kecintaanNYA terhadap Allah yang SATU mengatasi cintanya kepada insan bernama hamba Allah. Sarah cuba melupakan sang adam melalui doa yang dipanjatkan dalam setiap sujud dan titisan air mata seorang hamba.
“Sarah, awak nampak tak Adam sehari dua ni?” Sharifah yang berwajah pan asia itu menegur Sarah yang sedang asyik menelaah pelajaran untuk peperiksaan yang semakin menghampiri.
Semester akhir memerlukan usaha yang lebih kuat agar Sarah dapat mencapai kejayaan dan impiannya, termasuk Sharifah.
“Oh, Adam.. dia cuti kat kampung sehari dua katanya. Lagipun, kita dah habis presentation kan. So, better dia study kat kampung katanya.” Sarah menjawab sambil tangannya sebok menulis sesuatu di atas sebuah buku nota kecil.
“Oh, patut lah! Sha lama tak jumpa dia, ingat nak tolong ajar akak subjek Tamadun Islam. Dah dia di kampung, tak apalah.” Sharifah meninggalkan Sarah berseorangan selepas tamat waktu rehat.
Sarah sebok mengemas buku dan begnya apabila waktu kelas Arabic Language sudah pun menghampiri.
“Masih ada lima minit berbaki sebelum kelas bermula dan ustaz pun agak lewat hari ini” bisik hati kecilnya.
Sarah berjalan menghampiri tandas yang berhampiran dengan kelas.
Sebaik selesai, Sarah berjalan masuk ke dalam kelas.
“Assalammualaikum ustaz, maaf terlewat” Sarah yang cukup menghormati semua tenaga pengajarnya duduk di barisan hadapan sebaris dengan Zana.
“Tak apa Sarah. Kelas belum lagi bermula.” Ustaz Kamarul yang cukup tenang dalam mendidik kami memang prihatin dan memahami.
“Oh ya kelas, saya dimaklumkan sebentar tadi, salah seorang sahabat kita, Adam Haikal telah dimasukkan dalam wad emergency Hospital Tengku Ampuan Putra, Melaka kerana brain cancer. Ada sesiapa dapat maklumat?”
Bagaikan terkena panahan petir Sarah terdiam tanpa sebarang kata. Sarah terkedu dan secara perlahan-lahan menahan sebak.
“Brain Cancer ustaz? Ya Allah… innalilahi wa inna illahirojiun..” Sarah cuba bertenang sambil berdoa semoga Adam diberi kesembuhan.
Setiap penyakit datangnya dari Allah swt dan insya Allah, Allah pasti mengurnikan pahala yang berlipat ganda buat hambaNYA yang sabar. Sarah melawan dengan pelbagai perasaan yang bersarang dalam lubuk haitinya. Akhir sekali, ustaz menamatkan kelas dengan tasbih kafarah.
“Subhanaka ALLAH humma wabihamdika AshaduALLAHilla ha illALLAH illaha illa anta, astaghrifuka waatu builaik. – Maha Suci Engkau, Ya ALLAH segala puji bagiMU, aku bersaksi bahawa tiada TUHAN selain ALLAH. Aku pohon ampun dan bertaubat kepadaMU.. amin” hatinya mendapat satu kekuatan dan terapi dalam setiap doa yang dipanjatkan dan zikrullah dalam setiap ayat-ayat suci Allah.

..............................................................................................................................................................

“Sarah, Sha ada terima telegram dari adik Adam, dan ada surat buat Sarah sekali.” Sarah yang sedang asyik menaip sesuatu di laptopnya menoleh.
“Oh ye ke… apa khabar dia ye. Kenapa dia tak call je, atau email ke.” Sarah membuka sampul surat berwarna putih bersih.

“Entahlah Sarah. Sha pun baru nak baca ni.” Sha melabuhkan duduk di kerusi hadapan Sarah.

“Sha.. innalilahi wa inna illahirojiun. Adam dah tak ada.”Sarah menahan sebak yang bersarang dalam lubuk hatinya yang dalam.
Air mata disekat agar tidak jatuh bercucuran. Sharifah yang sedang membaca sebaris telegram itu turut terkedu dan mengucap panjang. Mereka saling berpelukan sambil menahan air mata agar tidak gugur bersama kepiluan yang tidak disangka.
Kepergian sahabat dan sang adam yang dikagumi dalam diam telah diredhai oleh bacaan Surah Yassin dan kiriman Al-Fatihah. Masih teringat Sarah, kali terakhir dia bertemu dalam program Motivasi dan Keislamanan Kelab Mahasiswa Universitinya selepas selesai semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Tugas terakhir aruah adalah Program “Keinsafan dan Tarbiyah Remaja” pada malam penghayatan yang sama. Program disertai oleh lebih 100 pelajar dan mendapat pujian dari pihak pensyarah.
Sememangnya Adam cukup pandai menyimpan rahsia kesakitannya dalam bertarung dengan kematian. Ternyata Adam kuat sehingga titisan darah terakhir. Adam cukup kental dalam mempertahankan keimanan dalam dirinya. Prinsip hidup Adam setiap masa merupakan perjuangannya sehinggalah nafasnya yang terakhir.
“Kak Sarah ke?” tanya seorang gadis manis berusia lingkungan awal 20 an.
“Ya, betul.” Sarah menatap seraut wajah gadis persis seorang yang dikenalinya.
“Akak, saya adik aruah Adam Haikal. Dan, saya nak serahkan diary aruah abang dekat akak. Dan, aruah pesan untuk saya sampaikan hadiah ini pada tarikh hari ni. Itu sahaja.” Sungguh sayu dari setiap kata yang dituturkan.
“Oh ye ke. Terima Kasih dik..” Sarah menerima huluran yang diberikan.
“Sama-sama” balas gadis tersebut.



