About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Friday, April 27, 2012

Dengan izin ALLAH ~IsyaAllah~



~SubhanakALLAH humma wa bihamdika ashadualla ilaha ila anta, astagfiruka waatu bu’ilaik~
“Maha Suci Engkau YA ALLAH, Segala puji bagiMU, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH.
Aku pohon ampun dan bertaubat kepadaMU”
-Tasbih Kafarah-



Mari kita amalkan tasbih kafarah setiap pagi dan petang. Iaitu seusai solat subuh dan solat asar. InsyaALLAH..

In the of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful,


Alam ini..
Kurasakan penuh dengan manusia kejam,
Disisiku manusia tidak berperi kemanusiaan,
Di depanku manusia hilang identiti diri,
Di belakangku manusia tanpa harga keimanan..
Mana manusia penuh tatasusila?
Mana insan berhati luhur penuh keimanan.
Mana khalifah ALLAH di bumiNYA yang penuh nikmat?
Mana ummah Rasullullah s.a.w yang dicintaiNYA?
Ya ALLAH..


Ya! Memang benar!..
Kini..
Bayi dibuang kejam,
Isteri dibunuh tanpa rasa kasih sayang,
Budaya moden lesbian, homoseksual, penkid dan sebagainya menjadi kebiasaan..
Kasih sayang tanpa mengenal ikatan akad yang sah menjadi pilihan,
Kebebasan bergaul menjadi pegangan,

Semua itu menjadi satu kebiasaan..
Hilang sudah harga sebuah keimanan dalam diri..

Realitinya,
Ahli syurga kecil..
Si cilik yang masih suci fitrahnya,
Yang masih  bersih hatinya..
Tidak tahu apa-apa,
Malahan tidak pernah melakukan dosa..
Tetapi..
Mengapa mereka yang menjadi mangsa?
Bila nafsu sudah membutakan mata hati..
YA ALLAH..

Ya ALLAH..
Dunia ini penuh muslihat..
Tunjukilah kami jalan yang lurus..
Penuhkanlah dada kami dengan ilmu dan keimanan..
Kurniakanlah kami dari golongan insan bertaqwa penuh keimanan..
Agar dapat sama-sama kami bermujahadah atas jalan kehidupan,
Untuk sama-sama mencegah kemaksiatan..
Untuk sama-sama menjauhi laranganMU..
Untuk sama-sama menyampaikan pesan..
Agar terus saling menasihati..
Bagi kami tetap dalam kebaikan untuk menyeru keberkatan..




InsyaAllah,
Dengan Izin ALLAH..
Semua pasti akan berada pada landasan yang benar..
Atas Hidayah dan PetunjukMU,
Dunia pasti akan tenang..
Alam pasti riang..
Manusia pasti cemerlang,
Untuk kebaikan dunia dan akhirat..
IsyaALLAH..

“Rabbana Atina fiddunia wa akhirat wa fil akhirati hasanah wa qina aza bannar”…amin~





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails