Tuesday, April 17, 2012

Dengan Nama ALLAH.. Ku bersujud

Bismillahirrahmanirrahim... Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


In the Name of ALLAH the Most  Gracious and Most Merciful.. Thanks to ALLAH... Thanks to ALLAH.. for HIS Blessing. InsyaAllah..


The test is only for make me strength.. Life obstacles is only a good learning process and "tarbiyah" from Allah.. Suppose us appreciate and thanks to Allah for give us an incident that can make us realize that we're not always right.. 


Sometime, we have to agree that, we have to face a challenge so that it can make us strong!.. insyaAllah..


Saya, cuba melakar keceriaan.. Cuba melukis ketenangan dalam masalah. InsyaAllah.. sebab;




..::Orang yang tenang pasti akan menang::.. kata Prof. Dr. Muhaya.


Saya cuba pegang kata-kata ini..


Sebaliknya saya nyahkan kata-kata negatif @ refleksi -ve kesan dari permasalahan itu.. kerana, setiap sesuatu datang dari aturanNYA.. Sesungguhnya, perancanganNYA tidak pernah salah. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui Qada dan QadarNYA.. 


Selain usaha dan doa, kita mesti bertawakal atas apa jua keputusan jalan takdirNYA.. 




Kisah hati,
Memang sukar untuk dimengerti..

Hati manusia sungguh unik..
Ia dicipta untuk menjadi raja dalam diri..
Jika hati bersih,
Maka bersihlah seluruh anggotanya,
Andai hati kotor..
Rosaklah seluruh perbuatannya..

Nawaitu bermula dari qalbu..
Hati merajai tindakan..

Jika hati berkiblatkan nafsu,
Maka rosaklah hidup..
Namun..
Jika hati seiring dengan akal,
InsyaAllah.. hidup lebih terurus,
Terancang dengan barakah..

Jika hati masih tidak istiqamah,
Perbanyakkan amalan untuk tetap dengan kebaikan,
Bukan mudah menurut hawa nafsu dan syaitan..
Walau berat ujian tertanggung,
InsyaAllah.. hati tetap dalam keimanan..
Tidak goyah walau ditiup badai..

Kerana DIA sentiasa ada buat kita..
Insan yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat..
InsyaAllah..

Kadang kala ujian hidup membuatkan kita patah hati.
Ah! Abaikan sahaja..
Itu hanya resam dunia..
Pasti ada ubat mujarab buat hati..
Iaitu, zikir terapi terindah buat diri..
Ingat segala pesan nabi..

Marilah kita..



Lukis ketenangan dalam masalah..

Sehingga bertemu di JANNAHNYA.. InsyaAllah..


original created by;
Mujahidah Cahaya Iman.


No comments:

Post a Comment