12.03.2008
Apakah ini perasaan cinta atau sekadar ujianMU? Ana hamba yang lemah Ya ALLAH, kuatkanlah imanku….amin.

24.04.2008
InsyaAllah, dalam setiap istikharah yang ana lakukan, ana pasti akan meluahkan apa yang terbuku di hati. Bila ana sudah sedia, insyaAllah, ana dapat juga kekuatan untuk menyatakan niat di hati, insyaALLAH. Ya Allah seandainya telah KAU cipatakan Sarah buatku, memang jodohku, baik untukku, satukanlah hati kami, berilah aku kekuatan dalam meneruskan hajat di hati. Seandainya bukan, lapangkanlah hatiku, kurniakanlah kebahagiaan buatNYA kerana cintaku hanya akan tenang dan bahagia apabila Sarah bahagia.
30.04.2008
Ya ALLAH, apakah ini ujianMU, kesakitan ini sukar ditangani. Presentation masih belum habis. Sedang ana perlu menyiapkan tugasan dan membantu Sarah.
05.05.2008
Ya ALLAH, Permudahkanlah urusan Program Motivasi dan Keislamanan Kelab Mahasiswa Universiti ini… amin. Semoga mendapat rahmat Allah SWT dan sampai ke daerah yang kekal sana. InsyaAllah. Semuanya dari Allah jua.
15.05.2008
Alhamdulillah, segala program dan impian telah terlaksana. Tapi, sakitku semakin teruk menyerang. Kimoterapi dah selesai, tapi kesakitan dan ketidakselesaan masih terasa.
16.05.2008
Sakit ini tarbiyah ALLAH dalam membentuk ana untuk menjadi insan yang sabar. Ana perlu nekad, segala ini pasti kuserahkan buat Sarah. Maafkan ana Sarah, ana pergi dulu. Maafkan tidak mampu memberikan cinta buat anti meskipun ana tahu, anti jua memiliki rasa yang sama sepertiku. Cinta itu milik ALLAH jua.. Sebagai hamba kita harus mengabdikan diri padaNYA dan bersyukur atas apa jua kurniaanNYA..
21.05.2008
Hari Kelahiran Sarah.
-Hadiah
-Mungkin saat perasaan ana dicurahkan, ana sudah menemui cinta Rabbul Izzati yang abadi di alam sana. Biarlah diary dan hadiah ini menjadi tanda dalam kehidupan yang masih panjang. Kerana ALLAH kita bertemu dan Kerana ALLAH jualah kita berpisah… Allah humma amin.

Cinta 1 Semester yang mengajar Sarah untuk lebih kuat dan menghargai setiap pemberianNYA. Kehadiran Adam banyak membentuknya untuk menjadi insan yang cekal dan istiqamah dalam menjalani ibadah dalam kehidupan… Sarah tidak pernah menolak cinta dan padanya Cinta itu hanya layak dilandaskan pada keredhaanNYA. Walaupun tidak pernah bermimpi untuk mengenali insan bernama Adam, namun tidak pernah sekali-kali dia melupakan hamba Allah yang bernama Adam, dan tidak pernah menyimpan dendam untuk tidak membuka lembaran Cinta yang baru. Baginya yang telah pergi tetap tidak akan kembali dan Yang masih diberi kesempatan untuk bernafas harus meneruskan kehidupan dengan penuh kesyukuran.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,
Walaupun ia tidak kesampaian…
Kerana Cinta itu Milik ALLAH..
Bersyukurlah bagi insan yang dipinjamkan.


p/s: Salam BAHAGIA semua! Jangan menitiskan air mata kerana Cinta, kerana cinta itu kadangkala disulami dengan sedikit penderitaan dan ujian. Cerita ini adalah rekaan semata-mata )

Moral of this story:
1. Buat adik-adik: Cinta itu Fitrah, tapi ingat, siapa yang beri perasaan itu dan apa peranan kita sebagai hambaNYA?
2. Jangan terlalu awal menghukum manusia kerana setiap sesuatu bersebab.
3. Doa dan istikharah dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup.
4. Cinta itu milik ALLAH, pohonlah dariNYA.
5. Allah berhak memberi pinjaman atas perasaan kita sesama insan, dan ALLAH jua berhak mengambilnya semula apabila tiba masa yang telah dijanjikannya melalui kematian. Oleh itu, bersedia atas sebarang kemungkinan dan redha atas ketentuanNYA.
6. Setiap yang hidup pasti akan mati.
7. Berdoa untuk sahabat kita yang disayangi secara ikhlas dalam diam tanpa mengharap kasih sayangnya kerana kasih sayang dan redha Allah lebih besar ertinya.
8. Dapatkan CintaNYA sebelum cinta manusia kerana DIA lebih mengetahui.
9. Untuk mengelakkan gelaja sosial di kalangan remaja yang kini merebak dan menakutkan semua, berdoalah selalu agar berada dalam lindungan dan SakinahNYA..
10. Menyertai program keislamanan dan motivasi yang dianjurkan oleh university mahupun persatuan yang merencanakan ilmu keagamaan dan moral di kalangan remaja. Di samping dapat mengisi masa lapang, kita dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.


SALAM UKHUWAH!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails